Thursday, May 20, 2010

RINGKASAN ILMU QIRAAT

ASAS MANHAJ IMAM-IMAM AL-QIRAAT

Al-Qiraat memberi maksud satu ilmu yang membincangkan tentang kalimah-kalimah al-Quran dan keadaan kalimah-kalimah tersebut seperti panjang dan sebagainya. Ilmu al-Qiraat diasas oleh Imam-Imam Qurra'. Terdapat juga pendapat yang mengatakan ianya diasakan oleh Abu Umar Hafs bin Umar Al-Duri. ILMU Qiraat merupakan semulia-mulia ilmu kerana mempunyai kaitan yang rapat dengan al-Quran dan hukul mempelajari ilmu al-Qiraat adalah fardhu kifayah. Proses pengajaran dan pembelajaran ilmu al-Qiraat ini mestilah diambil secara bertalaqqi dan musyafahah daripada seorang guru yang sanadnya sampai kepada Rasulullah s.a.w. kerana Al-Quran dan al-Qiraat merupakan sunnah Muttaba' ( yang diikuti ).

Terdapat dua toriq(jalan) yang menjadi panduan utama dalam disiplin ilmu al-Qiraat ini iaitu Toriq al-Syatibi( al-Qiraat Tujuh ) melalui matan حرز الأمانى ووجه التهانى dan Toriq al-Jazari( al-Qirrat sepuluh ) melalui matan طيبة النشر فى القرءات العشر . Toriq al-Syatibi dinamakan dengan الصغرى kerana periwayatan beliau terhadap turuq Qiraat adalah kecil dan sedikit, bermaksud ia tidak menyeluruh dan mendalam terhadap kesemua turuq Qiraat. Sementara toriq al-Jazari pula dinamakan dengan الكبرى kerana periwayatan beliau terhadap Turuq Qiraat adalah menyeluruh dan mencakupi semua Turuq, walaupun terdapat perbezaan diantara kedua-dua Toriq tersebut dari susur periwayatan Turuq masing-masing. Namun kedua-dua Toriq ini adalah betul dan sohih.(ruj: Abd. Jalal A.Manaf:DQ)

Di Malaysia khususnya,kaedah pembelajaran dan pengajaran ilmu tajwid lebih cenderung kepada Toriq al-Syatibi. Umat Islam di Malaysia membaca Qiraat حفص عن عاصم menggunakan Toriq al-Syatibi.

pembahagian Qiraat itu terbahagi kepad beberapa bahagian besar. Imam Ibnu al-Jazari mengkategorikan Qiraat itu kepada lima jenis :

1. Qiraat Mutawatir
Ia itu Qiraat yang diriwayatkan oleh satu kumpulan yang besar dan terselamat dari berlaku sebarang pendustaan, seperti Qiraat yang terdapat dalam Toriq al-Syatibi dan Toriq al-Jazari.

2. Qiraat Masyhur
iaitu Qiraat yang sah sanadnya tetapi tidak mencapai tahap mutawatir. Menepati kaedah Bahasa Arab dan membetuli salah satu Mushaf Uthmani, masyhur di kalangan Imam Qurra' tetapi berlawanan jalan riwayatnya dengan Imam Tujuh dan ada setengahnya tidak.

3. Qiraat Aahad

Iaitu Qiraat yang sah sanadnya tetapi menyalahi kaedah Bahasa Arab atau bacaannya tidak masyhur di kalangan Imam Qurra'.

4. Qiraat Syazah

Iaitu Qiraat yang tiada sanadnya.

5. Qiraat Maudhu'

Iaitu Qiraat yang yang direka-reka yang bukan diambil dari Rasulullah s.a.w.
Qiraat Aahad, Qiraat Syaazah dan Qiraat Maudhu' tidak boleh dibaca kerana ianya bukan dinamakan al-Quran walaupun sanadnya sahih seperti sanad Aahad, tetapi qiraat tersebut tidak terdapat dalam Rasm 'Uthmani.



ISTILAH-ISTILAH PENTING

1. الصلـة
( صلة هاء الكنية ( ضمير Ia itu memanjangkan Ha' Dhamir atau kata gantinama misalnya إنه . Jika sebelumnya berbaris hadapan, diwasalkan dengan huruf و . Jika sebelumnya berbaris dibawah diwasalkan dengan ي .

صلة ميم الجمع pula bermaksud memanjangkan mim Jama', contohnya عليهم/إليكم diwasalkan dengan huruf و seperti terjadi عليهمو/اليكموا .

2. إدغام الكبير
Memasukan huruf yang pertama berbaris kepada huruf yang kedua juga berbaris dengan syarat tertentu, contohnya الرحيم

3. القصر
Menbaca huruf mad dengan kadar 2 harkat sahaja Contoh: ءادم

4. التوسـط
Membaca huruf mad antara mad dan Qasar atau memanjangkan huruf mad dengan kadar 4 harkat sahaja.

5. الإشباع
Memanjangkan suara dengan kadar tidak kurang dari 6 harkat. Contohnya: السماء

6. تثليث البدل
Mad badal boleh dibaca dengan 3 wajah wajah bacaan iaitu dengan 2, 4, dan 6 harkat ( bagi riwayat warsy sahaja ).

7. التسهيل
Menyebut bunyi diantara bunyi huruf Hamzah dan huruf mad. Contoh: ءأنذرتهم

Ketika berbaris di atas : antara Hamzah dan Alif
Ketika berbaris di bawah : antara Hamzah dan Ya'
Ketika berbaris di hadapan : antara Hamzah dan Wau

8. الإبدال
Iaitu diibdalkan( diganti) huruf ء kepada huruf mad menurut harakah sebelumnya. Jika sebelumnya berbaris diatas, diibdalkan kepada huruf ا , jika sebelumnya berbaris di bawah, diibdalkan kepada ي dan jika sebelumnya berbaris di depan, diibdalkan kepada و. Contoh:
يؤمنون / يومنون

9. إسقاط
Mengugurkan. Istilah ini biasanya digunakan pada bab Hamzah, samada Hamzah itu terdiri dari dalam dua kalimah atau dalam satu kalimah. Contoh : أوجاء أحد dibaca أو جا أحد.

10. إدخال
Iaitu memasukan alif ( ا ) antara dua Hamzah yang berbaris di atas, contoh : ءأنذر تهم
dan diantara Hamzah berbaris di atas dan di bawah: أئـــذا

11. نقـل
Iaitu dipindahkan harkat Hamzah kepada huruf sebelumnya, contohnya: من ءامن

12. الفتحـة
Iaitu membunyi huruf diantara Fathah Syadid dan Taqlil.

13. إمالة
Dikenali juga dengan Imalah Kubra iaitu sesuatu bunyi yang terhampir sekali dengan kasrah, contohnya: مجر ــها

14. تقليل
Dikenali juga dengan nama Imalah Sughra iaitu bunyi diantara Fathah dan Imalah.

15. ترقيق
Menipiskan bunyi huruf ra'

16. تفخيم
Menebalkan huruf ra', contohnya: رسول الله

17. تغليــظ
Khusus untuk huruf Lam sahaja, menebalkan bunyi huruf Lam sebelumnya terdapat huruf isti'la', contoh: الصلـوة/أظلم

18. الســكـت/سـكـتة
Iaitu memutuskan suara pada huruf bertanda sukun tanpa menarik nafas yang baru.



Ringkasan Imam-Imam Qiraat Dan Perawi-Perawi

Imam Nafi'

Perawi:
1. Qalun
2. Warsy

Imam Ibn Kathir

Perawi:
1. Al-Bazi
2. Qunbul

Imam Abu 'Amru

Perawi:
1. Al-Duri
2. Al-Susi

Imam Ibn Amir

Perawi:
1. Hisyam
2. Ibn Zakwan

Imam 'Asim

Perawi:
1. Syu'bah
2. Hafs

Imam Hamzah

Perawi:
1. Khalaf
2. Kallad

Imam Al-Kisaie

Perawi:
1. Abu al-Harith
2. Al-Duri



Imam Qiraat 7

1. Imam Nafi' al-Madani

Beliau ialah Nafi' bin Abdul Rahman bin Abi Nuaim. Gelaran mashur beliau ' Abu Ruaim ', berasal dari Asbahani, dilahir pada sekitar tahun 70H. Wafat di Madinah pada tahun 169H. Mempunyai ramai murid. Dua orang daripada mereka menjadi perawinya yang terkenal iaitu: Qalun( meninggal pd tahun 220H ) dan Warsy( meninggal pd tahun 197H).

2. Imam Ibn Kathir al-Makki

Beliau ialah Abdullah bin Kathir al-Makki, Gelaran mashur beliau Abu Ma'bad. Beliau dilahirkan di Makkah pada tahun 45H. Tergolong dalam zaman tabiin dan pernah berjumpa Abdullah bin Zubair, Abu Ayub Al-Ansari dan Anas bin Malik. Meninggal dunia pd tahun 120H di Makkah. Mempunyai ramai murid. Dua orang daripadnya mereka menjadi perawinya yang terkenal iaitu al-Bazi( meninggal pd tahun 250H ) dan Qunbul( meninggal pd tahun 291H ).

3. Imam Abu 'Amru al-Bashri

Beliau adalah Zabban bin Al-Alaa' bin Ammar Al-Basri. Dilahirkan di Makkah pada tahun 70H dan meninggal Dunia diKufah pada tahun 145H. Mempunyai ramai murid, dua daripada mereka menjadi perawinya dan terkenal iaitu Al-Duri( meninggal dunia pd tahun 246 )dan al-Susi ( meninggal pd tahun 261H ).

4. Imam Ibn 'Amir al-Dimasyqi

Beliau adalah Abdullah Ibn Amir Al-Syami Al-Yahsobi. Seorang Qadhi di Damsyik dizaman Khilifah Al-Walid Ibnu Abdul Malik. Beliau merupakan seorang tabiin. Dilahirkan pada tahun 21H dan meninggal dunia di Damsyik pada hari ' Asyura ' pada tahun 118H. Mempunyai ramai murid, dua daripada mereka menjadi perawinya terkenal iaitu Hisyam( lahir pd tahun 153H dan meninggal dunia pd tahun 245H )dan Ibn Zakwan( lahir pd tahun 173H dan meninggal pd tahun 242H ).

5. Imam 'Asim al-Kufi

Beliau adalah 'Asim bin bin Abdullah (Abi al-Najud) binBahdalah al-Asadi dan digelar Abu Bakar. Beliau juga dari kalangan tabiin. Meninggal dunia pd tahun 127H. Mempunyai ramai murid, dua daripada mereka menjadi perawinya yang terkenal iaitu Syu'bah( lahir pd tahun 95H dan meninggal pd tahun 193H )dan Hafs( lahir pd tahun 90H dan meninggal dunia pd tahun 180H ).

6. Imam Hamzah

Beliau adalah Hamzah bin Habib bin Ummarah Al-Ziati. dan mendapat gelaran Abu Ummarah. Beliau juga seorang ahli perniagaan yang kuat beribadat dan warak. mempunyai ramai murid dua daripada mereka menjadi perawinya yang mashur iaitu Khalaf ( meninggal dunia pd tahun 229H )dan Khallad( meninggal dunia pd tahun 220H ).

7. Al-Kisa'i

Beliau adalah Abu al-Hassan Ali bin Hamzah dan pakar dalam ilmu nahu. Beliau mendapat gelaran Kisa'i kerana ketika melakukan ihram beliau mengenakan pakaian kebesaran ( kisa ). Dilahirkan pd tahun 119H dan meninggal dunia di Ranbawaih pada tahun 189H. mempunyai ramai murid, dua daripada mereka menjadi perawinya yang terkenal iaitu Abu al-Harith ( meninggal pd yg sama 240H) dan Al-Duri ( meninggal dunia pd tahun 246H ).


Rujukan;

- حرز الأمانى ووجه التهانى
- Al-Ustaz Abdul Jalal bin Abd Manaf , 2010. Khulasah Ringkasan Ilmu Qiraat, Darul Quran.
- Al-Ustaz Mohd Nazri, Manhaj Qiraat 'Asyara. 2010, Darul Quran
- Abu Mardhiyah. Tajwid Al-Quran Qiraat 'Aasyim, 2004, Perniagaan Normah.

Monday, May 17, 2010

Setiap Penghafaz Al-Quran Ada Ujiannya

Saudara/ri

Samada kita bersedia atau sebaliknya ianya tetap hadir sekali pun tidak diundang. Sirah perjalanan hidup Rasulullah s.a.w. yang ummiy, tidak mengenal apa itu buku, apa itu sebatang pena, tidak pernah diajarkan sepotong pun ayat al-Quran tiba-tiba diperintahkan menerima al-Quran secara hafazan, sudah pasti berat menerimanya. Tidak kurang juga para sahabat, tabe' tabittabii'en, para alim ulama' dan pencinta al-Quran terdahulu sentiasa berhadapan dengan perkara yang sama, begitu juga kita hari ini tidak dapat tidak, pastinya terpaksa berhadapan dengan hal yang sama, kerana untuk mendapat sesuatu yang mulia di sisi Allah dan makhlukNya itu, tidak semudah melafazkan kata-kata. Dalam hal ini Allah mengingatkan kita dalam firmannya:

سنتة الله فى الذين خلوا من قبل ولن تجدَ لسنة اللهِ تبديلاً

Ertinya: ...Yang demikian adalah menurut " sunah Allah " (peraturan Allah) yang berlaku kepada orang-orang terdahulu dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan " sunnah Allah itu. "

Dalam perjalanan membina diri dan masa depan seseorang penghafaz al-Quran terpaksa menghadapi segala bentuk ujian. Apa yang penting ialah kebijaksanaan dan cara menangani segala bentuk ujian yang datang. Seorang penghafaz al-Quran bukan sekadar satu dua ujian yang datang, setiap satu bentuk ujian yang datang boleh mendorong penghafaz al-Quran kearah hal-hal yang negetif. Jika tersilap pertimbangan dan tindakan yang diambil kebiasaannya seseorang penghafaz akan kecundang lebih awal sebelum tamat pengajian tahfiz. Seperkara penting yang perlu diingatkan disini ialah setiap pelajar tidak menjadikan segala ujian dan masalah yang dihadapi sebagai batu penghalang untuk mengecapi kejayaan.

Seseorang penghafaz al-Quran semestinya mempunyai tekad dan azam yang jitu apakala mereka telah menceburkan diri dibidang tahfiz. Pemilihan bidang yang mulia dan penuh cabaran ini seharusnya digarap dengan sikap kesungguhan, komitmen, keazaman serta rangsangan dalaman yang tercetus dari hati yang suci. Jika tidak segala usaha untuk menghafaz al-Quran akan sia-sia belaka. Ingatlah wahai anak-anak tahfiz, disebalik kesulitan, kepayahan dan keletihan menghafaz al-Quran pasti di sana ada kemulian sedang menunggu kita. Suatu kemulian yang tinggi, iaitu kemuliaan yang dianugerahi oleh Allah dan tidak semua manusia di dunia ini bakal memperolehinya, dengan syarat berjaya mengatasi semua ujian itu dan sentiasa merasakan kemanisan madu al-Quran yang sedang dihisap sekarang. Pepatah arab mengatakan;

" تريدون ادراك المعالى رخيصةً # فلا بدَّ دون الشّهد من أبرِ النّحلِ "

Kamu hendakkan sesuatu yang mahal(kemuliaan) dengan harga yang murah, sedangkan tidak dapat tidak untuk mendapatkan madu itu harus berhadapan dengan sengatan lebah.




1. Lupa Sifat semula Jadi

Sifat lupa adalah tabi'at semulajadi manusia, tidak dipanggil manusia kecuali kerana sifat nisyannya,penyair arab berkata:

وما سمى القلب قلبا إلا لتقلبه ما سمى إلإنسان انسانا إلا لنسيانه.

Ertinya: Tidak dinamakan hati ( قلب) kecuali kerana banyak berdolak dalihnya(تقلب ) tidak dinamakan manusia( الإنسن) kecuali kerana sifat nisyannya( نسيان )

Walaupun lupa itu merupakan sifat semula jadi manusia, namun terdapat faktor-faktor yang menyebabkan lupa itu terjadi, pada masalah menghafaz ini faktor-faktor terjadinya lupa seperti berikut:


1. Tidak mematuhi Disiplin menghafaz.

a. Tidak mengamalkan teknik menghafal yang betul.

b. Kurang memberikan penekanan awal menghafaz.

c. Tidakmelakukan pengulang yang banyak setiap kali menghafaz ayat yang baru.

d. Tidak mempunyai tahap ingatan yang kuat.


2. Tidak Megulang Hafazan Lama

a. Sebab malas

b. Sibuk dengan urusan yang tidak berkaitan.

c. Lebih memberikan tumpuan pada subjek-subjek yang lain.

d. Tidak cekap mengatur masa menghafaz dan mengulang.


3. Menambah Masalah(beban)

a Terlalu memberikan tumpuan pada aktiviti yang lain seperti aktiviti persatuan.

b. Terlibat mengajar al-Quran dirumah-rumah, (menggunakan masa menghafaz).

c. Terdapat juga pelajar yang bekerja sambilan, seperti di Super Market .


4. Melakukan Maksiat


a. Maksiat mata

b. Maksiat hati

c. Maksiat besar.

Imam Al-Syafie pernah mengadu pada gurunya:

" شوكتُ إلى وكيع سوء حفظى، فأر شدنى إلى ترك المعاصى فإن الحفظى فضلٌ من إله وفضلُ الله لا يعطى للعاصى "

Ertinya: Aku mengadu kepada guru ( Wake') buruknya(cepat lupa) hafazanku. Dia mesarankan kepadaku supaya meninggalkan segala maksiat, kerana menghafaz itu satu kelebihan dari Allah, maka keleihan(kemuliaan)itu tidak diberikan kepada pelaku maksiat.


5. Pengaruh Pesekitaran

Pelajar tahfiz perlu memberikan perhatian yang serius akan hal ini, kerana ia membawa kesan kepada prestasi hafazan. Sekiranya penempatan itu disatukan dengan pengajian yang selain pelajar tahfiz, maka pelajar tahfiz perlu bijak mengawal diri dan menjaga pergaulan. Ini kerana suasana pengajian tahfiz amat berlainan dengan suasana pengajian selain tahfiz. Mereka bukan sahaja perlu memberikan penumpuan penuh, keazaman dan komitmen kepada penghafazan dan pengulangan Al-Quran bahkan mereka juga perlu memberikan tumpuan kepada matapelajaran yang lain., sedang pengajian yang selain tahfiz kurang memberikan penekanan dibidang hafazan secara serius mereka sekadar menghafaz surah-surah tertentu sahaja.

Maka itu dibimbangi kedapatan pelajar tahfiz yang terbawa atau terikut budaya hidup selain budaya pengajian tahfiz. Pengajian Tahfiz amat mementingkan pengawalan masa yang sedia ada. Pelajar tahfiz perlu bijak menguruskan masa supaya proses penghafazan dan pengulang hafazan tidak terabai.


6. Peraturan keluar masuk asrama .

Perkara keluar masuk arama merupakan perkara yang perlu diberikan perhatian serius. Pelajar tahfiz tidak boleh membiasakan diri keluar asrama setiap hari. Bagi asrama yang telah menetapkan peraturan tertentu bukan bertujuan mengekang kebebasan keluar masuk pelajar, tetapi lebih kepada untuk menjaga kualiti dan kecemerlangan hafazan pelajar.

Namun kebimbangan yang dihadapi sekarang ini, khususnya para guru tasmi' adalah pelajar kurang bijak mengawal kebebasan keluar masuk mereka dari asrama. Kebebasan masa yang begitu panjang dibenar berada diluar asrama amat merumitkan para guru tasmi' pada hari ini. Kerana ia membawa kesan yang tidak baik kepada pelajar dan kualiti hafazan itu sendiri. Kedapatan beberapa pelajar tidak menghantar hafazan dan kurang menjaga kuliti hafazan. Maka sebab itu keluar masuk asrama harus berlaku pada hari-hari tertentu sahaja. Begitu juga kebenaran pulang kekampong pelajar harus bijak memilih hari-hari tertentu sahaja supaya kualiti hafazan mereka terpelihara.


7. Terdapatnya Ayat mengelirukan ingatan.

a. Ayat mutaqaribat.

b. Ayat mutasyabihat.

c. Ayat Mutamasilat.


Tiga kategori ayat-ayat di atas disebut juga ayat tashaboh, bentuk ayat ini hampir serupa tetapi tidak sama. Terdapat juga ayat yang sama dari awal hingga akhir ayat. Bagi pelajar-pelajar yang sedang menghafaz mereka perlu rajin membuat semakan atau pencarian terhadap bentuk bentuk ayat yang mengelirukan tadi. Ini bertujuan memantapkan lagi hafazan dan dapat mengelakan diri dari tersalah sambung ayat atau termasuk ke dalam ayat atau surah yang lain.

Diantara bentuk ayat yang mengelirukan itu:

1. Sama dipermulaan ayat tetapi tidak sama dipenghujungnya.

2. Tidak sama dipermula ayat tetapi sama di penghujungnya.

3. Sama dari permula ayat hingga ke penghujungnya.

Contoh: Ayat 35 surah Al-Baqarah dan Ayat 19 surah Al-'Araf

Ayat 48 surah Al-Baqarah dan Ayat 123 surah Ali-Imran.

Ayat 49 surah Al-Baqarah dan Ayat 141 surah Al-'Araf.



Kunci Menghafaz Al-Quran

Saudara/ri, pelajar-pelajar sekelian,

Kita sering mendengar bahkan menghadapi sendiri masalah lupa dalam proses mengingat apa yang telah dihafaz, jika dikira waktu yang digunakan untuk menghafaz pastinya setiap kita mengatakan 2 -3 jam atau lebih untuk menghafaz 1 halaman lembaran al-Quran. Pastinya letih kerana sepanjang masa itu kita duduk bersendirian ditempat yang sesuai semata-mata untuk menghafaz dan memelihara ayat-ayat suci al-Quran di minda kita.

Sebagai insan biasa kita tidak dapat lari dari sifat lupa, sebagaimana kata penyair arab:


وما سمى القلب قلبا إلا لتقلبه ما سمى الإنسان انسانا إلا لنسيانه

Ertinya: Tidak dinamakan hati( qolbun) kecuali kerana banyak berdolak dalih(taqollab) tidak
dinamakan manusia(insan) kecuali kerana sifat nisyannya(lupa).

Untuk itu saudara/ri, pelajar-pelajar sekelian,

Rasulullah s.a.w. telah memberikan satu amalan kepada menantunya Saidina Ali r.a. apabila Saidina Ali r.a. datang bertemu dengannya, lalu mengadu hafazannya mudah hilang(lupa). Lalu Raulullah s.a.w. mensarankan kepada saidina Ali r.a. supaya melakukan solat sunat menguatkan hafazan. Kaifiyatnya seperti berikut:


1. Lakukan solat sunat 4 rakaat.

2. Lakukan 3, 5 atau 7 malam Jumaat berturut-turut.

3. Solat tersebut mesti disaksikan oleh seoarang teman.

4. Solat sunat dilakukan selepas jam10 keatas, jam 12.00 tegah malam lebih baik.

5. Surah yang perlu dibaca pada setiap rakaat ialah:

- Rakaat pertama selepas al-Fatihah baca suran Yasin.
- Rakaat kedua selepas al-Fatihah baca surah Al-Sajadah.
- Rakaat ketiga selepas al-Fatihah baca surah Al-Dukhan.
- Rakaat keempat selepas al-Fatihah baca surah al-Mulk.

Oleh itu tidak dapat tidak kita perlu menghafaz 4 surah tersebut terlebih dahulu, sebelum melakukan solat sunat tersebut. Amalan ini telah dilakukan oleh ramai penghafaz-penghafaz al-Quran di Madrasah Tahfiz di negara kita ini dan ia nyata memberikan kesan yang memuaskan.


- Do'a ini dibaca selepas solat sunat :

اللَّهُمَّ ارْحَمْنِىْ بِتَرْكِ الْمَعَاصِى أَبَدًا مَا أَبْقَيْتَـنِىْ، وَارْزُقْـنِىْ حُسْنَ النَّظَرِ فِيْمَا يُرْضِيْكَ عَنِّىْ، اللَّهُمَّ بَدِيْعَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ يَا ذَا الْجَلالِ وَالإِكْرَامْ وَالْعِزَّةِ الَّتِىْ لا تُرَامِ، اَسْأَلُكَ يَا اَللهُ يَا رَحْمـنُ، بِجَلالِكَ وَنُوْرِ وَجْهِكَ، أَنْ تُلْزِمَا قَلْبِىْ حِفْظَ كِتَابَكَ كَمَا عَلَّمْتَـَنِىْ، وَارْزُقْنِىْ تِلاوَتَهُ عَلَى النَّحْوِ الَّذِىْ يُرْضِيْكَ عَنِّىْ، اللَّهُمَّ بَدِيْعَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ يَا ذَالْجَلالِ وَالإِكْرَامِ وَالْعِزَّةِ الَّتِىْ لاتُرَامِ، اَسْأَلُكَ يَا اَللهُ يَا رَحْمنُ، بِجَلالِكَ وَنُوْرِ وَجْهِكَ أَنْ تُنَوِّرَ بِكِتَابَكَ بَصَرِىْ، وَأَنْ تُطْلِقَ بِهِ سِنَتِىْ وَاَنْ تُفَرِّجَ بِهِ عَنْ قَلْبِىْ، وَاَنْ تَشْرَحَ بِهِ َصدْرِىْ، وَاَنْ تُعْمِلَ بِهِ بَدَنِىْ، فَإِنَّهُ لا يُعِيْـنُنِىْ عَلَى الْحَقِّ غَيْرُكَ وَلا يُؤْتِيْهِ إِلا اَنْتَ، وَلاحَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِاللهِ الْعَلِىِ العَظِبْمِ، وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم:
Ertinya:

“ Ya Allah Ya Tuhan ku, Kasihanilah kami, agar dapat kami meninggalkan maksiat selama hidup ku dan bebaskan kami dari segala beban yang kami tidak sanggup menanggungnya. Berilah kami sebaik-baik fikiran sebagaimana yang telah engkau meredhainya. Ya Allah Ya Tuhan ku, Engkau pencipta langit dan bumi, yang mempunyai keagunggan, kemuliaan dan ketinggian yang tidak akan binasa. Aku mohon kepada Mu, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah dengan keagungan cahaya Mu agar engkau mengekalkan hafazan kitab Mu di dalam hati ku sebagaimana yang telah Engkau ajarkan dan Engkau fahamkan. Anugerahkanlah kepada ku agar aku dapat membacanya di jalan yang diredhai oleh engkau kepada ku.

Ya Allah, Tuhan yang mencipta langit dan bumi, Tuhan yang mempunyai keagungan, kemuliaan dan ketinggian yang tidak binasa, Aku memohon kepada mu Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih, dengan keagungan cahaya Mu, agar Engkau sinari pandangan kami dengan kitab Mu dan agar engkau lancarkan lisan kami, dan mengembirakan hati kami dengannya. Sesungguhnya tidak ada yang dapat membimbing kami kepada kebenaran melainkan Engkau Dan tidak ada yang dapat mendatangkanya kecuali Engkau. Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah.

Sunday, May 16, 2010

Amalan Dari Tok Guru

Guru saya pernah memberi kami satu amalan yang baik dilakukan sebelum memulakan sesuatu hafazan, amalan itu dilakuan selepas azan waktu subuh, ia seperti berikut:

1. Solat sunat qobliah subuh.

2. Selepas itu beristighfar 3 kali, berselawat 3 Kali dan baca surah al-Fatihah 1 kali.

3. Kemudian baca surah Al-'Ala( الأعلى ) , tiba pada ayat " سنقرئك فلا تنسى " diulang sebanyak 7
kali. sambil meletakkan ibu jari kanan di ulu hati dan memohon kehadrat Ilahi, dimudahkan dan
ditetapkan hafazan.

4. Kemudian membaca do'a berikut:

اللهمّ نوّر بكتابك بصرى واشرح به صدرى واستعمل به بدنى واسرع به فهمى وأطلق به لسانى وقوّبه جنانى وقوّبه عزمى بحولك وقوّتك فإنه لا حول ولا قوة إلا بالله العلىّ العظيم

Ertinya: Ya Allah sinarilah mataku dengan kitabMU, lapangkan dengannya dadaku, beramal dengannya tubuhku, kuatkanlah dengannya hatiku, segerakalah dengannya fahamanku, dan kuatkanlah cita-citaku dengan daya upaya dan kekuatanMU, kerana sesungguhnya tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Engkau Ya Allah, Yang Maha Tinggi , Yang Maha Agong..



Do'a ini dibaca selepas menghafaz:

للهم إنى أستودعك ما علمتنى فاردده إلىّ وقت حاجتى إليه فلا تنسيهِ وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين


Ertinya : Ya Allah sesungguhnya aku pertaruhkan kepadaMu apa yang engkau ajarkan kepada
ku, maka kembalikan kepadaku ketika aku memerlukannya, janganlah lupa aku kepada
nya, selawat dan salam keatas junjungan nabi Muhamad s.a.w dan keluarganya serta
para sahabat keseluruhannya.








Panduan Menghafaz

Tempat atau lokasi semasa menghafaz al-Quran sangat penting, kerana ia memainkan peranan samada cepat atau lambat atau gagal seseorang itu menguasai hafazan baru, di antara lokasi yang sesuai:

1. Masjid

2. Surau.

3. Musollah

4. Dewan.

5. Bilik tutorial.

6. Dibawah pohon rendang.





Amalan Yang Boleh Menbantu Hafazan:

1. Solat sunat taubat.

2. Solat sunat hajat

3. Solat sunat tahajjud.

4. Solat sunat tasbih.

5. Solat sunat taqwiyatul hifzi.

6. Amalan khusus tok guru.

7. Puasa sunat.




Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Hafazan


Waktu sesuai menghafaz


Waktu sesuai mengulang

1. Selepas solat fardhu maghrib.

2. Selepas solat fardhu Isya'

3. Sepertiga malam(3.00pagi)

4. Selepas solat fardhu subuh.

5. Sepanjang waktu dhuha.



1. Sepanjang waktu dhuha.

2. Selepas solat fadhu zohor.

3. Selepas solat fardhu asar.

4. Jika telah khatam 30 juzuk semua waktu

menghafaz dan mengulang sesuai.

Syarat Seorang Shaykh Tarekat

Institusi tarekat memberikan kedudukan dan taraf yang begitu penting kepada golongan shaykh, sehingga mereka sewajibnya diikuti oleh kalangan ummah yang mahu kejayaan dalam kehidupan kerohanian mereka, maka kita dapati kalangan sufi mengenakan kriteria-kriteria yang cukupt ketat yang perlu ada pada diri seseorang sebelum bergelar shaykh, untuk membimbing para murid. Dalam tulisan-tulisan mereka, para sufi meletakan pelbagai kemestian atau syarat wajib yang mesti ada pada sahsiah seseorang shaykh. Dalam hubung ini runusan syarat-syarat shaykh yang dicatatkan oleh Shah Wali Allah al-Dihlawi dalam tulisan beliau Qawl al-Jamil fi bayan sawa'al-Sabil dan tentunya boleh pula diadun dan ditambah dengan syarat yang dicatatkan oleh imam al-Ghazali dalam Khulasat al-Tasanif fi al-Tasawuf serta catatan yang dibuat oleh al-Shaykh Muhamad min al-Kurdi dalam kitab Tanwir al-Qulub fi Mu'amalah "Allam al-Ghuyub, adalah cukup menarik diberikan perhatian. Syarat-syarat shaykh berkenaan, antara lain adalah seperti berikut:

1. Mempunyai ilmu pengetahuan, iaitu alim- khususnya tentang isi kandungan al-Quran dan al-Sunnah serta ilmu fiqh dan ilmu akidah, sehingga dengan itu shaykh akan dapat menyelesaikan permasalahan murid.

2. Mempunyai bakat dan ketokohan dari segi pemimpin.

3. Hendaklah shaykh benar-benar arif tentang berbagai sifat kesempurnaan hati, adab sopannya, berbagai kerosakan dan penyakitnya serta juga bagaimana cara untuk memelihara dan mengseimbangkannya.

4. Mempunyai sifat adil dan taqwa.

5. Mestilah mempunyai sifat zuhud dari kemewahan dunia dan sangat cinta pula kepada kehidupan akhirat.

6. Hendaklah dia memiliki sifat sentiasa suka menyuruh dan mengajak kepada makruf dan mencegah perkara mungkar; sangat tegas dengan fikirannya, mempunyai pendapat dan pandangan sendiri dan tidak mudah terikut-ikut, tidak menyeleweng, mempunyai marwah dan kekuatan akal yang sempurna.

7. Dalam sejarah kerohanian, seorang shaykh seharusnya telah pernah bergaul, bersahabat dan berguru dengan shaykh-shaykh kerohanian dalam satu tempoh yang agak panjang.

Oleh itu, seseorang shaykh mesti seorang muslim yang memiliki pengalaman kerohanianyang luas serta kehebatan personaliti dan keluasan ilmu yang terhasil dari acuan dan adunan kefahaman yang mendalam mengenai syari'at Islam secara sepadu. Dan selaras dengan hal inilah kita dapati al-Qashani dalam Istilahat al-Sufiyyah menjelaskan:

" Shaykh itu merupakan seorang insan yang sempurna dalam pelbagai ilmu syari'at, tarekat dan hakikat: iaitu merupakan seorang yang sampai ke tahap kukuh sempurna dalam ilmu-ilmu berkenaan. Ini ialah kerana seseorang shaykh itu memiliki ilmu mengenai perkara-perkara yang boleh membinasakan al-nufus, mengenali pelbagai penyakit serta jenis penyakit al-nufus. Ia juga mengenali secara tepat ubat untuk penyakit al-nufus, dan berupaya pula menyembuhkan penyakit al-nufus serta boleh melaksanakan tugas menunjuk ajar al-nufus, sekiranya al-nufus tersebut disedia dan diselaraskan untuk menerima tunjuk ajar berkenaan. "

Hanya dengan wujudnya kriteria-kriteria yang antara lain-lain kita catatkan disini sahaja seseorang shaykh itu akan dapat berperanan dengan baikuntuk membimbing dan menangani persoalan-persoalan yang berkaitan dengan seseorang murid yang berada di bawah bimbingannya. Sebagai contoh: renungkan dengan teliti betapa perlunya seorang shaykh memiliki pengetahuan yang jelas mengenai isi kandungan al-Quran dan al-Sunnah bilamana ia berhadapan dengan persoalan-persoalan sebagaimana dicatatkan oleh tokoh-tokoh sufi tersohor seperti berikut:

Al-Shaykh Abu Hassan al-Shadhili berpesan:

" Apabila Kashf engkau(yang engkau perolehi)bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah, maka hendaklah engkau berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah dan tinggalkan kashf tersebut. Dan katakan kepada diri engkau: Sesungguhnya Allah telah menjaminkan kepadaku kemaksuman kandungan al-Quran dan al-Sunnah, tetapi tidak begitu halnya dengan kandungan al-kashf, ilham dan al-mushahadah, melainkan setelah(semua itu) dipadankan dengan (semangat kandungan) al-Quran dan al-Sunnah(lalu didapati tidak bertentangan dengan semangat isi kandungan kedua-dua sumber berautoriti tersebut) " -- Sahl b Abd Allah al-Tustari menjelaskan": Setiap pengalaman wajd yang tidak dipersaksikan(kebenarannya) oleh al-Quran dan al-Sunnah adalah terbatal "

Sesungguhnya pengalaman-pengalaman seumpama al-kashf,al-ilham, al-wajd dan al-mushahadah merupakan di antara mereka yang kerap mendatangi diri kalangan orang yang terlibat dalam kehidupan bertasawuf. Persoalannya di sini ialah bagaimanakah seseorang shaykh yang mengalami secara peribadi pengalaman-pengalaman seumpama di atas, atau yang perlu menyelesaikan masalah yang diadukan oleh para muridnya yang mengalami masalah tersebut, dapat membuat padanan dan seterusnya membuat kesimpulan samada roh isi kandungan al-Quran dan al-Sunnah bertentangan atau sebaliknya dengan isi kandungan pengalaman peribadinya atau pengalaman para muridnya, seandai shaykh itu sendiri tidak memiliki pengetahuan yang mencukupi berhubung dengan roh kandungan al-Quran dan al-Sunnah. Jelaslah bahawa seseorang shaykh itu sewajibnya memiliki pengetahuan yang mencukupi berhubung dengan isi kandung al-Quran dan al-Sunnah. Kalau tidak demikian, maka shaykh dan para muridnya akan terdedah luas ke lembah penyelewengan.












Blog Komunikasi Dakwah IslamiyahTercanggih

Apa itu blog?

Blog adalah sejenis laman sesawang yang ditambah dengan empat ciri asas iaitu catatan berasas kepada kronologi, meletakkan link-link dengan laman yang lain, mengadakan ruang carian arkib dan memberi ruang kepada pembaca untuk memberikan komentar peribadi. Ciri-ciri ini menjadikannya sebagai sebuah laman sesawang yang unik berbanding dengan laman sesawang tradisonal atau aplikasi internet yang lain.(Hourihan,2002;Gill,2004)

Blog pertama didakwa telah dibangunkan oleh Tim Beners-Lee pada1991(Winer,2002), walaupun format yang wujud pada hari ini dipercayaai bermulapada 1996 dan istilah weblog digunakan pada 1997 oleh Barger(1997) dan akhirnya ditukarkan kepada blog oleh Merholz pada1999(Merholz,2002). Menurut Herring et all(2004:1) sejak pertengahan 1999, aktivitiblog telah tersebar dengan meluas sekali apabila www.blogger.com telah menyediakan perkhidmatan hosting secara percuma dan juga oleh host yang lain seperti www.xanga.com, dan www.livejournal.com. Oleh kerana ia memiliki design satu muka surat sahaja, ia sangat mudah untuk dikemaskinikan dan berkembang dengan pesat sekali. Tambahan pula, membangunkannya tidaklah sesusah membangunkan laman sesawang tradisional kerana pengguna boleh memilih template yang disediakan oleh pihak host setelah mendaftar dan terus boleh menerbitkannya.

Sejak awal dibangun, ia telah direka bentuk dengan reka bentuk penulisan secara kronologi yang memberi ruang kepada pengguna untuk mencatat diari kehidupan seharian. Ia juga dibangunkan untuk membolehkan pengguna memberikan sebarang komentar. Justeru itu, sebuah blog yang baik tidak sekadar membuat coretan dan catatan satu hala sahaja, tetapi ia perlu menarik minat pembaca dengan mengarap isu-isu yang sesuai dengan minat mereka dan seterusnya mendapatkan komen mereka. Wijnia(2006)telah menegaskan bahawa weblog adalah sejenis laman sesawang yang dibangunkan dengan tujuan memulakan perbualan. Oleh sebab itu, ia merupakan salah satu daripada bentuk komunikasi menerusi komputer atau CMC( computer mediated communication) yang membenarkan pengguna menyingkatkan masa dan ruang untuk membangunkan hubungan interpersonal melalui komunikasi yang synchronous dan asynchronous(Barnes, 2003:36)

Wiliam dan Jacob (2004) dalam kajiannya menyenaraikan beberapa kelebihan yang terdapat pada blog yang telah menarik selera pengguna iaitu: Komen dan penyebaran maklumat, menjana ilmu, interaktiviti, aktiviti bersama dan versetail. Semua kelebihan ini telah melonjakkan peranan blog dan dan dilihat berpotensi untuk dijadikan sebagai mediuk pembelajaran dan pengajaran di institut pengajian tinggi. Oleh sebab itu syarikat-syarikat kormesial seperti Dell, Sun Microsystem, Microsoft dan Micromedia telah mula menggunakan blog untuk mendekatkan diri mereka dengan pelanggan(Colin&Park, 2004; Tiffany,2003) Tegasnya, faktor yang mendorong bidang pendidikan dan perniagaan menggunakan blog ialah keberkesanannya dalam berintraksi. Justeru, kekuatan yang terdapatdalam media perlu juga diambil perhatian dalam bidang agama kerana berinteraksi dengan manusia merupakan suatu tuntutan dalam agama Islam :

" Wahai manusia, sesungguhnya kami telah mencipta kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku-puak supaya kamu berkenal-kenalan(beramah mesra) sesunguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantara kamu(bukan kelebihan bangsa) sesungguhnya Allah amat mengetahui lagi amat mendalam pengetahuannya. "

Nardi et all, (2004) dalam kajiannya kepada bolgger di dalam dan di sekitar Stanford Universiti, California mendapati terdapat lima sebab sesuatu bolg itu di bangunkan iaitu sebagai dokumetasi kepada kehidupan penulis, ruang komentar, ruang meluahkan perasaan, ruang perbicaraan sesuatu isu atau perkara dan juga sebagai forum komuniti.


Faedah blog Kepada Islam

1. Pengembangan Hukum

Blog mempunyai potensi yang besar dalam pengembangan hukum Islam berdasarkan kepada jumlah pengguna yang meninggkat secara mendadak dan keupayaannya membentuk ruang perbincangan secara langsung di kalangan pengguna internet. Sasaran pembaca blog yang sangat luas ini membolehkannya menjadi wadah perbincangan yang terbuka. Ruang perbincangan ini akan menghidupkan perbincangan ilmu kerana mmaklumat yang diperolehi tidak sekadar untuk disimpan bahkan diteliti dan dikembangkan. Mungkin tidak semua maklumat yang diperolehi benar dan senang difahami tetapi dengan adanya perbincangan dan persoalan ia dapat difahami dan dikuasai. Bagi idea-idea baru pula ia dapat diwacanakan dengan lebih luas dan mendapat respon dan kometar yang lebih meluas dan akhirnya ia dapat dikembangkan lagi.

Pembangunan blog boleh dilakukan oleh badan-badan berautoriti seperti institusi fatwa,institut kajian dan penyelidikan Islam dan Jabatan Agama Islam; yang memberikan penumpuan kepada pembangunan hukum Islam berkaitan dengan isu-isu semasa. Ia patut membenarkan akses secara terbuka kepada mana-mana pengguna terutamanya untuk membahaskan dalil daripada semua aliran mazhab di dalam Islam selain ditambah dengan infut semasa yang mungkin hanya diketahui oleh mereka yang berada di dalam bidang tertentu seperti kedoktoran, pemakanan dan kesihatan. Perbincangan yang di moderatorkan ini mampu untuk membentuk perbincangan yang sihat kearah pembangunan hukum Islam yang mengambilkira sosiobudaya Malaysia. Terdapat banyak sekali permasalahan semasa yang berkaitan agama timbul dewasa ini yang perlu segera dijawap dan sebahagiannya telah diputuskan hukumnya sebelum ini,. Namun begitu ia perlu disemak kembali lantaran perbezaan situasi dan zaman. Manakala sebahagiannya pula perlu kepada ijtihad dan fatwa yang baru.

Dengan adanya blog ianya memberi ruang yang lebih terbuka serta terkawal kepada pengguna, ia dapat mencambahkan idea dan membantu membuat sesuatu keputusan yang meraikan semua pihak dan situasi. Justeru, pihak berkenaan dapat menyediakan output perbincangan maya untuk dikemukakan kepada pihak berwajib bagi membantu mempercepatkan proses pengeluaran hukum dan fatwa. Akibat daripada kelewatan membuat keputusan terhadap sesuatu isu, orang ramai membuat spekulasi dan merujuk kepada pihak yang tidak berautoriti, lalu mengakibatkan kecelaruan di dalam masyarakat. Di Malaysia, dewasa ini telah memiliki e-fatwa yang dibangunkan oleh JAKIM tetapi hanya dapat diakseskan oleh mereka yang tertentu sahaja di kalangan pegawai yang terbabit.

Kini terbuka kepada semua individu atau badan persendirian yang terdiri dari berbagai aliran mazhab dan pemikiran boleh membangunkan blog yang menumpukan kepada pembangunan syi'ar Islam. Perbincangan yang terbuka dan persaingan yang sihat mampu untuk membawa kepada pembangunan hukum Islam. Walau bagaimana pun, perbincangan ini perlu mendapat kawalan daripada badan agama yang berautoriti dan membuat rumusan dan kesimpulan berdasarkan kepada kepentingan semua pihak di dalam negara. Selain itu, badan berautoriti juga perlu menyediakan ruang ini selain disediakan oleh badan persendirian. Ketinggalan badan berautoriti bersaing dengan badan persendirian ini menyebabkan para netters lebih cenderong untuk mendekati badan persendirian yang dilihat lebih kehadapan dan sedikit demi sedikit autoriti dan kredibiliti badan berautoriti rasmi akan terhakis dan akan meninggalkan fenomena beragama yang kurang sihat.

2. Pengukuhan Hubungan Organisasi Agama Dengan Masyarakat

Sedar atau tidak blog telah mengakrabkan lagi hubungan diantara organisasi agama atau badan persendirian dengan masyarakat, ini menandakan suatu kejayaan sesebuah organisasi sosial. Melalui kontek hubung ini masing-masing boleh berkomunikasi diantara satu sama lain yang akhirnya dapat membentuk hubungan yang erat. Sekali pun ia bukan berbentuk dialog secara lunsung, sekurang-kurangnya ia dapat membentuk hubungan komunikasi dua hala samada sekejap atau lama. Seltzer dan Mitrook (2007) dalam kajiannya menyebut bahawa dailog yang yang terdapat di dalam blog meletakanya sebagai berpotensi yang besar untuk membina hubungan yang rapat antara organisasi dan pengguna lantaran prinsip give & take mendorong kepada komunikasi berkesan.

Penggunaan blog bukan suatu yang asing di kalangan organisasi, termasuklah organisasi agama juga mempunyai laman sesawang bagi tujuan menampilkan diri, menyampaikan muklamat dan memberikan khidmat. Mungkin tidak cukup bagi organisasi yang inginkan hubungan yang rapat dengan sasaranya kerana mereka juga perlu mendapat maklum balas dan komentar terhadap bahan dan maklumat yang disiarkan. Semua komentar yang diberi perlu dilihat secara positif kearah penambaikan organisasi agama dan pengguna pula merasakan pandangan mereka telah dihargai apabila komentar dan cadangan mereka diterima. Sekalipun komentar boleh dilakukan dengan berjumpa sendiri, atau membuat panggilan telefon, atau emel tetapi melalui blog segala komentar dapat dilihat oleh pengguna lain dan mereka mungkin boleh menambah dan dapat menghasilkan rumusan yang lebih baik. Kekerapan komunikasi yang berlaku menandakan hubungan bertambah rapat.


3. Mengukuhkan Hubungan Tokoh Agama Dengan Masyarakat.

Ruangan Maya merupakan ruangan baru kepada tokoh agama untuk mendekati masyarakat. Kebelakang ini ramai tokoh agama telah membina blog mereka sendiri dengan tujuan dakwah. Namun begitu kesibukan dan kekangan masa sering menghadkan usaha dan sumbangan mereka bagi membantu menyelesaikan masalah masyarakat dan menangani isu-isu semasa.

Masyarakat kelas pertengahan dan kelompok pelajar dikenalpasti sebagai kelompok yang kerap menggunakan internet dan kelompok inilah yang perlu didekati olej tokoh agama melalui ICT. Kemudahan akses internet samada di pejabat atau di rumah membolehkan mereka berpartisipasi dalam komuniti maya . Kekuatan blog ialahmenyediakan ruang komenter dan pandangan yang mungkin dalam bentuk cadangan sokongan, bantahan dan sebagainya. Inilah kekuatan yang terdapat dalam blog yang membenarkan ruang komentar yang boleh meneguhkan hubungan diantara tokoh agama dengan masyarakat. Melalui hubungan ini dapat mengakrabkan lagi masyarakat dengan tokoh agama, sekalipun hubungan ini tidak formal.

Friday, May 14, 2010

Institusi Tarekat(طريقة) Dalam Ilmu Tasawuf(تصوف)

Pendahuluan.

Dalam konteks masyarakat Muslim Malaysia istilah tarekat tasawuf bukanlah sesuatu yang asing; ia digunakan dan terungkap dalam berbagai istilah, disamping itu ia juga ditemui dalam pelbagai jenama, sebagai sesuatu yang diamalkan oleh sebahagian masyarakat kita. Diantara jenama-jenama terekat yang diamalkan dinegara kita, sebagaimana terdapat di dalam catatan syed Naguib al-Attas dan tulisan beliau berjumlah sembilan jenis tarekatt, iaitu :

1. Tarekat Qadariyyah.
2. Tarekat Naqshabandiyyah.
3. Tarekat Rifa'iyyah.
4. Tarekat Shadhillyah.
5. Chistiyyah.
6. Shattariyyah.
7. Ahmadiyyah.
8. Tijaniyyah
9. Alawiyyah.

Namun semua tarekat di atas tidak menjanjikan bahawa anggota masyarakat termasuk di kalangan yang terlibat secara langsung dalam urusan keagamaan, seperti imam, guru agama atau mereka-mereka yang mengaji dibidang agama, juga faham dengan baik selok belok dan isi kandungan amalan tarekat-tarekat tersebut Malah apa yang sedihnya mereka berpandangan negetif terhadap amalan tarekat. Ini dapat dibuktikan dengan jelas menerusi satu penyelidikan ilmiah yang dibuat di beberapa buah negeri tahun lalu mendedahkan bahawa sememangnya terdapat sejumlah ahli masyarakat Muslim, termasuk kalangan yang mempunyai fungsi kepimpinan dalam bidang keagamaan, tidak memahami selok belok ilmu tasawuf.

Oleh itu dalam perbincangan ini mari kita menyorot dan menganalisis beberapa aspek yang terhubung secara langsung dengan subject-matter institusi tarekat tasawuf. Diantara perkara yang dianggap penting diberikan penjelasan ialah mengenai hubung kait diantara tarekat dengan tasawuf, institusi syeikh dan kepentingannya, konsep murid dan beberapa konsep lain yang merupa part and parcel kepada institusi tarekat tasawuf. Bagaimana pun perlu dimaklumkan diawal ini bahawa dalam perbincangan ini saya tidak akan menyorot mana-mana konsep tarekat tertentu yang menjadi amalan sebahagian masyarakat kita sekarang ini, sekali pun konsep-konsep berkenaan merupakan perkara asasi dalam pelbagai jenama tarekat tersebut.


2. Hubungan Tarekat dengan Tasawuf.

Al-Sha'rani memberikan pandangannya di dalam tulisannya ' al-Tabaqat al-Kubra ', diberi mandat untuk menjelaskan kepada kita mengenai ilmu tasawuf , maka kita diberi tahu;

" Ketahuilah saudara-saudaraku...bahawa ilmu tasawuf itu merupakan suatu penjelasan mengenai ilmu yang terhasil atau muncul di hati para awliya' ketika mati hati tersebut digilap dengan amalan yang terkandung didalam al-Kitab dan al-Sunnah. Maka setiap oran yang mengerja amalan (suruhan) al-Kitab dan al-Sunnah terhasillah baginya berdasarkan amalan tersebut pelbagai ilmu, adab, rahsia dan hakikat yang lidah lemah dan kurang upaya untuk menjelaskannya "

Penjelasan al-Sha'rani di atas membolehkan kita membuat beberapa rumusan mengenai tabii ilmu tasawuf iaitu:

a. Ia merupakan jenis ilmu yang berpusat di hati seseorang manusia.

b. Ia terhasil berdasarkan kerja atau amalan.

c. Kerja atau amalan itu dilakukan untuk mengilap atau membersihkan hati supaya ia layak
menjadi tempat berlabuhnya ilmu.

d. Isi kandung amalan yang dikerjakan itu adalah segala suruhan yang terkandung dalam al-
Quran dan al-Sunnah.

e. Isi kandung ilmu tasawuf terseut berupa pelbagai adab, pelbagai rahsia dan pelbagai hakikat.

f. Ia merupakan jenis ilmu yang bersifat rasaan atau kecapan rohani(dhawq), kerana itu lidah
menjadi kurang berupaya untuk menjelaskannya.

Dalam kata lain ilmu tasawuf merupakan sejenis ilmu yang turun ke dalam hati , apabila hati disediakan dengan cara ia dibersihkan dan digilap dengan pelbagai amalan yang wajib dan digesa oleh al-Quran dan al-Sunnah supaya diamalkan oleh umat manusia.

Jadi, jelaslah kepada kita bahawa metodologi penghasilan ilmu tasawuf tertumpu kepada key word " amalan ", bukannya pembelajaran seperti yang biasa terjadi kepada ilmu-ilmu lain. Ilmu tasawuf tidak mungkin terhasil dari kegiatan-kegiatan ilmu biasa seumpama pembacaan, kehadiran kekelas tertentu, penyediaan soal selidik dan sebagainya. Pengalaman al-Gazali sebagaimana yang tercatat dalam tulisan beliau al-Munqidh min al-Dala mengesahkan perihal ini. Dalam autobiografi tersebut al-Gazali memerihalkan bahwa diperingkat awal usaha beliau untuk memasuki alam kesufian beliau telah membaca dan memahami secara tepat isi kandung pelbagai hasil karya golongan sufi yang boleh boleh didapati pada zamannya. Seperti karya Abu Talib al-Makki, al-Muhasibi, al-Junayd al-Baghdadi, al-Sibli, Abu Yazid al-Bistami. Namun semua usahanya itu tidak boleh menjadikannya seorang sufi; hanya boleh menjadikannya seorang yang memahami ilmu tasawuf. Justeru itu, secara tegas beliau mengungkapkan:

" Telah nyata kepadaku bahawa keistimewaan mereka(golongan al-Sufiyyah) yang cukup khusus ialah apa yang tidak mungkin dicapai(orang lain akan apa yang telah dicapai oleh mereka)- menerusi pengajian atau penyelidikan, malah mesti dicapai menerusi al-Dhawq, al-Hal serta perubahan pelbagai sifat akhlak(dari tercela kepada terpuji)...dan apa yang boleh diperolehi menerusi cara berlajar telah pun aku perolehi. Cuma yang masih belum aku perolehi ialah apa yang tidak dicapai menerusi pendengaran dan pengajian, malahan mesti melalui al-Dhawq dan al-Suluk. "

Ilmu tasawuf kini menjadi satu disiplin ilmu Islam yang khusus dan telah mencapai tahap kematangannya pada kurun ketiga Hijrah, maka proses perlaksanaan " amalan " yang boleh menghasilkan ilmu itu juga didekati dan disusun secara khusus, sesuai dengan tarafnya sebagai satu disiplin ilmu yang sudah mampan dan mantap. Lalu disinilah munculnya apa yang diistilahkan sebagai tarekat untuk menghulurkan khidmatnya bagi memenuhi kehendak disiplin ilmu berkenaan.

Perkataan " tarekat " itu, dari aspek etimologinya, merujuk kepada " jalan " sama dengan pengertian kepada perkataan-perkataan " shari'ah ", " sabil ", " sirat " dan " mannhaj ", dimana dalam hal ini yang dimaksudkan ialah jalan menuju kepada Allah guna mendapatkan keredhaan-Nya dengan cara mentaati segala ajarannya. Bagaimana pun dari aspek teknikal, istilah tarekat itu, pada asasnya merujuk kepada sirah atau jalan kerohanian khusus yang dilalui oleh orang yang berjalan (al-salikun) menuju kepada Allah, dimana dalam perjalanan tersebut mereka perlu merintasi pelbagai rintangan dan mengalami pelbagai peningkatan kerohanian dalam pelbagai makam.

Dari catatan di atas dapat memberikan kefahaman kepada kita, bahawa amalan yang perlu dilaksanakan bagi memperolehi kejayaan dalam mencapai ilmu tasawuf itu diolah dan diusahakan dengan penuh kesungguhan dalam lingkungan tarekat. Jadi, tarekat, dalam hubungan ini, merupakan wasilah yang disediakan bagi mencapai matlamat yang terkandung dalam ilmu tasawuf. Maka itu, di sinilah terjalinnya hubungan diantara tasawuf dan tarekat; iaitu suatu hubungan erat diantara wasilah dan ghayah.

Sesuai dengan taraf dan fungsinya sebagai laluan penyaluran kepada amalan-amalan yang akan menentukan pencapaian ilmu yang menjadi isi kandungan ilmu tasawuf, maka tarekat itu diasas dan dikembangkan oleh masyarakat Muslim dalam tamadun mereka menjadi satu institusi khusus dengan diberikan ciri, kaedah dan peraturan yang tersendiri. Maka itu, dari perspektif ia sebagai satu institusi khusus tersebut, tarekat perlu difahami sebagai himpunan sejumlah pegangan, tingkahlaku serta adab yang diasas dan ditetapkan oleh kumpulan sufi; atau secara yang lebih teknikal lagi istilah ini merujuk kepada metod memberi panduan dan tunjuk ajar akhlak dan kejiwaan yang digunakan oleh seseorang syeikh dalam usaha mendidik para muridnya. Maka dalam konteks ini akan boleh kita temui kumpulan-kumpulan para murid yang mula berhimpun dan mengelilingi seorang syeikh yang terkenal untuk mendapatkan tunjuk ajar dan latihan; lalu dengan itu muncul pula suatu bentuk persaudaraan kesufian(sufi brotherhood) dikalangan mereka.

Jadi, secara keseluruhan, istilah tarekat itu boleh dirujuk kepada cara, kaedah atau peraturan-peraturan khusus yang diikuti dan dihayati kehendak-kehendaknya oleh seseorang murid di bawah naungan satu kumpulan kesufian yang mengikuti panduan daripada seseorang syeikh yang masyhur. Atau istilah ini boleh juga dirujuk kepada kumpulan individu dari kalangan para murid yang mengsosiasikan diri dengan seorang syeikh tertentu dan tunduk patuh kepada peraturan-peraturan yang cukup ketat dalam hubungan dengan suluk kerohanian.

Dari perspektif sejarah adalahperlu difahami bahawa tarekat sebagai satu institusi yang mempunyai peraturan tersendiri tidak muncul bersama-sama kemunculan ilmu tasawuf itu tersendiri. Malah kita dapati kehidupan bertasawuf dalam Islam telah bermula dalam bentuk perseorangan, dimana tiap seorang daripada kalangan yang terlibat dalam kehidupan tersebut menggunakan cara atau jalan-jalan tersendiri dalam melaksanakan pelbagai amalan ibadah dan mujahadah masing-masing. Dan mulai pertengahan kedua kurun ketiga Hijrah barulah golongan sufi mula membentuk dan menyusun kumpula-kumpulan atau tarekat-tarekat tertentu., dimana setiap kumpulan mula tunduk dan patuh kepada peraturan-peraturan tertentu. Walaupun begitu, di peringkat awal perkembangan tarekat, aktiviti dan kegiatan mereka didapati berpusat di masjid-masjid. Kemudian setelah beberapa waktu selepas itu, barulah aktiviti mereka berpusat di zawiyah, ribat dan khanaqah yang tersendiri.

Tidak ketinggalan juga, perlu dicatatkan disini berhubung dengan persoalan tarekat ini ialah perihal hubungannya dengan syari'at Islam. Dalam konteks ini bolehlah dijelaskan bahawa pada asasnya tarekat itu merupakan lorong atau " jalan kecil " yang dilalui golongan orang yang terlibat dalam dunia kesufian. " Jalan kecil " tersebut merupakan satu lorong yang tercabang daripada " jalan besar " atau " lebuh raya " syari'at. Ini bermakna bahawa tarekat itu merupakan cabang daripada keseluruhan syari'at Islam; yang juga bermakna bahawa ia adalah lebih sempit dan lebih sukar untuk dilalui berbanding dengan " jalan besar" atau " lebuh raya " syari'at yang biasa dilalui oleh kalangan awam umat Islam. Dalam hubungan dengan tamsil ini, sebagaimana tidak akan ada lorong atau jalan kecil tanpa adanya jalan besar yang menjadi asas atau sumber kepada kemunculan atau terbentuknya jalan kecil berkenaan, maka demikianlah juga halnya di mana pengalaman kesufian tidak akan mungkin terhayat tanpa terasas kepada atau terlebih dahulu terhayatnya, suruhan-suruhan yang terkandung dalam syari'at Islam itu tersendiri. Dalam kata lain, hubungan diantara tarekat dan syari'at itu adalah cukup rapat dan tidak sekali-kali dapat dipisahkan; malah perpisahan dalam kes ini bermakna kehancuran dan kemusnahan keharmonian Islam itu.

Hubung kait di antara tasawuf dan tarekat, malahan hubung kait diantara tarekat dan Syari'at Islam itu sendiri menjadi jelas berdasarkan catatan-catatan yang dibuat setakat ini. Cakupan istilah tarekat juga, sama ada daripada aspek mekanisme atau organisasi asasnya, sudah boleh difahami dengan baik. Adalah Jelas berdasarkan catatan-catatan yang dibuat setakat ini bahawa sesebuah institusi tarekat itu semestinya tertegak dengan wujud di dalamnya dua kompenen utama iaitu: Shaykh(Imam/Kalifah) dan murid(pengikut) yang mengerakan organisasi tersebut dengan menggunakan satu set mekanisme berbentuk peraturan dan syarat yang perlu dipatuhi dan dimiliki oleh kedua-dua kompenen utama berkenaan. Berdasarkan komitmen kedua-dua belah pihak, maka organisasi tarekat berjaya meneruskan hayat dan survivalnya di celah-celah perjalanan waktu sepanjang sejarah tamadun Islam.


3. Shaykh(Imam/Khalifah) Dalam Institusi Tarekat.

Dalam konteks sesebuah tarekat, shaykhmerupakan focal-point utama, yang mana segala kegiatan organisasi berkenaan tertakluk dan berpusat secara mutlak kepada kehadhiran. Maka itu, dalam bab ini sorotan khusus institusi shaykh ini bersangkut paut dengan aspek-aspek kepentingannya, syarat-syarat serta adab-adab tertentu akan cuba dibuat.

Dalam penggunaan golongan sufi istilah shaykh ddirujukan kepada seseorang penunjuk jalan atau pembimbing kerohanian yang menjalani jalan kebenaran dan mengenali secara tepat batas-batas serta perkara-perkara bahaya dan perlu ditakuti. Dengan berasakan ketepatan pengenalan tersebut dia memandu dan menunjuk kepada murid-murid perkara yang boleh memberikan manfaat serta mengelakan daripada perkara-perkara yang boleh mendatangkan mudharat, sehingga dengan petunjuk tersebut kalangan murid semakin dekat dirinya kepada Allah . Atau disebut juga istilah ini seorang yang berperanan memantapkan agama dan syari'at ke dalam hati para murid dan para penuntut.

Oleh itu dapat difahamkan di sini seorang shaykh sudah semestinya memiliki ilmu dan jalan-jalan kesufian serta bertanggungjawab menunjuk ajar dan mendidik kumpulan yang digelar sebagai murid, sehingga para murid berkenaan selamat dan memperolehi ilmu, iman yang mantap istiqamah dalam mengamalkan suruhan agama sebagaiamana yang dituntut oleh Syari'at Islam.

3.1. Kepentingan Syaikh(Imam/Khalifah)

Bagi golongan sufi, sebagimana yang terungkap alam pelbagai tulisan mereka, shyakh merupakan satu ciri yang terpenting dalam tarekat itu sendiri, bah ia dilahirkan dari tarekat itu sendiri. Dalam pengertiannya yang khusus, adalah disebabkan oleh wujudnya shaykh. Kerana itu sering kita dapati setiap tarekat yang muncul dalam sejarah tamadun Islam akan menamakan tarekat mereka berasaskan nama shaykh yang mengasaskan sesebuah tarekat tersebut. Aeperti tarekat al-Saqatiyyah yang dinisbahkan kepada Sari al-Saqati, al-Tayfuriyyah dinisbahkan kepada Abu Yazid al-Bistami dan lain-lain. Sandaran teori kepada konsep shaykh dalam tarekat berdasarkan konteks hubungan shaykh dengan para murid, ini mengambil teladan daripada hubungan diantara Rasulullah s.a.w. dengan para sahabat.

Isyarat perbandingan hubungan shaykh dan murid adalah bagaikan hubungan Rasullah-Sahabat menunjukan perihal pentingnya shaykh dalam institusi tarekat. Lebih jauh lagi perihal kepentingan shaykh ini tergambar dengan jelas berdasarkan perakuan disiplin ini bahawa para murid tidak akan berjaya secara sempurna dalam perjalanan menuju kepada Allah tanpa bimbingan dan panduan shaykh. Hal ini dapat difahami dengan baik bila mana kita membaca ungkapan-ungkapan yang ditinggalkan oleh tokoh-tokoh besr sufi yang memperkatakan tentang perkara ini. Al-Imam al-Qushayri misalnya dalam tulisan beliau ' al-Risalah al-Qushayri mengungkap perihal shaykh sepertimana berikut :

" Kemudian wajiblah keatas seseorang murid supaya dia dididik oleh shaykh; sekiranya dia tidak ada guru( yang membimbingnya) selamanya dia tidak akan berjaya(dalam perjalanannya menuju Allah. "

Jelas sekali kepentingan seorang shaykh dalam institusi tarekat, sebagaimana yang dicatatkan o;eh al-Qushayri di atas tadi, di mana kepentingannya itu menyentuh persoalan yang cukup asas, iaitu berjaya atau sebaliknya seseorang murid dalam perjalanannya menuju ke matlamat yang dituju.

Al-Imam al-Ghazali dalam Ihya' 'Ulumuddin mengungkap pandangan beliau mengenai shaykh sebagaimana berikut:

" Maka demikianlah seorang murid itu memerlukan seorang shyakh dan guru yang semestinya dia ikuti untuk dia mendapat panduan kearah jalan yang betul. Sesungguhnya jalan agama itu cukup sukar sekali, sedangkan jalan-jalan syaitan amat banyak pula; oleh itu barang siapa yang tidak ada shyakh yang menunjukan arah kepadanya, maka syaitan akan memandu ke arah jalannya(jalan syaitan).

Al-Syaykh Abd Qadir al-Jailani dalam tulisan beliau al-Fath al-Rabbani:

" Maka seseorang murid itu apabila kemahuannya( kemahuan untuk menjalani kehidupan secara bertasawuf) telah tiba dan fikiranya telah putus(untuk memulakan perjalanan secara tasawuf) tetapi ia tidak mengikuti seseorang shaykh, maka dia akan sesat dan syaitan akan menjadi pemandu dan menjadi shaykh kepadanya. "

Jadi, ternyata sekali bahawa kepentingan shaykh, dalam perspektif golongan sufi terletak kepada keupayaan seseorang shaykh itu membimbing para muridnya kearah jalan yang betul dan mengelakan mereka dari terkena jerangkap samar yang sentiasa dipasang oleh para syaitan yang muncul atau menjelma dalam berbagai bentuk, termasuk dalam bentuk nafsu para murid itu sendiri. Hal ini menjadi demikian kerana dalam pandangan tradisi, kesan atau pengaruh shaykh keatas diri murid atau salik adalah cukup mendalam sekali, kerana batin para salik itu dilihat Misalnya berkata oleh " al-Suhrawardi dalam. 'Awarif al-Ma'rif : Bagaikan lilin lembut yang boleh menerima apa juga bentuk lorekkan atau lukisan.


3.2. Syarat Seorang Shaykh

Pada lazimnya seorang shaykh diberikan kedudukan dan taraf yang begitu penting, ini membuatkan semua umat bersedia mengikuti bagi mencari kejayaan dalam kehidupan kerohaniam mereka. Untuk itu institusi tarekat pada kebiasannya memberikan syarat-syarat yang begitu ketat yang perlu ada pada diri seseorang yang diangkat menjadi shaykh sebelum membimbing muridnya. Dalam hubungan ini shaykh Shah Wali Allah al-Dihlawi mencatatkan di dalam kitabnya ' Qawl al-Jamil fi bayan sawa' al-Sabil, Kemudian ia di perkuatkan lagi oleh al-Imam al-Ghazali dalam ' Khulasat al-Tasanif fi al-Tasawuf serta catatan yang dibuat oleh al-Shaykh Muhamad Amin al-Kurdi dalam kitab Tanwir al-Qulub fi Mu'amalah 'Allam al-Ghuyub- adalah cukup menarik untuk diberikan perhatian. Antara syarat-syarat yang diberikan ialah:

1. Mempunyai Ilmu pengetahuan(alim)khususnya hal yang berkaitan dengan al-Quran dan al-Sunnah serta ilmu fiqh dan ilmu akidah, sehingga dengan itu seorang shaykh dapat membantu menyelesaikan pemasalahan murid.

2. Mempunyai bakat dan ketokohan dari segi kepimpinan.

3. Seorang shaykh perlu arif mengenai berbagai sifat dan kesempurnaan hati, adab sopannya, berbagai kerosakan dan penyakitnya serta juga bagaimana cara untuk memelihara dan mengseimbangkannya.

4. Mempunyai sifat adil dan takwa.

5. Bersifat zuhud dari kemewahan dunia dan sangat cinta pula kepada kehidupan akhirat.

6. Seorang shaykh mesti memiliki sifat yang suka menyuruh dan mengajak kepada makruf mencegah perkara mungkar; sangat tegas dengan fikirannya, mempunyai pendapat dan pandangan sendiri dan tidak mudah terikut-ikut, tidak menyeleweng, mempunyai marwah dan kekuatan akal yang sempurna.

7. Dalam sejarah kerohanian, seorang shaykh mesti telah pernah bergaul, bersahabat dan berguru dengan shaykh-shaykh kerohanian dalam satu tempoh yang agak panjang.

Oleh itu seseorang shaykh itu mestinya seorang Muslim yang memiliki pengalaman kerohanian yang luas serta kehebatan personaliti dan keluasan ilmu yang terhasil dari acuan dan adunan kefahaman ilmu yang mendalam mengenai syariat Islam secara bersepadu. Selarasa dengan hali ini dalam istilahat al-Sufiyyah menjelaskan

" Shaykh itu merupakan seorang Insan yang sempurna dalam dalam pelbagai ilmu syariat, tarekat dan hakikat; iaitu merupakan seorang yang telah mencapai ke tahap kukuh sempurna dalam ilmu-ilmu berkenaan. Ini ialah kerana seseorang shaykh itu memiliki ilmu mengenai perkara-perkara yang boleh membinasakan al-Nufus, mengenali pelbagai penyakit serta jenis penyakit al-Nufus, dia juga mengenali secara tepat ubat untuk penyakit al-Nufus serta berupaya menyembuhkan penyakit al-Nufus serta boleh melaksanakan tugas menunjuk ajar al-Nufus, sekiranya al-Nufus itu disedia dan diselaraskan untuk menerima tunjuk ajar berkenaan. "

Hanya dengan adanya kriteria-kriteria yang antara lain tercatat di sini sahaja seseorang shaykh itu dapat berperanan dengan baik untuk membimbing dan menangani persoalan-persoalan yang berkaitan dengan seseorang murid yang berada di bawah bimbingannya. Sebagao contoh renungkan dengan teliti betapa pentingnya seseorang shaykh itu memiliki pengetahuan yang jelas mengenai isi kandung al-Quran dan al-Sunnah bilamana ia berhadapan dengan persoalan-persoalan. Lihat apa yang diperkatakan oleh tokoh-tokoh sufi tersohor "

" Al-Shaykh Abu al-Hasan al-Shadhili berpesan: " Apabila khasf engkau( yang engkau perolehi)bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah, maka hendaklah engkau berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah dan tinggalkan khasf tersebut. Dan katakan kepada diri engkau: Sesungguhnya Allah telah menjamin kepadaku kemaksuman kandungan al-Quran dan al-Sunnah, tetapi tidak begitu halnya dengan kandungan al-Kashf, al-Ilham dan al-Mushadah , melainkan semua (setelah semua itu) dipadankan dengan (semangat kandungan) al-Quran dan al-Sunnah (lalu didapati tidak bertentangan dengan semangat isi kandungan kedua-dua sumber berautoriti tersebut. "