Ingatlah kamu kepada Tuhan
Janganlah leka minum dan makan
Amal ibadat kumpul-kumpulkan
Dosa maksiat jauh-jauhkan
Wahai pemuda serta pemudi
Harapan bangsa tiang negeri
Janganlah leka berhias diri
Ilmu pengetahuan segera dicari
Saudaraku muslimin dan muslimat
Dunia kini hampir kiamat
Janganlah asyik berbuat maksiat
Sebelum mati segeralah bertaubat
Ramai orang mengejar kesenangan
Siang dan malam berangan-angan
Harta dan pangkat ada ditangan
Diakhirat kelak sesal berpanjangan
Kepada anak-anak utamakan pelajaran
Penuhi dada dengan ilmu pengetahuan
Pelajaran agama janganlah tinggalkan
Siang dan malam berilah teguran.
Kepada Allah janganlah berhenti
Menjunjung titah berbuat bakti
Pekerjaan jahat hendaklah dijauhi
Mengabdikan diri kepada Ilahi
Ingatlah wahai tuan dan puan
Jangan terlampau mengejar kebendaan
Apabila mati semuanya ditinggalkan
Hanya dibawa amal kebajikkan
Datang pula perasaan sesal
Amalan soleh tiada dibekal
Perintah Tuhan banyak ditinggal
Tahulah dia dunia ini tidak kekal
Bila tiba saatnya mati
Tinggal anak saudara dan saudari
Air mata mengalir di pipi
Tiadalah boleh minta dikembali
Pabila sendiri di liang lahad
Baru teringat nak buat ibadat
Solat, puasa, sembahyang dan zakat
Tetapi semuanya sudah terlambat
Bila merasa tersangat seksa
Ingin kembali semula ke dunia
Tetapi semuanya tidak berguna
Kerana sudah berada di sana
Di dalam kubur gelap gelita
Tiada lampu tiada pelita
Datanglah lipan, ular dan kala
Lalu disengat, Aduh! tersangatlah bisa
Mayat terbujur di dalam kubur
Daging dan tulang hancur lebur
Di atas dunia bersifat takbur
Kepada Allah tidak bersyukur
Malaekat datang bertalu-talu
Membawa rantai besi dan belenggu
Mayat diseksa terus dipalu
Tidak mengira masa dan waktu
Diakhir zaman manusia leka
Kepada akhirat kurang percaya
Tak kira miskin maupun kaya
Kemewahan dunia mereka terpedaya.
Iblis dan syaitan sentiasa mengoda
Iman manusia terus dilanda
Dosanya bertambah berlipat ganda
Marilah kita sentiasa berwaspada
Semangat Islam semakin kabur
Terdapat umatnya masih mundur
Pelajaran agama sangatlah kendur
Adab kelakuan tak boleh ditegur
Sampai di sini saya bermadah
Ambil ingatan walau sepatah
Janganlah ia dipandang rendah
Baik dan Jahat akan terdedah
Rebutlah peluang semasa muda
Berbaktilah kepada nusa dan bangsa
Untuk masyarakat dan kedaulatan agama
Semuga namamu harum segar sentiasa
Omar bin Mokti
FPI UKM, DAKWAH DAN KEPIMPINAN.
No comments:
Post a Comment