Tuesday, May 11, 2010

KELUARGA SAKINAH

Hidupkan solat berjamaah

Renungi firman Allah dibawah ini kemudian hayati di dalam kehidupan harian kita bersama keluarga tersayang :

uqèd üÏ%©!$# tAtRr& spoYÅ3¡¡9$# Îû É>qè=è% tûüÏZÏB÷sßJø9$# (#ÿrߊ#yŠ÷zÏ9 $YZ»yJƒÎ) yì¨B öNÍkÈ]»yJƒÎ) .....

4. (Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada…..[1]

Ayat di atas menunjukan kepada kita bahawa ketenangan dan ketenteraman hati hanya mampu di munculkan oleh yang Maha pencipta. Harus ingat ketenangan dan ketenteraman itu hanya diberikan kepada orang-orang yang beriman. Oleh sebab itu sebuah keluarga sakinah sukar untuk dijelmakan jika kita mengabaikan apa yang digariskan oleh agama Islam.

Perkara utama yang telah digariskan oleh agama Islam adalah solat ( sembahyang ), ini telah disebut di dalam firmanya :

ôs% yxn=øùr& tbqãZÏB÷sßJø9$# ÇÊÈ tûïÏ%©!$# öNèd Îû öNÍkÍEŸx|¹ tbqãèϱ»yz .

Ertinya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman. Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam sembahyangnya,

Sabda Rasulullah ( saw ) :

مروا اولادكم بالصلاة وهم ابناء سبع سنين، واضربهم عليها وهم ابناءعشر، وفرقوا بينهم في المضاجع.

Ertinya: Suruhlah anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun, dan pukullah dia pada usia sepuluh tahun ( jika ia enggan ) dan pisahkan antara mereka ditempat tidur.

Dalam soal mendirikan sembahyang ini, anak-anak harus selalu dibimbing dan ditanamkan kepentingannya. Ia sudah barang tentu cara sembahyang mereka tidak akan sama dengan cara sembahyang orang dewasa. Pendidikan awal sembahyang ini seharusnya sudah bermula dari dalam perut ibunya lagi. Apakala ia telah dilahirkan tujukan kelakuan sembahyang kita dengan meletakan ia berebelahan tempat kita bersembahyang setelah dipastikan tidak akan terkeluar najis dari pampersnya.Semua ini akan menjadi gambaran awal kepadanya betapa sembahyang itu adalah perkara terpenting dalam kehidupan seharian.

Setelah itu untuk menambahkan lagi barakah dan rahmat dari Allah, marilah kita menghidupkan solat berjamaah dengan ahli keluarga. Dari situ kita mulakan dengan membangun sebuah keluarga sakinah, kerana kelebihan sembahyang secara berjamaah itu amat besar fadilatnya. Isteri dan anak-anak pasti terasa akan kemurnian dan kemanisan berada disamping kedua ibubapanya. Selain itu sembahyang secara berjamaah itu diberikan kelebihan pahala yang berlipat kali ganda. Rasulullah ( saw ) memberikan jaminan sembahyang berjamaah itu terlepas dari kefakiran harta mahu pun hati.

Dengan mengamalkan solat berjamaah kita juga mampu membangunkan hubungan ruh dengan isteri, bererti perkahwinan itu tidak terbatas oleh hubung jasad sahaja, tetapi diwarnai dengan kecintaan ruhani, sebab mencintai isteri kerana Allah akan menimbulkan ketenangan dan ketenteraman hati.

Mengamalkan sembahayang berjamaah mampu mendekatkan semua ahli keluarga kepada Allah. denganya insyAllah segala keperluan dan keinginan kita pasti dipenuhi. Khususnya hasrat kita untuk mewujudkan sebuah keluarga sakinah.

Tip Mewujudkan Suasana Ceria Dalam Rumahtangga

  1. Senyum selalu
  2. Wujudkan senda gurau dengan isteri dan anak-anak.
  3. Saling bantu membantu melakukan kerja-kerja rumah.
  4. Elakan dari menyakiti hati pasangan.
  5. Jauhi sikap cemburu buta
  6. Cuba mengemari apa yang disukai pasangan.
  7. Cuba jauhi apa perkara yang tidak disukai pasangan
  8. Jauhi perkara yang membawa fitnah.
  9. Makan bersama ahli keluarga
  10. Menerima pandangan isteri dan anak-anak.
  11. Sentiasa berlapang dada

Kesimpulan

Asas segala institusi yang dianjurkan oleh Islam semua berpaksi, bertitik tolak dan dibina atas landasan ‘aqidah, syari’ah dan akhlak. Dalam kontek institusi keluarga Islam, hal ini amatlah ketara sekali. Keimanan kepada Allah merupakan asas yang kukuh yang menyebabkan institusi itu begitu suci, unggul, sempurna dan abadi. Suami dan isteri melangkah mendirikan rumahtangga berasaskan keimanan kepada titah perintah Allah. Masing-masing diamanahkan dengan tugas dan tanggung jawab yang mesti dilaksanakan. Tugas sebagai suami dan isteri juga berasaskan kepada syara’. Ia merupakan sgala peraturan yang berkaitan dengan pembentukan keluarga dari pinang meminang sampailah kepada alam perkahwinan dan tanggungjawab suami, isteri dan anak-anak. Hal ini di jelaskan oleh Allah di dalam al-Quran dan sunnah. Akhlak mulia juga merupakan asas pembentukan keluarga menurut Islam. Suami Isteri dab anak-anak masing-masing perlu mematuhi aklak yang mulia seperti yang ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran dan sunnah. Keluarga yang dibina atas akhlak yang terpuji adalah keluarga yang bahagia, aman, damai dan sejahtera, dengan itu tidak mustahil hasrat kita untuk mewujudkan keluaga sakinah tidak tercapai. melainkan tercapai. InsyAllah… Walallahu’alam.



[1] Surah al-Fath : 4

No comments: