Tuesday, January 6, 2009

Panduan Jauhi Tabarruj.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Insyallah saya akan mulakan blog saya dengan berkongsi beberapa artikel yang berupa nasihat kepada semua saudara saudari semuslim.

Saudara/ri
Tajuk : ADAB DAN FITNAH WANITA

Dalam kita berbincang mengenai tabarruj ini, pastikan diri kita dan semua ahli keluarga kita tidak termasuk dialam golongan yang keterlaluan dalam berhias diri. Terutama isteri kita kadang-kadang dia terlupa bahawa dandanan yang dipamirkan pada dirinya itu sebenarnya menurut agama hanyalah untuk suaminya sahaja.

Untuk menjadi seorang muslimah solehah dan dipandang mulia disisi Allah dan untuk mendapat keredhaan syurga dari suami, seseorang wanita itu harus bersungguh dalam mengamalkan apa yang telah ditetapkan oleh syariat Islam, khususnya dalam hal berpakaian dan berdandan.

Tidak dinafikan sifat kecantikan itu telah sedia ada pada setiap wanita, apatah lagi jika dirinya didandan dengan alat makeup atau perhiasan moden zaman kini, maka lebih terserlah kecantikan dan kegebuan mereka. Tapi apakah ini semua boleh dibudayakan dalam hidup ini tanpa ada sebarang batasan, khususnya dari sudut padangan agama Islam. Islam datang membela dan memperbaiki lagi kedudukan seseorang wanita dari dahulunya terpelesuk di lembah yang hina, menjadi santapan dan ratahan lelaki yang sekadar ingin memuaskan nafsu, kemudian diangkat ketempat yang lebih mulia dan mempunyai kedudukan yang sama dengan kaum lelaki dari segi hak-hak tertentu. Dan Islam telah terbukti meletakan wanita itu ditahap yang begitu mulia di sisi masyarakat, tanpa mengira apa agama dan asal usul bangsanya. Sebab itu Islam mengiktiraf syurga itu berada di bawah telapak kaki IBU.

Oleh itu wahai kaum wanita sedarlah bahawa segala garis panduan cara berpakaian dan berdandan yang ditetapkan oleh Islam mesti dipatuhi. Islam menetapkan peraturan ini tidak sekali-kali bertujuan menyekat kebebasan seseorang wanita muslim. Jika selain agama Islam memberikan kebebasan kepada setiap individu cara berpakaian mereka, malah menjadi hak individu tiada siapa yang berhak menyanggahnya, tetapi ini tidak dalam Islam. Kerana Islam amat menjaga kemaslahatan sejagat, banyak keburukkanya yang dibimbangi terpalit kepada individu Islam yang lain. Maka sebab itu Islam telah mengariskan beberapa panduan cara berpakaian dan adab-adab individu seseorang wanita Islam.

Di bawah ini saya catatkan beberapa perkara yang bekaitan dengan adab-adab dan hal mengenai tabarruj terhadap seseorang wanita Islam apakala berhadapan dengan masyarakat,semuga menjadi panduan kita bersama :

1. Tundukan Pandangan Kamu
Ini bukan bererti wanita langsung tidak boleh melihat apa yang sedang berlaku dihadapanya, melihat untuk tujuan tahu atau kenal, Islam tidak melarangnya sama sekali. Maksud tunduk di sini bukan tunduk sepanjang masa tetapi menundukan pandang mata pada perkara yang difikir tidak perlu. Jika pandangan pertama sudah cukup untuk kita mengenali seseorang atau sesuatu perkara, maka tidak perlu terus melihat perkara tersebut. Jika yang dilihat itu seorang lelaki yang tampan cukup sekali pandang sahaja, kenapa pula tidak boleh pandang berkali-kali itukan hak individu. Jika seseorang itu tetap berpegang pada hak individu maka akan rosak dirinya kelak kerana telah membelakangkan hak Allah. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah swt di dalam Al-Quran pada surah an-Nur ayat 31 juzuk ke 18 :

وقل للمؤمنت يغضضن من أبصرهنّ ويحفظن فرجهنّ ولا يبدين زينتهنّ إلا ما ظهر منها

Ertinya : Dan katakan ( beritahu ) kepada wanita yang beriman supaya menahan ( tundukan ) pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka,dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka kecuali yang zahir daripadanya.....

Wanita Islam tidak digalakan memandang lelaki ajnabi dengan mata yang galak ( berterusan ), cukup hanya dengan sekali pandang supaya tidak menimbulkan perasaan yang dilarang oleh Islam terhadap lelaki yang dipandangnya( terangsang nafsunya ). Jika terpaksa berhadapan kerana urusan pekerjaan dan sebagainya maka ikutilah garis panduan yang ditelah ditetapkan. Jika pekerjaan itu terlalu menimbulkan fitnah keatas dirinya dan semakin meyebabkan ia melakukan dosa dan maksiat maka wajiblah ia berhenti dan mencari pekerjaan yang lain.


2. Pergaulan Seharian

Dalam masalah ini sebagai insan tidak dapat tidak kita kena berhadapan dengan dengan situasi seperti ini, Isteri nabi sendiri juga terpakas berhadapan dengan situasi ini, hingga suatu masa terpaksa keluar bersama bala tentera Islam memerangi tentera Islam yang lain, hingga menimbulkan fitnah apabila beliau berpatah balik mencari barang kemasnya yang tercicir. Oleh itu sebagai wanita Islam kita harus bijak menilai mana yang baik dan buruk, mana yang ditegah dan dibenarkan, bagaimana cara dan batas pergaulanya. Semuanya sudah digariskan oleh Islam, jika kurang arif bertanyalah kepada tokoh agama yang berdekatan. Jangan sekali-kali kita menganggap hal ini perkara remeh. Teringat saya pada sepotong hadith nabi yang bermaksud " Fitnah yang paling aku takuti ialah wanita, kerana wanita adalah umpanma busar panah, senjata yang paling tepat mengena sasaran. "

Namun begitu hal yang boleh menimbulkan fitnah ini tidak boleh menjadi penyebab kepada wanita untuk keluar bekerja, Islam tidak menegah secara mutlak terhadap wanita yang ada keperluan untuk keluar bekerja. Tenaga dan buah fikiran dari seorang wanita pada hari ini sama keperluanya dengan kaum lelaki. Oleh itu janganlah sampai ada wanita yang menahan diri untuk berurusan diluar disebabkan bimbang akan timbul fitnah. Atau ada pihak-pihak tertentu yang mendoktorenkan fikiran mereka supaya tidak berurusan dengan pihak yang bukan muhrim. Dalam soal ini agama Islam telah memberikan panduan kepada umatnya bagaimana hendak menjalan urusan harian, al-Quran dan hadith menjadi sumber rujukan terkuat untuk kita mencari jalan penyelesaian apabila bertemu dengan sesuatu masalah yang komplet.

Sebab itu agama Islam dengan tegas melarang bercampur baur antara lelaki dengan perempuan dalam bentuk apa sekali pun, kecuali dalam hal-hal tertentu yang dianggap darurat oleh Islam. Adakalanya kaum wanita terpaksa keluar rumah lalu bercampur dengan lelaki dalam urusan harian atas sesuatu keperluan yang tidak dapat dielakan, dalam hal ini Rasulullah s.a.w. telah memperingkatkan kita dengan sabdanya :

النساءُ عورةٌ، وإن المرءةَ لتخرجُ من بيتها فيَسْتَشْرِفُهَا الشيطان ( أى يرفع بصره إليها ) : إنك لا تُمَرِّيْن إلا أعجبتهِ

Ertinya :" Perempuan adalah aurat, setiap kali ia keluar dari rumah, maka syaitan akan memperhatikanya dan berkata : Sesungguhnya engkau tidak melalui seseorang melainkan engkau memperdayakanya "( memperdaya kaum lelaki yang lalai )

Seorang " Soleh " ada menyebut, bahawa syaitan akan berkata kepada perempuan itu : " Engkau adalah setengah dari tenteraku, Engkau adalah anak panah yang setiap kali aku lepaskan pasti mengena sasaranya. Engkau tempat rahsiaku dan engkaulah utusanku pada setiap kepentinganku ".


3. Berjalan Dengan Sopan

Gaya berjalan seorang wanita memang menarik dan mudah menambat orang yang memandangnya terlebih lagi yang memandangnya itu seorang jejaka. Ditambahlagi dengan pakaian yang jarang, ketat dan tidak cukup ukuranya, terlihat batang tubuhnya umpama sebiji nangka menunggu ranum untuk dipetik. Ditanbah lagi dengan sepasang kasut bertumit tinggi dan berbunyi seperti ladam kuda, tidak ubah umpama mengejut orang yang sedang lena segera memerhatikan gerak lenggoknya..

Maka sebab itu wahai wanita saudaraku seagama, suka saya menasihatkan anda, elakan semua fitnah ini apabila anda terpaksa keluar rumah demi mencari sesuap nafkah untuk diri dan anak-anak. Janganlah kerana anda terpaut dengan kecantikan dan kemewahan pakaian yang dikenakan oleh wanita lain anda terlupa batasan yang telah digariskan oleh agam Islam, bukan diri kita sahaja menjadi fitnah malah suami dan anak-anak terpalit juga atau kedua ibubapa terfitnah sama. ingatlah pesanan Rasulullah ini yang bermaksud ;

" Sesungguhnya termasuk ahli neraka wanita-wanita yang berpakaian separuh bogel( yang memakai pakaian yang nipis atau yang menampakan usuk badan ), kemudian berjalan dengan berlenggang lenggok ( umpama berjalan seorang pelacur ), yang kepalanya terhunggak-hunggik laksana bonggol unta yang bergoyang-goyang. Wanita-wanita itu tidak akan masuk syurga, sedangkan bau syurga itu akan tercium dalam jarak sekian dan sekian ".