Friday, February 25, 2011

Mengapa Ulama' Berbeza Pendapat

Mengapa ulama' sering berbeza pendapat sedangkan rujukan mereka ada pada dalil yang sama, bahkan ayat Al Qur'an yang sama. Disini kita sering kecewa dan mengeluh bukankah Islam itu satu, Allah itu maha Esa, Al-Qur'an dan Hadits adalah sumber hukum habis mengapa masih terjadi perbezaan pendapat dalam menghukumi suatu masalah. Ini belum lagi kita ditimbulkan perasaan ragu terhadap ulama' yang kerap berbeza pendapat dengan kita. Dalam satu masa mereka sama sama berkata perbezaan tiada lagi bila kita kembali pada Al Qur'an dan Hadits...

Dalam merespon sikap-sikap seperti itu, di bawah akan diuraikan sedikit mengenai sebab-sebab perbezaan pendapat para ulama. Kita akan terkejut dan mendapati bahawa ternyata perbezaan pendapat itu disebabkan kerena berpegang pada Al-Qur'an dan Hadith; kita akan takjub mendapati bahawa perbezaan itu " sengaja " diwudjukan secara terbuka oleh Al-Qur'an itu sendiri. Kita akan temui bahawa perbezaan pendapat, dalam perkara-perkara tertentu, adalah suatu perkara yang mustahil dihapuskan.

Di antara sekian banyak "asbab al-ikhtilaf" para ulama, ialah:
1. Perbezaan dalam memahami al-Qur'an.

Al-Qur'an adalah pegangan pertama semua Imam Mazhab dan ulama. Hanya senya mereka kerap berbeza dalam memahaminya, disebabkan:

a. Ada sebahagian lafaz al-Qur'an yang mengandung lebih dari satu erti (musytarak). Contoh lafaz "quru" dalam QS 2: 228. Sebagian mengertikan dengan " suci "; dan sebahagian lagi mengertikan dengan " haid ". Akibat perbezaan lafaz " quru " ini, sebahagian sahabat (Ibnu Mas'ud dan Umar) memandang bahwa manakala perempuan itu sudah mandi dari haidnya yang ketiga, maka baru selesai iddahnya. Zaid bin Tsabit, sahabat nabi yg lain, memandang bahawa dengan datangnya masa haid yang ketiga perempuan itu selesai haidnya (meskipun belum mandi). Bahkan para sahabat Nabi pun berbeza pendapat dalam hal ini. Ada ulama yang berpendapat bahawa Allah sengaja memilih kata "quru'" sehingga kita berupaya menggunakan akal kita untuk memahaminya. Soalnya, kalau Allah mahu menghilangkan perbezaan pendapat tentu saja Allah dapat memilih kata yang satu sahaja, apakah suci atau haid. Ternyata Allah memilih kata "quru" yang mengandungi dua maana dalam bahasa Arab.

b. Susunan ayat Al-Qur'an membuka peluang terjadinya perbezaan pendapat Huruf "fa", "waw", "aw", "illa", "hatta" dan lainnya mengandung banyak fungsi tergantung konteksnya. Sebagai contoh, huruf "FA" dalam QS 2:226-227 mengandung dua fungsi. Sebagian memandang huruf "FA" itu berfungsi "li tartib dzikri" (susunan dalam tutur kata). Sebagian lagi berpendapat bahwa huruf "FA" dalam ayat di atas berfungsi "li tartib haqiqi" (susunan menurut kenyataan). Walhasil kelompok pertama berpendapat bahawa suami setelah 'ila (melakukan sumpah untuk tidak campur dengan isteri), harus campur dengan isteri sebelum empat bulan, kalau sudah lewat empat bulan maka jatuh talak. Kelompok kedua berpendapat bahawa tuntutan supaya campur dengan isteri (untuk menghindari jatuhnya talaq) itu setelah selesai empat bulan.

c. Perbezaan memandang lafaz 'am - khas, mujmal-mubayyan, mutlak-muqayyad, dan nasikh-mansukh. Lafaz al-Qur'an adakalanya mengandung makna umum ('am) sehingga memerlukan ayat atau hadith untuk mengkhususkan maknanya. Kadang kala tak ditemui qarinah (atau petunjuk) untuk mengkhususkannya, bahkan ditemui (misalnya setelah melacak asbabun nuzulnya) bahwa lafaz itu memang am tapi ternyata yang dimaksudkan adalah khusus (lafazh 'am yuradu bihi al-khushush). Boleh jadi sebaliknya, lafaznya umum tapi yang dimaksud adalah khusus (lafazh khas yuradu bihi al-'umum). Contoh yang pertama, Qs at-Taubah ayat 103 terdapat kata "amwal" (harta) akan tetapi tidak semua harta terkena kewajiban zakat (makna umum harta telah dikhususkan kedalam beberapa jenis harta saja). Contoh yang kedua, dalam QS al-Isra: 23 disebutkan larangan untuk mengucapkan "ah" pada kedua orangtua. Kekhususan untuk mengucapkan "ah" itu diumumkan bahwa perbuatan lain yang juga menyakiti orang tua termasuk ke dalam larangan ini (misalnya memukul, dan sebagainya).

Persoalannya, dalam masalah lain para ulama berbeza memandang satu ayat sbb:

1. lafaz umum dan memang maksudnya untuk umum, atau
2. lafaz umum tetapi maksudnya untuk khusus; dan
3. lafaz khusus dan memang maksudnya khusus; atau
4. lafaz khusus tetapi maksudnya umum.

Begitu juga perbezaan soal mujmal-mubayyan, mutlak-muqayyad, nasikh-mansukh, para ulama memiliki kaidah yang mereka ambil dalam rangka untuk memahaminya (saya khawatir pembahasan ini menjadi sangat rumit, karena itu untuk penjelasnnya sila rujuk kepad buku-buku ushul al-fiqh).

d. Perbezaan dalam memahami lafaz perintah dan larangan. Ketika ada suatu lafaz berbentuk "amr" (perintah) para ulama mengambil tiga kemungkinan:

1. al-aslu fil amri lil wujub (dasar "perintah" itu adalah wajib untuk dilakukan)
2. al-aslu fil amri li an-nadab (dasar "perintah" itu adalah sunnah untuk dilakukan)
3. al-aslu fil amri lil ibahah (dasar "perintah" itu adalah mubah untuk dilakukan) Contohnya lafaz "kulluu wasyrabuu" (makan dan minumlah) menggunakan bentuk perintah, tetapi yang dimaksud adalah mubah. Lafaz "fankihuu maa thaba lakum minn nisa'" (nikahilah wanita-wanita yg kamu sukai) juga menggunakan bentuk perintah. Jadi, para ulama ada yang memandang bahawa itu adalah wajib (mazhab Zhahiri), dan ada yang memandang sunnah (jumhur ulama).

**
2. Berbeza dalam memahami dan memandang kedudukan suatu hadis.
a. Kedudukan hadith.

Para ulama sepakat bahwa hadith mutawatir itu merupakan hadith yang paling tinggi kedudukannya. Hadis mutawatir adalah hadith shahih yang diriwayatkan oleh ramai orang (banyak) yang tidak mungkin berbohong. Masalahnya, para ulama berbeza dalam memahami " ramai orang " itu. Sebahagian berpendapat jumlah " ramai " itu adalah dua orang, sebahagian lagi mengatakan cukup empat orang, yang lain mengatakan lima orang. Pendapat lain mengatakan sepuluh orang. Ada pula yang mengatakan tujuh puluh orang (PRujuk: M. Taqiy al-Hakim, "Usul al-'Ammah li al-Fiqh al-Muqarin, h. 195).

