Thursday, December 30, 2010

4 Jenis Tawakkal Tertinggi Dalam Ilmu Tasawwuf

Marilah kita lihat kesabaran orang-orang terdahulu dalam prinsip tawakkal mereka kepada Allah SWT :

1- Mampu berlapar selama tujuh hari jika tidak mendapat apa-apa rezeki.
2- Tidak bergantung rezeki kepada manusia kerana rezeki sebenar hanya daripada Allah SWT.
3- Apabila rezeki tidak datang, ia tidak berkecil hati kepada Allah SWT namun tetap bersabar dengan hati yang penuh ketenangan.
4- Malah hatinya tetap bergembira dengan kelaparan yang Allah SWT berikan, kerana ia tahu bahawa kelaparan itu adalah pemberian Allah SWT. Ia yakin dengan firman Allah SWT yang bermaksud ” Setiap makhluk yang Allah SWT ciptakan telah ditentukan rezekinya semenjak azali lagi “.

1001 Feqh Nasihah, m/s : 242

No comments: