Friday, May 14, 2010

Personaliti

Definisi

Berasal dari kata arab ' Sahsiah ' atau ' akhlak ' yang dimiliki oleh setiap individu.
Sementara perkataan akhlak membawa maksud budi pekerti, perangai, tingkah laku atau adat kebiasaan. Akhlak adalah penentu kepada keterampilan seseorang individu. Ia terbahagi kepada dua iaitu akhlak yang baik dan akhlak yang buruk. Akhlak juga mengambar jiwa seseorang individu. Jika perbuatan yang dizahirkan menurut akal dan iman maka ia melahirkan akhlak yang baik, sebaliknya jika perbuatan yang buruk terserlah dari seseorang individu ia lebih kepada mengikut nafsu.

Menurut Kamus Dewan (2002:1025), personaliti memberi maksud keperibadian dan perwatakan. Menurut bahasa latin personal berasal dari perkataan persona atau personalitas. Persona memberi erti topeng yang merujuk kepada rupa luaran seseorang individu. Namun persona juga memberi beberapa pengertian seperti ciri-ciri dan kualiti dalaman dan juga luaran seseorang.

Uthman Najati(1985:206) dalam bukunya Al-Quran Wa 'Ilm al-Nafs menjelaskan personaliti atau sahsiah memberi maksud susunan dinamik dalam diri individu manusia yang menentukan watak tersendiri sewaktu menyesuaikan diri dengan persekitaran. Individu dilihat sebagai keseluruhan yang integral di mana ia bertindak melibatkan jasmani dan rohani sehingga dapat menentu keperibadiannya yang berbeza daripada orang lain. Beliau turut menjelaskan personaliti adalah yang diipupuk dengan keimanan dan ketakwaan. Antara Faktor Luaran ialah kejayaan yang diperolehi, semangat, pujian dan sebagainya. Manakala faktor dalaman pula terbitnya rasa cinta kepada Allah, bertakwa, bersabar dan segala sifat yang baik. Hasil dari gabungan dua faktor tadi terbentuk seorang muslim yang mempunyai persanoliti yang berpandukan al-Quran dan mampu menghadapi segala dugaan (Uthman Najati 1985:240).


Personaliti juga bermaksud seluruh perlakuan individu samada bersifat luaran (jasmaniah) atau dalaman(rohaniah) yang lahir sepontan iaitu tanpa paksaan dari luaran yang menjadi kelaziman perlakuan luaran atau tingkah laku luaran pada individu merujuk kepada semua gerak balas individu yang melihat segala perbuatan anggota fizikal badan. Perlakuan dalaman pula mencakupi sistem kepercayaan, pegangan hidup, persepsi dan sebagainya. Personaliti merangkumi keseluruhan perlakuan manusia. Personaliti yang sempurna lebih bergantung kepada hubungan dan taqwa kepada Allah.

Hasil perbincangan di atas dapat dirumuskan bahawa personaliti membawa maksud keperibadian, tingkahlaku, perangai atau perwatakan seseorang yang terhasil daripada faktor dalaman dan luaran individu (jasmani dan rohani) yang secara umumnya memperihalkan sifat-sifat fizikal, emosi dan konigtif seseorang individu sehingga dapat menampilkan ciri-ciri keperibadian tersendiri yang boleh membezakannya daripada orang lain.


Al-Quran dan Al-Sunnah Sumber Persanoliti

Persenoliti Dari Pespektif Islam merujuk kepada akhlak seseorang. Jika kita mengkaji apa yang terdapat di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah yang membincangkan persoalan akhlak, kita pasti berjumpa dengan penjelasan yang dirakamkan oleh Allah dan pesanan utusanNya di dalam dua sumber utama tersebut. Sesungguhnya berbahagialah bagi orang yang dikurniakan akhlak yang baik. Ini kerana orang yang dianugerahkan akhlak yang baik sudah barang tentu mereka mempunyai jiwa yang bersih(al-Ghazali 19988:Jil.1023). dan ia dirakam oleh Allah dalam firmanNya :

قد أفلح من زكاها
Ertinya: Sesungguhnya berjayalah orang yang membersihkan jiwanya. (al- Syam:91:9)

Sementara itu S.Aisyah r.a juga menyebut akan akhlak nabi s.a.w.:

عن سعد بن هشام: قال: أتيت عائشه أم المؤمنين فقلت لها: أخبريني بخلق النبي صلى الله عليه وسلم. فقالت : كان خلقه القرءان.

ُErtinya: Saad bin Hisham berkata kepada S.Aisyah r.a.; Khabarkan kepada aku mengenai akhlak Rasullah s.a.w. Jawab Aisyah r.a.: Akhlak Rasulullah s.a.w. adalah AL-QURAN - (riwayat Ahmad: Baqi Musnad al-Ansar).

Al-Quran sendiri mengajar nabi s.a.w. mengenai berbagai akhlak dan adab sopan, ini jelas disebut oleh Allah di beberapa tempat dalam al-Quran, antaranya:

الذين ينفقون في السرّ والضرّاء والكاظمين الغيظ والعافين عن الناس والله يحب المحسنين.

Ertinya: Ia itu orang yang mendermakan mereka harta mereka pada masa ia senang dan orang yang menahan kemarahannya, dan orang yang memaafkan kesalahan orang, Dan (ingatlah)Allah mengasihi orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. - (al-Imran:3: 134)

Al-Quran juga telah mengajar kita dengan mengajak kepada akhlak yang lebih baik, ia itu bersedia dengan berlapang dada memaafkan setiap kesalahan yang dilakukan oleh orang lain ke atas kita. ini tidak perlu kita membalas kejahatan mereka dengan kejahatan juga, kerana ia tidak memberi kebaikan pada di belakang hari, tetapi cukup sekadar memberikan ingatan yang berkesan. Namun ingatan dari Allah adalah yang terbaik, sebagaimana yang dijelaskan dalam firmanNya:

ادفع بالتي هي أحسن فإذالذي بينك وبينه عداوة كأنه وليّ حميم.

Ertinya: Tolaklah (kejahatan yang dikenakan ke atas kamu) dengan cara yang lebih baik; seandainya engkau berbuat demikian, maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seorang sahabat.

Allah juga membentuk akhlak hambaNya dengan satu kekuatan lagi supaya hambanya sentiasa tenang dan dan berakhlah mulia apakala menerima sesuatu musibah atau fitnah. Sifat ini sukar untuk diaplikasi dalam kehidupan kita seharian namun ia perlu selalu dipraktikan supaya ia menjadi kebiasaan.Sifat tersebut adalah sifat sabar dan tidak mudah berburuk sangka, Allah telah mengajar kita melalui firmanNya:

ولمن صبر وغفر إن ذلك كمن عزم الأمور

ُErtiny: Dalam pada itu (ingatlah)orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang) sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).

Berkaitan dengan sifat berburuk sangka terhadap sesama muslim Allah menyeru hambaNya dengan dengan seruan yang lembut sebagaimana firmanNya:

يأيهالذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظنّ إنّ بعض الظنّ إثم ولا تخسسوا ولا يغتب بعضكم بعضا أيحب أحدكم أن يأكل لحم أخيه ميتا فكرهتموه واتقوا الله إنّ الله توّاب رحيم.

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) sebab , sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu berdosa; dan janganlah kamu mengintip dan mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain; dan janganlah kamu mengumpat, bertaqwalah kamu sesungguh Allah itu penerima taubat lagi amat mengasihani.

Rujukan:

Fariza Md Sham, Slasiah Hanin Hamjah, Mohd Jurairi. Persenonaliti Dari Perspektif Al-Ghazali, 2008 FPI UKM.

No comments: