Tuesday, September 15, 2009

Tajuk : Menyambut kelahiran Bayi

Bagi mengurangkan beban kesakitan isteri yang sedang mempertaruhkan nyawanya semasa melahirkan anak, para suami digalakan berada disamping isterinya. Pendekatan ini boleh menguatkan semangat isteri bagi menanggung beban kesakitan yang sedang dihadapinya. Keberadaan para suami di samping isteri mereka masing-masing akan memotivasikan sisuami betapa saat itu siisteri sedang bertarung nyawa antara hidup dan mati. Suami pasti sedar dan insaf betapa ia tidak mampu melaku perkara yang sama, sekali pun kaum lelaki dibekalkan dengan kekuatan fizikal melebihi sifat lemah seorang wanita, hanya wanita sahaja yang boleh melakukannya.