Tuesday, December 7, 2010

Membaca Al-Quran Semasa Ziarah Kubur

Ziarah ke tanah perkuburan adalah suatu yang digalakan oleh syarak amalan ini kebiasaannya dilakukan selepas solat sunat hari raya, kebiasaannya kita akan menziarahi kubur saudara mara khususnya kubur kedua ibubapa.. Apakah amalan ini perlu dihapuskan? selagi ia bukan tegahan Allah dan Rasulnya teruskanlah bila-bila saja , tidak semesti pada hari raya sahaja. Cumanya pada hari itu kita ada kelapangan , hari tu saja dapat balik kampung , maka silakan ziarah kubur orang tersayang. Dibimbangi kalau tidak ziarah pada hari raya, langsung tidak berkesempatan untuk ziarah.

Saya akan mengambil kesempat ini apabila saya menziarahi kubur abah saya dengan membaca al Quran dan berdoa. Terdapat orang yang mempersoalkan amalan baik ini hanya kerana pernah membaca sebuah buku kecil berkaitan perkara-perkara bida'ah, sedang mereka tidak pula merujuk kepada kitab-kitab karangan ulamak yang mu'tabar berkaitan dengan amalan baik ini. Dengan mudah mereka mengatakan amalan ini bukan sunah Rasullah s.a.w. Saya pernah di ajukan sebuah buku kecil tulisan saudara Rasul Dahari, dari seseorang, di dalamnya didatangi dengan hujah yang jika sekali baca kita akan terus menerima pemikiran penulisnya. Sedangkan ada pendapat ulamak mu'tabar yang membenarkan amalan ini.

Mari kita lihat pendapat ulamak-ulamak muk'tabar tersebut:

Pendapat Imam Nawawi:

Dalam Kitab Al-Azkar , Pada Bab Apa yang dibacakan sesudah pengebumian beliau menulis:
Dianjurkan duduk sebentar di kuburan itu setelah selesai pengebumiannya sekadar waktu menyembelih seekor unta serta membahagi-bahagikan dagingnya. Orang yang duduk di situ hendaklah membaca AI-Quran, berdoa bagi si mayit, memberikan nasihat kepada yang duduk di situ dan membawakan cerita-cerita orang yang baik dan berita-berita para salihin.

Berkata Imam Syafi’i dan para sahabat: Ketika itu dianjurkan membaca sedikit daripada AI-Quran di tepi kubur itu, dan jika dapat mengkhatamkan AI-Quran semua sekali di situ memanglah sangat baik sekali.
Kami meriwayatkan dengan isnad hasan bahwa Ibnu Umar menganjurkan membaca di tepi kubur setelah selesai penguburan pertama dari surah AI-Baqarah dan akhirnya

Pendapat Imam Ibn Qayyim
Dalam Kitab ar-Ruh, Pada Tajuk Membaca Al Quran di atas kubur, Imam ibn Qayyim menulis:
Pernah disebutkan daripada setengah para salaf, bahwa mereka mewasiatkan supaya dibacakan di atas kubur mereka di waktu penguburannya. Telah berkata Abdul Haq, diriwayatkan bahwa Abdullah bin Umar pernah menyuruh supaya dibacakan di atas kuburnya surah AI-Baqarah. Pendapat ini dikuatkan oleh Mu’alla bin Abdul Rahman. Ada riwayat mengatakan bahwa Imam Ahmad bin Hanbal, pada mula nya mengingkari pendapat ini kerana dia masih belum menemui sesuatu dalil mengenainya, kemudian menarik balik pengingkarannya itu setelah jelas kepadanya bahwa pendapat itu betul.

Berkata Khallal di dalam kitabnya ‘AI-]ami’:

Telah berkata kepada ku Al-Abbas bin Muhammad Ad-Dauri, berbicara kepadaku Abdul Rahman bin AI-Ala’ bin Lajlaj, daripada ayahnya, katanya: Ayahku telah berpesan kepadaku, kalau dia mati, maka kuburkanlah dia di dalarm lahad, kemudian ratakan kubur itu dengan tanah , kemudian bacakan dikepalaku dengan pembukaan Ayat Surah AI-Baqarah, kerana aku telah mendengar Abdullah bin Umar r. a. menyuruh membuat demikian.

Berkata AI-Abbas Ad-Dauri kemudian:
Aku pergi bertanya Ahmad bin Hanbal, kalau dia ada menghafal sesuatu ten tang membaca di atas kubur. Maka katanya: Tidak ada! Kemudian aku bertanya pula Yahya bin Mu’in, maka dia telah menerangkan kepadaku bicara yang menganjurkan yang demikian.
Berkata Khallal, telah memberitahuku AI-Hasan bin Ahmad AI Warraq, berbicara kepadaku Ali bin Muwaffa AI-Haddad, dan dia adalah seorang yang berkata benar, katanya:
Sekali peristiwa saya bersama-sama dengan Ahmad bin Hanbal dan Muhammad bin Qudamah AI-Jauhari menghadiri suatu jenazah. Setelah selesai mayit itu dikuburkan, maka telah duduk seorang buta membaca sesuatu di atas kubur itu. Maka ia disangkal oleh Imam Ahmad, katanya: Wahai fulan! Membaca sesuatu di atas kubur adalah bid’ah! Apabila kita keluar dari perkuburan itu, berkata Muhammad bin Qudamah kepada Imam Ahmad bin Hanbal:
Wahai Abu Abdullah! Apa pendapatmu pada si Mubasysyir AI-Halabi?
Jawab Imam Ahmad:
Dia seorang yang dipercayai.
Berkata Muhammad bin Qudamah seterusnya:
Aku menghafal sesuatu daripadanya!
Sangkal Ahmad bin Hanbal:
Yakah, apa dia?
Berkata Muhammad bin Qudamah:
Telah memberitahuku Mubasysyir, daripada Abdul Rahman bin AI-Ala’ bin Lajlaj, daripada ayahnya, bahwasanya dia telah berpesan, kalau dia dikuburkan nanti, hendaklah dibacakan di kepalanya ayat-ayat per mulaan surah AI-Baqarah, dan ayat-ayat penghabisannya, sambil kata nya: Aku mendengar Abdullah bin Umar (lbnu Umar) mewasiatkan orang membaca yang demikian itu.
Mendengar itu, maka Imam Ahmad bin Hanbal berkata kepada Muhammad bin Qudamah:
Kalau begitu, aku tarik balik tegahanku itu. Dan suruhlah orang buta itu membacakannya.

Berkata AI-Hasan bin As-Sabbah Az-Za’farani pula:
Saya pernah menanyakan hal itu kepada Imam Syafi’i, kalau boleh dibacakan sesuatu di atas kubur orang, maka jawabnya: Boleh, tidak mengapa!
Khallal pula telah menyebutkan lagi daripada As-Sya’bi, katanya:
Adalah kaum Anshar, apabila mati seseorang di antara mereka, sentiasa lah mereka mendatangi kuburnya untuk membacakan sesuatu daripada AI-Quran.

Pendapat Imam Al Ghazali
Dalam Kitab Ihya Ulumiddin pada tajuk ziarah kubur, Imam Al Ghazali menulis:
Tidak mengapa membaca Quran di atas kubur. Kemudian beliau membawa cerita Ahmad bin Hanbal dan Muhammad bin Qudamah AI-Jauhari seperti kisah dibawa Ibn Qayyim di atas.
Al Ghazali menambah lagi : Muhammad bin Ahmad al Maruzi berkata , ” Aku menndengar Ahmad bin Hambal mengatakan : Apabila kamu masuk ke perkuburan maka bacalah surah al Fatihah, Surah al Mu’awwaadzatain ( Surah Qul a audzu bi rabbil falaq, Qul a audzu bi rabbil nas ) dan Qul huwallah hu ahad, jadikanlah pahalanya untuk yang dalam kuburan itu, maka pahala itu akan sampai kepada mereka.
Kesimpulan
Maka itu berkeyakinan tiada tegahan melakukan ziarah kubur pada hari raya
Dan berkeyakinan tiada larangan membaca al Quran di atas Kubur. Jika ada larangan sudah tentu Imam Nawawi , Imam Ibn Qayyim , Imam al Ghazali dan Imam Syafie menyebutnya.
Nabi s.a.w pernah bersembahyang jenazah di tanah perkuburan , ini bermakna Nabi s.a.w pernah membaca Fatihah di kubur.

No comments: