Tuesday, May 29, 2012

BID'AH DAN PENGERTIAN SEBENAR

Bid'ah berasal dari bahasa arab: ba, da, ‘a ( بَدَعَ ) cipta. Ia berasal daripada perkataan al-Ibda’ ( ألإبْدَاعَ ) ia mewujudkan satu ciptaan tanpa peniruan dan ikutan.

Al-Imam Mujtahid Muhamad Ibn idris al-Syafie r.h. Meninggal tahun 204H) mengatakan bahawa perkara baru yang diada-adakan ( الْمُحْدَثَاتُ ) itu ada dua perkara:

Pertama Perkara yang diada-adakan bercanggah dengan al-Quran, sunnah atau Athar atau ijma’ ulama, ini bid’ah dhalalah namanya.
,
Kedua: Perkara yang diada-adakan itu perkara yang baik dan tidak bercanggah dengan al-Quran atau athar serta ijma’ ulama, majority ummah tidak berselisih mengenainya, maka perkara baru yang diada-adakan itu tidak keji malah ia disebut sebagai hasanah.

Saiyidina Omar al-Khattab r.a. berkata mengenai solat pada bulan Ramadhan: نعمت البدعة هذه:Sebaik-baik bid’ah ialah ini( riwayat al-Bukhari). Perkara ini perkara baru yang tidak pernah dilakukan sebelumnya, namun ia dikategorikan sebagai perkara yang baik. Sanadnya sahihImam al-Syafie: al-Baihaqi dalam manaqib al-Syafie ( 1/468-469)

Dipetik dari sumber yang lain: Abu Naim dalam kitab Hilya al-Auliya’ (9/113). Imam al-Syafie berkata: Bid’ah itu ada dua bentuk: Bid’ah yang baik dan bid’ah yang keji. Maka yang selari dengan sunnah maka ia adalah baik dan apa yang bercanggah dengan sunnah ia adalah keji. Ia berhujjah dengan kata-kata saiyidina Omar al-Khattab berkaitan dengan solat di bulan Ramadhan: Sebaik-baik bid’ah adalah ini.

1. Dalil Bid’ah Hasanah Daripada Al-Quran Dan Sunnah(hadith)

Abu Umamah r.a. seorang sahabat Nabi s.a.w. mengatakan: Bahawa Allah memfardhukan ke atas kamu berpuasa bulan Ramadhan dan tidak memfardhukan ke atas kamu mendirikan solat di waktu malam. Sesungguhnya solat malamnya itu kamu sendiri yang menciptakanya maka teruskanlah mengamalkannya. Oleh sebab itu jangan jadi seperti kaum bani Israil, mereka gemar mencipta amalan bid’ah lalu dicela oleh Allah kerana meninggalkannya, firmanNya yang bermaksud:

" Kemudian Kami iringi sesudah - mereka: Rasul-rasul Kami silih berganti, dan Kami iringi lagi Dengan Nabi Isa Ibni Maryam, serta Kami berikan kepadanya: Kitab Injil; dan Kami jadikan Dalam hati orang-orang yang mengikutnya perasaan belas kasihan (sesama sendiri). dan (perbuatan mereka beribadat secara) "Rahbaniyyah" - Merekalah sahaja yang mengadakan dan merekanya; Kami tidak mewajibkannya atas mereka; (Mereka berbuat demikian) kerana mencari keredaan Allah; Dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang sewajibnya. oleh itu, orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad) di antara mereka, Kami berikan pahalanya, dan (sebaliknya) banyak di antara mereka yang fasik - derhaka. ( Al-Hadid: 27).

Ayat ini bukan bertujuan menyela mereka yang mencipta Rahbaniyyah itu kerana mencari keredhaan Allah. Tetapi ia mencela perbuatan kaum bani Irasil kerana mereka tidak menjaga dan memelihara amalan yang dicipta itu menurut yang sewajibnya. Ini menunjukkan bahawa sesuatu bid’ah yang elok itu dibolehkan selagi mengikut syarak. Maka kesimpulan yang diambil oleh Abu Umamah r.a. itu adalah betul dan tidak diragui.

2. Dalil bid’ah Hasanah Dari Hadith

Dari Jarir ibn Abdullah al-Bajali r.a. sabda Rasulullah s.a.w.:

مَنْ سَنَّ فِى الإسْلامِ سُنَّةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ إِلى يَوْمِ الْقِيَامَةِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَيْءٌ، مَنْ سَنَّ فِى الإسْلامِ سُنَّةً سَيِّئَةً فَلَهُ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ.

Ertinya: “Sesiapa yang membuat sunah (sesuatu ikutan) yang baik dalam Islam maka baginya pahala dan pahala bagi orang yang melakukannya selepasnya sehingga ke hari kiamat tanpa mengurangkan pahalanya seikit pun, dan sesiapa yang membuat sunah (sesuatu ikutan) yang tidak baik dalam Islam maka baginya dosa dan berdosa orang yang melakukannya selepasnya sehingga hari kiamat tanpa mengurangkan dosanya sedikit pun.”
,
Daripada Huzaifah r.a berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
,br) َمَن سْتَنَّ خَيْرًا فَاسَتُنَّ بِهِ كَانَ لهُ أَجْرُهُ وَمِنْ أَجُورِ مَنِ اتَّبَعَهُ غَيْرَ مُنْتَقِصٍ مِن أُجُورِهِمْ شَيْئًا، وَمَنْ سَنَّ شَرًّا فَاسْتُنَّ بِهِ كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهُ وَمِن أَوْزَارِ مَن تَبِعَهُ غَيْرَ مُنْتَقِصٍ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَبْئًا. Ertinya:"Sesiapa yang membuat sunnah yang baik lalu ia dijadikan sunnah, ia mendapat pahala daripada pahala mereka yang menjadikannya sebagai sunnah, tanpa mengurangi pahalanya sedikit pun.Dan sesiapa yang membuat sunnah yang buruk lalu ia jadikan sunnah, ia mendapat dosa dan daripada dosa mereka yang menjadikanya sebagai sunnah, tanpa mengurangi dosanya sedikit pun.
,br> 3. Dalil Daripada Hadith

Daripada Aishah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w.

مَنْ أَحَدَثَ فِىْ أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدُّ Ertinya: “ Sesiapa membuat (mencipta) sesuatu yang baru dalam urusan kami yang bukan dari (ajaran agama) maka ia adalah ditolak. (Riwayat Buhkari dan Muslim).

4. Dalil Dari Hadith

مَنْ عَمِلَ عَمَلا لَيْسَ عَليَهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدُّ Ertinya “Sesiapa yang melakukan Amalan yang bukan daripada (ajaran Islam) maka ia adalah ditolak.” (Riwayat Muslim).

Maka sebab itu Rasulullah s.a.w. menjadikan perkara-perkara baru yang selaras dengan syarak adalah diterima dan yang bertentangan dengan syarak adalah ditolak. Dalilnya adalah jelas dan nyata. Dari dalil-dalil di atas terdapat bukti menunjukan adanya bid’ah yang disebut bid’ah hasanah(bentuk amalan baru yang baik) dan bid’ah saiyi’ah (bentuk amalan baru yang dikeji).

Para sahabat Khulafah al-Rashidin juga menjadi ikutan kepada seluruh umat islam , jika terdapat sesuatu amalan baru yang mereka cipta maka ia boleh di amalkan oleh umat Islam terkemudian. Selagi mana ia ciptaan dalam agama tetapi ia tidak bertentangan dengan syarak maka boleh beramal dengannya. Amalan seperti ini disebut sebagai bid’ah hasanah, seperti amalan bid’ah hasanah yang di cipta oleh Khalifah Saiyidina Omar Al-Khattab dalam isu solat tarawikh dibulan Ramadhan, beliau menyuruh umat Islam mendirikannya sebanyak 20 rakaat dan ia menjadi ikutan Seluruh umat Islam hari ini. Lihatlah ungkapan saiyidina Omar al-Khattab: “ نِعْمَتْ الْبِدْعةُ هَذِهِ ” Ertinya: Sebaik-baik bid’ah ialah ini.” Sedang hal ini tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. semasa hayat baginda. Hal ini diperkuatkan lagi dengan sabda Rasulullah s.a.w.:

عَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلَفآءِ الرَّاشِدِيْنَ

Ertinya: “Hendaklah kamu mengikut sunnahku dan sunah khulafah al-Rasyidin.”

