Tuesday, May 11, 2010

Sakinah 1

Memahami Tujuan Perkahwinan

Pembentukan keluarga itu bermula dengan perkahwinan. Perkahwinan itu mempunyai tujuan dan matlamatnya tersendiri. Diantaranya :

1. Merupakan kefardhuan yang ditetapkan oleh Allah, melalui utusanya Muhamad (saw). Perkahwinan juga merupakan fitrah semula jadi manusia dan satu proses hidup yang sihat dan wajar. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah ( saw ) di dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi daripada Abu Hurairah :

من أحَبَّ فِطْرَتِي فَلْيَسْتَسْنِ بِسُنَّتِى وَمِنْ سُنَّةِ النِّكاحَ
Ertinya : Sesiapa yang suka kepada fitrahku maka hendakla ia melakukan sunnahku dan sebahagian daripada sunnahku ialah nikah.

2. Hidup berpasangan adalah fitrah semuala jadi alam dan setiap sesuatu itu ada pasangannya, umpama siang malam, pasang surut dan sebagainya lagi. Begitulah juga halnya dengan manusia. Perkahwinan adalah institusi yang menemukan pasangan dan rakan kongsi hidup yang sehati dan sejiwa untuk sama-sama mengharungi segala suka dan duka erti kehidupan.

3. Ia juga merupakan perlindungan dan pemeliharaan yang kukuh yang mampu menghalang bahaya keruntuhan akhlak. Dengan melangkah ke alam perkahwinan ia mampu menyekat pemuda dan pemudi Melayu Islam dari terjebak kelembah maksiat. Melalui perkahwinan akhlak dan maruah masyarakat Melayu Islam akan sentiasa terpelihara dan berada diparas yang baik di sisi masyarakat lain.

4. Melalui perkahwinan, pemikiran dan tenaga dapat dipandukan untuk menghadapi sebarang dugaan dan cabaran hidup. Hasil dari perkongsian hidup suami dan isteri dapat digarapkan dua pemikiran atau idea bagi melahirkan zuriat yang lebih baik yang merupakan fitrah smulajadi manusia.

5. Perkhawinan dalam agama Islam adalah ibadah yang pasti mendapat ganjaran daripada Allah . Orang yang telah berkahwin amal ibadahnya diberikan ganjaran yang lebih besar daripada seorang yang hidup membujang. Nabi menjelaskan dua rakaat sembahyang orang yang telah berkahwin itu lebih baik dari tujuh puluh rakaat sembahyang orang yang hidup membujang,


Syarat Calon Suami atau Isteri

a. Syarat adat.

Menjadi kebiasaan bagi orang Melayu apakala sampai masa teringin berumahtangga mereka mulai mencari pasangan masing-masing mengikut selera tersendiri. Memilih itu adalah hak setiap individu, namun begitu agama Islam telah mengariskan beberapa panduan untuk kita melihat rupa atau sifatsifat luhur yang perlu ada pada bakal teman hidup kita itu. Supaya kita tidak menyesal dikemudian hari. Tetapi dalam soal memilih jodoh ini kebanyakan pemuda dan pemudi masa kini lebih cenderung kepada soal reality yang ada didepan mereka sahaja.Antara yang dilihatnya :

i. Sesuatu yang boleh menjamin masa depan hidupnya yang merupakan bentuk kebendaan, samada pekerjaan atau memiliki harta.

ii. Ketampanan dan kecatikan bakal pasangan.

b. Syarat yang digariskan agama Islam

Islam sama sekali tidak melarang seseorang yang ingin memilih bakal teman hidup mereka dengan melihat pespektik diatas. Lebih dari itu Rasulullah ( saw ) telah mengariskan jenis wanita yang terbaik buat calon suami. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim :

تنكح المرأة لاربع : لمالهل ولحسبها ولجمالها ولدينها فاظفر بذات الدين تربت يداك.

Ertinya : Wanita dinikahi kerana empat sebab, Kerana kekayaannya, dan kerana darjat keturunan, dan kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang beragama ( iman ), nescaya kamu akan bahagia..

Memilih calon isteri dengan berdasarkan pada faktor pegangan agamanya mampu membawa kebahagian dunia dan akhirat. Sementara faktor-faktor yang lain itu bersifat sementara yang tidak kekal, lama kelamaan semua itu pasti lenyap dari pemiliknya. Kecuali agama ( iman ) yang ada pada wanita yang beriman ia tidak akan berkurangan walau pun telah dimamah usia.

Perlu ingat wanita yang beriman dapat membantu suami melaksanakan tanggongjawabnya mendidik isteri. Bagaimana jika sisuami tidak mampu membimbing hal-hal fardhu ke atas isterinya sedangkan itu adalah tanggongjawab suami. Tetapi jika isteri sememang sudah mempunyai asas agama hal ini sudah pasti menjadi ringan kepada si suami. Dalam pendidikan agama terhadap anak juga dapat di bantu oleh si isteri. Bahagialah suami yang mendapat pasangan yang beriman, di dunia memperolehi kebahagian dan di akhirat mendapat keredaan.

Wanita juga diberi hak memilih calon suaminaya. Ini kerana suami merupakan nahoda dalam sebuah rumahtangga yang akan memandu bahteranya sehingga ke akhir hayat. Sekali pun dari segi teori anak gadis berada di bawah kuasa ibubapa, tetapi dalam menetap hak setuju atau tidak, kata penentuan terakhir tetap dirujuk pada anak gadis di hari penikahanya. Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah ( saw ) di dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah dari Ibnu Abbas :

ان جاريةً بكرًا اتتِ النبى ( ص ) فذكرت انّ باها زوّجها وهى كارهةٌ فخيّرها رسول االه صلى الله عليه وسلم
Ertinya : Sesungguhnya telah datang seorang gadis berjumpa dengan Rasululllah ( saw ) dan mengadu hal, bahawa bapanya telah mengahwinkanya secara paksa. Lalu Rasulullah ( saw ) memberi pilihan kepadanya samada mahu meneruskan perkahwinan atau membatalkannya.

Agama Islam tidak membezakan status diantara lelaki dan wanita, maka itu pihak wanita juga wajar diberi hak memilih bakal suaminya. Namun ia harus melihat kepada panduan yang telah digariskan oleh syarak. Sudah seharusnya ia memilih bakal suami yang mempunyai pekerjaan., kuat berpegang teguh kepada ajaran Islam, baik budi pekertinya, penyayang dan pemurah. Seandainya seorang wanita didatangi seorang lelaki yang memiliki status dan sifat-sifat yang di sebut tadi maka tidak wajarlah ia menolaknya. Kerana ini diantara keperluan asas untuk membina sebuah keluarga sakinah.

Oleh itu para wali gadis seharusnya menyelidiki bakal suami anak-anak gadis mereka, darihal pegangan agamanya dan akhlaknya. Jika bakal suaminya mempunyai perangai atau akhlak yang buruk maka ia harus membatalkannya, sekali pun lelaki tersebut berpangkat tinggi atau berharta.

Kita harus melihat kebelakang seketika bagaimana Rasulullah ( saw ) dan para sahabat mengambarkan kepada kita dalam soal memilih bakal suami atau isteri, rata-rata mereka membelakangkan faktor ketinggian darjat dan kekayaan. Contohnya Zainab menerima pinangan Zaid , sementara Abd Rahman bin Auf menerima pinangan mu’azin Rasulullah ( saw ) Bilal bin Rabah untuk anak gadisnya. dan Abu Huzaifah antara bangsawan yang menerima pinangan Salim untuk anak perempuanya.



Memahami Hukum Perkahwinan

a. Wajib: Keatas seorang lelaki yang mengalami luapan nafsu yang kuat hingga boleh membawa kepada berzina. Dalam soal ini seorang lelaki itu tidak boleh lagi menangguh perkahwinanya apatah lagi ia sudah memiliki persediaan yang cukup untuk menjaga seorang isteri dan memenuhi syarat. Sekiranya ia tiada kemampuan dari segi zahirnya usahakanlah dengan cara yang masih diboleh oleh syarak seumpama berkahwin dengan seorang janda yang memerlukan seorang suami atau teman hidup. Sekiranya gagal juga maka pilihan terakhirnya ia wajib menahan nafsunya dengan apa yang telah di gariskan oleh syarak iaitu berpuasa.

يا معشر الشباب من استطعاع منكم الباءة فليتزوّج فإنه أغصّ للبصر وأحصن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصّوم فإنّه له وجاء

Ertinya : Wahai golongan pemuda ! Sesiapa diantara kamu mampu bernikah hendaklah ia nikah, kerana yang demikian itu ( baik untuk ) menundukan pemandangan dan memelihara kehormatan, tetapi sesiapa tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa, kerana ( berpuasa ) itu menahan nafsu baginya.

b. Sunat: Bagi seorang yang dapat memelihara dirinya daripada perkara maksiat, sekali pun ia sudah cukup syarat dan berkemampuan. Tetapi jika dalam keadaan ini timbul hasrat nya ingin mendirikan rumahtangga, ia sangat digalakan oleh agama Islam dan bersegeralah ia menghantar orang untul merisik mana-mana gadis yang disukainya.

c. Haram: Bagi seorang yang yakin tidak boleh bertanggungjawab, seperti tidak mampu bertanggungjawab sebagai suami sejati, tiada kemampuan dari segi kewangan, sehingga tidak mampu mengadakan mas kahwin yang wajib, apatah lagi nafkah untuk isteri. Maka haram keatasnya menikahi mana-mana gadis atau janda. Hal ini telah ditentukan oleh Allah di dalam al-Quran yang bermaksud :

“… dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian Yang wajib. kemudian jika mereka Dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat Yang lazat, lagi baik kesudahannya.


d. Makruh: Bagi seorang yang yakin tidak berkemampuan dalm memberi nafkah, Jika ia berkahmin dengan seorang perempuan kaya dan dermawan dan isterinya itu tidak mengharapkan nafkah daripadanya sekali pun, adalah makruh.
e. Harus: Seorang yang ada keinginan untuk berkahwin dan mampu menanggung perbelanjaan rumahtangga tetapi ia tetap mampu mengawal dirinya dari melakukan maksiat sekiranya ia tidak berkahwin. Maka harus baginya hendak berkahwin atau tidak,



Memahami Hak Suami dan Isteri

Perkahwinan itu termertri kerana adanya akad antara lelaki atau calon suami dengan wali bagi seseorang. Perkahwinan yang terjadi itu mengikut ketentuan undang-undang Islam, maka ia mempunyai kesan terhadap dua pihak.

Kesan dari perkahwinan itu mesti ditanggung bersama antara suami dan isteri dengan penuh kerelaan dan bertimbang rasa. Satu hal yang perlu kita ingat, tanggungjawab ini tidak boleh dianggap satu beban, yang boleh mengakibatkan terjadinya keretakan hubungan antara suami dan isteri dan memungkinkan juga berlakunya perceraian.. Dalam soal ini Allah telah memberikan peringatan kepada kita umat Islam sebagaimana firmanNya :

¢يبنى أقم الصلوة وأمر بالمعروف وانه عن المنكر واصبر على ما أصابك إن ذلك من عزم الآمور

Ertinya: "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan Yang mungkar, dan Bersabarlah atas Segala bala bencana Yang menimpamu. Sesungguhnya Yang demikian itu adalah dari perkara-perkara Yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

Kesan perkahwinan ialah segala sesuatu hak dan kewajipan antara suami isteri yang disebabkan oleh adanya akad perkahwinan. Maka kesan dari perkahwinan itu dijelaskan oleh Allah didalam firmanNya :

ولهن مثل الذى عليهن بالمعروف وللرجال عليهن درجة والله عزيزحكيم.....

... dan isteri-isteri itu mempunyai hak Yang sama seperti kewajipan Yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) Dengan cara Yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Setiap pasangan suami isteri harus memahami hak-hak mereka dan menghomati setiap hak yang perlu dipenuhi. Memahami dan bersama menuanaikan hak masing-masing akan membawa keharmonian dalam rumahtangga, dengan itu ia lebih memudahkan hasrat untuk suami isteri mewujudkan sebuah keluarga sakinah.


No comments: