Friday, November 18, 2011

Konsep Hijrah

1. Konsep Hijrah Pada Sudut Era Globalisasi

Hijrah dari sudut era globalisasi, juga meliputi perubahan dan penghijrahan dari aspek-aspek fizikal, minda, sikap, hati, selain persekitaran dan pelbagai keadaan kehidupan. Dalam hal ini Allah menjelaskan sebahagian besar ungkapan reformasiNya pada ayat 11 Surah al-Ra'd:

إن الله لا يغير مابقم حتى يغيروا ما بأنفسهم...

"Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri,''

Kita lihat betapa pentingnya perubahan dan pencapaian dari satu peringkat kepada peringkat yang lain yang lebih baik dan cemerlang. Yang pasti, ia akan membawa banyak kepada perubahan yang lebih baik, kebaikan, keberkatan dan kesejahteraan serta dapat pula dimanfaatkan bagi kepentingan hidup di dunia ini dan bekalan di akhirat nanti.

2. Konsep Hijrah Dari Aspek Masa,

Hijrah amat menitikberatkan pengurusan masa supaya manusia itu tidak berada dalam kerugian, sebelum ia habis dan berakhir dengan kematian. Malahan peringatan tegar ini telah di jelaskan oleh Allah dalam firmanNya:

والعصر* إن الإنسـنلفي خسر* إلا الذين ءامنوا وعملوالصلحات وتواصوابالحق وتواصوابالصبر
Maksudnya: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.


Sementara itu Rasulullah s.a.w menegaskan lagi dalam sabdanya yang bermaksud: “ Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara ” iaitu:

1. Masa muda sebelum tua.
2. Masa kaya sebelum miskin.
3. Masa lapang sebelum sempit.
4. Masa sihat sebelum sakit dan
5. Masa hidup sebelum mati.

yang jelas memperhitungkan bahawa keseimbangan pencapaian dan kemajuan amat diperlukan, bukan saja dalam melaksanakan khidmat atau ibadat, malahan proses mempertingkatkan darjah ketaatan, keimanan dan ketaqwaan ke hadrat Allah. Dalam hubungan ini, era globalisasi akan menguji dan menilai kebijaksanaan manusia mempergunakan masa agar tidak lalai dengan arus kemajuan.

3. Hijrah dari segi bahasa bererti perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dari segi sejarah, hijrah bermaksud perpindahan Nabi dan umat Islam dari kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa ini telah menjadi satu titik peralihan dalam kehidupan Nabi dan juga perkembangan agama Islam itu sendiri. Penghijrahan ini dilakukan secara senyap bagi mengelakkan diketahui oleh musyirikin Mekah. Mereka berpindah dalam kumpulan yang kecil secara berperingkat-peringkat. Malah penghijrahan nabi bersama Abu Bakar ke Madinah mempunyai hikmahnya tersendiri. Mereka merupakan kumpulan akhir berhijrah bagi tujuan mengabui mata kaum musyrikin.

Dari segi istilah, perkataan hijrah berasal dari akarnya, daripada kata bahasa Arab ha-ja-ra bermaksud; berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain; atau ; berpindah dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik; Dalam al-Qur`an, di antara ayat-ayat yang mengandungi kata hijrah ialah surah al-Muddaththir, surah al-Ankabut, surah al-Muzzammil dan al-Nisa;.Antara makna hijrah yang terkandung dalam ayat-ayat di atas ialah meninggalkan perbuatan dosa sebagaimana dalam surah al-Muddaththir ayat 5;

والرّجزفَاهْجُرْ
Maksudnya: Dan Segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.


.Hijrah juga adalah suatu usaha yang dilakukan kerana menunaikan perintah Allah. Ini telah dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Ankabut ayat 26:

فئامن له لوط وقال إنى مهاجر إلى ربّي إنه هوا العزيز الحكيم

Maksudnya: setelah itu Lut beriman kepadanya dan Nabi Ibrahim pun berkata: "Aku hendak berhijrah kepada Tuhanku, Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Nabi Ibrahim berkata: Sesungguhnya aku akan berpindah ke tempat yang diperintahkan oleh Tuhan;.Ia juga bermaksud menjauhi persekitaran yang tidak baik, melalui uzlah pemikiran dan kerohanian dengan cara yang bijaksana, sebagaimana dalam surah al-Muzzammil ayat 10;dan bersabarlah terhadap apa yangmereka (orangkafir) ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik;. Hijrah juga merujuk peringatan Allah kepada kaum muslimin bahawa orang kafir sentiasa berusaha menjadikan kaum muslimin bergantung kepada mereka dan menjalanikehidupan seperti mereka. Dalam surah an-Nisa; ayat 89 bermaksud:

;Mereka (orang kafir) ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir,sehingga kamu akan menjadi sama seperti mereka. Maka janganlah kamu menjadikan mereka sebagai penolongmu hingga mereka berhijrah pada jalan Allah; Berdasarkan sifat dan keistimewaan bahasa Arab bahawa setiap terbitan perkataan dari satu kata akarnya.

Dalam Al-Quran, Allah yang Maha Tinggi, berfirman:


Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberikan rahmat daripada-Nya, keredhaan dan syurga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang kekal. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang kekal.´ (Surat AtTaubah: 20-22).

Beberapa hari lagi kita akan memasuki Tahun Baru Hijrah. Tahun dalam agama kita adalah Tuhan Hijrah. Maka itu adalah penting untuk kita mengingati makna dan kepentingan Hijrah itu sendiri. Hijrah adalah salah satu peristiwa yang penting dalam sejarah Islam. Maka itu tidak hairanlah jika Khalifah Umar (ra) memilih Hijrah untuk menjadikannya kalendشr atau tahun Islam. Secara fizikal, Hijrah adalah perjalanan dari satu bandar ke bandar lain yang jaraknya 300 batu.Bagaimanapun, apa yang lebih penting ialah ia juga menandakan permulaan satu era, satu tamadun, satu budaya dan satu sejarah baru bagi umat manusia.Islam berkembang bukan sahaja kerana Hijrah secara fizikal, tetapi juga kerana umat Islam memandang serius terhadap semua aspek dan dimensi Hijrah. Apabila Rasulullah s.a.w berhijrah dari Makkah ke Madinah, baginda tidak sahaja berpindah tempat tinggal atau bermastautin di sebuah kota baru, malah baginda juga merubah segala aspek kehidupan di kota yang didatanginya itu. Adalah penting untuk kita mempelajari dan merenung perubahan yang terjadi di Madinah sejak berlakunya penghijrahan Rasulullah SAW itu. Banyak pelajaran yang boleh kita pelajari dan menjadikannya panduan dalam hidup kita

2. Hijrah Melahir Modal Insan Terbilang

Sempena kita berada di awal tahun baru 1433H, marilah kita sama-sama merenung Firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 100 yang bermaksud:

ومن يهاجرفي سبيل الله يجد في الأرض مرغم كثيرا وسعةومن يخرج من بيته مهاجرا إلى الله ورسوله ثم يدركه الموت فقد وقع أجره على الله وكان الله غفورا رحيما

Maksudnya: Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah nescaya mereka mendapati di bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian kematian menimpanya sebelum tiba ke tempat yang di tuju maka telah tetap pahala di sisi Allah dan adalah Allah s.w.t Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.

Sedar atau pun tidak pada 27 November 2011 ini, kita akan memasuki tahun 1433H 1 Muharram. Pelbagai usaha dan cara dilakukan oleh umat Islam dalam menyambut kedatangan tahun baru Hijrah, di antaranya ialah dengan meningkatkan lagi kesedaran dan penghayatan umat Islam terhadap kalendar Hijrah yang sangat tinggi nilainya. Sudah sekian lama, umat Islam lebih terbiasa dengan kalendar Masihi dalam kehidupan seharian.Tanyalah diri kita masing-masing tentang sejauh manakah penggunaan kalendar Hijrah untuk mengatur urusan hidup kita seharian? bagaimanakah mungkin kita dapat menentukan waktu solat, puasa Ramadhan, hari raya dan beberapa lagi hari penting dalam Islam tanpa kita merujuk kepada kalendar Hijrah?. Menjadi tanggungjawab kita semua sebagai umat Islam, memartabatkan penggunaan kalendar Hijrah, agar identiti umat Islam lebih terserlah. Sambutan tahun baru Hijrah juga bertujuan mengajak umat Islam agar menghayati konsep Hijrah yang pernah dilalui oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Sekiranya pada bulan Zulhijjah yang baru lalu, kita banyak menyentuh tentang pengorbanan suci yang pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan anak kesayangannya Nabi Ismail a.s serta beberapa pengorbanan yang lain, maka pada bulan Muharram pula, kita perlu memfokuskan peristiwa Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dari Mekah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawwarah sehingga berjaya mendirikan Negara Islam. Perintah Hijrah ini bukan sahaja dilalui oleh Nabi Muhammad s.a.w., tetapi turut dilalui oleh beberapa nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum ini. Sesungguhnya Hijrah adalah suatu kewajipan yang mesti ditempohi sebelum datangnya pertolongan dan kejayaan yang lebih besar daripada Allah s.w.t. Jelas sekali hubungan rapat diantara korban dan Hijrah tidak dapat dipisahkan sama sekali. Hanya orang yang sanggup berkorban kerana Allah SWT dan Rasul-Nya sahajalah yang mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat serta diberi pertolongan oleh Allah SWT.Hijrah menuntut kepada pengorbanan yang besar, demi melaksanakan segala perintah Allah s.a.w. kerana makna Hijrah itu sendiri ialah suatu pengorbanan untuk membawa perubahan. Tiada perubahan ke arah yang lebih baik dan cemerlang yang tidak memerlukan pengorbanan. Perubahan adalah tuntutan hidup daripada sesuatu yang buruk kepada yang baik, dan daripada yang baik kepada yang lebih baik, daripada sifat Mazmumah kepada sifat Mahmudah.

Oleh itu mengingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW bukan sekadar menyebut dan mengingati peristiwabersejarah itu sahaja, tetapi yang lebih penting ialah menghidupkan ³Budaya Hijrah´ dalam kehidupan kita seharian, sebagaimana yang disarankan melalui sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w, hadith riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan Nasai) yang bermaksud:

“ Seorang Muslim itu ialah orang yang menyelamatkan saudara Muslim yang lain daripada (kejahatan) lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah.´Antara pengajaran penting yang dapat kita ambil daripada Hijrah Rasulullah s.a.w. ialah:.

1. Hijrah adalah persaudaraan. Semangat ukhuwwah Islamiah yang ditanam dalam diri umat Islam daripada peristiwa Hijrah tersebut sehingga perpecahan dan perbalahan sesama sendiri antara penduduk asal Madinah (Aus) dan (Khazraj) dapat diselesaikan. Begitu juga berlakunya persaudaraan yang luar biasa antara golongan Ansar dan Muhajirin dapat disatukan atas dasar Islam,seperti Sa’ad bin Rabi’ dengan Abdul Rahman bin Auf.

2. Hijrah itu ialah kejayaan. Hijrah itu membentuk suatu pegangan yang kuat, segala masalah dapat diselesaikan berpaksikan akidah Islamiah. Kita dapat saksikan melalui catatan sejarah di mana bangsa Arab Madinah yang terdiri daripada Aus dan Khazraj bersengketa sesama sendiri.Golongan Yahudi yang merupakan penduduk minoriti Madinah pada masa itu, dapat hidup senang dan menguasai ekonomi Madinah. Yahudi mengambil kesempatan atas perbalahan itu di mana satu golongan Yahudi memberi bantuan kepada Aus dan satu golongan yang lain memberi bantuan kepada Khazraj. Yahudi telah menjual senjata kepada golongan yang berbalah ini yang menyebabkan mereka dapat mengautkeuntungan di atas perpecahan orang lain.Oleh itu, menjadi satu yang tidak pelik, apabila Zionis Yahudi pada hari inimenggunakan kuasa besar terutama Amerika dalam menjajah bumi umat Islam di mana musuh Islam ini tidak berjaya melakukan penjajahan baru melainkan dengan mewujudkan perpecahan di kalangan umat Islam dengan meniupkan kembali semangat(‘Asabiah). Bumi Afghanistan diranapkan selepas umat Islam berpecah dari dalam dan luar negara. Begitu juga Iraq dimusnahkan, setelah hancurnya kesatuan umat Islam. Malah hukuman gantung terhadap Saddam Hussein bekas Presiden Iraq merupakan antara usaha dalam menambahkan lagi permusuhan antara umat Islam yang sedia bertelagah sesama sendiri. Musuh Islam bersorak riang atas perpecahan umat Islam, menjajah setelah kita berpecah, mengaut keuntungan atas perbalahan sesama sendiri yang tidak berkesudahan.


Jika Rasulullah s.a.w. berjaya membuang semangat ‘asabiah dan menangani masalah perpecahan sesama sendiri dengan menjadikan Islam sebagai asas perpaduan, maka umat Islam hari ini pun wajib kembali kepada ajaran Islam yang sebenar agar kesatuan kita semakin rapat dan kuat sehingga musuh tidak lagi berani memperkotak-katikkan kita sesuka hati mereka. Melalui ikatan persaudaraan yang dijalinkan atas asas iman yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. telah membolehkan sebuah Daulah Islamiah ditegakkan sehingga bukan sahaja system pemerintahan, perundangan, pendidikkan, ekonomi dan sosial berasaskan Islam dapat dilaksanakan, malah sistem jahiliah yang menindas seperti amalan riba dapat dihapuskan. Hijrah berjaya menukarkan insan yang tertindas kepada yang bebas, insan yang dihina kepada yang mulia, insan yang lemah bertukar menjadi kuat. Daripada kegelapan kekufuran kepada cahaya iman, daripada kezaliman nafsu kepada keadilan wahyu.

Oleh itu marilah kita berhijrah dengan menyuburkan semula pengetahuan Agama dan memperkasakan iman serta membasmi kejahilan dan memerangi kesesatan. Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 74

والذين ءامنوا من بعد وهاجروا وجاهدوا في سبيل الله والذين ءاوواوّنصروا أولئك هم المؤمنون حقا لهمّ مغفرة ورزق كريم

Yang bermaksud: Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah danmereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh keampunan dan kurniaan yang mulia´.

Sumber: Jabatan Kemajuan IslamMalaysia

Sunday, October 30, 2011

MEMAHAMI DAN MENGHAYATI 'AIDILADHA

Apabila menjelang bulan Zulkaedah dan Zulhejjah seluruh ummat Islam mulai sibuk dengan urusan masing-masing untuk menyahut seruan Allah sebagai tetemuNya yang terpilih. Bersyukur kepada mereka yang berpeluang pergi ke tanah suci pada tahun ini, kerana termasuk di dalam koata giliran menunai fardhu haji, bagi yang masih belum tertunai hajat mereka bersabarlah menunggu giliran dan seruan dari oleh Allah subahanhu wa ta'ala, insyaAllah...

Sementara itu, bagi yang tidak ke tanah suci Mekah, masing-masing sibuk menguruskan persiapan menjelangnya 'Aidiladha terutamanya bagi membuat persiapan melakukan ibadah Qurban. Masjid, surau, organisasi tertentu dan orang perseorangan, sudah tentunya tidak duduk diam membuat pelbagai perancang dan persiapan bagi memenuhi hajat dan keperluan masyarakat yang dituntutan oleh Islam ini. 'Aidiladha yang dirayakan pada 10 Zulhijah adalah tanda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail bagi mentaati perintah Allah. Inilah simbol kesatuan umat Islam sedunia yang ditonjolkan melalui perhimpunan ibadah haji sepanjang tahun. Perhimpunan agong ini menjadi lambang terikat kukuhnya tali persaudaraan diantara seluruh umat Islam sedunia yang berpegang kepada satu ikatan akidah yang sama. Allah swt. menjelaskan dalam al-Quran surah Ali-Imran ayat 103,

" واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا...

Ertinya: Dan berpeganglah kamu semua pada tali Allah(agama Islam)dan janganlah kamu berpecah-belah...

Jika disorot peristiwa bermulanya sesuatu perayaan umat Islam itu, ia mempunyai falsafahnya tersendiri. Hari raya adalah kurniaan Allah kepada orang Islam Ansar bagi menggantikan amalan hari perayaan orang jahiliah sebelum kedatangan Islam di Madinah.

Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas dalam hadis yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya iaitu Aidiladha dan Aidilfitri."

...لكل جعلنا منكم شرعة ومنهاجا
Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). (Surah Al Maidah, ayat 48)

Kita harus faham perayaan ini bukan semata-mata aktiviti sosial tetapi adalah satu ibadah yang dituntut dalam agama. Maka itu adalah sangat cantik sekiranya kita dapat memenuhi bulan Zulhijjan ini dengan melakukan puasa sunat, terutamanya bermula dari 1 Zulhijjah sehinggalah 9 Zulhijjah atau setidak-tidaknya berpuasalah pada 8 dan 9 Zulhijjah. Kemudian disusuli dengan melakukan ibadat qurban.

Garis panduan merayakan Aidilfitri dan Aidiladha ada persamaan dan perbezaan. Jika pada Aidilfitri kita dilarang berpuasa pada hari raya pertama, pada sambutan Aidiladha dilarang berpuasa selama empat hari.

Aidilfitri disunahkan bertakbir pada sepanjang malam hari raya dan berakhir apakala selesai sahaja solat sunat 'Aidilfitri. Sedang bagi 'Aidiladha ia dituntut bertakbir selama empat hari berturut-turut, Aidilfitri disunatkan mengerjakan solat sunat hari raya, diwajibkan membayar zakat fitrah, sementara Aidiladha disunatkan melakukan ibadat korban sebagai tanda ketakwaan dan keimanan terhadap Allah.

Dari sebuah hadit yang diriwayatkan oleh Tarmizi: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan redha akan ibadat korban yang kamu lakukan."

Oleh sebab itu Islam menuntut supaya setiap amal ibadah yang dilakukan itu mesti ikhlas, berlebih lagi dalam melakukan ibadah qurban. Ia mesti dilakukan dengan penuh keredaan dan berlapang dada, bukan terpaksa, terikut-ikut atau untuk menunjuk nunjuk.seperkara lagi ialah kita berkemampuan mengeluarkan belanjanya. Ingatlah apa yang akan sampai kepada Allah bukan daging, atau binatang qurban tetapi ketakwaan yang mendorong kita melakukan ibadat korban.

Allah berfirman yang bermaksud: "Daging dan darah binatang qurban itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagi kamu, supaya kamu mengagungkan Allah atas apa yang Dia beri petunjuk kepada kamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang melakukan kebaikan." (Surah Al-Haj, ayat 37)

Perayaan Aidiladha berlangsung selama empat hari dari 10 Zulhijah hingga 14 Zulhijah. Selama empat hari itu disunatkan berkorban dan daging qurban akan diagih-agihkan kepada mereka yang miskin sebagai satu cara penyucian jiwa bagi mereka yang kaya.

Selepas kita berjaya membuktikan keutuhan dan kesungguhan mentauhidkan Allah. Amalan ziarah menziarahi sanak-saudara dan keluarga terdekat serta kenalan untuk menguatkan ikatan persaudaraan sempena menyambut Aidiladha sangat wajar dihidupan.

Ibadat korban mencerminkan dua perkara. Pertama, ia adalah wasilah atau perantaraan bagi mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga dan masyarakat. Kedua, ibadat korban mencerminkan sifat keihsanan yang sangat dianjurkan Islam.

Tetapi apa yang berlaku di tanah air kita ialah semakin ramai menjadi kurang prihatin dan memahami tujuan sebenar sambutan hari raya seperti yang disarankan agama. Pada pertengahan Ramadan sudah berkumandang lagu raya seolah-olah kita lupa sebenarnya ibadat berpuasa menuntut pengorbanan nafsu yang tinggi.

Media elektronik berlumba-lumba meraih penonton dengan menghidangkan pelbagai rancangan hiburan, hinggakan semakin ramai terpaku di hadapan televisyen dan amalan untuk menziarahi sanak saudara serta sahabat handai makin dilupakan

Cuti umum Aidiladha pula dianggap seperti hari cuti biasa, diisikan dengan tidur atau membasuh kereta. Mungkin ramai beranggapan Aidiladha khusus bagi mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah menyebabkan ramai yang tidak berapa mengambil peduli untuk meraikan Aidiladha.

Sudah sampai masanya kita kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah untuk menyambut hari raya supaya pengisian yang dilakukan mendapat keredaan Allah. Wang untuk membeli pakaian baru adalah lebih baik digunakan untuk melaksanakan ibadat korban.

Kemungkinan kita boleh meraikan Aidiladha tahun ini dengan mengorbankan seekor lembu yang dikongsi bersama ahli keluarga, kemudian daging korban diberikan kepada orang miskin atau komuniti orang asli supaya dapat merasai nikmat keimanan serta penghayatan Aidiladha.

Firman Allah yang bermaksud: "Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua-dua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya ketika mereka mempersembahkan korban maka diterima daripada salah seorang daripada mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): Aku pasti membunuhmu! Berkata Habil: Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa." (Surah al-Maidah, ayat 27)


Umat Islam mesti mengagungkan dan membesarkan hari perayaan agama mengikut konsep yang sebenarnya. Kita perlu mengetahui tujuan sebenar atau cerita di sebalik sambutan hari raya supaya mendapat rahmat daripada Allah

Wednesday, October 5, 2011

GURINDAM MENJALANKAN KERJA

JIKA BANYAK CELA MENCELA,
TIDAK MENJADI SATU PUN KERJA.

JIKA KURANG USUL PERIKSA
KERJA YANG BERAT MENJADI SIA-SIA.

JIKA ASYIK BERCAKAP-CAKAP
SEGALA KERJA MENJADI TAK CEKAP.

JIKA KERJA BERDIKIT-DIKIT
DARI BUSUT MENJADI BUKIT.

JIKA MAHU BERGOTONG-ROYONG
SAGU DIPEROLEH DI DALAM RUYONG.

JIKA MASIH BERCERAI-BERAI
SAMPAI BILA KERJA TAK SELESAI.

JIKA ORANG BANYAK PERINTAH
BERTUNGKUS-LUMUS AMATLAH BETAH.

JIKA MAHU TEGUR-MENEGUR
NYIUR YANG TINGGI BOLEH DIGUGUR.

JIKA BANYAK MEMBERI ALASAN
USAH DIHARAP MENDAPAT GANJARAN.

JIKA KERJA MENURUT ATURAN
GUNI YANG BERAT MENJADI RINGAN.

JIKA ASYIK BERBALAS NISTA
ROSAKLAH KUAH PECAHLAH BELANGA.

JIKA TANGAN RINGAN SENTIASA
HASIL DIPEROLEHI SEPANJANG MASA.


Petikan Seminar Guru di Sarawak 2008

Tuesday, August 2, 2011

Rahmat Bulan Ramadan Tiada Tandingannya

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ٍSaudara/ri Yang DiMuliakan

Di dalam sebuah hadis sohih yang diriwayatakan oleh Imam al-Tirmidzi Rasulullulah saw bersabda
إذا كانت أول ليلة من رمضان, فتحت أبواب الجنة ، وغلقت أبواب النار ، وصفدت الشياطين ، زناد : يا فاعل الخير أقبل، و يا باعي الشر أقصر ))
Maksudnya :
Apabila tiba malam pertama bulan Ramadan,maka dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka dan diikat para syaitan dan di seru : Wahai orang-orang yang melakukan kebaikan selamat datang dan wahai orang yang melakukan kejahatan berhentilah
Jelaslah daripada hadith ini apakah yang sepatutnya dilaksanakan oleh seorang muslim itu apabila tibanya bulan Ramadhan al-Mubarak.Sesungguhnya Allah SWT melipat gandakan pahala di atas amalan yang dilakukan oleh hambaNYa kerana kelebihan dan rahmat bulan ini. Pahala melakukan amalan sunat adalah seperti melakukan ibadat wajib manakala amalan fardu dilipatkaligandakan sebanyak tujuh puluh kali. Oleh itu sebagai umat Islam marilah sama-sama kita memperbanyakkan amalan –amalan yang mulia dan menjauhi segala larangan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Contoh dan ikutan yang terbaik adalah Rasulullah saw di mana didalam bulan ini, baginda melipat gandakan amalan baginda walaupun baginda seorang yang ma’sum, terpelihara daripada melakukan maksiat dan telah dijanjikan syurga oleh Allah swt.

Justeru itu kita sebagai umat Nabi Muhammad saw perlu merebut peluang keemasan ini dengan memperbanyakkan amalan di samping meningkatkan kualiti amalan-amalan fardu dan menambah amalan-amalan sunat.

Antara amalan –amalan yang perlu diamalkan oleh kita di dalam bulan yang mulia ini;

Pertama : Solat berjemaah lima waktu sehari semalam.Sabda Rasulullah saw
صلاة الجماعة أفضل من صلاة الفذ بسبع وعشرين درجة.
Solat berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 kali ganda.
Antara amalan yang perlu diperbaiki oleh kita, janganlah kita datang ke masjid untuk menunaikan solat Isyak dan Tarawih sahaja tetapi marilah kita makmurkan rumah Allah di setiap waktu solat.

Kedua : Membanyakkan membaca al-Quran dan menghadiri majlis-majlis ilmu dan tadarus. Hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad:
عن عبدالله بن عمر رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : الصيام والقرآن يشفعان للعبد يوم القيامة. يقول الصيام : أي رب، منعته الطعام والشهوة فشفعني فيه ، ويقول القرآن: منعته النوم بالليل، فشفعني فيه. قال فيشفعان.

Daripada Ibnu Umar ra bahawasanya Rasul saw bersabda :
“ Puasa dan al-quran memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat. Puasa berkata:
“Wahai Tuhanku, dia telah menahan dirinya dari makan dan hawa nafsu, berilah syafaat kepadanya.
Al-Quran pula berkata:
“Dia telah berjaga malam kerana membacaku, berilah syafaat kepadanya. Lalu Allah Taala memberi syafaat kepada hambanya yang berpuasa dan membaca al-Quran.

Sehubungan dengan ini,diriwayatkan bahawa Imam Syafei mengkhatamkan al-Quran sebanyak 30 kali pada bulan-bulan biasa dan 60 kali dalam bulan Ramadan.

Ketiga : Membanyakkan sedekah, membantu golongan miskin dan memberi makan kepada orang yang berpuasa. Di dalam suatu khutbah yang disampaikan oleh Rasulullah saw pernah bersabda yang diriwayatkan oleh Salman r.a , maksudnya : “Barangsiapa memberi makan bagi orang-orang yang berpuasa baginya keampunan segala dosa-dosa yang pernah dilakuan dan bebas dari api neraka serta baginya pahala tanpa ada pengurangan daripadanya sedikitpun.” Ada sahabat yang bertanya ; Wahai Rasulullah tidak semua dikalangan kami yang mampu memberi makan orang yang berpuasa ? Maka rasulullah saw menjawab : “ Allah mengurniakan pahala-pahala ini bagi sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa walaupun hanya dengan buah tamar, air minuman ataupun susu”

Keempat : Menghidupkan malam bulan Ramadan dengan ibadat seperti solat terawih, tadarus al-Quran, berzikir, bertasbih dan berselawat. Sabda Rasulullah saw :

Sesiapa yang menghidupkan malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan balasannya, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu...

Ramadhan Bukan Bulan Pesta Makan Dan Membeli Belah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين.

Renungan
"Sesiapa yang mencintai dunia, nescaya memudaratkan akhiratnya, dan sesiapa yang mencintai akhirat nescaya memudaratkan dunianya. Maka hendaklah kamu utamakan yang kekal daripada yang fana." (Maksud hadis)

Menjelang Ramadan ini, pelbagai kisah pelik kita lihat dan dengar. Antaranya ribuan peniaga terutama yang menjual makanan berebutkan lot bazar atau pasar Ramadan.

Kemudian stesen televisyen sibuk dengan rancangan memasaknya, seperti Ketuk-ketuk Ramadan. Hotel pula sibuk dengan buffet Ramadannya. Masjid dan surau pula sibuk dengan jaudah berbuka puasa dan morehnya. Pendeknya semuanya berkaitan makanan sedangkan antara maksud puasa itu menahan daripada makan.Ia juga berkenaan pesta makan-makan dan membeli-belah pada ketika Ramadan.

Hal yang akan diperkatakan ialah mengenai perilaku sesetengah kita pada bulan Ramadan dan semasa Aidilfitri.

Pada saya perkara yang berlaku dalam masyarakat perlu diketengahkan, kemudian dikupas oleh alim ulama dan dikeluarkan nasihat, agar ibadat yang dijalani tidak diiringi perbuatan yang tidak sejajar dengan tuntutan agama.


Dalam masyarakat kita, belum pun umat Islam berpuasa, para peniaga sudah pun mengeluar dan mengedarkan risalah dan katalog tawaran Ramadan dan Aidilfitrinya.

Katalog tawaran raya sebuah rangkaian kedai perabot terkenal yang dihantar ke rumah-rumah, bukannya nipis - gulungan kertasnya membentuk sebuah 'baton lumba lari berganti-ganti'.

Selain katalog 'baton' ini, peti surat juga dipenuhi dengan pelbagai risalah tawaran istimewa. Daripada barangan elektrik sehingga kain ela, semuanya ada ditawarkan.

Pelbagai hadiah istimewa disediakan, siap dengan slogannya, 'siapa cepat dia dapat'.
Ramai suri rumah, malah 'bapa rumah', terpesona dengan tawaran istimewa itu. Mana tidaknya, misalnya, syarikat rangkaian perabot terkenal itu tidak memerlukan seseorang pembeli membayar cengkeram untuk barangannya.

Mula saja puasa, pusat membeli-belah pun berlumba-lumba menyiapkan dekrorasi dalamannya dengan 'setting' Hari Raya - Sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu kota menyediakan sebuah pentas khas berbentuk pelita dengan slogan 'Cahaya Lebaran'.

Selain pesta membeli-belah sebelum raya, di Malaysia seolah-olah sudah menjadi 'trend' untuk menjadikan Ramadan sebagai pesta atau karnival makan-makan.

Menjelang saja Ramadan, wujud pelbagai tempat pelbagai aktiviti tambahan seperti 'Pasar Ramadan, Bazar Ramadan, Pasar Minggu Ramadan, Gerai Ramadan dan Karnival Ramadan', seolah-olah bulan ini adalah untuk perhabis dari segi makan dan kegiatan membeli-belah.

Pelik sungguh, Ramadan adalah bulan puasa tetapi berdasarkan keghairahan kita mewujudkan pelbagai jenis pasar Ramadan ini, soal makan menjadi keutamaan bukannya puasa itu.

Aktiviti 'makan-makan' tidak terhad tempatnya - daripada di gerai tepi jalan sampailah ke hotel lima atau enam bintang. Makanan pelik-pelik yang tiada pada bulan lain seperti tahi itik atau tepung pelita, tiba-tiba saja muncul untuk memenuhi selera 'orang berpuasa'.

Di masjid dan surau pula diadakan 'majlis makan' (moreh), biasanya selepas solat tarawih. Adalah digalakkan untuk mengadakan majlis sederhana tetapi yang menyedihkan ada pengurusan surau yang sanggup 'mengemis bantuan' kepada orang politik (wakil rakyat) bukan Islam semata-mata untuk membeli gula dan kopi.

Di mana terletak maruah orang Islam jika untuk membeli kopi dan gula pun, mereka tidak dapat berdikari tetapi terpaksa 'meminta-minta' terutama daripada orang kaya bukan Islam?

Dalam suasana Ramadan ketika ini, di tepi-tepi jalan di sesetengah tempat, dibina gerai sementara yang menjual aneka barangan. Ada pula mendirikan bangsal untuk menjual daging lembu dan ayam. Semuanya seolah-olah menunjukkan fikiran dan tumpuan orang Islam hanya pada 'makan dan perhiasan saja'.

Seorang tokoh politik pernah meminta ulama supaya menegur sesetengah umat Islam yang menjadikan Ramadan bulan pesta makanan serta membeli-belah dan tidak mempedulikan langsung untuk meningkatkan amalan masing-masing.

Misalnya ada yang 'seronok' menjual daging lembu di bangsal di tepi jalan sehingga sehingga tidak mempedulikan solat waktu. Mereka sanggup menjadi 'penunggu lembu' siang dan malam.

Kata tokoh itu, ketika ini pelbagai kegiatan kurang sihat seperti pesta buka puasa dan Karnival Ramadan berkembang pesat.

"Jika kita tersalah langkah, ibadat puasa akan jadi pesta pula nanti," katanya.

Tokoh itu bimbang ibadat puasa umat Islam akan bertukar menjadi pesta haji seperti yang berlaku pada zaman Jahiliah.

Sejarah haji yang bermula sebagai ibadah pada zaman Nabi Ibrahim a.s. dan anak baginda, Ismail a.s. akhirnya bertukar menjadi pesta selepas itu sebelum dikembalikan ke landasannya oleh Nabi Muhammad s.a.w., katanya.

Pada kemuncak maksiat pesta haji itu, pengunjung Baitullah melakukan tawaf dengan keadaan bertelanjang bulat, katanya. Tokoh politik itu bimbang, jika ulama tidak membuat teguran, dikhuatiri puasa akan bertukar menjadi pesta yang terkandung pelbagai unsur negatif seperti menggalakkan amalan membazir, bercampur-gaul lelaki perempuan ketika majlis berbuka dan dicampur-adukkan dengan pesta hiburan termasuk nyanyian.

Beliau berkata, salah satu cara untuk mengukur sama ada puasa itu membawa perubahan positif atau negatif, hitunglah perbelanjaan - kalau ia terlalu besar berbanding bulan di luar Ramadan, bermakna seseorang itu gagal dalam puasanya tetapi jika ia dapat berjimat dan melebihkan ibadat dan siraturahim, bermakna dia berada di landasan yang betul.

Apabila menyambut Aidilfitri pula, pelbagai amalan songsang seperti kegiatan bermain judi (budak-budak pula main tikam-tikam), pesta-pesta hiburan dan hidangan minuman keras menjadi 'trend' dikalangan sesetengah orang yang mengaku beragama Islam.

Semua amalan-amalan negatif perlu dibendung agar hukum-hakam dan syiar Islam sentiasa terpelihara manakala orang bukan Islam tidak memandang hina kepada Islam hanya disebabkan sikap buruk sesetengah penganutnya, katanya

Thursday, July 28, 2011

FORMAT TUGASAN DPI

1.Kertas A4
2.Tulisan : DPI Jawi Biasa / Tahfiz Time Roman: 3 Markah
3.Font 16 (Jawi)/ Tahfiz font 12 (Rumi)
4.Spacing.: 1.5
5.kulit Luar : Logo, Kod Matapelajaran, Tajuk. Nama & No Metrik dan nama pensyarah. 2 Markah
6.Daftar isi Kandungan.
7.Pendahuluan.
8.Isi kandungan. 15 Markah
9.Persembahan 7 Markah ( Kepetahan/Fakta tepat/Tidak melebihi masa)
10.Penutup
11.Nota kaki
12.15 muka surat atau tidak melebihi 20 muka surat
13.Gambar/rajah digalakkan 3 Markah
14.Rujukan (4 buah buku)
15.Majalah/akhbar/dll.
16.Rujukan dari internet hanya suku muka surat dari keseluruhan muka surat. Sekiranya didapati keseluruhan isi kandungan disalin (copy paste) dari iT, tugasan akan tertolak. Setiap rujukan iT perlu diletakkan alamat, masa dan tarikh diambil.

Cara mencatat rujukan:
Contoh:

al-Quran al-Karim

Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al -Quran. Abdullah Basmiek 1993. BAHEIS Pusat Islam Kuala Lumpur.

Sejarah al-Quran. Abu Mardiyah. 2007. Pustaka Aman. Singapura.

Cara mencatat Nota Kaki
Contoh:
1.Bukhari: Jilid 2: 123


Tarikh serah: DPI kelas 1 12 Ogos Dan DPI Kelas 2 19 Ogos 2011.
Tarikh serah Tahfiz: 12 Ogos 2011.

Sila burn semua tugasan didalam 1 CD ( KETUA KELAS SILA AMBIL PERHATIAN)
Tugasan yang lambat diserah sehari dipotong 2 markah.

TAJUK TUGASAN PENDIDIKAN ISLAM Kelas 2

Nama Pensyarah: Us. Omar bin Mokti
Jabatan Pendidikan Islam
Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)

Tel : 019-7967383

Bil Tajuk Tugasan

1 Sejauh Mana pendidikkan al-Quran Dapat Membentuk Nilai-Nilai Murni Di Kalangan Pelajar Sekolah

2 Pembelajaran al-Quran di Kalangan Orang Lelaki Dewasa Kurang Mengalakkan Apakah Punca Masalahnya.

3 Pendekatan Pembelajaran Dan Pengajaran al-Quran Secara Tradisional: Apakah Masih Relevan Diamalkan

4 Persembahan Bacaan al-Quran Di kalangan pelajar Perempuan Lebih Baik Berbanding Pelajar Lelaki Bagaimana Menangani Fenomena Ini

5 Kualiti Pembacaan al-Quran Yang Lemah di Kalangan Penceramah Agama Perlukah Kepada Suatu Penilaian Semula

6 Kurang Minatnya Di Kalangan Pelajar Agama Terhadap Subjek al-Quran: Bagaimana Cara Menangani Isu Ini

7 Al-Quran Semangkin Mendapat Tempat Di kalang Perawat-Perawat Perubatan Islam: Bagaimana Membendong Fenomena Ini Supaya al-Quran Terus Terpelihara Kesuciannya

8 Fungsi Dan Peranan al-Quran Dalam Membentuk Keluarga Sakinah

9 Keutamaan Al-Quran Dan Kelebihan Yang Di perolehi kepada Pengamalnya.

10 Al-Quran Adalah Al-Syifaa Bagi Orang Yang Beriman Sejauh Manakah Ia DiYakini Oleh Umat Islam Sendiri

Wednesday, July 6, 2011

TAJUK TUGASAN PKK 2201 B TARANNUM DQ

1. KEPENTINGAN MEMPELAJARI AL-QURAN DAN TARANNUM

2. MEMPELAJARI TARANNUM AL-QURAN MENJAMIN MASA DEPAN.

3. MAQAM-MAQAM TARANNUM DI MALAYSIA DAN SEJARAHNYA

4. QARI-QARIAH NEGERI JOHOR JOHAN KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA

5. PEMANTAPAN TARANNUM DAN KEPENTINGAN PENJAGAAN SUARA

6. QARI-QARIAH KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA WAJAR MENDAPAT ELAUN SARA HIDUP

7. KEPENTINGAN BAHASA ARAB KEPADA QARI DAN QARIAH NEGARA

8. KEPENTINGAN MENGUASAI ASAS TARANNUM YANG MANTAP

TAJUK TUGASAN KELAS 1 KOD DPQ1113 TILAWAH DAN TAJWID SESI 2011

1. KEPENTINGAN MEMPELAJARI AL-QURAN DAN BERGURU

2. KAEDAH MEMPELAJARI AL-QURAN DI ZAMAN NABI DAN SEKARANG.

3. KEPENTINGAN MEMPERTINGKATKAN BACAAN AL-QURAN DAN KEAIBAN TIDAK MENGUASAINYA

4. FAEDAH MENGENALI MAKHRAJ DAN SIFAT HURUF HIJAIYAH

5. KAEDAH DAN TEKNIK MEMPERELOKAN BACAAN AL-QURAN DARI SUDUT SUARA DAN FASAHAH

6. SEJARAH PEMBUKUAN AL-QURAN DI ZAMAN SAHABAT DAN FAEDAH KEPADA UMAT ISLAM

7. ADAB-ADAB PENUNTUT AL-QURAN DAN HUKUM MENGABAIKANNYA

8. KEUTAMAAN MEMPELAJARI ASAS BACAAN AL-QURAN DENGAN TEPAT DAN BERLAHJAH ARAB

9 KEPENTINGAN WANITA MEMPELAJARI AL-QURAN DAN MENGAJARNYA

10. MENGHIASI BACAAN AL-QURAN DENGAN SENI SUARA YANG ELOK

Friday, June 17, 2011

Kaunseling Pendekatan Islam

Pendahuluan

Tanggungjawab menolong dan menasihati adalah tanggungjawab bersama kerana setiap orang berperanan nasihat –menasihati bagi mencapai kebahagian dan keharmonian dalam hidup. Proses bimbingan dan kaunseling juga seakan sama dengan tanggungjawab menolong dan menasihati, namun bagi kaunseling, hanya yang memahami dan mempelajari teknik-teknik kaunseling dapat mempraktikkannya secara teratur dan konsisten. Sebelum itu mari kita sama-sama teliti apa yang dimaksudkan dengan bimbingan? Dan apa juga yang dimaksudkan dengan kaunseling.

Kaunseling merupakan suatu proses menolong yang melibatkan interaksi dua hala antara orang yang memberi pertolongan dengan orang yang menerima pertolongan dalam keadaan suasana yang harmoni, penuh kesedaran dan saling memahami. Apabila proses ini dikembangkan, sudah tentunya berlaku juga proses kesedaran diri bagi orang yang menerima pertolongan. Manakala bimbingan pula didefinisikan sebagai sebahagian daripada proses menolong. Bimbingan melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya proses bimbingan ini adalah untuk penentuan kebajikan dan perkembangan penerima bimbingan. Othman Mohammad (2005)

Sebenarnya terdapat banyak dan pelbagai definisi mengenai bimbingan dan kaunseling. Namun semuanya mempunyai satu matlamat utama iaitu memberi pertolongan untuk mewujudkan celik akal atau kesedaran mengenai sesuatu perkara yang menyebabkan seseorang perlu kepada bimbingan dan kaunseling .

Dalam bahagian satu ini, saya akan memberikan sedikit pengenalan bagaimana untuk mengaitkan proses bimbingan dan kaunseling dalam pendekatan dakwah. Saya akan menggunakan bahasa mudah agar dapat memberi kefahaman yang lebih jelas dan teratur.

Bagaimana proses bimbingan dan kaunseling dapat membantu kita dalam urusan dakwah? Bagaimana method atau pendekatan yang dapat kita gunakan agar usaha dakwah kita dapat diselarikan dengan konsep bimbingan dan kaunseling? .

Dalam islam, kewajipan yang telah diamanahkan kepada semua manusia adalah dikenali sebagai “hisbah”. Apakah yang dimaksudkan dengan hisbah? Hisbah adalah menyeru kepada kebaikan dan menegah kemungkaran serta membetulkan manusia ( amar ma’ruf wa nahy munkar , wa islah bayna an-nas)

Menurut ibnu Qayyim , hisbah bermaksud memutuskan sesuatu perkara tanpa dakwaan kerana jika berdasarkan dakwaan maka ia termasuklah dalam bidang kuasa hakim, bukan kuasa “muhtasib” * . pengertian tersebut memperjelas bahawa batasan tanggungjawab tersebut meliputi masalah perseorangan, kelompok dan masalah masyarakat serta negara. Siti Zalikhah Md Noor (2002)

Kewajipan hisbah berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
“ dan hendaklah ada dikalangan kamu satu golongan yang menyeru kepada bakti dan mengarahkan kepada kebaikan dan menegah kepada kemungkaran dan mereka itu golongan yang beroleh kejayaan
(Al-Imran 3:104)

Bagaimana hisbah dikaitkan dengan konsep-konsep dalam kaunseling?
Menurut imam al-ghazali, hisbah terdiri daripada beberapa rukun. Sepertimana dalam solat terdapat rukun solat, didalam hisbah juga terdapat rukun yang dapat disama gandingkan didalam konsep kaunseling. Rukun tersebut adalah seperti dibawah
Muhtasib ( Kaunselor)
Muhtasab ‘alaih (Klien)
Muhtasab Fih (Masalah yang dihadapi klien)
Al-Ihtisaab (peringkat)


Konsep

Kaunseling didefinisikan sebagai satu interaksi antara dua individu iaitu kaunselor dan klien, dalam keadaan profesional dan bertujuan untuk menolong kepada perubahan tingkah laku klien.

Di dalam Islam, kaunseling mempunyai pengertian dan kedudukan yang tersendiri. Ini selaras dengan tuntutan Islam itu sendiri yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Kebanyakan sentuhan kaunseling barat lebih bertumpu kepada perubahan tingkah laku klien kearah lebih rasional dan mengikut garis normal hidup sebagai manusia. Inilah beza utama bagaimana kaunseling berpendekatan Islam dilihat lebih memberi kesan yang menyeluruh bagi hidup seseorang muslim. Namun tidak dinafikan, teknik dan gaya pendekatan kaunseling barat boleh juga diaplikasikan semasa sesi kaunseling berlangsung. .

Berkesannya kaunseling berpendekatan Islam ini adalah kerana matlamat akhir yang berbeza dengan pendekatan-pendekatan lain. Matlamat akhir bagi sesi kaunseling ini adalah mengkehendaki klien memahami hubungan dengan Allah swt, hubungan dengan makhluk-makhluk ciptaan Allah, tujuan hidup dunia dan matlamat akhir hidup ini.

Keimanan ialah teras kepada konsep kaunseling Islam, maka sudah dalam ilmu kaunseling Islam tidak boleh dipisahkan konsep beriman kepada Allah, alam akhirat, dosa, pahala dan sebagainya. Apa yang kendak dicapai dalam proses kaunseling ialah kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Seorang konselor mestilah berpendidikan dan mempunyai pekerti yang baik, malah konselor menjadi tempat rujukan, model dan contoh yang terhampir sekali dengan klien. Dan dalam hal ini Rasulullah bersabda (riwayat al-Tabari):

“ Sebaik-baik manusia itu ialah yang lebih bermanfaat kepada manusia ”

Teori-teori kaunseling Islam yang diterangkan oleh tokoh-tokoh Barat berpandukan kepada akal manusia melalui hasil kajian, ujian dan pengamatan yang dilakukan. Kajian ini berkaitan dengan perkembangan,tingkah laku, emosi dan pemikiran manusia. Hasil yang dilakukan bukan sahaja bersifat saintifik mengikut lunaslunas kajian moden, tetapi juga terbuka untuk dicabar akan kesahihannya.

Pendekatan psikonalitik Freud yang berkaitan dengan tenaga libodo dan konsep id, ego dan superego banyakdibicarakan oleh ahli psikologi Islam. Walau pun terdapat rasa tidak senang hati terhadap penekanan Freud mengenai peranan tenaga libodo seks, tetapi ramai diantara mereka yang menghuraikan konsep seumpama ini (Wan Hussein@Wan Azmi 1982, Hamzah 1984, Hassan 1986, dan Amir 1998. Misalnya Wan Azmi bin Wan Abd Kadir menghuraikan fitrah manusia mengikut al-Quran yang dikatakan mengandungi unsur material dan spiritual. Jika konsep unsur spiritual ini disamakan dengan konsep psikologi, beliau menghuraikan bahawa unsur spiritual( psikologi ) ini mengandungi empat konsep iaiitu, roh, nafs, hawa dan akal.

Mesej kaunseling Islam adalah ntuk mencapai makruf dan menghalang kemungkaran. Penelitian yang bermakna bagi seseorang adalah membimbing manusia lain dengan wadah yang tinggi, melihat keberkesannan proses yang dilakukan akan menjurus kepada konsep tersebut. Dalam hal ini Allah berfirman (surah Ali Imran, ayat 110 yang bermaksud:

“ Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara yang baik, serta melarang daripada Segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. ”

Kaunseling berpendekatan Islam ini menekankan 4 perkara penting iaitu pembangunan roh, akal, hati dan pengimbangan nafsu:

1.Pembangunan Roh .

Pembangunan roh merupakan aspek paling penting dalam kaunseling Islam. Bilamana roh itu sudah mula mengenali Allah, mencintai Allah, mula takut pada Allah, yakin pada Allah dan akur pada segala suruhan dan larangan Allah, maka manusia mula mengetahui apa tujuan hidupnya.
2. Pembangunan Akal .

Membangunkan akal atau dalam kata lain, pencerahan akal (celik akal) dapat membimbing manusia kepada kemuliaan dan ketinggian darjat sebagai hamba disisi Allah swt. Akal fikiran adalah amanah dan tanggungjawab daripada ALLAH yang tidak dilibatkan kepada makhluk lain dimuka bumi. Akal fikiran dapat membezakan kebenaran dan kebatilan , juga antara petunjuk (hidayah) dan kesesatan .

3. Pembangunan Hati .

Pembangunan hati bukan sahaja sekadar menumpukan zikir pembaikan hati dan sebagainya, tetapi yang lebih utama adalah membuang dahulu segala kekotoran yang lahir dari dosa dan maksiat yang dilakukan. Hati manusia ibarat bebola kaca yang jernih dan bersinar. Andai ia dikilau dengan cahaya yang benar-benar terang, maka pancarannya akan menjadi semakin menyerlah dan menarik orang lain untuk melihatnya. Hati yang elok berupaya memberi ilham kepada manusia tentang hakikat dirinya dan juga Penciptanya iaitu Allah swt.

4. Pengimbangan Nafsu .

Mengapa tidak dikatakan penghapusan atau perlupusan nafsu? Ini kerana manusia juga memerlukan nafsu dalam kehidupannya. Nafsu yang diimbang dengan hati yang jernih, ruh yang dibangunkan dan akal yang terpimpin akan mampu membawa manusia kearah kesejahteraan lahiriah dan batinniah. Contohnya, makan adalah satu aktiviti dalam kehidupan. Andai nafsu jahat yang menguasai nafsu makan, maka kita akan makan secara berlebihan sehingga lahiriah menjadi malas, dan impak yang lebih buruk akan menimpa batinniah sehingga menyebabkan rosaknya hati dan jiwa .

Justeru itu, keempat-empat perkara diatas merupakan tumpuan utama dalam kaunseling pendekatan islam dimana tujuan akhir kaunseling ini adalah membawa manusia mengenal diri dan Penciptanya
Al-Quran Sumber Asas Kaunseling ( نصيحة)
Perkhidmatan nasihat ialah sumber yang tulen dalam Islam. Nasihat menasihat diantara satu sama lain dianjurkan agar manusia saling bertaggungjawab memikul amanah daripada Allah. Allah berfirman dalam surah al-;Asr : ayat 1 – 3 yang bermaksud:
“ Demi Masa!, manusia itu Dalam kerugian .. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar. ”Sesungguhnya
Dalam ayat yang lain Allah berfirman dalam surah al-‘A’la: ayat 9 yang bermaksud:
“ Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia Dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);
Perutusan Rasulullah ke seluruh umat di dunia ini adalah sebagai pemberi nasihat kepada umatnya. Rasulullah sendiri membawa risalah tauhid yang mengajurkan manusia supaya beriman dan bertakwa melalui cara yang paling berhikmah dan bijaksana. Melalui nasihat pengajaran yang baik dan boleh diperolehi seperti yang di jelaskan melalui firman Allah dalam surah al-A’raf: ayat 63 yang bermaksud:

“ Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu melalui seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu, dan supaya kamu bertaqwa dan juga supaya kamu beroleh rahmat? ".
Terdapat juga hadith-hadith yang menelaskan kepada kita bahawa Islam banyak menggunakan pendekatan nasihat ( kauseling ). Dengan jalan nasihat, dikaitkan dengan petunjuk yang baik bagi seseorang individu mahu pun bagi satu-satu kelompok tertentu.
Sabda Rasulullah (riwayat al-Khatib) yang bermaksud:
“ Mintalah petunjuk dari orang yang berakal, maka kamu akan beroleh petunjuk dan janganlah kamu menyalahinya agar kamu tidak menyesal ”.
Hadith riwayat dari Ibnu Hajar yang bermaksud:
“ Orang-orang mukmin adalah bersaudara. Oleh itu tidak boleh meninggalkan memberi nasihat pada setiap masa. ”
TEORI KAUNSELING IMAM AL-GHAZALI

Perkara penting dalam memahami konsep dan model kaunseling Imam al-Ghazali adalah memahami dan menghayati syariat Islam. Model ini memberi penekanan kepada proses memahami jiwa manusia dari aspek kefahaman Islam. Oleh sebab itu, teori yang digunakan ini dapat memberi ruang kepada klien supaya memahami erti sebenar kehidupan ini, menghayati kebesaran dan keesaan Allah dan juga mensyukuri nikmat kurniaan Allah kepada hambaNya.
Maka, melalui teori kaunseling ini, Imam al-Ghazali mengharapkan agar kaunselor juga akan dapat meningkatkan kualiti diri melalui hubungan dengan Allah yang tinggi. Hal ini kerana untuk menjadi seorang kaunselor yang mampu untuk membimbing orang maka mereka perlu memperbaiki diri sendiri dari pelbagai aspek.
Proses kaunseling al-Ghazali merangkumi aspek-aspek seperti musyaratah (menetapkan syarat), muraqabah (audit atau semakan), mu’aqabah (dendaan), mujahadah (bersungguh-sungguh dan Mu’atabah (celaan).

SESI KAUNSELING IMAM AL-GHAZALI :

Langkah 1 : Pengenalan dan bina hubungan
Langkah 2 : Meneroka diri dan masalah
Langkah 3 : Mengenal pasti punca dan jenis masalah
Langkah 4 : Memberi ubat yang sesuai dengan penyakit
Langkah 5 : Penilaian

1. Langkah pertama dalam teori kaunseling Imam al-Ghazali menekankan aspek memberi salam sebagai keutamaan sebelum memulakan sesi kaunseling. Setelah itu majlis atau sesi dibuka dengan bacaan al-Fatihah, tujuannya adalah untuk menghindari dari godaan syaitan. Masalah yang berlaku dalam diri manusia adalah berpunca dari syaitan yang sentiasa mengoda manusia supaya jauh dari mengingati Tuhan yang Maha Pencipta. Selain itu proses pembinaan hubungan melibatkan hubungan dan interaksi yang baik antara kaunselor dengan klien. Melalui hubungan ini akan melahirkan kepercayaan dalam diri klien dan memungkinkan mereka untuk berterus terang dan berkongsi masalah yang dihadapi.

2. Manakala di dalam langkah yang kedua, Imamal- Ghazali menekankan aspek penerokaan dalam diri klien sehingga mereka dapat mengenal pasti punca masalah yang dihadapi. Selain itu langkah kedua ini adalah supaya klien dapat mencari kekurangan diri yang menjadi punca kepada masalah tersebut. Disamping itu kaunselor akan bertindak membimbing mereka dan bermuhasabah diri dalam melaksanakan syariat Islam. Kaunselor boleh menekankan aspek kerohanian dan spiritual dalam diri klien . Bina hubungan dengan berdoa, berjanji dan bertawakkal, bincang konsep-konsep Islam (matlamat hidup, kewajipan, hukum perlakuan, halal haram, musibah, sabar dan syukur) serta sifat-sifat Allah dan sunnah rasul mengikut keperluan dan kesesuaian kes. Imam al-Ghazali lebih menfokuskan untuk membaiki diri dengan amalan-amalan kerohanian seperti solat, zikir, membaca al-Quran, menjaga makan dan minum, bertaubat, menjaga aurat dan sebagainya. Kemudiannya Imam al-Ghazali menekankan aspek reda dengan musibah yang menimpa diri dan menganggab ianya sebagai satu ujian untuk hambanya yang sabar. Mengenal Diri dan Bina Matlamat Hidup dengan meneroka kriteria diri klien yang membawa kepada masalah berdasarkan pemerhatian, percakapan dan soalan andaian. Membimbing klien membuat muhasabah diri dalam melaksanakan syariat. Klien akan menyedari kelalaian dan kekurangan yang ada pada dirinya
3. Langkah 3 (mengenal pasti punca dan jenis masalah) Punca dan Jenis masalah, gabungkan langkah 2 dan 3 jadi asas meneroka punca dan jenis masalah. Kaunselor dan klien mencapai kefahaman yang sama mengenai diri dan permasalahan klien. Rumuskan masalah dengan kefahaman Islam dan penghayatan/amalan syariat.
4. Langkah 4: (memberi ubat yang sesuai dengan penyakit) Punca dan Jenis Masalah dengan menjelaskan cara membaiki diri dengan; mempelajari ilmu Islam, meningkatkan amalan, bertaubat, berzikir, berdoa, menjaga pergaulan, menjauhi maksiat, menjaga makan minum, menjaga pandangan, menjaga pertuturan dan menjaga diri daripada penyakit hati seperti; sombong, riyak, ujub, dak takabur.
5. Langkah 5: Penilaian Kefahaman/Pelaksanaan dengan melihat perubahan klien melalui air muka, gerak geri dan pertuturan dari aspek peningkatan akidah, memahami diri sendiri, reda dengan musibah, keyakinan diri yang tinggi, melaksanakan tuntutan agama dan takwa dan tawakkal

Pendekatan Kaunseling Imam al-Ghazali
Nasihat yang baik
Nasihat dan pengajaran yang baik ini ditawarkan kepada semua orang, di mana kaunselor berjumpa dengan orang yang memerlukan bimbingan secara individu atau secara kumpulan. Kaunselor memberi mereka nasihat dan ganjaran serta juga diterangkan kepada mereka syarat-syarat halal yang bermanfaat dan perkara yang memudaratkan serta mengajak mereka membuat kebajikan di dunia dan akhirat.

Kaunseling individu yang berhikmah
Kaunseling individu yang berhikmah ini ditawarkan kepada setiap orang yang meminta nasihat atau pertolongan dalam mengerjakan sesuatu urusan agama dan keduniaan yang akan menjadi hak kepada setiap individu yang berunding dengan muhtasib dalam apa jua perkara peribadi, keluarga, professional atau agama.

Kaunseling individu yang kasar
Kaedah kaunseling ini digunakan terhadap orang yang terang-terangan mengerjakan maksiat dan meninggalkan kebaikan, bekerja untuk hal-hal yang memudaratkan mereka dan mencegah daripada melakukan perkara-perkara yang memberi manfaat bagi meraka.( Yatimah )


Kaunseling kelompok

Kaunseling kelompok digunakan untuk memperbaiki keadaan menusia dan menolong mereka menyelesaikan perselisihan antara buruh dan majikan, pembeli dan penjual, anak-anak dan ibubapa, dan antara suami dan isteri. Melalui kaedah ini, kaunselor mengajak orang yang terlibat dalam perselisihan itu atau dia mengunjungi mereka dan duduk dengan mereka dalam sesi kaunseling kumpulan seperti yang diamalkan kaunselor-kaunselor psikologi pada hari ini

Kemahiran Dalam Kaunseling

Bagi mencapai matlamat-matlamat kaunseling, seseorang kaunselor hendaklah mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu. Antaranya ialah tingkah laku memberi perhatian, kemahiran mendengar, kemahiran memandu klien, penjelasan, memberi nasihat, refleksi idea, refleksi perasaan, penjelasan idea atau interpretasi, kekonkritan, ketika ini (immediacy), pendedahan diri, pemparafrasaan, konfrontasi, kesenyapan, penjelasan masalah, rumusan dan teknik bertenang.

1.Tingkah Laku Memberi Perhatian.

Memberi perhatian merupakan alat yang kuat dalam sesi kanseling. Ia akan menimbulkan perasaan hormat diri dan perasaan selamat bagi klien. Ia juga berfungsi sebagai alat pebeguhan serta kemudahan komunikasi. Mempraktikan kemahiran ini akan membantu kaunselor membentuk perhubungan yang baik dengan klien dan secara umum akan membawa faedah dalam apa jenis perhubungan yang melibatkan kaunsler

Tingkah laku ini termasuk:

a)Kedudukan klien. Kaunselor hendaklah memastikan bahawa klien dapat duduk dengan selesa. Biasanya, tidak ada meja yang mengasingkan dengan klien kerana ia boleh menghalang tingkah laku tanpa lisan daripada diperhatikan oleh kaunselor

b)Bertenang. Kedua-dua kaunselor dan klien hendaklah duduk dalam satu keadaan yang selesa supaya mereka boleh menyatakan sesuatu dengan nyata dan jelas. Bagi klien pula, keselesaan itu penting untuk mendorong dia bercakap dengan lebih lanjut lagi tentang masalahnya.

c)Kedudukan tubuh (posture) kaunselor. Kedudukan tubuh kaunselor hendaklah condong kehadapan, iaitu kearah klien. Amalan seperti ini adalah penting bagi menunjukkan kepada klien yang kaunselor itu minat mendengar apa yang diperkatakan klien. Dari semasa ke semasa, kaunselor boleh mengubah kedudukan tubuhnya untuk mendapatkan keadaan yang tenang.

d)Ekspresi muka. Ekspresi muka kaunselor hendaklah berseri, iaitu menunjukkan kaunselor itu sedia menerima klien. Jika kaunselor bermasam muka atau bermuram, ini memberikan mesej yang klien itu mungkin mengganggunya.

e)Tentangan mata. Kaunselor hendaklah mengadakan tentangan mata dengan klien. Ia menunjukkan kaunselor meminati apa yang diperkatakan oleh klien dan adalah bersama klien secara fizikal dan mental. Walau bagaimanapun kaunselor hendaklah melakukan tentangan mata mengikut keselesaan klien. .

f)Soalan terbuka. Satu cara menggalakkan klien bercakap dengan panjang lebar ialah menggunakan soalan terbuka. Ia memberikan peluang untuk klien bercakap lebih banyak lagi. Contoh: Cuba ceritakan apa yang berlaku pada diri anda.

g)Dorongan minimum untuk bercakap. Dorongan minimum termasuk gerak isyarat anggukan kepala, perkataan tunggal, perawakan badan atau ulangan perkataan-perkataan tunggal, perawakan badan atau ulangan perkataan-perkataan penting yang menunjukkan kaunselor itu minat akan kata-kata klien. Contoh: ‘Mmm’, ‘A-ha’, ‘Ya’, ‘Jadi?’ Dorongan minimum itu adalah penting untuk menggalakkan klien bercakap.

.
2.Kemahiran Mendengar. .

Dalam kaunseling, mendengar bukan merupakan aktiviti yang pasif. Carl Roger telah mewujudkan istilah ‘mendengar dengan aktif’. Ini bermakna kaunselor perlu membuat sesuatu yang positif. Ia melibatkan sikap dan tubuh badan yang menghantar mesej tanpa lisankepada klien, iaitu, ‘Pada ketika ini, anda merupakan orang yang paling penting dalam dunia. Kata-kata anda menarik minat saya. Kebajikkan anda adalah penting bagi saya.’ Dengan kata lain, tentangan mata dikekalkan. Tidak terdapat apa-apa gangguan sehingga klien itu habis bercakap. Kaunselor memberikan perhatian yang penuh dan menunjukkan minat yang tulen terhadap kata-kata klien.

Mendengar secara aktif memerlukan kaunselor, bukan sahaja mendengar tetapi memahami perasaan klien dengan mendalam. Kaunselor tidak mengenepikan apa yang diceritakan dengan hanya berkata ‘Saya faham akan perasaan anda’ tetapi kaunselor merasakan apa yang sedang dirasakan oleh klien. Ini bermakna kaunselor berkemahiran mendengar dengan empati.Ini juga bererti kaunselor dapat menyatakan semula dengan tepat idea-idea klien dan menyebut dengan tepat perasaan klien. Perasaan terpendam klien juga dapat ditafsir dengan tepat oleh kaunselor. Dengan kata lain, kaunselor dapat membuktikan kepada klien yang kaunselor telah mendengar, memahami serta menerima apa yang disampaikan kepadanya. .

Mendengar secara aktif membawa dua kebaikan yang utama. Yang pertama, ia membekalkan lebih banyak maklumat untuk perbincangan dan tindakan lanjut. Yang kedua, ia mempunyai kesan terapeutik. Bercakap kepada seorang pendengar yang aktif membolehkan individu itu meluahkan masalah-masalah dan ini boleh membawa kepada pelepasan emosi. Tambahan lagi, pendengar yang aktif itu akan memberikan satu lagi kesan, iaitu perasaan penting sebagai seorang individu kepada orang yang meluahkan masalah-masalahnya. .

3.Kemahiran Memandu Klien

Sebahagian besar klien mempunyai fahaman diri yang terhad, iaitu tentang keperluan-keperluan mereka, struktur-struktur bela diri dan cara-cara menyelesaikan masalah-masalah diri. Ada setengah-setengahnya menentang (dengan cara menggunakan mekanisme bela diri) fahaman tersebut. Pada peringkat ini kaunselor boleh membantu dengan cara memandu klien. Di bawah adalah cara bagaimana seseorang kaunselor boleh memandu klien ke tahap kesedaran diri yang lebih baik tentang keperluan-keperluannya.

Kaunselor : Anda menyatakan yang pensyarah itu menengking anda di hadapan kelas?
Klien : Ya
.
Kaunselor : Adakah anda terasa terhina?
Klien : Ya
.
Kaunselor : Ini menyebabkan anda berasa kecil dan kurang penting?
Klien : Ya, itulah kesannya .

Kaunselor : Anda juga rasa yang anda telah gagal dalam sesuatu?
Klien : Ya .

Kaunselor : Sanggupkah anda menceritakan bagaimana perasaan anda pada masa itu?
Klien : Saya rasa terhina; seolah-olah sayalah yang paling bodoh, paling malas. Pensyarah itu suka menengking pelajar-pelajar. Saya benci pensyarah seperti itu. Saya tak suka memainkan peranan dalam drama itu. Pensyarah itu memang sedar tetapi mengapa dia masih mahu saya menyertai drama tersebut?

Kaunselor : Anda lebih suka menjadi penonton saja. Adakah anda berasa segan?
Klien : Ya, itulah masalah saya, saya rasa saya amat segan. Saya fikir…

4.Penjelasan

Seolah-olah terbuka menggalakkan seseorang klien terus bercakap dan seterusnya memberikan lebih maklumat kepada seseorang kaunselor.

Contoh:
Bagaimanakah perasaan anda selepas peristiwa itu?
Bagaimanakah pula dengan pendapat anda?

Kenyataan-kenyataan atau soalan terbuka memberikan seseorang kaunselor maklumat untuk meneruskan perbualan. Dengan itu, soalan-soalan terbuka adalah amat penting pada peringkat awal sesi kaunseling. Semakin banyak maklumat diperolehi semakin cepat maslah dapat dikenal pasti. Sebaliknya soalan tertutup hanya memerlukan jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’.

5.Memberi Nasihat

Nasihat merupakan cadangan dan seharusnya digunaka dengan waspada. Menurut Hadley cadangan dan nasihat adalah teknik-teknik yang sama dengan pujukan dan dengan itu, perlu digunakan dngan waspada. Arbuckle merasa yang tujuan utama perhubungannya dengan klien ialah membekalkan pengayaan persekitaran supaya klien dapat berkembang berdasarkan keupayaannya sendiri tanpa bergantung pada kaunselor. Seseorang individu yang membekalkan maklumat tidak lagi berfungsi sebagai kaunselor tetapi adalah berperanan sebagai pembimbing.

6.Refleksi Idea

Refleksi idea merupakan kemahiran yang digunakan oleh kaunselor sebagai satu cubaan memahami klien. Ia membolehkan kaunselor menyemak dengan klien sama ada dia telah memahami apa yang dinyatakan oleh klien. Lagipun, ia membolehkan klien mencapai kesedaran diri dan kefahaman diri .

Contoh:

Klien : Saya tidak mencuri
Kaunselor : Saudara tidak mencuri

7.Refleksi Perasaan

Dengan kemahiran ini, kaunselor akan balikkan aspek tentang emosi kepada klien. Ini dilakukan untuk meniggikan tahap kesedaran klien tentang perasaan sebenar yang dialaminya.

Contoh:

Klien : Saya benci sikap ibu bapa saya. Walaupun umur saya sudah 17 tahun, mereka suka menyekat pergerakan saya. .
Kaunselor : Saudara berasa kecewa kerana kebebasan saudara tersekat?

8.Penjelasan Idea atau Interpretasi

Dalam situasi ini, seseorang kaunselor akan mengintrepretasikan apa yang dikatakan oleh kliennya. Dia menekankan pada aspek intelek kata-kata klien .

Semasa menjelaskan idea, perkara-perkara berikut perlu diingati oleh kaunselor:

i.Gunakan perkataan-perkataan mudah yang boleh difahami klien

ii.Jangan berikan terlalu banyak interpretasi pada satu-satu sesi

iii.Toleransi dan penghormatan klien perlu ada supaya klien tidak dipaksa menerima sesuatu interpretasi.

Contoh:

Klien : Saya tidak dapat buat kerja rumah jika ayah saya berada dirumah. Saya berasa tertekan. Dia akan hilang akal walaupn satu kesilapan kecil berlaku. .

Kaunselor : Daripada apa yang saudara katakan tentang ayah saudara, saudara amat takut padanya. Adakah itu benar?

9.Konfrotasi

Ini merupakan kemahiran untuk menunjukkan kepada klien yang huraian tentang dirinya atau satu-satu situasi adalah berbeza dengan pandangan kaunselor. Konfrotasi digunakan apabila klien tidak mahu mengaku sesuatu, tidak mahu bertindak atau tidak melihat dari suatu sudut yang berlainan. .

Contoh:

Klien : Bilakah rombongan ke Melaka itu akan bertolak?

Kaunselor :Saudara telah menyatakan beberapa kali saudara tidak meminati rombongan tersebut, tetapi saudara kerapbertanya .Konfrontasi menimbulkan suatu risiko tetapi jika berjaya akan dapat mempercepatkan proses kaunseling. Sekiranya perhubungan di antara kaunselor dengan klien belum mesra atau kukuh, konfrotasi hendaklah dielakkan kerana ia boleh menakutkan seseorang klien. .


10.Ketika Ini (Immediacy)

Ketika ini adalah kemahiran yang digunakan oleh kaunselor untuk bertutur dalam suasana di
sini dan ketika ini di antara kaunselor dank lien. Ia sebenarnya merupakan suatu pengakuan
tentang apa yang berlaku di sini dan pada ketika ini. Biasanya, ia menyentuh perasaan dan perlu
digunakan dengan berwaspada.

Contoh:

Tindakbalas kaunselor: Nampaknya saudara tidak gemar akan tempat ini .
11.Pendedahan Kendiri

Kaunselor menggunakan kemahiran ini apabila dia berhajat untuk mendapat klien berkongsi
sesuatu maklumat dengannya. Matlamat yang didedahkan hendaklah bersesuaian dan berfungsi.
Maklumat yang boleh menyebabkan klien berasa rendah diri atau kurang cekap hendaklah
dielakkan.

Contoh:

Klien : Inilah kali kedua saya mengambil peperiksaan SPM. Bodohlah saya ni

Kaunselor: Itu bukan perkara yang aneh.Saya pun mencuba 2 kali STPM sebelum lulus.

Tindak balas kaunselor itu akan menyebabkan klien berasa lega dan selesa. Ia berasa
sedemikian kerana pendedahan diri kaunselor; dia berasa bukan dia sahaja yang mengulangi
peperiksaan.

12.Pemparafrasaan

Dalam satu-satu sesi kaunseling, kaunselor perlu merumuskan satu-satu isi penting yang dinyatakan oleh klien dari semasa ke semasa. Ini bertujuan untuk menyemak kelemahan kefahaman kaunselor mengenai masalah yang disampaikan. Ia juga membantu kaunselor mengingati isi-isi penting yang telah disampaikan oleh klien. Pada masa yang sama, pemparafrasaan boleh juga meningkatkan kefahaman diri klien tentang masalah-,masalah yang dihadapinya. Ini boleh juga membawa kepada kesedaran kendiri yang mungkin menimbulkan celik akal bagi klien menyelesaikan masalah-masalahnya.

Contoh:

Klien : Saya sentiasa lambat masuk ke kelas. Ini menyebabkan saya dihalau keluar kelas. Saya benci cikgu saya. Saya bukan sengaja untuk terlewat keluar tetapi saya terpaksa mengemas rumah dahulu sebelum saya pergi ke sekolah.

Kaunselor : Nampaknya saudari marah kerana saudari dihalau dari kelas walaupun ada alas an yang logik dan munasabah.
13.Kesenyapan

Penghentian sementara mempunyai berbagai-bagai erti. Klien berhenti bercakap kerana dia berasa tidak selesa untuk memberikan maklumat yang lanjut. Mungkin dia sedang mengadakan penerokaan diri dan mungkin akan dapat celik akal terhadap masalah yang dihadapinya. Ada kemungkinan klien itu sedang mencari idea dan perasaan untuk disampaikan. Jika boleh, biarlah klien itu mula bercakap selepas kesenyapan itu.


Bagi memecahkan kesenyapan, kaunselor boleh menggunakan tindakbalas berikut:

i.Nampaknya saudara sedang memikirkan sesuatu. Boleh saya berkongsi?
ii.Mungkin saudara sudah sedia untuk berkongsi dengan saya apa yang difikirkan tadi.
iii.Saya kira saudari ada sesuatu yang hendak disampaikan. Boleh saudari ceritakan?

14.Penjelasan Masalah

Di peringkat awal, proses kaunseling hanya menumpukan pada aspek yang mewujudkan perhubungan baik dan penuh kpercayaan serta mengadakan komunikasi secara terbuka. Tetapi satu matlamat kaunseling yang lebih penting ialah membantu klien menyelesaikan masalah. Oleh itu, adalah penting untuk masalah-masalah klien dikenal pasti. Untuk mencapai objektif ini beberapa langkah perlu :

i.Tujuan awal ialah mengenal masalah itu, iaitu mengubah masalah umum kepada masalah spesefik. Contoh: Apakah maksud saudara apanila saudara mengatakan ____________?.
ii.Memberikan peluang keoada klien untuk mengemukan alternative-alternatif. Contoh: Bagaimanakah anda akan cuba mengatasi maslah tersebut?
iii.Klien digalakkan untuk meneroka alternatif-alternatif serta implikasi-implikasinya dan kemudian memilih yang manakah yang paling sesuai. Contoh: Pada pendapat saudara cara yang manakah yang lebih sesuai dan mengapa saudara memilih cara tersebut?
iv.Akhirnya, klien perlu mengenal pasti perubahan atau kemahiran baru yang diperlukan untuk mencapai alternative yang dipilih itu. Contoh: Mari kita cuba mula dengan ____________.


15.Rumusan

Rumusan adalah proses menggulungkan segala yang dibincangkan dalam sesi kaunseling. Ia akan mengutamakan bahan-bahan penting yang telah dibincangkan serta perkara-perkara yang akan dibentangkan. Membuat rumusan merupakan suatu cara untuk menamatkan satu-satu sesi kaunseling. Ini membolehkan kaunselor mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam tentang klien serta membantunya melihat kemajuan yang telah tercapai. Semasa membuat rumusan, seseorang kaunselor seharusnya menggunakan bahasa yang mudah dan jelas.
Di samping itu, maklumat balik hendaklah didapati daripada klien tentang rumusan yang dibuat. Contoh: Mari kita cuba merumuskan apa yang telah kita bincangkan .Anda merasa sunyi dan terpencil, terutamanya dengan sekumpulan orang, Sebaliknya, saudari mengatakan adalah sukar bagi saudari untuk bergaul dengan orang-orang lain. Jadi walaupun saudari ingin bergaul namun itu tetap menjadi sukar buat saudara/ri

Akhir sekali, sesi kaunseling akan ditamatkan dengan penilaian yang dibuat oleh kaunselor terhadap klien mereka. Penilaian ini penting bagi memastikan klien telah mencapai tahap kefahaman yang jitu terhadap masalah dan telah mampu untuk mencari jalan keluar dari musibah yang menimpa mereka. Perubahan boleh dilihat melalui dari beberapa sudut antaranya ialah perubahan air muka, gerak geri dan pertuturan seperti keyakinan diri yang tinggi, kefahaman yang jelas tentang akidah dan tawakal pada Allah atas musibah yang menimpa diri.


Kesimpulannya

Kaunseling merupakan salah satu methodology yang sesuai untuk para da’iy gunakan dalam menyampaikan dakwah Islamiyah kepada masyarakat. Hal ini kerana invididu yang ditimba musibah dan masalah lebih cenderung untuk didekati dan mudah menerima pendapat dan pandangan dari orang lain sebagai wadah untuk menyelesaikan masalah mereka. Maka gunakanlah apa saja pendekatan dan ruang yang ada untuk mendekati masyarakat. Maka dalam perbincangan ini kita melihat peranan pendekatan dan teori dalam amalan kaunseling. Konsep utama daripada beberapa pendekatan kaunseling yang kebiasaanya diamalkan, diberi tumpuan dan dibicarakan dengan kesesuaian konsep yang terdapat dalam Islam. Terdapat banyak persamaan huraian konsep yang diguna dalam pendekatan Barat dan Islam..
Seorang kaunselor seharusnya menganggap diri mereka sebagai pengamal-saintis( sains practioner) iaitu sentiasa sedar bahawa kita perlu memahami ilmu kaunseling bukan sahaja dari sudut amalan, tetapi juga dari sudut ilmiah. Ini tidak pula bermakna seorang kaunselor itu harus bersetuju dengan kesemua huraian konsep yang diperbincangkan, mungkin terdapat teori dan pendekatan yang kurang sesuai. Oleh itu seorang kaunselor harus bijak membuat penyesuaian.










والله أعلم.

Friday, June 10, 2011

Disiplin Huffaz

1. Pengenalan

Menghafaz al-Quran merupakan satu proses mujahadah yang menuntut pelbagai usaha daripada para huffaz. Usaha dan Ikhtiar ini meliputi pelbagai disiplin dan pendekatan yang dilaksanakan demi mencapai matlamat iaitu kejayaan mengingati al-Quran dengan sempurna dan cemerlang. Itulah cita-cita setiap hafiz dan hafizah ketika menceburi bidang fardu kifayah ini. Namun realitinya cita-cita tidak akan tercapai tanpa usaha, doa dan tawakkal dan realitinya juga ramai di kalangan pelajar gagal melaksanakan tanggongjawabnya. Dalam proses menghafaz pelajar perlu melalui beberapa peringat disiplin supaya ia benar-benar dapat mengekalkan tahaf hafazan yang berkualiti. Disiplin tersebut sebenarnya telah digambarkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sirah baginda semasa menerima wahyu. Sejak dari awal menerima wahyu Malaikat Jibrillah a.s telah membimbing baginda, mulai dari menghafaz dan mengulang hafazan sehinggalah baginda wafat. Diantara disiplin yang membuahkan suatu sistem menghafaz yang berkesan itu ialah:

2. Talaqqi Dan Musyafahah

Sebelum seseorang pelajar memulakan hafazan, perkara utama yang perlu didahului ialah memperbetulkan bacaanya di hadapan guru tasmi’, dengan itu segala kesilapan yang berlaku dapat di perbetulkan oleh guru tasmi’, khususnya dengan hal-hal yang berkaitan dengan hukum-hukum tajwid seperti makhraj dan sifat huruf, hukum nun mati, hukum madud dan lain-lain..

Sistem talaqqi bermaksud guru sahaja membaca sedang pelajar mendengar atau murid sahaja membaca guru mendengar bacaan murid sambil membetulkan kesilapan. Sementara sistem musyafahah bermaksud menerima dari mulut ke mulut, ini bererti guru membaca murid mendengar kemudian diikuti murid membaca guru mendengar dan menyemak sambil memperbetulkan kesilapan yang berlaku. Begitu juga halnya dengan beberapakelainan (bacaan-bacaan gharib) yang mana diantara bacaan dan penulisannya perlu diperjelaskan oleh seorang guru yang mursyid.

Proses ini perlu dilalui oleh setiap pelajar, supaya tidak terjadi kesilapan di dalam penghafalan. Jika waktu pembelajaran di dalam kelas tidak mengizinkan, pelajar dikehendaki berjumpa dengan guru tasmi’ di luar waktu pembelajaran bagi memperbetulkan bacaan. Hal ini sangat ditekankan kepada pelajar tahfiz yang berada di semester 1 dan 2 kerana sebahagian daripada pelajar di semester ini masih perlu diberikan perhatian khususnya dari sudut hukum tajwid amali. Guru tasmi’ dikehendaki memberikan contoh bacaan dan latih tubi.

Kepentingan sistem talaqqi atau musyafahah ini suatu yang tidak boleh diabaikan sama sekali khususnya dalam disiplin mempelajari dan menghafaz al-Quran. Seorang penuntut harus menerima ilmu al-Quran dari gurunya secara berhadapan dan ini memerlukan kepada masa yang panjang tidak cukup dalam tempoh yang pendek. Sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran ilmu al-Quran itu penuntut akan menemui pelbagai kaedah penulisan, atau sebutan bertujuan memelihara penyebutan huruf-hurufnya yang betul dari segi lafaz dan maananya. Maka jelaslah di sini bahawa sistem talaqqi atau musyafahah itu merupakan syarat utama bagi seseorang yang ingin mempelajari al-Quran dan apatah lagi jika berhasrat menjadi seorang guru al-Quran.

2. Menghafaz

Proses penghafazan merupakan suatu usaha untuk menyimpan maklumat dan pengetahuan yang dipelajari (Abd Fatah: 15). Maka itu kerja-kerja ini tidak sekadar bergantung kepada kesihatan tubuh badan yang baik sahaja bahkan memerlukan kekuatan minda dan kesungguhan yang tinggi. Proses menghafazan ini dapat membantu mengekalkan ingatan dan kecerdasan minda selain dapat membantu mengingat pelajaran yang lain.

Menurut Abd Fatah Hassan (1994:13) Hafazan boleh di bahagi kepada tiga peringkat itu menghafaz secara cepat, hafazan jangka waktu singkat dan hafazan jangka waktu panjang. Hafazan secara cepat tidak kekal lama ia boleh jadi tidak lancar dan mudah lupa, sekadar bertahan beberapa saat sahaja. Hafazan jangka waktu pendek boleh kekal dalam beberapa minit atau jam. Sementara hafazan jangka waktu panjang mampu menyimpan maklumat yang diperolehi di masa lampau.

Perkara Penting Kepada Semua Pelajar Tahfiz
a. Bagi persediaan tasmi’ pelajar dikendaki menghafaz pada waktu yang sesuai, waktu tersebut seperti berikut:
1. Selepas solat fardhu Maghrib.
2. Selepas solat fardhu Isyak. ( mulai jam 9.00 - 11.30 malam)
3. Sepertiga malam sebelum solat subuh.
4. Selepas solat subuh.
5. Sebelah pagi sebelum selesai waktu Duha.

• Pelajar tidak digalakkan menghafaz sewaktu proses penerimaan tasmi’ sedang berjalan di dalam kelas. Waktu ini hanya digunakan untuk melancarkan hafazan dan tasmi’, kemudian pelajar dikehendaki membuat pengulangan.

b. Tempat Sesuai Melakukan Hafazan:

1. Masjid.
2. Surau / Musollah.
3. Bilik kelas.
4. Bilik tutorial.
5. Dewan kuliah
6. Di bawah pohon rendang. ( jauh dari laluan orang).

C. Pralaku sebelum menghafaz :
1. Solat sunat taubat
2. Solat sunat hajat
3. Solat tahajjud.
4. Solat sunnat tasbih.
5. Solat sunat taqwiyatul hifzi.
6. Melazimkan istghfar.
7. Membaca do’a-do’a khas.

3. Tasmi’ (memperdengarkan Hafazan)

Tasmi’ bermaksud “memperdengarkan”, tasmi’ adalah memperdengarkan semula hasil hafazan yang dilakukan samada semalam atau sebelumnya yang dilakukan di hadapan guru tahfiz. Ia suatu yang wajib ke atas setiap pelajar tahfiz. Kebiasaannya proses tasmi’ dilakukan pada waktu pagi, selepas solat fardhu subuh atau selewat-lewatnya bermula dari jam 7.30 sehingga jam 10.00 pagi.

Proses tasmi’ berjalan secara berhadapan dimana pelajar tahfiz memperdengarkan semua hafazan baru yang telah diperolehi pada hari sebelumnya. Disepanjang peroses tasmi’ ini, guru akan menyemak setiap kalimah yang diperdengarkan, jika terdapat sebarang bentuk penambah, pengurangan, terlupa atau tertinggal maka wajib bagi seorang guru tahfiz memperbetulkannya. Selain itu guru tahfiz wajib menegur kesalahan yang berkaitan dengan hukum tajwid.

Pada lazimnya proses tasmi’ berjalan dalam tempoh lima minit bagi setiap seorang pelajar sekiranya hafazan yang ditasmi’ itu benar-benar lancar. Namun begitu ia bergantung kepada persediaan yang telah dilakukan oleh setiap pelajar. Setiap pelajar perlu menghantar tasmi’ satu maqra’ atau sekurang-kurangnya dua muka surat pada setiap pertemuan Ini bagi tujuan supaya pelajar dapat menamatkan silibus hafazan bagi setiap semester lebih awal. Dengan tamatnya silibus hafazan lebih awal pelajar dapat memberikan penumpuan kepada pengulangan hafazan ( I’adah tasmi’) bagi persediaan peperiksaan akhir semester.

Jangka masa tamat silibus hafazan bergantung kepada halaman muka surat yang ditasmi’ pada setiap pertemuan. Seandainya seseorang pelajar itu menghantar tasmi’ satu maqra’ pada setiap pertemuan mereka boleh menamatkan silibus hafazan pada minggu kesembilan. Begitu pula jika pelajar menghantar dua muka surat pada setiap pertemuan mereka boleh menamatkan silibus hafazan dalam tempoh sepuluh minggu.

4. Tikrar (Mengulang Hafazan)

Takrir bermaksud mengulangkaji kembali setiap ayat yang telah di hafaz samada hafazan baru atau hafazan lama. Pengulangan adalah satu cara untuk mengekalkan ayat-ayat yang telah dihafaz agar sentiasa segar di minda, apakala ia diperlukan ia boleh diambil pada bila-bila masa. Rasulullah s.a.w. kerap mengulang hafazannya bersama malaikat Jibril a.s setiap tahun pada bulan ramadhan. Dalam disiplin ini baginda telah memberikan satu peringatan yang tegas kepada setiap penghafaz al-Quran agar sentiasa memlakukan takrir terhadap hafazan.
Dari Abu Musa dari Rasulullah s.a.w bahawa baginda bersabda:
تَعَاهَدُوا هَذَا الْقُرْءَانَ فَوَالَّذِيْ نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَهُوَ أَشَدُّ تَفَصِّيًا مِنَ الإِبْلِ فِيْ عُقُلِهَا
Maksud:
Peliharalah baik-baik al-Quran, sebab demi zat yang jiwa Muhamad ada di dalam gengamnya, bahwa al-Quran itu lebih mudah terlepas daripada seekor unta yang ada di dalam ikatan talinya.
Maka sebab itu al-Quran yang telah dihafaz itu perlu diulang-ulang selalu supaya ia sentiasa segar di minda. Guru saya sentiasa mengikat saya supaya sentiasa memelihara al-Quran yang telah dihafaz, ini kerana al-Quran itu tidak akan kekal dalam diri orang yang mengabaikannya, ia umpama seekor unta yang perlu diikat, seandainya ikatan tersebut terurai maka terlepaslah unta tersebut dan pergi meninggalkan tuannya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

إِنَّمَا مَثَلُ صَاحِبِ الْقُرْءَان كَمَثَلِ صَاحِبِ الإِبِلِ الْمُعَقَّلَةِ إِنْ عَاهَدَ عَلَيْهَا أَمْسَكَهَا، وَإِنْ أَطْلَقَهَا ذَهَبَتْ
Maksud:
Hanya senya perumpamaan orang yang menghafal al-Quran adalah sebagaimana perumpamaan pemilik seekor unta yang diikat, sekiranya ia terus mengikatnya dapatlah ia menahannya dan seandainya ia terlepas ia akan pergi (lupa).


4. Fenomena Lupa

Kelupaan atau al-Nisyan didifinasikan oleh al-Jurjani sebagai kelalaian daripada sesuatu yang telah diketahui yang tidak disebabkan oleh faktor usia. Masalah kelupaan hafazan merupakan masalah besar bagi setiap hafiz samada di peringkat belajar atau sesudah bekerjaaya. Pelbagai faktor boleh dikenal pasti sebagai puncanya, diantaranya:

4.1 Sistem penghafazan yang kurang berkesan: Iaitu sistem yang hanya mementingkan penghafalan ayat-ayat baru sahaja tanpa menekankan pengulangan bersungguh.

4.2 Kekangan masa: Ini termasuk keperluan mengambil subjek-subjek yang banyak sedang pada masa yang sama keperluan hafazan perluan dipenuhi. Kesibukkan pada hal yang lain seperti mengajar, kerap pulang atau membuang masa tanpa aktiviti yang berkaitan dengan hafazan juga penyebab lupa.

4.3 Sikap negatif: Sikap ambil mudah, tiada perasaan tanggongjawab terhadap hafazan menyebabkan hafalan yang pernah dilakukan semakin hilang dari ingatan.

5. Pengulangan Hafazan Yang berkesan

Satu strategi pengulangan mesti dilakukan untuk memindahkan memori jangka pendek kepada memori jangka panjang. Pakar motivasi memperincikan bahawa ia mesti mempunyai ciri-ciri berikut:

5.1 Niat dan Azam: 50% maklumat boleh disimpan apabila anda berniat menyimpannya,jangan sekali-kali pandang remeh terhadap pengulangan.
5.2 Ulangan yang berkesan: Mesti bersistem, berjadual dan dipantau.
5.3 Mudahkan : Dengan memahami makna, cerita, kepala ayat dan sebagainya.
5.4 Sasaran : Jumlah pengulangan hafazan atau jangka masa tertentu menjadi matlamat yang ingin dicapai.

6. Beberapa Pendekatan Tambahan


6.1 Membaca atau mengulang dalam hati dengan suara yang kuat.
6.2 Ketika membaca atau mengulang, bayangkan rupa bentuk susunan ayat dalam setiap muka surat yang dihafaz. Untuk itu gunakan mushaf yang bersaiz besar.
6.3 Mengulang dengan bacaan suara yang jelas dan secara tadwir.
6.4 Membaca di hadapan guru tanpa memegang mushaf.
6.5 Membiasakan mengulang hafazan dalam solat.
6.6 Mendengar bacaan orang lain. Dalam hal ini pengunaan pemain CD atau MP3 boleh dimanfaatkan.
6.7 Sentiasa mencatat kesalahan dalam buku catatan.
6.8 Menulis semula ayat yang dihafaz dalam buku khas atau komputer.
6.9 Mengamalkan pemakanan sihat.
6.10 Mendapat rehat dan tidor yang cukup
6.11 Mengamalkan riadhoh secara konsisten.
6.12 Menyertai Majlis Perujian Tahfiz.

8. Motivasi dan Peningkatan Kualiti Hafazan

Satu faktor yang sangat penting bagi seseorang hafiz dan hafizah dalam menghafaz al-Quran ialah motivasi. Motivasi yang diperlukan oleh seorang penghafaz al-Quran ialah pembentukkan sikap positif sebagai penghafaz al-Quran yang sentiasa ingat tanggongjawabnya. Setiap tenaga pengajar mesti berperanan sebagai ahli motivasi yang berkesan dalam menbentuk sikap positif para pelajarnya. Berikut 10 pendekatan dalam membina sikap positif:

7.1 Jangkakan kejayaan
7.2 Lakonkan watak orang cemerlang
7.3. Ubah penampilan secara positif.
7.4 Berkawan dengan orang berjaya.
7.5 Dalami ilmu kecemerlang.
7.6 Fokus kepada kemahuan dan cita-cita.
7.7 Kenangkan kejayaan silam.
7.8. Saranan diri positif
7.9. Soal diri dengan soalan positif.
7.10 Dapatkan model ikutan.

Kesimpulan

Segala usaha dalam meninggkatkan kualiti hafazan wajib dirancang secara serius dan dilaksanakan juga secara serius. Semua pihak khususnya tenaga pengajar bertanggongjawab untuk memastikan semua anak-anak didik mereka menjadi para huffaz yang berkualiti. Kerana tanggongjawab ini pastinya akan dipersoalkan di hadapan Allah s.w.t. Wallahu’alam.
Omar Mokti (10 Jun 2011. Jumaat, 1.00 pagi).

Saturday, June 4, 2011

Pemantapan Tarannum Al-Quran

PENGENALAN

Mukjizat teragung anugerah Allah Azzawa jalla yang diwahyukan kepada junjungan besar nabi kita, nabi Muhammmad SAW bukan sekadar dipelajari dari sudut hukum-hukum tajwid dan tafsir sahaja, bahkan ia dituntut agar dialunkan secara bertarannum. Alunan tarannum Al-Quran tidak sama dengan lagu-lagu nyanyian lain, bahkan tidak sama dengan lagu penglipur lara, syair, qasidah dan nasyid. Tidak ada kitab-kitab agama lain yang mengalunkan alunan tarannum seindah bacaan Al-Quran, kerana tarannum Al-Quran mempunyai kaedah dan prinsip hukum-hukum bacaan yang sesuai dengan kehendak ilmu tajwid dan fasohah Al-Quran.
Justeru, penulisan ini berusaha untuk mengupas kaedah-kaedah penyusunan tarannum yang berkesan dan membicarakan berkaitan pengukuhan dan pemantapan persembahan bacaan Tarannum Bil Quran dengan sempurna. Kertas kerja ini juga cuba menggabungjalinkan perkaitan tajuk ini dengan penguasaan seseorang qari terhadap ilmu tajwid, fasohah dan tartil dalam pembacaan, serta keelokan suara (tahsin al-saut) dalam kemahiran bertarannum. Pentadabburan uslub-uslub Al-Quran melalui cabang ilmu ini diharapkan mencapai wawasan dunia dan akhirat sehingga segala maksud dapat difahami dan dihadamkan pada akal, hati, roh serta dapat beramal dengannya.

PENGERTIAN TARANNUM
Tarannum merupakan suatu ilmu atau suatu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyi mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan, khususnya didalam bidang ilmu pembacaan Al-Quran.
Istilah “Tarannum”, “al-Maqaamat”, “al-Han” dan “al-Ghina”di sebut seiring dalam ilmu seni suara. Sebutan “Tarannum” dan “Maqamat” agak sinonim dan sering diguna pakai dalam ilmu seni pembacaan al-Quran. Istilah “Tarannum bi al-Quran” yang dipopularkan penggunaannya dan difahami oleh kebanyakan masyarakat di Nusantara, menunjukkan wujud hubungan erat dengan seni memperelokkan suara dalam pembacaan ayat-ayat suci al-Quran .

KELEBIHAN DAN KEPENTINGAN BERTARANNUM

Banyak hadith yang menggesa umat Islam membaca al-Quran dengan berlagu, antaranya ialah:
1. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
عن أبى هريرة رضى الله عنه أنه كان يقول : قال رسوالله (ص) : لم يأذن الله بشئ أذن لبني أن يتغني بالقرءان.
2. Rasulullah s.a.w bersabda:
ليس منا من لم يتغن بالقرءان

Ertinya: Bukan dari kalangan kami mereka yang tidak mahu melagukan dengan bacaan Al-Quran.

3. Ibn Bathal menceritakan bahawa galakan membaca al-Quran secara berlagu itu disokong oleh hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdul Alla dari Muammar dari Ibn Syihab yang berbunyi :
ما أذن لنبى فى الترنم فى القرءان
Dengan adanya qari-qari yang membaca al-quran secara berlagu dapat menambahkan lagi kesenian dan keelokan membaca al-quran. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:
حسنوا القرأن بأصواتكم فإن الصوت الحسن يزيد القرأن حسنا.
Maksudnya:
“Perelokkanlah bacaan al-quran dengan suara kamu kerana suara yang elok itu lebih menambahkan keelokan al-Quran.”

Imam al-Tabari menjelaskan bahawa tarannum atau lagu itu tidak berlaku kecuali dengan suara yang membolehkan qari memperelok dan mengalunkan suaranya ketika membaca al-Quran.
Manakala Imam Ahmad bin Ali bin Hajar Al-Asqalani menerangkan dalam kitabnya “Fadhail al-Quran”, bahawa membaca al-Quran secara berlagu sesuai dengan kehendak jiwa dan selaras dengan bentuk ragam ayat al-Quran itu sendiri.
Adalah difahamkan dari beberapa hadis sahih, bahawa sejarah tarannum bi al-Quran bermula sejak penurunan wahyu pertama di Gua Hira’ dan Rasulullah s.a.w sendiri membaca Al-Quran dengan baik,cantik dan elok. Baginda pernah menyuruh umatnya supaya membaca Al-Quran dengan bertaranum, bertazyin (kaedah bertarannum) dan bertahsin (kaedah mengelokkan suara).

3. KAITAN TAJWID, FASOHAH, TARANNUM DAN SUARA

Zaid bin Thabit RA telah menyebutkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyukai seseorang membacakan Al-Quran itu sebagaimana ia diturunkan. Menurut hukum, bahawa membaca Al-Quran secara bertajwid itu adalah wajib dan diberi pahala bagi pembacaanya, manakala pembacaan tanpa tajwid secara bacaan yang salah adalah berdosa.

Setelah mendalami ilmu tajwid, secara tidak langsung pembacaan ayat Al-Quran akan menjadi lebih jelas, sempurna dan fasih mengikut lahjah-lahjah Arabiah dan lahjah Quraniah yang ditetapkan dalam bidang fasohah sekaligus akan menyelaraskan rentak-rentak (tartil, tadwir, tahdir) yang menjadi sebahagian dari fasohah.
Setelah bidang fasohah dikuasai, nescaya seseorang itu akan dapat melagukan bacaan ayat Al-Quran mengikut kaedah suara yang dipelbagaikan bunyinya mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan, khususnya bacaan Al-Quran.
Imam al-Ghazali menyatakan bahawa pembaca al-quran yang baik itu bukan saja lidahnya menyebut kalimah-kalimah al-quran dengan betul, bahkan akalnya juga mentadabburkan makna dan memahami pengertiannya, sementara perasaannya turut sama menghayati tuntutan al-quran tersebut dan jiwanya khusyuk kepada Allah Taala. .

PERSEMBAHAN TARANNUM YANG BERKESAN

Pembacaan yang mantap dan persembahan tarannum yang berkesan sangat diimpikan oleh seorang qari dan qariah serta pencinta seni al-Quran.Pakar-pakar tarannum di dalam dan luar negara sentiasa berusaha menggembelingkan tenaga ke arah pemantapan seni tarannum al-quran agar ia dialunkan menepati kehendak bacaan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW , para sahabat dan tabi’en serta generasi selepasNya.
Kaedah talaqqi dan musyafahah daripada guru yang mutqin dan mahir adalah merupakan kaedah pertama dan utama untuk menyebarkan pembacaan Kalam Allah walaupun dewasa kini kita dibanjiri oleh ledakan kemajuan ICT . Ia tidak boleh menggantikan guru dalam memberi tunjuk ajar yang berkesan.
Dalam usaha memantapkan pembelajaran dan penguasaan tarannum tidak boleh menolak secara total terhadap segala inisiatif yang lebih moden dalam pengajaran al-Quran melalui media elektronik. Rancangan Mari Bertarannum yang disiarkan di tv9 merupakan salah satu daripada usaha murni untuk mendidik generasi cilik cara mengasah bakat membaca al-Quran dengan alunan tarannum yang pelbagai. Lebih istimewa lagi apabila proses mentahsinkan suara diajar dengan latihan vocal .
Tuan Hj. Nik Jaafar bin Nik Ismail, seorang pakar tarannum terkemuka tanah air menggariskan beberapa perkara penting mesti difahami oleh seseorang qari dalam usaha mencapai tahap penguasaan tarannum yang berkesan. Perkara-perkara penting tersebut ialah sebagaimana berikut ;

1. Memahami ilmu- ilmu Tahsin al-Saut (memperelokkan suara), ilmu tajwid, ilmu ketartilan bacaan, fasohah dan ilmu tarannum.
Memperelokkan suara dalam pembacaan al-Quran mempunyai kaitan yang amat rapat dalam penguasaan tarannum yang mantap. Seseorang qari mesti mengenal sifat-sifat suara yang dimiliki bagi menyesuaikan tobaqat qarar, nawa, jawab dan jawabul jawab. Persembahan tarannum yang berkesan dan mantap akan lebih terserlah jika suara dialunkan menepati kesemua tingkatan-tingkatan suara tersebut termasuklah tobaqat suara yang paling tinggi iaitu suara mustar atau otak.
Pembacaan al-Quran secara bertajwid adalah fardu ain bagi setiap orang Islam terutamanya seorang qari atau qariah. Seseorang qari semestinya mendalami ilmu tajwid demi memelihara lidah dari kesalahan jaliy dan khafiy semasa membaca kalam Allah. Ia juga bertujuan menyelamatkan seorang qari daripada tersasar dalam menyebut makharij al-huruf dan sifat-sifatnya.

Imam Ibnu Jazari menyatakan dalam puisi kitabnya :

والأخذ بالتجويد حتم لازم من لا يجود القرءان ءاثم
Maksudnya: Mengamalkan tajwid itu suatu kewajipan , kerana berdosa tidak memperelokkan bacaan.

Kemampuan membaca Al-Quran dengan tartil dan fasih adalah tidak kurang pentingnya bagi seseorang qari. Ketartilan pada setiap persembahan amat dititikberatkan bagi memenuhi piawaian tilawah yang berkualiti tinggi sehingga memberi keinsafan kepada pembaca dan pendengar dalam menghayati maksud ayat ,bahkan ia adalah tuntutan daripada Allah SWT sebagaimana firman Nya:
﴿ وَرَتِّلِ القُرءَانَ تَرتِيلاً ﴾
Maksudnya: “Bacalah Al-Quran itu dengan tartil. ”
) اِقرَاهُ عَلىَ تَمَهُّلٍ فَاِنَّهُ يَكُونُ عَونًا عَلَى فَهمِ القُرآنِ وَتَدَبُّرِهِ (
Maksudnya: “Bacalah dengan perlahan dan hati-hati kerana hal itu akan membantu pemahaman serta tadabbur terhadap Al-Quran.”
Ulama’ telah bersepakat bahawa ayat ini merupakan dasar pokok yang memerintahkan Al-Quran dibaca dengan berhati-hati sehingga baik pengucapannya serta memenuhi ketentuan hukum bacaan, perintah mana yang mengandungi hukum wajib.
Ironinya, keempat-empat cabang ilmu ini amat berkait rapat di antara satu sama lain yang melahirkan kombinasi korikulum bersepadu yang mantap. Hasilnya tergubal sistem pemarkahan dan penghakiman tilawah al-quran di Malaysia bagi menilai setiap kategori ini secara sistemetik demi memartabatkan persembahan tarannum yang berkualiti tinggi sesuai dengan kemuliaan mukjizat terunggul.

2. Memahami Fungsi Tarannum Bi al-Quran.
Setiap tarannum mempunyai fungsinya yang tersendiri, ianya terbahagi kepada dua kategori bagaimana berikut:-
1. Tarannum-tarannum yang berfungsi dengan sendiri tanpa bergantung kepada tarannum lain iaitu seperti tarannum Bayati, tarannum Husaini, tarannum Kurdi, tarannum Saba, tarannum Hijaz, tarannum Nahwand, tarannum Rast, tarannum Sikah, dan tarannum Jiharkah.
2. Tarannum-tarannum yang kurang berfungsi dengan sendiri tetapi lebih sesuai menumpang lain-lain tarannum seperti tarannum Iraqi, tarannum ‘Ajami, tarannum Nawa asar atau tarannum ‘Ushaq dan tarannum Syuri.
Tarannum tersebut kurang popular, hanya dapat diminati dan dihayati oleh qari-qari yang mempunyai kepakaran sahaja seperti As-Sheikh Muhammad Rifa’t, As-Sheikh Taha Af-Fashni, As-Sheikh Mustafa Ismail dan sebagainya, kerana ia lebih berfungsi sebagai tarannum selingan atau sebagai wuslah kepada mana-mana persembahan bacaan untuk menambahkan kecanggihan tarannum.

MEMAHAMI CARA PENGHAKIMAN TILAWAH AL-QURAN
Bagi melahirkan penguasaan tarannum yang berkesan, seseorang qari juga perlu mengetahui kaedah penilaian dan perkara-perkara yang dititikberatkan oleh jemaah hakim semasa penghakiman. Ia adalah sebagaimana berikut.
Markah-markah dibahagikan seperti berikut:
a) Tajwid - 40 markah
b) Lagu - 25 markah
c) Suara - 15 markah
d) Fasohah -20 markah

 Tajwid (40 markah)

i. Menjaga segala hukum tajwid dengan sempurna terutama mengenai perkara-perkara yang dihuraikan selanjutnya.
ii. Menyebut dengan betul setiap makhraj huruf seperti: sod (ص), dod (ض), to(ط), zo (ظ), fa’(ف), qafق) (dari segi tebal dan nipisnya.
iii. Menjaga hukum-hukum tarqiq dan tafkhim terutama pada huruf lamل) ( dan ra’ر)).
iv. Mad Asli (Mad Tabi’i) dan Mad Badal tetap dengan kadar panjang 2 harkat.
v. Pada Mad Munfasil boleh dibaca dengan 2 atau 4 atau 5 harakat.Setiap pembaca boleh memilih salah satu daripada wajah yang empat itu. Sekiranya ia memilih salah satu daripadanya hendaklah ia meneruskan bacaannya di atas wajah itu tanpa berpindah ke wajah yang lain. Sekiranya terdapat dalam suatu ayat 2 Mad Munfasil atau lebih maka hendaklah disamakan kadar panjang mad itu, iaitu jika dibaca dengan 2 harakat pada mad Munfasil pertama, maka hendaklah dibaca dengan 2 harakat juga pada Mad Munfasil kedua, demikian seterusnya. Pada Mad Muttasil bolehlah dibaca dengan kadar panjang 4 harakat atau 5 harakat atau 6 harakat ketika waqaf.
vi. Mad Lazim Kalimi dan Harfi Muthaqqal begitu juga Mad Istifham hendaklah panjang bacaannya dengan kadar 6 harakat.
vii. Mad Arid dibaca dengan kadar 2 atau 4 atau 6 harakat ketika waqaf sahaja.
viii. Mad Silah hendaklah dibaca dengan kadar panjang 2 harakat. Tetapi sekiranya selepas Mad Silah terdapat sebab (yakni Hamzah) hendaklah dibaca dengan Qasar, Tawassut dan Isyba’. Dengan itu ia termasuk di dalam bab Mad Munfasil.
ix. Ghunnah dibaca dengan kadar 2 harkat sama ada ia di dalam keadaan waqaf atau wasal.
x. Bagi musabaqah peringkat kebangsaan riwayat yang dijadikan asas pegangan ialah Riwayat Hafas.

 Tarannum (25 markah)

i. Menggunakan maqam-maqam Arab (irama lagu Arab) dengan sekurang-kurangnya empat jenis lagu di dalam satu-satu bacaan, tanpa mengira lagu apa yang dimulakan.
ii. Setiap lagu (maqam atau nughmah) hendaklah disempurnakan secara teratur dan beransur-ansur (tadriji) sekurang-kurangnya empat harakat.
iii. Setiap lagu (maqam atau nughmah) hendaklah dibawa dalam tiga tingkatan (tobaqat) suara, iaitu rendah, sederhana dan tinggi.
iv. Lagu (maqam) yang dibawa pada ayat yang akhir hendaklah sama dengan lagu yang dibawa pada ayat pertama.
Peringatan:
Lagu yang dianggap istimewa ialah lagu yang mengandungi ciri-ciri berikut:
i. Setiap lagu yang dibawa mengandungi lebih dari empat harakat yang teratur dan tersusun.
ii. Sesuatu lagu dianggap teristimewa sekiranya lagu itu mempunyai unsur tersendiri tanpa meniru sepenuhnya bacaaan qari yang masyhur.
iii. Dapat menyesuaikan lagu dengan kehendak makna ayat tanpa lari dari kaedah tajwid dan usul.
iv. Membawa bunga-bunga lagu yang menarik.
v. Dapat mengawal lagu sepenuhnya ketika nyaring dan perlahan (tinggi, rendah, dan sederhana).
vi. Menambah lagi beberapa lagu lain selain daripada lagu-lagu wajib, dengan tidak melebihi tempoh bacaan yang ditentukan.
vii. Menggunakan empat (nughmah) di dalam bacaan.

 Suara (15 markah):
i. Bersih (kebersihan suara).
ii. Licin dan lancar (kelicinan suara).
iii. Terang, nyata dan lantang (suara yang keluar dengan nyata dan jelas serta lantang).
iv. Suara yang tidak berubah-ubah dari mula bacaan hingga ke akhirnya disebabkan tekanan suara turun naik semasa tengah membaca.

Peringatan:
Suara yang dianggap istimewa ialah suara yang mempunyai ciri-ciri berikut:
a) Suara yang indah merdu dan dapat menghidupkan renik-renik suara.
b) Suara yang licin dan lembut serta terang dan jelas semasa tekanan suara tinggi, rendah dan sederhana.
c) Penyesuaian suara: suara lelaki hendaklah sesuai dengan sifat-sifat kelelakiannya dan suara wanita sesuai dengan unsur-unsur kewanitaannya.
d) Dapat mengawal suara hingga kepada tiga tingkatan (tobaqat ).
e) Dapat mengawal dengan sepenuhnya alunan suara masa nyaring dan masa perlahan.
f) Suara bergerak dan hidup.

 Fasohah (20 markah):
Kesempurnaan fasahah tercapai dengan perkara-perkara berikut:
i. Cermat dan halus dalam bacaaan serta fasih dalam sebutan.
ii. Lancar menyebut perkataan-perkataan dan ayat-ayat.
iii. Terpelihara segala harkah (baris) dan tasydid.
iv. Betul melakukan tempat waqaf dan ibtida’ termasuk Jibril dan Nabawi.
v. Bacaan menurut lahjah Arab Fasaha.
vi. Bacaan sederhana tidak terlalu cepat atau terlalu lambat.

Berpandukan tulisan Tuan Hj. Nik Jaafar bin Nik Ismail, keempat-empat bidang ilmu ini dihuraikan dengan panjang lebar bagi seseorang qari dan pencinta seni tarannum al-Quran agar dapat difahami secara mendalam dan mempraktikkan dalam persembahan tarannum .


PENYUSUNAN TARANNUM YANG BERKESAN
Untuk menyusun tarannum yang hendak dipersembahkan perlulah diambil kira perkara-perkara berikut:-
1. Hendaklah terlebih dahulu memilih jenis-jenis tarannum yang bersesuaian.
Contohnya : Tarannum Bayati dan Husaini.
1.1 Sifat-sifat Tarannum Bayati
 Tarannum Bayati ini mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifatnya yang tersendiri, iaitu :
 Mempunyai gerak lembut dan tegas.
 Sesuai dengan tabi’i rendah dan sederhana.
 Sesuai sebagai tarannum pembukaan dan penutup.

1.2 Peranan Harakat Bayati
 Untuk mempelbagaikan corak dan bunyi.
 Untuk memberi tenaga dan peningkatan yang sesuai.
 Untuk memberi pengukuran kepada lagu yang akan dibaca seterusnya.
Lagu-lagu Bayati ini amat menarik dengan sifatnya yang halus dan lembut, sesuai dengan keadaan orang-orang Mesir yang berada di Lembah Nil. Peranannya dapat menenangkan jiwa orang yang mendengarnya.
1.3 Sifat Tarannum Husaini

 Mempunyai gerak cergas dan tegas.
 Mempunyai kesesuaian dengan tabaqah yang lebih tinggi
1.4 Peranan Tarannum Husaini
Tarannum Husaini mempunyai peranannya yang tertentu iaitu:
 Memberi tenaga kepada persembahan bacaan yang agak lembab dan lemah.
 Menjadi penggerak semangat kepada harakat-harakat yang berikut.
 Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.

1.5 Mengenal Harakat Husaini :

 Harakat Husaini biasanya bersambung kepada harakat Bayati.
 Harakat Husaini diwasalkan kepada harakat Bayati.
 Harakat Husaini juga boleh dibaca dan disusun secara berasingan.

2. Penukaran satu tarannum kepada satu tarannum yang lain, hendaklah cermat dan canggih, termasuklah sistem wuslah dan sebagainya.
3. Penyusunan dari satu tarannum kepada satu tarannum yang lain hendaklah dipertingkatkan kecermatannya, kehangatannya, kecanggihannya dan sebagainya.
4. Tarannum penutup hendaklah sama dengan tarannum permulaan.

MENGENAL KATEGORI TARANNUM AL-QURAN
Setiap tarannum mempunyai kategorinya yang tertentu sepertimana berikut:-
1. Kategori lembut seperti tarannum Jiharkah, Iraqi, Nahwand dan Saba.
2. Kategori sederhana seperti tarannum Bayati, Husaini, Rast, Sikah, ‘Usshaq dan Syuri.
3. Kategori keras dan tegas seperti tarannum ‘Ajami, Hijjaz dan Kurdi.
Jika seseorang qari mengenal kategori tersebut, ia boleh membantu menyenangkan penyusunan tarannum ke dalam suatu persembahan dengan lebih tepat dan lebih berkesan lagi.

PENYUSUNAN HARAKAT LAGU YANG BERKESAN
Harakat-harakat tarannum itu hendaklah disusun secara sistematik supaya persembahan lebih berkesan. Antara teknik penyusunan yang digunakan ialah:-
1. Harakat-harakat yang dialunkan adalah cermat, mempunyai ciri menghangatkan persembahan serta menggunakan harakat yang canggih.
2. Harakat yang dihiasi dengan alunan lahjah arab dan gabungan lagu-lagu cabang serta gerak suara pelbagai seperti gaya Iraqi, Kurdi dan Syuri, nakriz, bustanjar, kuflah mahur, usysyaq, zinjiran dan mayyah.
3. Harakat yang dihiasi dengan wuslah iaitu gabungan dua bunyi atau lebih dari mana-mana angin lagu dalam satu harakat.
4. Harakat yang mempunyai salalim, iaitu harakat-harakat yang dialunkan mengikut sistem tangga menurun atau menaik.
5. Harakat yang mempunyai Ikhtilalulahni, iaitu harakat-harakat yang dialunkan dengan nada suara yang disumbangkan sama ada secara menurun atau mendaki.
Harakat-harakat tersebut perlu disusun secara sistematik dan menarik. Persembahan yang tidak menepati teknik-teknik di atas akan menyebabkan kecacatan dan melencong dari sasaran sebenar yang akan dicapai. Latih tubi yang berterusan dengan cara talaqqi dan musyafahah akan memberi keberkesanan mendalam terhadap satu-satu persembahan bacaan.

PENGUKUHAN DAN PEMANTAPAN PERSEMBAHAN TARANNUM

Seorang sarjana dalam bidang Al-quran telah menampilkan lima tahap proses pembelajaran secara berskala untuk memantapkan penguasaan persembahan tarannum secara berkesan dan sempurna, sebagaimana berikut ;

ASPEK TARANNUM
Tahap 1 : Proses mengenal tujuh alunan tarannum dengan konkrit dan berkonsisten, tanpa timbul lagi perasaan ragu-ragu terhadap bunyi atau melodi tarannum tersebut.

Tahap 2 : Proses memasang lagu-lagu tarannum dengan teratur dan tersusun mengikut keutamaan berdasarkan kepada teknik pengolahan, pengurusan, perimbangan dan lain-lain.

ASPEK SUARA

Tahap 3 : Proses membetulkan cara pengendalian, pengurusan, pengolahan suara serta kedudukan suara yang tepat pada bacaan dan juga sebutan huruf.

ASPEK TARANNUM DAN SUARA (GABUNGAN)
Tahap 4 : Proses menyambung lagu-lagu tarannum usul dengan furu', malakukan gerak sumbang suara, kemahiran membuat qitaah, menyusun burdah sama ada burdah kasar atau halus, jarang atau kerap, mempelbagaikan gaya dan alunan dalam sesebuah jumlah harakat dan melatih bacaan berlahjahkan arabiah.

Tahap 5 : Ialah proses membentuk bacaan yang lembut, cergas, tegas dan sempurna dari awal hingga akhir.

Oleh kerana itu, seseorang yang ingin belajar tarannum dengan berkesan, mestilah melalui 5 tahap yang disebutkan dan melalui latihan yang berterusan.

TEKNIK PEMBAYANG LAGU ATAU MAQAM TARANNUM
Mohd Ali bin Abu Bakar (1997 ) mengemukakan teknik pengukuhan persembahan tarannum dengan mengggunakan seni kata pembayang daripada syair-syair arab. Haji Qasim bin Haji Ahmad,qari dari Kedah telah menyusun panduan bertarannum menggunakan seni kata nasyid,berzanji dan marhaban sebagai pembayang untuk diterapkan dalam persembahan. Seseorang qari akan cuba menghayati irama, rentak dan nada berbantukan bait-bait syair ini untuk diterapkan dalam persembahan tarannum tertentu. Di antara bait-bait tersebut yang ialah :
1. Maqam tarannum nahawand

بيد العفى فى أقول عن حجابى # وبغفلات اسمو على أشرابى
وبفكرات وقادات وقريحات # وقادات قد كملت أثابى
2. Maqam Tarannum Rast
يا رب قد فسد الزمان فنجنى
يا رب قلت حيلتى فتولنى
يا رب من كل الصائب عفينى
يا رب قد عجز الطبيب قد اويني
بحق لطفك شفينى يا شافى

3. Maqam Tarannum Hijaz

يا رحمة الله إنى خائق وجل # يا رحمة الله إنى مقلس عالى
وليس لىعمل ألقى العليم به محبتك العظمى وإيمانى

4. Maqam Taranum Sikah)
صلى من أشكر رامن # يا نورا النجود يا محمد
وأرى والعمر واللاء # جاد بالوصل جاد

PEMANTAPAN LAGU CABANG

Seorang qari yang mahir dalam selok belok lagu dan tarannum bukan sahaja dapat mempersembahkan lagu asas mengikut rentak dan irama tertentu, tetapi mampu menguasai lagu-lagu cabang. Menurut Tuan Hj. Nik Jaafar bin Nik Ismail , terdapat lebih tiga ratus cabang lagu lain yang boleh diselitkan dalam persembahan lagu asas.
Mohd Ali bin Abu Bakar(1997) cuba menyusun bai-bait seni kata pembayang bagi maqam lagu Nkris dan Usysyaq sebagaimana berikut.
(1) Maqam Lagu Nakriz
Cawangan dari lagu nahwand
يناك بحر عتئ البيان # فهلل وبشر بدين الإله
نبي الهدى أنت نبع الضياء # نبي الهدى أنت سيف السماء


(2) Maqam Lagu Usyshaq
Dari lagu nahawand
محمد يا فرحة العلمين # محمدا يا كوكب الائرين
ضللنا فهات الهدى واليقين # وأشرق فإنا غدونا سكارى
وصلينى ربنا وسلمن على محمد # جاءنا مبشرا بالعلى
والتبعين لهم أولى الهى الكرماء.

KAEDAH LATIH TUBI YANG BERTERUSAN

Dalam usaha memantapkan suatu persembahan taraannum, seorang qari perlu menjalani latihan-latihan berterusan mengikut potongan ayat atau surah yang pelbagai. Latih tubi tersebut perlu mengambil kira perkara-perkara berikut :
1- Latihan mempersembahkan bacaan pada ayat-ayat pilihan ujian tilawah dengan mempraktikkan ke semua jenis lagu dan dihiasi dengan wuslah al-mumathalah, ikhtilal al-lahn, salalim nuzul dan su’ud serta mahattah yang canggih .
2- Latihan mempersembahkan bacaan pada ayat-ayat yang dimulakan dengan huruf muqatho’ah dan diwakafkan dengan Mad Asli atau Mad Far‘i menerusi susunan lagu yang pelbagai.
3- Latihan mempersembahkan bacaan pada ayat-ayat yang diwakafkan dengan Ta Marbutoh menerusi susunan Bayati, Saba, Hijjaz, Nahwand dan Rast.
4- Latihan mempersembahkan bacaan pada ayat-ayat yang mengandungi bacaan khusus bagi riwayat Hafs seperti bacaan imalah, tashil dan ibdal, isymam dan ikhtilas ,saktah, bacaan naqal dan silah .
5- Latihan mempersembahkan bacaan pada ayat-ayat yang mengandungi Mad Lazim Kalimi Muthaqqal, Harfi Muthaqqal serta Mad Istifham yang memerlukan kadar panjang bacaannya dengan 6 harakat.

Latihan-latihan pengukuhan dan pemantapan seperti ini diharapkan member natijah yang terbaik bagi setiap qari dan qariah demi melahirkan generasi quranik yang berkualiti tinggi, mahir dari sudut tajwid dan fasohah, memiliki nafas yang panjang dan mampu mengalunkan alunan suara berlahjah Arab.

Kesimpulan

Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan bahawa seseorang qari yang berhasrat mengusai persembahan tarannum bi al-Quran yang berkesan sewajarnya menitikberatkan beberapa perkara berikut :
1- Berusaha sedaya upaya untuk memnguasai kaedah sebutan kalimah-kalimah dan mahir menggabungkan kalimah tersebut dalam potongan ayat al-Quran mengikut lahjah Arab.
2- Mendalami ilmu tatabahasa Arab dan merujuk guru-guru yang memahami bahasa al-Quran supaya menepati kehendak bacaan pada wakaf dan ibtida’.
3- Menerapkan tarannum yang sesuai dengan pengisian harakat yang canggih berdasarkan kefahaman pada maksud kalimah dan potongan ayat yang akan dipersembahkan.
4- Memastikan susunan tarannum yang rapi dan tingkatan suara yang bersesuaian dengan kemampuan nafas yang dimiliki.
5- Menghiaskan setiap harakat tarannum dengan pengisian ikhtilal, salalim, dan burdah yang berkualiti dalam usaha mencapai persembahan yang bermutu tinggi dan mencuit jiwa pendengar.
6- Sentiasa menjalani latih tubi yang berterusan di samping merujuk guru-guru dan pakar tarannum secara talaqqi dan mushafahah bagi mendapat gubahan seni yang terkini dan kontemporari kerana sifat suatu seni itu sentiasa maju dan berubah-ubah.



Rujukkan:

1. Al-Quran al-Karim

2. Al-Hadith al-Syarif.

3. Sedek Ariffin (2009).Jurnal Darul Quran JAKIM : Kepentingan Talaqqi dan Musyafahah Dalam Pembacaan Al-Quran. Disember 2009 . bil. Ke 13. Melaka: Percetakan Surya Sdn.Bhd.

4. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kurikulum Sijil Tinggi Tarannum Al-Quran, Cet Pertama 2007. Selangor: Salwa tegap Niaga.

5. Hj Nik Jaafar Nik Ismail, (2009), Buku Qaedah Tarannum ( Cara Berlagu, Darul Fikr, Kuala Lumpur.

6. Mohd Ali Bin Abu Bakar, (1997), Seni Lagu Al-Quran Di Malaysia, Darul Fikir, Kuala Lumpur.
7. Muhammad Al-Ghazali, ( 1996 ), Bagaimana Berinteraksi Dengan Al-Quran Penerjemah Muhammad Rivai Batubara, Selangor : Budaya Ilmu Sdn.Bhd.
8. Abu Mardhiyah,( 2004),Tajwid al-Quran. Cetakan Pertama ,Kuala Lumpur: Perniagaan Normahs

9. Haji Qasim bin Haji Ahmad (t.t) Risalah Panduan Tarannum bi al-Quran, Kedah.
10. http://mytarannum.blogspot.com/

11. http://pcbukm.blogspot.com/2009/10/tahap-tahap-pembelajaran-ilmu- tarannum.html

12. Nota-nota Kuliah Pengajaran STTQ 2010