Justeru itu apa yang dilakukan oleh sahabat adalah menterjemahkan mengenai apa yang lahir daripada Rasulullah s.a.w. Oleh itu barang siapa yang memahami perkataan bid’ah dengan hanya mengerti ma’na bahasa itu sahaja adalah satu kesilapan. Kerana para sahabat bila mereka mengatakan perbuatan ini bid’ah, yang mereka maksudkan ialah bid’ah mengikut syarak, bukan mengikut bahasa dari terjemahan ma’na sahaja.

Pengertian Sebenar

Permasalahan berkaitan dengan Bid’ah merupakan perkara yang amat penting dan terlalu sensitive kerana ia menjadi ruang untuk hawa nafsu meresap dan bercampur-aduk ke dalam kerangka syari’ah yang murni dan bersih. Sebagaimana kita wajib menolak dan menerima perkara Bid’ah, begitu juga kita wajib memberi perhatian serius untuk memahami pengertian istilah ini bedasarkan ta’rif yang terperinci, gambaran dan keterangan yang jelas agar tidak berlaku kesamaran (antara bid’ah dan bukan bid’ah).

Kita semua sedia maklum bahawa zaman sentiasa berubah serta peristiwa yang berlaku silih berganti sedang nas-nas syarak tetap seperti sedia ada. Namun ia tetap boleh serta sesuai diguna pakai untuk memenuhi tuntutan semasa dengan di jalurgabungkan pekembang semasa dengan nas-nas yang sesuai sehinggalah kita dapat memenuhi hukum Allah pada peristiwa tersebut. Atau kita berijtihad dengan menisbahkannya kepada perinsip syarak yang paling hampir selagi ia menepati illah dan tidak wujud fariq (perbezaan). Maka pada ketika itu jelaslah perkara-perkara yang termasuk ke dalam mansuh (perkara-perkara yang dinaskan) dan perkara yang mulhak bil al-mansuh (dijalurgabungkan). Ada pun perkara-perkara al-maskut ‘anhu (yang didiamkan tidak disentuh oleh syarak) ia merupa “awf” anugerah Allah yang kita bebas melakukannya) sebagaimana yang dinaskan oleh nabi Muhamad yang maksum.Perkara yang tidak diperkatakan oleh syarak (al-maskut ‘anhu) tidak salah kita melakukannya.

Haram ialah perkara-perkara yang diharamkan oleh syarak atau terdapat dalil pengharamnnya berdasarkan penggunaan yang tepat dan betul kaedah-kaedah syarak. Fardhu pula apa yang diwajibkan oleh nas syarak. Al-Maskut ‘anhu pula ialah “afw” (anugerah allah yang kita bebas melakukannya) selagi tiada nas atau ijmak atau kaedah-kaedah istinbat (kaedah mendapat hukum) yang menunjukkan sebaliknya.

Perkara yang ada perselisihan pendapat (iktilaf) samada halal atau haram merupakan perkara yang ditegah (la zajrah fihi). Ulamak sering berselisih pendapat dalam banyak masalah ijtihadiyah. Mereka semua berada dalam hidayah Allah Selagi perselisihan itu didasari oleh ijtihad yang betul dan tidak menurut hawa nafsu.

Imam Sufyan al-Thawri menyatakan: “Apabila engkau melihat seseorang itu melakukan amalan yang diperselisihkan pendapat oleh ulamak, sedang engkau berpendapat sebaliknya maka engkau jangan menegahnya.

Dalam kitab al-Adab al-Syar’yah Imam Ibnu Muflih menyatakan bahawa Imam Ahmad bin Hambal telah meriwatkan daripada al-Mawarzi: “Tidak syugia seorang faqih memaksa orang ramai menggunapakai mazhabnya dan bertegas dalam perkara tersebut.”

Imam Nawawi dalam kitab Sharh Sahih Muslim menyatakan: “Seseorang mufti atau Kadi tidak boleh memaksa pendapatnya diguna pakai kepada orang yang berlainan pendapat dengannya selagi ia (pendapat orang itu) tidak menyalahi nas atau ijmak atau Qias jalii.

Rasulullah (s.a.w.) menkategorikan muhdath (perkara baru yang tiada bandingan awal) kepada saiyi’ (buruk) dan hasan (baik). Sunnah lawan kepada istilah bid’ah. Perkara-perkara yang terurai di bawah nas-nas prisip syarak seperti ijmak, qias atau perkara yang terurai di bawah maslahah yang diterima syarak walau pun ianya tidak pernah didahului (dilakukan) oleh Rasulullah (s.a.w.). Maslahah tadi mestilah tidak bertembung dan bertentangan dengan nas dan prinsip-prinsip syarak serta boleh menimbulkan mafsadah (kerosakan).

Sebahagian manusia berlaku ekstrim dengan menjadikan muhdath (perkara-perkara baru yang tiada banding awal) berkaitan dengan amal baik dan ketaatan yang tidak pernah dilakukan di zaman Rasullulah (s.a.w). mahu pun tiga kurun pertama sejarah Islam sebagai bid’ah dalalah (sesat). Mereka tidak menerima pembahagian bid’ah oleh para ulamak kepada maqbulah (diterima) dan mardudah (ditolak) atau kepada Hasanah (baik) dan Syaiyiah (buruk). Mereka menolak pembahagian tersebut dengan berhujjah hadith yang diriwayatkan oleh Imam muslim daripada saiyidina Jabir (r.a) bahawa nabi Muhamad (s.a.w) bersabda yang bermaksud :…Seburuk-buruk perkara ialah muhdathat (perkara-perkara baru yang tiada bandingan awal) sedangkan semua muhdathat itu bid’ah dan semua bid’ah itu sesat.

Namun apa yang disesali ialah terdapat mereka yang kurang membuat penyelidikan secara terperinci akan hal yang berkaitan dengan bid'ah ini,lalu menghentam sebahagian besar umat Islam yang melakukan amalan-amalan baik yang di warisi dari ulamak-ulamak terdahulu sesedap mereka. Sesungguhnya Rasullullah (s.a.w.) sendiri telah membahagikan muhdathat itu kepada maqbul (diterima) dan mardud (ditolak) sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari saiyidina Jarir (r.a) dan riwayat Imam Ibn Majah daripada Abu Juhaifah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w)bersabda yang bermaksud; “ Sesiapa yang memulakan sesuatu perbuatan yang baik dalam Islam maka baginya pahala perbuatan tersebut dan pahala orang yang melakukannya selepas dirinya sehingga hari kiamat tanpa dikurangkan sedikit pun pahala tersebut; dan barang sesiapa memulakan perbuatan jahat dalam Islam maka ia akan memperolehi dosa dari perbuatan tersebut dan dosa orang yang melakukannya selepas dirinya tanpa dikurangkan sedikit pun dosa tersebut. “ (hadith riwayat Imam Muslim dalam kitab shahihnya (2/705) dalam kitab zakat galakan untuk bersedekah)

Umat Islam telah menerima pakai pembaharuan yang berlaku selepas tiga kurun pertama sejarah Islam seperti penandaan baris dalam ayat-ayat al-Quran seperti titik-titik huruf, baris, penyusunan juzuk-juzuk, rubu’-rubu’ dan lain-lain lagi. Begitu juga hurai sebahagian daripada hukum-hukum tajwid seperti hukum Nun mati, Madud dan sebagainya. Umat Islam juga menerima pembukuan ilmu-ilmu bahasa seperti llmu Usul, fiqh, Usuluddin dan lain-lainnya, semua ini belum berlaku di zaman Nabi Muhamad(s.a.w.)
,
Kesimpulanya Kayu ukur untuk menolak dan tidak menerima mudathat itu bukan kerana ianya tidak pernah dilakukan oleh orang terdahulu tetapi sebenarnya ialah samada ia bertembung dan bertentangan dengan nas-nas, prinsip-prinsip syarak atau pun kaedah-kaedah istinbat (kaedah mendapatkan hukum). Dengan pertentangan ini maka ia menjadi syar’iy dan berlawanan dan bertentangan dengan nas-nas dan dalil. Pada pandangan syarak ia menjadi mazmumah (tercela) apabila dilakukan.

No comments: