Monday, December 6, 2010

Dalil Dibenarkan Bertawassul.

Di antara dalil utama adalah firman Allah SWT: Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah yang boleh menyampaikan kepada-Nya. (al-Maaidah: 35)

Wasilah dalam ayat ini adalah semua yang dijadikan oleh Allah sebagai sebab untuk mendekatkan diri di sisi-Nya dan penghubung atau penyampai kepada terlaksananya segala hajat daripada-Nya.

Paksi dalam perkara ini, hendaklah orang yang diwasilahkan itu mempunyai kedudukan dan kemuliaan di sisi Allah.

Lafaz wasilah dalam ayat ini berbentuk umum. Sebagaimana yang dapat dilihat, ia meliputi bertawassul dengan zat-zat yang mulia daripada kalangan para nabi dan orang-orang soleh; sama ada ketika mereka hidup atau pun setelah mati, dan juga dengan mengamalkan amalan-amalan soleh mengikut sebagaimana suruhan-Nya, dan bertawassul dengannya setelah melakukannya.

Seterusnya, kita akan meninjau hadis-hadis dan athar-athar yang akan membuka kepada kita maksud ayat yang umum ini dengan jelas. Maka dengarilah dan kita akan menjadi saksi terhadap kebenarannya.

Kita akan lihat, bahawa telah thabit hukum bertawassul dengan Baginda SAW; sebelum dan selepas kewujudannya di dunia, selepas kewafatannya di alam barzakh, dan selepas kebangkitannya di Padang Mahsyar pada hari kiamat.

Rujukan: PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN


Tawassul Nabi Adam kepada Nabi Muhamad s.a.w.

Telah diriwayatkan dalam hadith bahawa nabi Adam pernah bertawassul kepada nabi Muhamad s.a.w. Berkata al-Hakim di dalam al-Mustadrak: datipada Umar r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda, " Setelah nabi Adam melakukan kesilapan di berkata: WahaiTuhanku tidaklah aku memohon kepada Mu demi hak Muhamad s.a.w, melainkan Engkau mengampunkan aku. Maka Allah berfirman, Wahai Adam! Bagaimanakah engkau mengenali Muhamad, sedang aku belum menciptanya lagi? Adam a.s. berkata, Wahai Tuhan setelah Engkau menciptakan aku dengan kekuasaanMu dan setelah Engkay meniup padaku ruh ( ciptaanMu , maka aku mengangkat kepala, lalu aku terlihat di tiang-tiang Arasy,tertulis kalimah: لا إله إلا الله محمدرسول الله

Dengan itu aku mengerti bahawa Engkau tidak akan meletakkan di sisi namaMu kecuali nama makhluk yang Engkau kasihi. Allah berfirman kepadanya, benarlah Engkau wahai Adam. Sesungguhnya dia adalah makhluk yang paling aku kasihi. Serulah aku dengan haknya, maka Aku ampunkan bagi kamu. Jika tidak keranaMuhamad, aku tidak akan menciptamu.

Rujukkan: al-Mustadrak,( Kitab Tarikh; jld 2, H:615 ).

No comments: