Monday, November 17, 2008

Kaedah Menghafaz Al-Quran Bersistematik.

As'kum, Insyallah saya akan berkongsi ilmu dan idea dengan kawan dan sahabat semua, buat masa ini saya belum ada kelapangan, kerana sibuk dengan PNP saya dan sibuk dengan tugasan, sebab saya masih mncari ilmu lagi, kita jumpa nanti ye.

Bila dah dapat masa yang sesuai akan saya kongsikan bersama dengan saudara/ri semua teknik menghafaz Al-Quran tunggu ye!
wasalam.

Salam pertemuan kepada semua pembaca yang meminati blog ini.

saudara dan saudariku, bila kita bercakap tentang menghafaz ini lebih-lebih lagi bercakap dalam bidang menghafaz al-Quran ianya suatu benda yang tidak semudah diucapkan. Banyak hal yang perlu kita tahu atau kena ambil tahu mengenai hal menghafaz al-Quran ini.

Apakah menghafaz al-Quran ini hanya untuk golong tertentu sahaja, seperti pelajar tahfiz, pelajar SMA, STAM, Kolej Pengajian Islam atau pelajar universiti. Sebenarnya semua orang Islam yang cinta pada al-Quran boleh menghafaz tak kira dari mana, apa pekerjaan mereka dan berapakah umur mereka. Hal yang penting mereka mahu dan bersedia mematuhi disiplin menghafaz al-Quran. Soal umur bukan ukuran mampu atau tidak.

Baiklah kepada yang benar-benar berminat saya akan tunjukan bagaimana nak menghafaz. Kepada yang berminat menghafaz janganlah berfikir bila sebut menghafaz al-Quran mesti hafaz keseluruh al-Quran. Diantara kita orang muslim pasti ada yang teringin menghafaz surah-surah tetentu seperti surah Yasin, Sajadah, al-Mulk dan surah-surah lain. Namun jika ada yang berminat menghafaz 30 juzuk ( keseluruh ayat al-Quran ) sangat digalakan. Tetapi harus ingat kita perlu kepada bimbingan seorang guru yang mursyid, tidak boleh hanya menghafaz sendiri, sementara apa yang kita hafaz tiada yang menyemak, dibimbangi ada tersalah baris, menambah atau mengurangkan huruf dan kalimah al-Quran dan sebagainya. Menghafaz boleh bersendiri, setelah dihafaz perlu diperdengarkan kepada seorang guru " Al-Hafiz ".

Apakah yang perlu kita lakukan sebelum memulakan hafazan al-Quran

Sebelum kita mengali teknik menghafaz al-Quran mari kita lihat dahulu faedah-faedah menghafaz al-Quran. Kepada orang yang telah menghafaz al-Quran tak kiralah hanya beberapa surah atau beberapa juzuk sahaja kemudian dipelihara dengan baik, maknanya ingat sentiasa apa yang dihafaz akan diberikan beberapa kelebihan oleh Allah swt. antaranya :


1. Jiwa Yang Sentiasa Tenang

Hal ini diperjelaskan oleh Allah didalam firmanNya :

... الذين ءامنوا وتطمئن قلوبهم بذكر الله الا بذكر الله تطمئن القلوب

Ertinya : Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah, Ingatlah dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram...

2. Orang Yang Menghafaz DiAnugerahkan Minda Yang Mantap

Sering kali kita kedengaran pelajar-pelajar yang berjaya didalam peperiksaan samada UPSR, PMR, SPM, STAM atau peperiksaan di Universiti mereka tidak meninggalkan amalan membaca dan menghafal ayat-ayat al-Quran, sebab amalan tersebut dapat membantu minda ( otak ) kita berkerja untuk mengingati apa yang kita pelajari di sekolah atau di mana jua.

3. Lancar Dalam Pertuturan ( Petah )

Suatu kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada sesiapa yang menghafaz al-Quran, kebiasaanya penghafaz al-Quran petah berkata-kata, samada dalam menyampaikan kuliah, berpidato,berdebat dan sebagainya. Ini dek kerana setiap hari lidah mereka menyebut huruf dan ayat-ayat al-Quran.

4. Diberi Kejayaan Didalam Pelajaran

Mereka yang menghafaz al-Quran kebiasaanya memiliki semangat dan kesungguhan yang tinggi dalam mengharungi apa jua perjuangan, khususnya dalam pelajaran. Ini kerana roh al-Quran itu telah berada dijasadnya dan sentiasa mendorong dan memotivasikan dirinya untuk bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan, tetapi harus ingat ia tekun dengan hafalanya ( menjaganya )

5. Bahagia Hidup Di Dunia Dan Di Akhirat

Allah telah menjanjikan kepada penghafaz-penghafaz al-Quran bahawa segala usaha penat lelah mereka membaca dan menghafaz bukan suatu usaha yang sia-sia. Penghafaz al-Quran akan memperolehi rahmat yang luas dari Allah semasa hidup di dunia ini, Allah telah menjanjikan kepada pembaca dan penghafaz al-Quran itu suatu bahawa ia suatu perniagaan atau pelaburan yang tiada kerugian di dalamnya. Firman Allah di dalam surah al-Fatir :
إن الذين يتلون كتب الله وأقاموا الصلوةوأنفقوا مما رزقنهم سرّا وعلانية يرجوتجرة
لن تبور
Ertinya : Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa membaca kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang,serta mendermakan ( impak ) apa yang kami kurniakan kepada mereka secara bersembuyi atau berterangan mereka mengharapkan suatu perniagaan yang tidak akan mengalami sebarang kerugian.



Ciri-ciri Penting Seorang Penghafaz Al-Quran
( Perlu ada dalam diri )

1. Niat ikhlas kerana Allah.
2. Semangat yang membara dan mendalam.
3. Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap pekerjaan.
4. Mempunyai azam yang kuat, istiqomah yang berterusan.
5. Ihtimam betapa pentingnya menghafaz al-Quran, kerana sikap ini menyokong sifat
istiqomah.
6. Mempunyai sifat dan tabah dalam menghadapi segala kesulitan semasa menghafaz.
7. Bijak mengatur waktu yang sesuai untuk menghafaz dan mengulang.
8. Jauhkan hati dari memikirkan hal keduniaan semasa menghafaz.
9. Sebaiknya menggunakan mushaf bersesuaian, berukuran 20 X 14 cm dan beresam Othmani.
10. Bersedia mengamalkan puasa sunat dan ibadat-ibadat sunat.
11. Sentiasa beristighfar dan berselawat.
12. Bertalaqqi dan bermusyafahah dengn guru.
13. Sentiasa menghormati guru hafiz.
14. Menghormati rakan seperjuangan.
15. Berlapang dada dan bersedia memberi kemaafan.
16. Redha sekadar yang ada.
17. Istqomah terhadap disiplin menghafaz.


Perkara Asas Menghafaz Al-Quran

Perkara asas yang perlu dilakukan oleh seseorang sebelum memulakan hafazan ialah memperbetulkan bacaan terhadap ayat-ayat yang akan dihafaz ( bertalaqqi )terlebih dahulu bersama guru. Kerana jika ada sebarang kesilapan pada hukum tajwid guru dapat memperbetulkannya. Jika ayat yang yang hendak dihafaz itu telah lancar dimulut kita insyAllah ia mudah dihafaz.


Teknik menghafaz

Langkah 1 Pra hafazan

a. Tentukan berapa jumlah ayat atau muka surat yang akan dihafaz.
b. Tetapkan jumlah jam yang diperlukan, pastikan jumlah ayat yang hendak dihafaz bersesuaian dengan jumlah jam yang digunakan. Contohnya kita perlu hafaz satu hari setengah muka surat, jadi jumlah jam yang sesuai ialah 1jam. Ini tidak termasuk jam pengulangan hafazan yang diperlukan.
c. Memulakan hafazan dengan Selawat, istighfar dan do'a.
d. Lakukan solat sunat untuk menguatkan hafazan

Langkah 2

Teknik Menghafaz Secara Potongan ( chunking )
a. Memisahkan satu ayat yang panjang kepada beberapa bahagian. maksudnya jika ayat yang nak dihafaz itu tanda berhentinya jauh hingga menjadi dua baris, maka kita cari tempat berhenti yang sesuai, seperti menghafaz ayat 17 surah al-Baqarah :

مQثلهم كمثل الذىاستوقدنارًا # فلمآأضآءت ماحوله ذهب الله بنورهم # وتركهم فى ظلمت لا يبصرون

Dengan cara kita jadikan ia kepada beberapa potongan maka ia akan memudahkanlagi untuk kita menghafaz ayat tersebut.

b. Membaca ayat diatas tadi berulang kali sambil memerhatikan hukum tajwid begitu juga dengan makhraj dan sifat huruf, sekurang-kurangnya 3 kali.

c. Membaca seterusnya kita mulai menumpukan pada hafazan, dengan teknik bacaan antara meihat musahaf dan tidak, sehingga pada tanda wakaf yang telah kita buat tadi.

d. Setelah hafaz potongan ayat tersebut ia mesti diulang berkali-kali sehingga hafazan yang baru kita perolehi itu menjadi mantap, laku pengulangan tersebut 30 kali.( disiplin )

c. Kemudian menghafaz pula pada potongan ayat yang berikutnya pula. Teknik yang sama pada a, b, dan c di gunakan. Setelah hafazan mantap, jangan teruskan hafazan pada ayat berikutnya, berpatah balik terlebih dahulu pada potongan ayat pertama tadi, maknanya kita wajib mengulang semula hafazan dari potongan pertama kemudian pada ayat berikutnya sebelum menghafaz ayat yang seterusnya ( ia disebut teknik Patah Balik.Tujuannya untuk menguji ingatan kita, apakah hafazan pada ayat pertama tadi masih segar, jika berlaku lupa maka kembali mantapkan.

d. Setelah ketiga tiga potongan ayat di atas berjaya dihafaz cantumkan menjadi satu dan ulang berkali-kali hingga hafazan menjadi mantap. lakukan ulangan 10 kali, sebelum menghafaz ayat yang berikutnya.

e. Guna teknik-teknik di atas tadi untuk menghafaz ayat yang berikutnya hingga kadar hafazan yang dikehendaki tercapai. Suka saya nasihatkan saudara/ri seandainya kadar ayat yang dikehendaki berjaya dihafaz dengan cepat sedang masa yang ditetap masih banyak berbaki, maka masa tersebut hendaklah dimanfaatkan dengan memantapkan hafazan yang baru di perolehi tadi.



Teknik Mengukuhkan Hafazan Baru Dan Lama.

Kita mesti menyusun satu jadual rutin harian yang mana ia menunjukan bukti pengulangan hafazan yang lama dan baru ada dilakuan.Berikut disarankan kepada mereka yang telah menghafaz :


Teknik Pengukuhan Hafazan Baru :

1. Tetapkan Setiap hari tidak kurang 2 jam untuk mengulang hafazan baru.
2. Teknik : Hafazan semalam hendaklah dilakukan sekali pengulang digalakan lebih.
3. Teknik : Hafazan dua hari lepas hendaklan diulang sebanyak 2 kali
4. Teknik : Hafazan tiga hari lepas hendaklah diulang sebanyak 3 kali
5. Teknik : Hafazan empat hari lepas hendaklah di ulang sebanyak 4 kali.
6. Teknik : Hafazan lima hari lepas hendaklah diulang sebanyak 5 kali.
7. Teknik : Hafazan enam hari lepas hendaklah diulang sebanyak 5 kali.
8. Teknik : Hafazan tujuh hari lepas hendaklah di ulang sebanyak 5.
9. Teknik : Bagi hari seterusnya ulang kesemua hafazan mulai dari hari pertama hingga
hari ketujuh.


Teknik Pengukuhan Hafazan Lama

Pengulangan hafazan lama bergantung kepada berapa surah atau juzuk yang telah dihafaz.

1 comment:

zul_yadaini said...

us saya cuba gune tiktik baru ini...