Ertinya, walaupun mereka sepakat akan kuatnya kedudukan hadis mutawatir namun mereka berbeza dalam menentukan syarat suatu hadith itu dikatakan mutawatir. Boleh jadi, ada satu hadith yang dipandang mutawatir oleh satu ulama, namun dipandang tidak mutawtir oleh ulama yang lain.

Begitu pula halnya dalam memandang kedudukan hadith shahih. Salah satu syarat suatu hadith itu dinyatakan shahih adalah bila ia diriwayatkan oleh perawi yang adil. Hanya saja, terdapat perbezaan pendapat ulama' dalam mendefenisikan adil itu.

Nur al-Din 'Itr mensyaratkan tujuh hal, Al-Hakim mensyaratkan tiga hal. Yang menarik, al-Hakim memasukkan unsur : tidak berbuat bid'ah sebagai syarat adilnya perawi, namun Ibn al-shalah, Nur al-Din 'Itr, Al-Syawkani tidak mencantumkan syarat ini. Hampir semua ulama, kecuali al-Hakim, memasukkan unsur "memelihara muru'ah (kehormatan diri)" sebagai unsur keadilan seorang perawi.

Ertinya, walaupun para ulama sepakat bahawa salah satu syarat suatu hadith dinyatakan shahih adalah bila hadith itu diriwayatkan oleh perawi yang adil, namun mereka berbeza dalam meletakkan syarat-syarat adil itu. Boleh jadi, satu hadith dinyatakan shahih karena perawinya dianggap adil oleh satu ulama (sesuai dg syarat adil yang dia susun), tetapi tidak dipandang adil oleh ulama yang lain (karena tidak memenuhi syarat adil yg dia yakini).

Persoalan lain adalah, bagaimana melakukan tarjih (memilih mana hadis yang paling kuat) diantara dua hadith yang saling bertentangan. Boleh jadi, sebagian ulama mengatakan hadith yang satu telah menghapus (nasikh) hadith yang satu lagi. Namun, sebagian ulama berpendapat bahwa boleh jadi hadith yang satu bersifat umum, sedangkan hadith yang lain bersifat mengecualikan keumuman itu.

Bagaimana bila teks hadith dilihat seakan-akan bertentangan dengan teks al-Qur'an. Sebahagian ulama tetap berpegang pada teks Qur'an dan meninggalkan teks hadith (ini yang dilakukan mazhab Zhahiri ketika tidak mengharamkan lelaki memakai cincin dari emas), akan tetapi sebahagian lagi mengatakan bahawa hadith merupakan penjelas maksud ayat, sehingga tidak perlu meninggalkan salah satunya, tetapi menggabungkan maknanya (ini yang dilakukan jumhur ulama ketika mengharamkan lelaki memakai cincin dari emas).

b. makna suatu hadith

Hadith Nabi mengatakan, "La nikaha illa biwaliyyin" (tidak nikah melainkan dengan wali). Namun mazhab Hanafi memandang bahwa huruf "la" dalam hadith di atas itu bukan bererti tidak sah nikahnya namun tidak sempurna nikahnya. Mereka berpandangan bahwa sesuatu perkara yang ditiadakan oleh syara' dengan perantaraan "la nafiyah", haruslah dipandang bahawa yang ditiadakannya itu adalah sempurnanya; bukan sahnya. Sedangkan mazhab Syafi'e berpendapat adanya huruf "la nafiyah" itu menunjukkan tidak sahnya nikah tanpa wali.

Contoh lain, apakah persusuan diwaktu dewasa juga menyebabkan status mahram? Sebagian ulama mengatakan ya, karena berpegang pada hadith Salim yang dibolehkan Rasul menyusu ke wanita yang sudah dewasa (padahal si Salim ini sudah berjanggot!) sehingga terjadilah status mahram antara keduanya. Namun, sebagian ulama memandang bahawa hadis ini hanya khusus berlaku untuk Salim saja (sebagai rukhshah) bukan pada setiap orang dewasa. Apalagi ternyata ditemukan hadis lain dari Aisyah yang menyatakan bahawa persusuan yg menyebabkan kemahraman itu adalah disaat usia kecil (karena bersifat mengenyangkan). namun, sebagian ulama memandang cacat hadith Aisyah ini karena ternyata Aisyah sendiri tidak mengamalkan hadith yang dia riwayatkan sendiri. Aisyah justru berpegang pada hadith Salim.

Hal terakhir ini menimbulkan masalah lagi: jika suatu perawi meriwayatkan suatu hadith, namun ia sendiri tidak mengamalkan apa yang diriwayatkannya, apakah hadith itu menjadi tidak shahih ataukah hanya perawinya sendiri yang harus disalahkan. Sebahagian ulama memandang bahwa hadith itu langsung cacat, sedangkan sebahagian lagi memandang bahawa hadithnya tetap shahih hanya perawinya saja yang bersalah karena tidak mengamalkan hadith yang dia riwayatkan sendiri.
**

3. Perbezaan dalam metode ijtihad
A. Sejarah singkat

Sejak di zaman sahabat sudah ada dua "mazhab" di kalangan mereka. Pertama, mereka yang lebih menekankan pada teks nash secara ketat. Diantara mereka adalah Ali bin Abi Thalib dan Bilal. Kedua, mereka yang menaruh unsur rasio dan pemahaman secara luas dalam memahami suatu nash. Kelompok kedua ini diantaranya adalah Umar bin Khattab dan Ibnu Mas'ud.

Dalam perkembangan selanjutnya, kedua kelompok ini menyebar dan memiliki pengaruh masing-masing. Kelompok pertama berkumpul di sekitar daerah Hijaz, sedangkan kelompok kedua berkumpul di daerah Kufah. Sejarah kemudian menceritakan kepada kita bahwa Imam Malik bin Anas tinggal di Madinah (termasuk daerah Hijaz) dan Imam Abu Hanifah tinggal di Kufah.

Imam Malik berada di lingkungan di mana masih banyak terdapat sahabat Nabi. Sedangkan Imam Abu Hanifah, sebaliknya, tinggal di lokasi di mana sedikit sekali terdapat sahabat Nabi. Fakta geografi ini menimbulkan perbezaan bagi kedua Imam dalam merespon suatu isu.

Imam Malik bukan saja lebih banyak menggunakan hadith Nabi (yang dia terima melalui sahabat Nabi di Madinah) dibanding rasio, tetapi juga berasakan amal penduduk Madinah sebagai salah satu sumber hukumnya. Imam Abu Hanifah sering membuka peluang penggunaan rasio dan sangat selektif (maksudnyanya, dia membuat syarat yg amat ketat) dalam menerima riwayat hadith (lebih-lebih lagi perkembang hadis palsu di daerahnya bertambah luas). Oleh kerana bersandarkan kepada sedikitnya hadith yang ia terima, maka Imam Abu Hanifah menggunakan Qiyas dan istihsan secara luas.

Imam Malik memiliki murid bernama Imam Syafi'i. Yang disebut sebelum ini juga nanti memiliki murid bernama Imam Ahmad bin Hanbal. Ketiganya dapatlah disebut sebagai pemuka "ahlul hadith" di Hijaz. Sedangkan Imam Abu Hanifah memiliki murid bernama Abu Yusuf dan Muhammad (Imam Syafi'i berguru juga pada muridnya Muhammad, namun Imam Syafi'i lebih cenderung pada kelompok Hijaz). Kelompok Kufah kemudian dikenali dengan sebutan "ahlur ra'yi".

Harus saya tambahkan bahwa mazhab dalam fiqh tidak hanya terbatas pada empat Imam besar itu saja. Tetapi banyak sekali mazhab-mazhab itu (berjumlah 500). Cuma sejarah membuktikan bahawa hanya empat mazhab itu yang tetap bertahan dan memiliki pengaruh cukup luas di dunia Islam, ditambah sedikit pengikut mazhab Zhahiri dan mazhab Ja'fari.
B. Metode Ijtihad

B.1. Imam Abu Hanifah

1. Berpegang pada dalalatul Qur'an
1. Menolak mafhum mukhalafah
2. Lafz umum itu statusnya Qat'i selama belum ditakshiskan
3. Qiraat Syazzah (bacaan Qur'an yang tidak mutawatir) dapat dijadikan dalil
2. Berpegang pada hadis Nabi
1. Hanya menerima hadis mutawatir dan masyhur (menolak hadis ahad kecuali diriwayatkan oleh ahli fiqh))
2. Tidak hanya berpegang pada sanad hadis, tetapi juga melihat matan-nya
3. Berpegang pada qaulus shahabi (ucapan atau fatwa sahabat)
4. Berpegang pada Qiyas
1. mendahulukan Qiyas dari hadis ahad
5. Berpegang pada istihsan

B.2. Imam Malik bin Anas

1. Nash (Kitabullah dan Sunnah yang mutawatir)
1. zhahir Nash
2. menerima mafhum mukhalafah
2. Berpegang pada amal perbuatan penduduk Madinah
3. Berpegang pada Hadis ahad (jadi, beliau mendahulukan amal penduduk Madinah daripada hadith ahad)
4. Qaulus shahabi
5. Qiyas
6. Istihsan
7. Mashalih al-Mursalah

B.3 Imam Syafi'i

1. Qur'an dan Sunnah (artinya, beliau menaruh kedudukan Qur'an dan Sunnah secara sejajar, karena baginya Sunnah itu merupakan wahyu ghairu matluw). Inilah salah satu alasan yang membuat Syafi'i digelari "Nashirus Sunnah". Konsekuensinya, menurut Syafi'i, hukum dalam teks hadis boleh jadi menasakh hukum dalam teks Al-Qur'an dalam kasus tertentu)
2. Ijma'
3. hadith ahad (jadi, Imam Syafi'i lebih mendahulukan ijma' daripada hadith ahad)
4. Qiyas (berbeda dg Imam Abu Hanifah, Imam Syafi'i mendahulukan hadis ahad daripada Qiyas)
5. Beliau tidak menggunakan fatwa sahabat, istihsan dan amal penduduk Madinah sebagai dasar ijtihadnya

B.4. Imam Ahmad bin Hanbal

1. An-Nushush (yaitu Qur'an dan hadis. Artinya, beliau mengikuti Imam Syafi'i yang tidak menaruh Hadis dibawah al-Qur'an)
1. menolak ijma' yang berlawanan dengan hadis Ahad (kebalikan dari Imam Syafi'i)
2. menolak Qiyas yang berlawanan dengan hadis ahad (kebalikan dari Imam Abu Hanifah)
2. Berpegang pada Qaulus shahabi (fatwa sahabat)
3. Ijma'
4. Qiyas

Kalau kita susun empat Imam mazhab itu menurut banyaknya menggunakan rasio maka urutannya adalah:

1. Imam Abu Hanifah
2. Imam Syafi'i
3. Imam Malik
4. Imam Ahmad bin Hanbal

Kalau disusun menurut banyaknya menggunakan riwayat:

1. Imam Ahmad bin Hanbal
2. Imam Malik bin Anas
3. Imam Syafi'i
4. Imam Abu Hanifah


Demikianlah sebab-sebab para ulama berbeda pendapat. Kalau saya boleh menyimpulkan maka ada dua sebab utama:

1. Sebab internal, yaitu berbeza dalam memahami al-Qur'an dan Hadith serta berbeda dalam menyusun metode ijtihad mereka
2. Sebab eksternal, yaitu perbezaan sosio-kultur dan geografi

Persoalannya sekarang, bagaimana kita menerima perbezaan pendapat di antara ulama? Kalau kita sudah tahu bahwa keragaman pendapat ulama itu juga merujuk pada al-Qur'an dan Hadith, maka pilihlah pendapat yang manapun. Yang lebih penting lagi, janganlah cepat berburuk sangka dengan kepelbagaian pendapat di kalangan ulama.

Sebab itu kita tidak boleh menuduh seseorang itu sebagai ulama Pak Turut ataupun ulama yang ditekan pemerintah. Juga jangan cepat-cepat menilai salah fatwa ulama hanya karena fatwa tersebut berbeza dengan selera ataupun pendapat kita.

Mengapa kita harus mengukur dalamnya sungai dengan sejengkal kayu? Sayang, kita suka sekali mengukur kepakaran ilmu seorang ulama hanya dengan sejengkal ilmu yang kita perolehi.

Di sdudut lain, ulama pun tetap manusia biasa yang tidak lepas dari kesalahan dan kekhilafan. Rasulullah sendiri mengakui bahwa akan ada orang yang salah dalam berijtihad, namun Rasulullah mengatakan tetap saja Allah akan memberi satu pahala bagi yang salah dalam berijtihad, dan dua pahala bagi yang benar dalam ijtihad.

Masalahnya, Apakah kita punya hak untuk menilai salah-benarnya ijtihad ulama itu? Bukankah hanya Allah Hakim yang paling adil?

Perbezaan Diantara Syari'ah Dan Fiqh

Apakah perbezaan diantara syariah dan fiqh, berikut saya bawakan pendapat dari Nadirsyah Hosen seorang seorang pensyarah daripada Fakulti Syariah UIN Syarif Hidayatullah:

Dari penjelasan ini nanti akan terlihat bahawa kita dapat bersatu dalam masalah Syari'ah tetapi tetap berbeza pendapat dalam masalah Fiqh.

Syari'ah memiliki pengertian yang amat luas. Tetapi dalam konteks hukum Islam, makna Syari'ah adalah aturan yang bersumber dari nash yang qat'i.Sedangkan Fiqh adalah aturan hukum Islam yang bersumber dari nash yang zanni.

Penjelasan singkat ini membawa kita harus memahami apa yang disebut Qat'i dan apa pula yang disebut zanni.

1. Nash Qat'i

Qat'i itu terbagi dua: dari sudut datangnya atau keberadaannya dan dari sudut lafaznya.Semua ayat al-Qur'an itu merupakan qat'i al-tsubut. Artinya, dari segi "datangnya" ayat Qur'an itu bersifat pasti dan tidak mengalami perubahan. Tetapi, tidak semua ayat Qur'an itu mengandung qat'i al-dilalah. Qat'i al-dilalah adalah ayat yang lafaznya tidak mengandung kemungkinan untuk dilakukan penafsiran lain. Jadi, pada ayat yang berdimensi qat'i al-dilalah tidaklah mungkin diberlakukan penafsiran dan ijtihad, sehingga pada titik ini tidak mungkin ada perbedaan pendapat ulama. Sebagai contoh: Kewajiban shalat tidaklah dapat disangkal lagi. Dalilnya bersifat Qat'i, yaitu "aqimush shalat" Tidak ada ijtihad dalam kasus ini sehingga semua ulama dari semua mazhab sepakat akan kewajiban shalat.

Begitu pula halnya dengan hadis. Hadis mutawatir mengandung sifat qat'i al-wurud (qat'i dari segi keberadaannya). Tetapi, tidak semua hadis itu qat'i al-wurud (hanya yang mutawatir saja) dan juga tidak semua hadis mutawatir itu bersifat qat'i al-dilalah. Jadi, kalau dibuat bagan sbb:

* Qat'i al-tsubut atau qat'i al-wurud: semua ayat Al-Qur'an dan Hadis mutawatir
* Qat'i al-dilalah: tidak semua ayat al-Qur'an dan tidak semua hadis mutawatir

2. Nash Zanni

Zanni juga terbagi dua: dari sudut datangnya dan dari sudut lafaznya. Ayat Qur'an mengandung sejumlah ayat yang lafaznya membuka peluang adanya bermacam penafsiran. Contoh dalam soal menyentuh wanita ajnabiyah dalam keadaan wudhu', kata " أو لـمستم النسـآء " dalam al-Qur'an terbuka untuk ditafsirkan. Begitu pula lafaz " قروء " (QS 2:228) terbuka untuk ditafsirkan. Ini yang dinamakan zanni al-dilalah.

Selain hadis mutawatir, hadis lainnya bersifat zanni al-wurud. Ini menunjukkan boleh jadi ada satu ulama yang memandang shahih satu hadis, tetapi ulama lain tidak memandang hadis itu shahih. Ini wajar saja terjadi, karena sifatnya adalah zanni al-wurud. Hadis yang zanni al-wurud itu juga ternyata banyak yang mengandung lafaz zanni al-dilalah. Jadi, sudah terbuka diperselisihkan dari sudut keberadaannya, juga terbuka peluang untuk beragam pendapat dalam menafsirkan lafaz hadis itu.

* zanni al-wurud : selain hadis mutawatir
* zanni al-dilalah : lafaz dalam hadis mutawatir dan lafaz hadis yang lain (masyhur, ahad)

Nah, Syari'ah tersusun dari nash qat'i sedangkan fiqh tersusun dari nash zanni.

Contoh praktikal:

1. (a) Kewajiban puasa Ramadhan (nashnya qat'i dan ini syari'ah),
(b) Bila bermulai puasa dan berakhirnya Ramadlan itu (nashnya zanni dan ini fiqh)
Catatan: hadis mengatakan harus melihat ana bulan, namun kata " melihat " mengandung penafsiran.
2. (a) Membasuh kepala ketika berwudhu itu wajib (nash qat'i dan ini Syari'ah)
(b) Sedang sempadan membasuh kepala itu? (nashnya zanni dan ini fiqh)
Catatan: kata " bi " pada " وامسحوا برءوسكم " terbuka untuk ditafsirkan.
3. (a) Memulakan solat harus dengan niat (nash qat'i dan ini Syari'ah)
(b) Apakah niat itu dilisankan (dengan ushalli) atau cukup dalam hati (ini Fiqh)
Catatan: sebagian ulama memandang perlu niat itu ditegaskan dalam bentuk "ushalli" sedangkan ulama lain memandang niat dalam hati saja sudah cukup
4. (a) Judi itu dilarang (nash qat'i dan ini Syari'ah)
(b) Apa yang disebut judi itu? apakah lottere termasuk judi? (ini fiqh)
Catatan: Para ulama berbeza pendapat dalam mengurai unsur suatu perbuatan boleh disebut judi atau tidak.
5. (a) Riba itu diharamkan (nas qat'i dan ini syari'ah)
(b) Apakah bunga bank itu termasuk riba? (ini fiqh)
Catatan: Para ulama berbeza pendapat dalam memahami unsur riba dan 'illat, mengapa riba itu diharamkan
6. (a) Menutup aurat itu wajib bagi lelaki dan perempuan (nash qat'i dan ini Syari'ah)
(b) Apakah sempadan aurat lelaki dan perempuan? (ini fiqh).

Nasab Silsilah Nabi Muhammad s.a.w.

Kelebihan bangsa arab adalah hapalan yang kuat mengenai berbagai syair dan silsilah keturunan nenek moyang mereka. Mereka dapat menghapal ribuan syair dan silsilah keturunan mereka dari puluhan generasi di atasnya.

Berikut ini boleh kita perhatikan rantaian keturunan nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. sehingga ke nabi Adam a.s :

Dari Muhammad s.a.w:

MUHAMMAD SAW bin ABDULLAH bin ABDUL MUTHALIB (alias SYAIBAH) bin HASYIM (alias AMRU) bin ABDU MANAF (alias AL MUGHIRAH) bin QUSHAY (alias ZAID) bin KILAB bin MURAH bin KA'B bin LU'AY bin GHALIB bin FIHR ( julukannya QURAISY dan jadi cikal bakal nama kabilah QURAIS) bin MALIK bin AN-NADHR (alias QAIS) bin KINANAH bin KHUZAIMAH bin MUDRIKAH (AMIR) bin ILYAS bin MUDHAR bin NIZAR bin MA'AD bin ADNAN
(Nasab di atas disepakati kesahihannya oleh pakar biografi dan ulama )

ADNAN bin UDAD bin HAMAISA' bin SALAMAN bin AUSH bin BAUZ bin QIMWAL bin UBAY bin AWAM bin NASYID bin HAZA bin BALDAS bin YADLAF bin THABIKH bin JAHIM bin NAHISY bin MAKHI bin AIDH bin ABQAR bin UBAID bin AD-DA'A bin HAMDAN bin SINBAR bin YATSRIBI bin YAHZAN bin YALHAN bin AR'AWY bin AID bin DAISYAN bin AISHAR bin AFNAD bin AIHAM bin MUQSHIR bin NAHITS bin ZARIH bin SUMAY bin MUZAY bin IWADHAH bin ARAM bin QAIDAR bin ISMA'IL as bin IBRAHIM as
(terdapat perselisihan walau sebagian besar mereka menyepakatinya)


IBRAHIM as bin TARIH (AZAR) bin NAHUR bin SARU' ATAU SARUGH bin RA'U bin FALAKH bin AIBAR bin SYALAKH bin ARFAKHSYAD bin SAM bin NUH alaihis alam bin LAMK bin MATAUSYALAKH bin AKHNUKH atau IDRIS alaihisalam bin YARD bin MAHLA'IL bin QAINAN bin YANISYA bin SYAITS bin ADAM alaihi salam
(disepakati didalamnya ada data yang tidak benar)

Nabi Ibrahim sendiri hidup sekitar tahun 1800 sebelum masehi...

Nabi muhammad SAW lahir hari Isnin 20 atau 22 April 571 Masehi bersamaan 9 Rabi'ul awal atau pendapat yang masyhur pada 12 Rabi'ull Awal(4 bulan setelah peristiwa Abrahah dan pasukan bergajah berusaha menguasai Mekah namun digagalkan Allah)

Nabi diangkat menjadi Rasul bulan Ramadhan malam 21, atau 10 Ogos 610 Masehi ketika beliau berumur 40 tahun 6 bulan 12 hari menurut kalender hijriah atau berusia 39 tahun 3 bulan 20 hari menurut kalender Masehi

Nabi berhijrah ke Madinah hari Jumaat, 12 rabi'ul awal atau 27 september 622 atau 14 tahun kenabiannya

Wafat hari Rabu 12 Rabi'ul awal 11 Hijriah dalam usia 63 tahun 4 hari.

Saturday, February 12, 2011

Maksud sebenar Perkataan Ummi Pada Nabi s.a.w.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatu.

Saya ingin membawa pelayar internet berfikir akan maksud ummi yang sebenarnya iaitu gelaran yang diberikan kepada junjungan besar Nabi kita , Nabi Muhammad SAW. Apa pendapat anda ? Apakah yang dimaksudkan dengan Ummi itu ? Sesetengah daripada kita beranggapan gelaran ummi pada Rasulullah SAW itu bermaksud orang yang tidak tahu menulis dan membaca. Benarkah gelaran ummi itu dimaksudkan dengan orang yang tidak tahu menulis dan membaca ? Apa fikiran anda ?

Perkataan “tidak tahu” pada ayat tersebut sebenarnya telah merendahkan sifat kebijaksanan Rasulullah SAW. Sehingga orang kafir mempertikaikan kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW, Rasul yang amat kita kasihi. Orang kafir berpendapat, bahawa orang yang bijaksana mestilah tahu menulis dan membaca kerana itu adalah cara atau kaedah untuk mencari ilmu pengetahuan.

Saya ingin menceritakan satu kisah berkenaan dengan seorang ustaz yang sangat mencintai Rasulullah. Ustaz ini mengambil PHD dan beliau telah membuat kajian tentang perkataan UMMI iaitu sifat yang ada pada Rasulullah SAW. Sejak kecil hingga dewasa, ustaz ini hanya mengetahui maksud ummi pada Rasulullah itu sebagai orang yang tidak tahu menulis dan membaca.

Beliau telah berjumpa dengan ramai professor dan melawat banyak perpustakaan universiti di negara-negara Arab tetapi jawapan yang ditemui tetap juga sama. Beliau berasa sedih kerana sejak kecil beliau tidak berpuas hati dengan jawapan ini. Beliau sangat mencintai Rasulullah dan tidak sanggup mendengar penghinaan orang kafir terhadap junjungan besar Nabi kita. Ketahuilah saudara/ri hari ini puak kristian telah menggunakan perkataan ummi ini untuk melemahkan keyakinan kita terhadap kewibawaan Rasulullah s.a.w. dan kesahihan al-Quran itu sendiri.

kemudian kunjungan terakhirnya ialah di Makkah Al- Munawwarah. Selepas bersolat dan berdoa di hadapan Ka’bah, beliau melihat seorang tua tersebut senyum kepadanya, lalu Ustaz itu menghampiri kepada orang tua itu dan berbual-bual. Soalan terakhir yang dikemukakan oleh ustaz ini kepada orang tua itu ialah ‘ apakah maksud ummi yang ada pada Rasulullah SAW itu sebenarnya?’. Pada awalnya dia tidak yakin dengan jawapan yang akan diberikan oleh orang tua itu, tetapi ustaz ini bertanya juga, orang tua itu tersenyum kemudian dia menjawab pertanyaan ustaz tadi...

“ Wahai anakku, UMMI itu sebenarnya berasal daripada perkataan Bahasa Arab lama yang membawa 2 maksud. Maksud yang pertama ialah INDUK dan maksud yang kedua ialah ORANG YANG TIDAK TAHU MENULIS DAN MEMBACA. Perkataan INDUK itu pula mendukung dua maksud juga iaitu yang pertama IBU dan maksud yang kedua ialah TEMPAT LETAKNYA SEGALA SESUATU. Sebenarnya ummi pada Nabi Muhammad SAW itu membawa maksud pengertian induk yang kedua iaitu ~ tempat letaknya segala sesuatu ~ dan bukannya orang yang tidak tahu menulis dan membaca.

Wahai anakku, anda pun tahu segala ilmu pengetahuan yang berada di dunia ini terdapat di dalam kitab Al-Quran dan Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk disebarkan kepada seluruh umat manusia. Ini bermaksud Rasulullah adalah tempat berkumpulnya segala ilmu pengetahuan. Perlukah orang yang telah mempunyai segala ilmu pengetahuan belajar menulis dan membaca, sedangkan menulis dan membaca hanyalah satu kaedah untuk mencari ilmu pengetahuan.

Rasulullah tidak perlu kepada menulis dan membaca kerana Allah SWT sendiri melalui malaikat Jibril telah mengajar Rasulullah tentang al-Quran, kitab yang mengandungi segala ilmu-ilmu dunia dan akhirat. Hanya orang biasa seperti kita yang patut tahu bagaimana hendak menulis dan membaca kerana hanya dengan cara itu kita dapat mencari ilmu. Jadi maksud ummi pada Rasulullah SAW yang anak cari selama ini bukanlah orang yang tidak tahu menulis dan membaca tetapi terdapat dalam maksud induk yang kedua iaitu “ TEMPAT LETAKNYA SEGALA ILMU PENGETAHUAN “. Nabi Muhammad SAW adalah seorang Rasul Yang bersifat Bijaksana. ”

Selepas mendengar jawapan daripada orang tua itu, ustaz itu memeluk orang tua itu dan menangis sedih kerana kejahilannya selama ini yang beranggapan bahawa ummi pada Rasulullah itu bermaksud orang yang tidak tahu menulis dan membaca, sedangkan maksud ummi yang sebenar yang ada pada diri Rasulullah itu adalah lebih tinggi maksudnya. Ustaz itu menyesal, bertaubat dan sangat gembira kerana apa yang dicarinya selama ini telah ditemui.

Melihatlah dengan pandangan mata hati… والله أعلم.

Hukum Menyambut Maulid Al-Rasul s.a.w.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Seperti yang telah diketahui, perayaan Maulidur Rasul ini merupakan satu perayaan yang kontroversi. Para ulama’ dulu dan kini berbeza pendapat tentang hukum kebolehan menyambut Maulidur Rasul ini. Pada kesempatan ini, akan dilampirkan hujjah kedua-dua belah pihak setakat mana yang mampu dikumpulkan. Melalui cara ini, kita dapat menilai sendiri yang manakah mempunyai hujah yang kuat. Dan insya Allah, kita akan berada di jalan yang benar.

HUJAH PENENTANG MAULIDUR RASUL

Berikut antara pendapat mereka yang menentang sambutan Maulidur Rasul bersertakan hujah-hujahnya:

1) Nabi Muhammad SAW tidak pernah merayakan atau menyuruh umatnya untuk merayakan hari kelahirannya. Nabi SAW telah menekankan agar jangan memperbesarkannya sepertimana orang Nasrani memperbesarkan Nabi Isa as. Ini dijelaskan di dalam hadis riwayat Bukhari: “Jangan memperbesarkan mengenai aku seperti Kaum Nasrani memperbesarkan mengenai anak Maryam. Aku hanyalah hamba, jadi katakanlah, ‘hamba Allah dan pesuruh Nya.”(Au kama qala al-Nabi)

Namun, terdapat athar pula yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW menyuruh agar umatnya menjadikan hari kelahirannya satu hari untuk beribadat, perkara tersebut difahami sebagai berbeza dengan perayaan. Bertepatanlah dengan hadis di bawah: Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: “Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.”

2) Terdapat hadis yang menegaskan hukum haram melakukan penambahan dalam ibadah yakni yang tidak dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Baginda SAW bersabda : “…Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu adalah sesat“ . [Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud]

3) Para sahabat Rasulullah SAW dan juga umat Islam pada tiga abad selepasnya juga tidak pernah merayakan Maulidur Rasul ini walaupun merekalah orang yang lebih mencintai Rasulullah saw berbanding umat Islam yang terkemudian. Hadis Imran bin Husain r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya yang terbaik dari kalangan kamu ialah sezaman denganku, kemudian orang yang hidup selepas zaman aku, setelah itu orang yang hidup selepas mereka.

Imran berkata: Aku tidak mengetahui kenapakah Rasulullah s.a.w menyebut selepas kurunnya, sebanyak dua atau tiga kali. Selepas itu datang satu kaum yang di minta memberi penyaksian tetapi tidak di beri penyaksian, yang berkhianat sehingga tidak boleh dipercayai, yang suka bernazar tetapi tidak melaksanakannya dan sukakan kemewahan.

Perayaan Maulid Nabi ini datang beberapa abad kemudian (selepas tiga kurun terbaik tersebut), yang mana ciri-ciri Agama Islam yang sebenar pada masa itu sudah hilang dan bid’ah (pertambahan dalam perkara ibadah) pula telah berleluasa.

4) Allah berfirman di dalam Al-Quran: Katakanlah, “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” Katakanlah, “Taatilah Allah dan Rasul-Nya; Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir”. (QS. 3:31-32)

Ayat-ayat al-Quran ini menerangkan cara menunjukkan kasih sayang yang sebenar yang patut dilakukan kepada Rasulullah saw. Ayat yang pertama di atas menjelaskan bahawa cinta itu hanyalah pengakuan, tetapi yang membuktikannya ialah; menuruti apa yang Rasulullah saw bawakan. Manakala ayat kedua menekankan kepentingan dalam menuruti kehendak Allah dan Rasul-Nya. Allah menyudahi ayat di atas dengan ancaman yang keras bahawa sesiapa yang tidak mahu mentaatinya adalah kafir dan Allah tidak mencintai orang-orang kafir.

5) Dalam al-Quran juga Allah telah menegaskan tentang perkara ibadah yang mana telah sempurna pada zaman Rasulullah SAW lagi. Umat terkemudian sepatutnya mengikuti segala pakej ibadah Baginda tanpa perlu kepada penambahan-penambahan. Firma Allah “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu” (QS. 5:3)

Firman Allah lagi “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (QS. 33:21)

6) Kata-kata sahabat Rasulullah saw:

Huzaufah Ibnu Al-Yamaan ra berkata : “Setiap ibadah yg tidak dilakukan oleh sahabat Rasulullah saw, maka janganlah melakukannya”
Dan berkata Ibnu Mas’ud :”Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu – perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)”

HUJAH MEMBOLEHKAN MAULIDUR RASUL

Antara ulama’ yang menyokong akan Maulidur Rasul ialah Imam Jalaluddin al-Suyuti, Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan dan lain-lain seperti berikut:

Imam Jalaluddin al-Suyuti berpendapat: “Ibadat macam itu adalah Hasanah (amalan baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia”.

Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan pula menyatakan: “Telah berlaku kebiasaan bahawa apabila orang mendengar kisah Nabi dilahirkan, maka ketika Nabi lahir itu mereka berdiri bersama-sama untuk meghormati dan membesarkan Nabi Muhammad saw. Berdiri itu adalah hal yang mustahsan (baik) kerana dasarnya ialah membesarkan Nabi Muhammad saw dan sesungguhnya hal serupa itu telah banyak dikerjakan oleh ulama-ulama ikutan umat”

Syeikh Atiah Saqr pula menambah: “Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk menyambut maulid al-Rasul. Apatah lagi di zaman ini pemuda pemudi Islam semakin lupa dengan agama dan kemuliannya. Perlu juga diingat sambutan tersebut janganlah dicemari oleh perkara-perkara haram dalam syariat. Seperti pergaulan antara lelaki dan wanita tanpa batas. Kita juga tidak sewajarnya menjadikan sambutan ini sebagai satu tradisi yang khusus, sehingga timbul dalam kefahaman masyarakat, jika sesuatu acara tidak dilangsungkan maka seseorang itu dikira telah berdosa dan melanggar syariat pula.”

Syeikh Yusuf Qardawi juga telah memberi komen mengenai maulid ini. Beliau berkata(ringkasan): “Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah saw tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah saw. Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah saw dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah saw itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. Sa’d bin Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan perihal mengenai Rasulullah saw kepada kanak-kanak sama sepertimana keghairahan mereka mendidik anak-anak itu tentang Al-Quran. Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah saw, maka tidak perlulah mereka merayakan sepertimana dirayakan Maulid ar-Rasul pada masa kini.

Walaubagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. Dengan itu, perayaan Maulid Rasul ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah saw masih hidup. Tetapi malangnya, Maulid Rasul ini telah bercampur dengan amalan yang ditentang oleh Islam.

Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam bawaan semula Baginda SAW. Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara melanggar syariat. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan sejarah kesucian, keagungan, pemerintahan Islam sebagaimana bawaan Rasulullah SAW”

Berikut pula adalah antara dalil-dalil yang menjadi hujah bagi yang membolehkan Maulid:
1) Allah berfirman: “maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung.” – Al-Araf: 157 Keterangan: Tujuan maulud diadakan adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad saw. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

2) Firman Allah: “Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah.”-Ibrahim. Ayat 5. Keterangan: Al-Baihaqi di dalam “Syakbu al-Iman” daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi saw, sesungguhnya baginda menafsirkan ‘hari-hari Allah’ ialah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma’ani menjelaskan lagi dengan katanya “kelahiran Nabi saw merupakan nikmat yang paling besar.”

3) Bahawasanya Nabi Muhammad saw datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: “Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?” Jawab mereka: “Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan.” Maka Nabi SAW berkata: “Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu.” – [Riwayat Bukhari dan Muslim.]

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Sharh al-Bukhari yang bernama Fath al-Bari berkata: dari hadis ini dapat dipetik hukum: – Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, mi’raj dan lain-lain. – Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas peristiwa hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak (kebenaran)

4) Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: “Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.” Keterangan: Rasul saw menegaskan kelebihan hari kelahirannya berbanding hari-hari lain. Oleh itu setiap mukmin sewajarnya berlumba-lumba beramal dan bersyukur dengan kelahiran baginda saw yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

Di Malaysia, hari kelahiran Nabi Muhammad SAW (Maulid al-Nabi) telah diisytiharkan sebagai cuti umum. Langkah ini adalah wajar bagi memberi ruang umat Islam di negara ini melakukan muhasabah yang membangkitkan lagi rindu, cinta untuk mengikuti segala yang dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW (syariat Islam).

Amat malang bagi mereka yang hanya menjadikan cuti umum tersebut semata-mata bagi mencukupkan (qada) tidur, bahkan teramat malang bagi mereka yang memenuhinya dengan pelbagai perkara maksiat, atau menganjurkan program pembuka maksiat iaitu dengan membuka ruang pecampuran (ikhtilat) antara muslim lelaki dan wanita.

Salam maulid al-Rasul SAW untuk semua khas dari IbnRajab Online. Semoga dengan ini akan bertambah kecintaan kita semua kepada Baginda SAW, akan bertambah jugalah keimanan kita terhadap apa yang dibawakan oleh Baginda sebagai rahmat sekalian alam, dan juga akan bertambahlah kesedaran kita semua untuk sama-sama memperjuangkan amanah Allah yang pernah dipikul oleh Baginda SAW.

Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak meninggalkan kita begitu sahaja tanpa tugasan, Baginda telah meninggalkan tugas yang telah memuliakan umatnya berbanding umat-umat terdahulu, iaitu ‘dakwah fi sabilillah’. Usaha dakwah (mengajak semua manusia ke arah memperbanyakkan yang makruf [baik, benar dan hak] dan meninggalkan yang mungkar [dosa, maksiat dan sesat] hendaklah dipikul bukan sahaja oleh ahli-ahli yang berkelayakkan sijil agama (ustaz, ustazah, imam, kadi, hakim syarie dll) tetapi ia adalah tanggungjawab setiap muslim lelaki dan muslimah wanita dalam kadar bidang tugas dan peranan masing-masing. والله أعلم

Friday, February 11, 2011

PANDANGAN 'ULAMA' TERHADAP MAULID AL-RASUL S.A.W.

Maulidur Rasul S.A.W.

Assalamualaikum Warahmatullah.

PENGENALAN

Sambutan memperingati Maulid (kelahiran) Nabi Muhammad S.A.W. bukanlah suatu perkara yang asing di dalam masyarakat kita. Tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun inilah umat Islam akan memenuhi ruang masjid ataupun kawasan-kawasan terpilih untuk menyambut Maulidul Rasul dengan diadakan pelbagai acara seperti: Membaca al-Quran dan berceramah mengenai sirah baginda S.A.W. ataupun beselawat serta berzanji dan pelbagai acara lagi dan pada akhirnya kadang-kala diadakan sedikit jamuan. Mimbar-mimbar Jumaat juga tidak terlepas dari berkhutbah dengan penuh bersemangat untuk menyatakan cintanya umat ini terhadap baginda S.A.W.

Jika kita lihat sirah baginda S.A.W. maka kita dapati bahawa Rasulullah S.A.W. tidak pernah merayakan ulangtahun hari kelahirannya secara khusus sepertimana yang kita lihat pada waktu ini. Namun baginda hanya berpuasa pada hari Isnin kerana baginda dilahirkan pada hari itu. Dan perkara ini berlarutan (tidak merayakan sambutan Maulidur Rasul) sehinggalah selepas 300 tahun baginda wafat.

Pelbagai kenyataan dan kajian telah dinyatakan (berlaku sedikit khilaf) mengenai tarikh sebenar dan siapakah yang mula-mula mengadakan sambutan Maulidur Rasul ini. Di antaranya dikatakan bahawa bermula sambutan Maulidur Rasul ini secara besar-besaran pada zaman Fatimiyah di Mesir di bawah penguasa Muiz Lidinillah (memerintah sekitar tahun 341 H hingga 365 H). Dan pendapat lain ada menyatakan bahawa Sultan Atabeq Nuruddin (meninggal pada 569 H) adalah penguasa yang pertama merayakan Maulidur Rasul. Sebahagian ahli sejarah pula menyatakan bahawa Sultan Salahuddin Al-Ayubi adalah tokoh yang pertama merayakan Maulidur Rasul ini (namun pendapat ini disangsikan oleh pelbagai pihak). Pendapat lain lagi mengaitkan Abu Said Kaukabri bin Zainuddin Aly bin Baktikin sebagai orang pertama merayakan Maulidur Rasul ini.

KEPUTRAAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

Adapun nasab keturunan baginda S.A.W. adalah: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf. Dikatakan bahawa nasab baginda S.A.W. ini sampai kepada Nabi Ismail A.S.

Nabi Muhammad S.A.W. lahir pada tahun Gajah iaitu tahun tentera Abrahah melanggar masuk untuk menyerang dan menawan kota Makkah. Namun percubaan untuk menawan Kaabah ini menemuni jalan kegagalan apabila Allah Taala mengantar sekumpulan burung Ababil untuk memusnahkan angkatan tentera Abrahah itu dalam sekelip mata sahaja. Mengikut pendapat yang paling hampir bahawa baginda S.A.W. telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun itu (terdapat juga beberapa pendapat lain lagi).

Baginda S.A.W. adalah seorang yatim ketika dilahirkan. Bapanya wafat ketika usia baginda S.A.W. dua bulan dalam kandungan ibunya. Setelah dilahirkan baginda S.A.W. dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib kemudian disusukan oleh Halimah binti Abi Zuwaib dari puak Bani Saad Bakri.

Kampung Bani Saad pada ketika itu mengalami kemarau yang teruk. Setelah sampai Nabi Muhammad S.A.W. untuk menyusu maka kampung tersebut berubah dari sebuah kampung yang tandus kepada sebuah kampung yang subur lagi menghijau. Di kampung ini jugalah baginda S.A.W. telah dibedah perut oleh malaikat ketika usia baginda lima tahun. Ini adalah di antara keberkatan dan mukjizat baginda S.A.W. yang telah dikurniakan oleh Allah Taala.

Ibu baginda S.A.W. telah wafat ketika usia baginda enam tahun. Ini menyebabkan baginda S.A.W. menjadi yatim piatu. Kemudian baginda dipelihara dan dididik pula oleh datuknya Abdul Mutalib sehingga usia baginda lapan tahun. Setelah datuknya meninggal dunia baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.

PANDANGAN ULAMA' TERHADAP MAULID

Pendapat Pertama:

Merayakan Maulidul Rasul adalah haram.

Pendapat Kedua:

Perayaan sambutan Maulidur Rasul adalah boleh.

ANTARA HUJJAH PENDAPAT YANG MEMBOLEHKAN

Di sini saya tidaklah bercadang untuk menyatakan kedua-dua hujjah (yang membolehkan dan yang mengharamkan) akan tetapi saya cuma mendatangkan hujjah dari pihak yang membenarkan sahaja. Ini kerana saya berpegang dengan pendapat yang mengatakan sambutan Maulidur Rasul adalah boleh selagimana tidak terdapat perkara-perkara mungkar di dalamya. Di sini saya bawakan beberapa hujjah yang menyokong kenyataan saya ini:

Pertama:

Al-Hadis bermaksud:

Diringankan Abu Lahab pada tiap-tiap hari Isnin dengan sebab dia membebaskan hambanya Thaubiyah kerana menggembirakannya dengan kelahiran al-Mustafa S.A.W.
(Riwayat al-Bukhari). (kitab Fathul Bari Syarah Sahih Bukhari karangan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani pada jilid 9 kitab al-Nikah muka surat 43 dan 48 ada menyatakan hadis seperti di atas.

Kitab Manhaj al-Salaf Fi Fahmi al-Nusus Bayan al-Nazariyyah Wa al-Tatbiq karangan al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki.

Namun kitab Mafahim Yajibu An Tusahhah karangan al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki juga ada menyatakan dan menerangkan perkara ini (status hadis ini) pada muka surat 255 dan 256.)

Kegembiraan seorang penentang Islam di atas kelahiran Rasulullah S.A.W. dapat meringankan siksanya di neraka pada setiap hari Isnin. Jika orang kafir yang di neraka juga diringankan siksanya kerana kegembiraan menyambut kelahiran baginda S.A.W. maka apatah lagi orang Islam yang bergembira dengan kelahiran Rasulullah S.A.W.

Kedua:

Rasulullah S.A.W. sendiri membesarkan hari kelahirannya serta mensyukuri segala nikmat pemberian Allah Taala ke atas baginda pada hari tersebut. Semua ini diperlihatkan oleh baginda melalui ibadat puasa sunat pada setiap hari Isnin.

Dari Abu Qatadah bermaksud:
Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab: Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku.
(Riwayat Muslim).

Ketiga:

Bergembira untuk Rasulullah S.A.W. adalah dituntut.

Firman Allah Taala bermaksud:

Katakanlah dengan kelebihan Allah dan rahmatNya maka demikian hendaklah mereka bergembira. (Surah Yunus: Ayat 58).


Allah Taala menyuruh kita supaya bergembira dengan rahmatNya maka Rasulullah S.A.W. adalah sebesar-besar rahmat.

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan tidaklah Kami utuskan kamu kecuali sebagai rahmat kepada sekalian alam. (Surah Al-Anbiya: Ayat 107).


Keempat:

Maulidur Rasul akan menganjurkan kita untuk sentiasa berselawat dan salam seperti mana yang dituntut kita lakukan.

Firman Allah Taala bermaksud:

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).


Kelima:

Sambutan maulid adalah satu amalan baik yang diterima ulama dan umat Islam di serata tempat. Ia dilakukan di setiap penjuru dunia dan ia tentulah dituntut berdasarkan kaedah yang telah diterima pakai dari sebuah hadis Ibnu Masud:

Apa yang dilihat umat Islam baik maka ia juga baik di sisi Allah dan apa yang dilihat umat Islam buruk maka ia juga buruk di sisi Allah. (Riwayat Ahmad).


ANTARA PENDAPAT ULAMA MENGENAI MAULID

Imam Jalaluddin Al-Sayuti (Lihat kitab: Husnul Maqsad Fi Amal Maulid).

Beliau ditanya tentang hukum perayaan Maulid pada bulan Rabiulawal: Apakah orang yang merayakannya mendapat pahala? Beliau menjawab: Perayaan Maulid pada hakikatnya ialah mengumpulkan kebanyakkan orang untuk membaca beberapa ayat al-Quran. Kemudian menjelaskan jalan-jalan dakwah sejak mula diutuskannya Rasulullah. Acara itu diisi dengan menghidangkan makanan sebelum para hadirin kembali ke tempat masing-masing. Dengan tidak berlebihan saya katakan bahawa amalan memberi makan kepada orang lain, yang bila dilakukan akan mendapat pahala. Mereka telah mengagungkan kedudukan Nabi S.A.W. dan menyatakan kesyukuran mereka di atas kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. sebagai penghulu umat.

Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah (Lihat kitab: Iqtidha as-Shirath al-Mustaqin).

Berkata Syeikh Islam Ibnu Taimiyah: Memuliakan Maulid dan merayakannya setiap tahun seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah Taala kerana niatnya baik dan memuliakan Rasulullah S.A.W.

Terdapat ramai lagi ulama yang turut membolehkan sambutan Maulidur Rasul ini antaranya seperti: Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, Al-Allamah Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, Syeikh Muhammad al-Khazraji, al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki, Syeikh Atiyah Saqar, Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi, Syeikh Prof. Dr. Ali Jumaah dan lain-lain lagi.

PERINGATAN PENTING

Kaedah Fiqhiyah menyatakan bermaksud:

Tidak boleh dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha. Hanya yang boleh dibantah ialah perkara mungkar yang disepakati oleh para ulama di atas pengharamannya.


(Sila lihat kitab al-Asybah Wa al-Nazair Fi Qawaid Wa Furu Fiqh al-Syafiiyah karangan Imam Jalaluddin Al-Sayuti).

Maksud kaedah ini (di atas) secara lebih jelas ialah kita tidak boleh menafikan, membantah, atau menuduh bidaah lagi sesat dan sebagainya kepada orang lain yang memilih salah satu pendapat dalam perkara agama yang berlaku perselisihan pendapat ulama padanya. Malangnya jika dilihat fenomena hari terdapat segelintir golongan yang menceburi lapangan dakwah Islamiah menyanggah kaedah ini. Mereka dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan perkataan yang kesat kepada orang yang berpegang dengan perkara khilafiyyah yang tidak sealiran dengan mereka dengan mengkafirkan, memfasiqkan dan membidaahkan golongan tersebut. Malah mereka hanya menyeru orang lain supaya memahami dan menerima pendapat mereka sahaja sedangkan mereka tidak melihat terlebih dahulu keadaan tempat dan suasana pada ketika itu. Inilah antara masalah terbesar yang menimbulkan banyak kesan negatif kepada umat Islam semenjak sekian lama.

PENUTUP

Suka saya mengambil kata-kata al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki seperti berikut:

Bahawa sesiapa yang hendak menolak perayaan ini atau perhimpunan mengingati Maulidur Rasul atau merayakan kelahirannya atau kehidupannya pada musim tertentu dengan alasan para salaf tidak pernah melakukannya maka alasan itu bukanlah satu dalil yang boleh diterima bahkan ia tidak berdalil langsung.


Di sini saya ingin menyeru kepada semua umat Islam agar sentiasa melihat kepada pandang ulama' sebelum mempertikaikan sesuatu amalan yang telah lama menjadi tradisi umat Islam supaya dapat kita mengelakkan dari berlaku pepecahan. Tidak boleh kita berpegang kepada satu pendapat ulama' sahaja dalam beramal sesuatu perkara tidak jelas mengenai hukumnya. Jika terdapat khilaf dalam sesuatu amalan itu, maka setiap kita berhak memilih hendak melakukkannya atau meninggalkannya. والله أعلم

Thursday, February 10, 2011

Rabiul Awal

Pengertian


Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.



Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal


Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1-Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

2.Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3.Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4.Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

5.Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6.Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
7.Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

8.Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

9.Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut

Friday, February 4, 2011

Dilarang Menyambut Hari Kekasih(Valentine's Day)

TAHUKAH ANDA APA SEBENARNYA HARI KEKASIH ITU ?

PASANGAN-PASANGAN KEKASIH MERPATI DUA SEJOLI AKAN MENYAMBUT HATI KEKASIH PADA SETIAP 14 FEBRUARI ...NAMUN TAHUKAH ANDA WAHAI SAUDARA DAN SAUDARI SEISLAM SEKALIAN SEJARAH DI SEBALIK PERAYAAN TERSEBUT???? RENUNGILAH SEJARAHNYA......SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEINSAFAN...AMIN..


Versi 1
Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.
Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.
Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).
Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.

Versi 2

St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

Versi 3

Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.
Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
Bayangkan kalau kita meraikan hari ini, sudah tentu ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu.

* kepada semua kekasih-kekasih yang berada di muka bumi ini, jauhilah dari menyambut HARI KEKASIH PADA SETIAP 14 FEBRUARI. JIKA ANDA SAYANGKAN ISLAM !!! KATAKAN T I D A A A K.....! PADA CARA HIDUP SELAIN ISLAM, SELAMATKAN AQIDAH UMAT ISLAM

Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:

ولا تقف ما ليس لك به علم إن السمع والبصر والفؤادكلّ أوْلئك كان عنه مسؤلا


“ Dan janganlah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)


Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”

Oleh itu suadara/riku seaqidah, mari bersama kita menjadi penyelamatkan aqidah umat Islam hari ini khususnya kepada remaja-remaja yang yang telah terjebak dengan perayaan yang jelas menghina dan mempersendakan agama Islam.