Tuesday, May 11, 2010

Menunaikan Tanggongjawab Suami dan Isteri

Suami Wajib Menunaikan Hak-Hak Isteri

Apabila seorang lelaki telah bergelar suami maka tanggungjawabnya pasti bertambah, tidak seperti ketika hidup membujang. Hal ini harus cepat disedari oleh sisuami kerana masih terdapat, suami-suami yang sudah berkeluarga masih tidak merubah cara kidupan mereka. Jika ini tidak diambil berat dan terus berlanjutan rumahtangga pasti tiada keharmonian dan keceriaan, isteri sentiasa memendam rasa, umpama makan hati berulam jantung, anak-anak sentiasa sepikan kasih sayang dan perhatian sibapa dalam suatu masa sibapa tidak sedar berseronok diluar lupa tanggongjawab membimbing keluarga. Maka sebab itu agama Islam telah mengariskan beberapa panduan yang mesti diikuti oleh setiap lelaki yang begelar suami :

1. Menunaikan hak napkah zahir dan batin kepada isteri yang sepatutnya, berkenaan hal ini Allah telah memberikan peringatan kepada setiap suami di dalam al-Quran :

وعلى المولودله رزقهن وكسوتهن بالمعروف لا تكلف نفس إلاوسعها
Ertinya: …dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara Yang sepatutnya. tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya….

2. Menunaikan hak tempat tinggal dan pakaian yang sempurna untuk isteri mengikut kemampuan suami, hak tempat tinggal boleh disedaikan samada menyewa atau membeli rumah. Sementara pakaian pula harus yang dibenarkan oleh syarak.

3. Menunaikan hak dari segi keselamatan, kebajikan dan kesihatan, selain itu sentiasa memberikan perhatian terhadap keperluanya..

4. Membantu menyelesaikan masalah yang timbul diantara isteri dengan jiran tetangga.

5. Menunaikan hak berkasih sayang. Isteri berhak untuk menikmati kasih sayang, belay manja dan pergaulan yang baik daripada suaminya. Hal ini wajar diberikan perhatian, kerana wnita mempunyai perasaan dan jiwa yang halus. Dengan menunaikan haknya ini ketaatan dan kesetiaan terhadap suami sentiasa subur di jiwanya. Allah memberi peringatan kepada kita suami di dalm firmanya :

وعاشروهن بالمعروف فإن كرهتموهن فعسى أن تكرهوا شيـئا ويجعل الله فيه خيرا كثيرا
Ertinya: …..dan bergaulah kamu Dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) Dengan cara Yang baik. kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa Yang kamu benci itu kebaikan Yang banyak (untuk kamu).

6. Menunaikan hak pendidikan dan nasihat, suami harus mendidik isteri terutamanya mengenai hal-hal agama, khususnya mengenai hal fardhu ‘ain dan hendaklah memberi nasihat sekiranya isteri mulai mengabaikan tanggunjawabnya sebagai seornag Islam terhadap agamanya. Tidak terhad kewajipan pada metaati agama sahaja, seorang isteri harus mejalankan tanggongjawabnya secara menyeluruh. Allah memberikan peringatan kepada kita melaui firmanya :

وأمر أهلك بالصلو واصطبر عليها لا نسئلك رزقا نحن نرزقك والعقبة للتقوى
Ertinya:…. dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah Engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadaMu, (bahkan) Kamilah Yang memberi rezeki kepadamu. dan (ingatlah) kesudahan Yang baik adalah bagi orang-orang Yang bertaqwa.

6. Menunaikan hak menjaga rahsianya, hal ini merupakan perkara yang penting dan perlu diberikan perhatian oleh suami. Kerana keaifan seorang isteri tidak boleh diceritakan pada orang lain melainkan kepada ahli keluarganya untuk mendapat khidmat nasihat. Rasulullah ( saw ) telah memberikan peringatan di dalam sabdanya yang diriwayatkan oleh Muslim :

إنّ من أعظم الأمانة عند الله يوم القيامة الرجل يفضى سرّه إلى امرأته وتفضى إليه ثمّ ينشر سرّهما.
Ertinya: Bahawasanya sehina-hina manusia disisi Allah pada hari qiamat ialah lelaki yang sengaja membuka rahsianya kepada isterinya dan kemudian ia membuka rahsia mereka berdua kepada orang lain.

8. Menunaikan hak pejagaan yang sempurna, penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya. Selain itu suami juga harus memelihara kehormatan dirinya sendiri kerana ia juga hak isteri. Sebab isteri berhak mempunyai perasaan cemburu yang sederhana terhadap suami, kerana perasaan ini dapat memelihara suami dari melakukan kejahatan dengan wanita lain.

ان الله يغار وان المؤمن يغار وغيرة الله ان ياتي العبد ما حرّم عليه
Ertinya: Sesungguhnya Allah mempunyai rasa cemburu, dan sesungguhnya seorang mu’min mempuyai rasa cemburu juga. Rasa cemburu Allah iaitu supaya seorang hamba tidak melakukan perbuatan haram.

9. Antara hak yang lain: Suami tidak berhak menggunakan kekerasan untuk mendapatkan sesuatu seperti memukul atau sebagainya yang boleh menyebabkan sebarang bentuk kecederaan pada fizikalnya

10. Suami juga tidak boleh melukakan hati dan perasaan isterinya samada dengan perbuatan atau perkataan dan samada di hadapan atau di belakangnya.

11. Suami wajar mengelak dirinya daripada cemburu buta tanpa asas yang boleh merosakan kerukunan rumah tangga



Isteri Menunaikan Hak-Hak Suami

1. Suami adalah pemimpin dalam rumahtangga. Hal ini penting sebab sesebuah institusi atau oganisasi itu memang memerlukan seorang ketua.Tanpa seorang ketua sesebuah institusi tidak akan dapat bergerak dengan cekap dan berkesan. Kepimpinan seorang suami dalam isntitusi kekeluargaan telah diakui oleh Allah ( swt ) di dalam al-Quran :

الرجال قومون على النساء بما فضل الله بعضهم على بعض وبمآ أنفقوا من أمولهم
Ertinya: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal Yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…..

2.. Suami berhak mendapat ketaatan dan kesetiaan daripada isterinya. Ketaatan dan kesetiaan ini wajib berterusan selagi perintah suami itu tidak bertentangan dengan aqidah, syara’ dan akhlak. Sehubungan dengan itu Rasulullah ( saw ) telah bersabda yang diriwayatkan oleh al-Nasa’i :

خير النّسآء من اذا نظرت اليها سرّتك واذا امرتها أطاعتك وإذاقست عليها أبرّتك وإذا غبت عنها حفظتك فى نفسها ومالك .
Ertinya: Sebaik-baik isteri ialah jika kamu memandangnya, maka kamu akan terhibur, jika kamu menyuruhnya dia akan patuh, jika kamu bersumpah agar dia tidk melakukan sesuatu, maka dipatuhinya dengan baik, dan jika kamu tiada dia menjaga kehormatan dirinya dan harta bendamu.

3. Suami berhak mendapatkan layanan yang memuaskan dan kasih sayang dari isterinya. Hal ini adalah disebabkan rumah adalah tempat suami mendapatkan ketenangan selepas lelah bekerja di luar. Dengan layanan serta belaian kasih sayang isteri suadah pasti suami mendapat suatu suntikan yang menguatkan kembali semangatnya untuk meneruskan kerjanya dikesokan hari.

4. Isteri juga mesti menjaga rahsia dan maruah suaminya. Sentiasa menjaga kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya. Allah telah memberikan peringatan ini kepada setiap isteri. Sebagaimana firmanNya :

فالصلحت قنتت حفظت للغيب بما حفظ الله
Ertinya: ….. maka perempuan-perempuan Yang soleh itu ialah Yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan Yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua Yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama…..


5. Isteri mesti menutup aurat, memelihara pandangan mata dan sebagainya; tidak membenarkan sama sekali lelaki yang bukan mahramnya memasuki rumahnya ketika ketiadaan suaminya. Tujuanya untuk memelihara akhlak dan kehormatanya dari terfitnah.. Allah telah memberikan peringatan ini di dalam firmanNya :

وقل للمؤمنت يغضضن من أبصرهن ويحفظن فروجهن ولايبدين زينتهن إلا ما ظهر منها وليضربن بخمرهن على جيوبهن...
Ertinya: Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka…..

6. Isteri hendaklah terlebih dahulu mendapatkan keizinan dari suami untuk dan berpuasa sunat. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah ( saw ) di dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim :

لا يحلّ لامرأة تصوم وزوجها شاهد إلا بإذنه ولاتأذن فى بيته إلا بإذنه
Ertinya: Tidak halal bagi wanita ( isteri ) berpuasa dan suaminya ada, kecuali dengan keizinanya, dan tidak boleh berpergian ( keluar ) dari rumahnya kecuali dengan izinnya ( suami ).

7. Isteri mesti menjaga harta suami. Dalam soal berbelanja isteri harus bersederhana dan tidak terlalu boros atau membazir. Dengan cara ini dapat membantu suami berjimat, bahkan jika isteri bijak berbelanja dia akan dapat menabung lebihan dari duit urusan dapur dan lain-lain, yang diberi oleh suami pada setiap bulan. Rasulullah ( saw ) mengingat para isteri di dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim :

والمرأة راعية فى بيت زوجها ومالها ومسئولة عن رعيّتها
Ertinya: Wanit ( isteri ) itu adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya tentang kepimpinanya itu serta tentang harta suaminya.

8. Isteri juga mesti mengasihi dan menghormati keluarga suaminya sama seperti ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

9. Isteri juga mesti menjaga kesihatan, kebersihan dan kesempurnaan diri, rumah tangga dan anak-anak. Dalam soal ini isteri perlu berhias diri semasa suami berada di rumah atau jika diajak suami keluar berjalan dimana jua. Ianya akan menimbulkan kasih sayang yang berpanjangan. Anak-anak sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan terurus.

No comments: