Tuesday, May 17, 2011

MASJID DI SEBUAH LADANG ESTET 1964

Cerita hasil tulisan al-ustaz Omar bin Mokti G74929
FPI Dakwah Dan Kepimpinan


Roll-Call ( pemangilan nama )


Seawal jam empat pagi bunyi kokok ayam jantan sahut-menyahut memecahi hening pagi, seluruh penduduk ladang estet bingkas bangun untuk memulakan rutin harian mereka sebagai penoreh getah. Bagi mereka yang kurang bernasib baik dalam pelajaran ladang estet memberikan kepada mereka peluang pekerjaan. Di sinilah mereka mencari rezeki dan membentuk satu jamah yang terdiri dari berbilang bangsa dan pegangan agama.

Seawal jam lima pagi seluruh penghuni estet sudah berkumpul di hadapan pejabat, masing-masing dengan corak gaya tersendiri, sesetengahnya menyaluti tubuh mereka dengan kain pelekat, mereka terdiri dari kaum lelaki samada Melayu, India atau Cina, terdapat sebilangan kecil sahaja kaum wanita. Suasana di pagi buta memang menyejukkan, tak hairanlah kalau masih ada yang berselimutkan kain pelekat duduk mencangkung, kepala terlentok kerana mengantuk sambil menunggu kemunculan seorang mandor.

Tepat jam 5.30 pagi muncullah mandor yang ditunggu untuk mengambil roll-call ( panggilan nama ) ditangannya terkepit sebuah buku yang tersenarai di dalamnya nama seluruh pekerja ladang estet. Tugasnya menyebut nama setiap orang yang hadir pada pagi itu, seorang demi seorang menyahut apabila nama mereka disebut sambil meninggalkan pengkarangan pejabat untuk membuat persiapan ke ladang. Bagi Pak Long suasana roll-call sudah menjadi rutin hariannya jika dia tak dapat hadir pada pagi itu anak bujangnya akan mewakilinya. Roll-call sangat penting bagi pihak pengurusan ladang estet, kerana mereka akan tahu siapa yang tidak datang bekerja pada hari itu. Hadir roll-call adalah perkara wajib bagi setiap pekerja ladang.

Sebagai seorang muslim tanggungjawabnya sebagai seorang hamba tidak diabaikan. Begitulah rutinnya setiap hari sebelum bertolak ke ladang Pak Long dan isterinya tidak lupa memohon doa restu dari Allah supaya rezeki yang diperolehi mendapat keberkatan. Pak Long hanya bersolat dirumah sahaja kerana Masjid sebelum tahun 1964 masih belum wujud lagi, sebab itu solat Jumaat tidak dapat didirikan di Ladang estet pada ketika itu. Untuk menunaikan solat Jumaat Pak Long dan pekerja Melayu yang beragama Islam akan ke kampong sebelah.

Seperti biasa Jam 6.00 pagi Pak Long dan isterinya akan meneruskan rutin hariannya ke ladang getah, sementara anak-anak yang sedang bersekolah sibuk mempersiapkan diri masing-masing, bagi yang anak masih kecil akan dihantar ke kandang penjagaan kanak-kanak. Disokong dengan sebiji motor lama Pak Long dan isterinya menghantar anak-anak yang masih kecil ke tempat penjagaan dengan berbekalkan beberapa helai pakaian dan susu tin cap junjung yang disubsidikan oleh pihak ladang estet.

Menjelang jam 6.00 pagi ladang-ladang getah sudah mulai dipenuhi dengan cahaya pelita tedeng ( pelita yang direka khas untuk menoreh dalam gelap) yang diikat kemas di muka dahi, berisikan minyak gas. Tidak pelik jika terdapat pekerja ladang yang beragama Islam sudah berada lebih awal di dalam ladang getah kerana mereka tahu menoreh diawal pagi boleh memprolehi susu getah yang banyak. Soal solat itu urusan masing-masing. Mereka ini jangan kata solat fardhu, solat Jumat pun belum tentu terlaksana. Tidak terlintas di hati mereka bahawa rezeki yang mereka perolehi dan tubuh badan yang kuat itu datangnya dari rahmat Allah. Namun bagi mereka yang tetap berpegang teguh kepada tuntut agama seperti keluarga Pak Long tidak merasa pelik, inilah warna kehidupan penghuni estet. Semua orang tahu kebanyakkan pekerja ladang estet datang dari kalangan yang kurang berpelajaran dan mereka ini juga tidak mempunyai latar belangkang agama yang kuat.

Seawal jam 12.00 tengahari berduyun-duyun pekerja ladang getah menuju ke stor penimbangan membawa hasil torehan mereka. Motorsikal merupakan keperluan asas untuk memudahkan urusan kerja mereka. Susu getah cair yang telah di muatkan ke dalam tong dibawa ke stor untuk ditimbang dan dinilai gred keasliannya sebagai chi. Begitu juga getah skerap atau ojol akan ditimbang bagi menentukan hasil kerja setiap pekerja ladang pada hari itu. Upahan atau Gaji kebiasaanya akan dibayar sebanyak 2 kali iaitu pada awal setiap bulan dan pertengahan bulan.

Selewat jam 2.00 petang semua pekerja ladang estet sudah berada di rumah masing-masing untuk berehat sambil menikmati juadah tengahari yang disediakan oleh isteri atau anak gadis yang tidak turut ke ladang. Kebiasaannya mereka akan menghabiskan masa rehat dengan tidur. Pada awal tahun enam puluhan TV belum lagi dimiliki oleh pekerja ladang, ini kerana pihak ladang estet tidak membekalkan elektrik ke setiap rumah. Di sebelah malam mereka memasang lampu gaslin yang menggunakan minyak gas sebagai bahan pembakar.


Hiburan dan Sosial

Pihak pengurusan ladang estet tidak menyediakan alat hiburan kepada pekerja. Untuk itu pekerja ladang estet bersepakat mengumpulkan dana bagi mendapatkan sebuah peti television .Bagi memudahkan para pekerja ladang estet menontonnya, television tersebut diletakkan di sebuah rumah khas supaya dapat ditonton bersama. Masa menonton bermula pada jam 7.00 malam. Hal ini menyebabkan ramai anak-anak melayu estet samada kecil remaja dan dewasa mengabaikan waktu solat dan kelas mengaji

Bagi penghuni ladang estet hal agama tidak menjadi perkara utama dalam kehidupan mereka. Upahan yang besar hasil dari keringat mereka itu yang lebih diutamakan. Soal ibadat terletak pada individu itu sendiri. Mereka tidak mengambil berat lansung soal agama. Suatu ketika kelas agama dan mengaji memang tiada lansung.

Wayang padang merupa salah satu hiburan utama pekerja ladang, untuk mendapatkan filem yang digemar,i mereka akan membuat punggutan di hari penerimaan gaji, di mana setiap pekerja dikehendaki membayar sekitar dua ringgit seorang. Berkenaan dengan hal hiburan mereka akan berusaha untuk mendapatkannya, malah dalam majlis perkahwinan ada diantara keluaraga pekerja ladang ini mampu mengundang Kumpulan Kugiran sekali pun mereka terpaksa berbelanja besar. Trend ini menjadi ikutan individu yang lain apabila mereka mengada majlis perkahwinan. Sayangnya dalam soal agama mereka membisu seribu bahasa.


Aktiviti Sukan

Sukan bola sepak menjadi pilihan utama pekerja ladang, mereka akan turun beramai ramai pada sebelah petang untuk bermain di padang. Pihak pengurusan ladang sentiasa mengalakkan pekerja mereka melibatkan diri dibidang bola sepak. Suatu ketika mereka mampu membentuk sebuah pasokan yang kuat dan menyertai pertanding liga. Sukan juga menjadi aktiviti utama di hari-hari perayaan tertentu terutamanya semasa menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan negara. Berbagai acara sukan di adakan dan di sebelah malamnya pula persembahan kumpulan kugiran sebagai kemuncak pesta tahunan.

Kelas Mengaji Dan Sekolah Agama

Setiap malam selepas maghrib rumah Pak Long akan dipenuhi oleh anak-anak penghuni ladang estet untuk mengaji al-Quran. Pak Long dan Isterinya memang pandai mengaji, malah boleh bertilawah al-Quran dan berzanji, maklumlah anak jati Muar… Sejak Pak Long menetap di ladang estet tersebut orang-orang setempat sudah mengetahui kebolehan Pak Long dalam hal-hal agama. Terutama jika berlaku kematian dalam keluarga Melayu Pak Long dan beberapa orang kampong sebelahlah yang akan mengurus jenazah simati dari awal hingga ke majlis membaca tahlil dan doa.

Terdapat juga anak-anak penghuni ladang estet yang datang mengaji pada sebelah petang terutamanya anak-anak gadis, Isteri Pak Longlah yang akan mengajar mereka. Sementara itu isteri Pak Long menjadi rujukkan bagi wanita muslim di ladang estet tersebut. Kerana selain dari kemahirannya boleh bertilawah dan berzanji beliau juga merupakan bilal perempuan (tukang mandi mayat kaum hawa). Masyarakat estet terutama kaum wanita sangat menghormati beliau. Malah beliau juga sering diundang oleh kampong sebelah jika berlaku kematian.

Pak Long dan Isterinya sangat mengambil berat dalam pendidikan agama terhadap anak-anak mereka, kesemua anak-anaknya berjaya mengkhatamkan al-Quran dan terdapat juga sebahagian anak-anaknya yang berjaya dalam pelajaran.

Kesemua anak-anak Pak Long tidak ketinggalan dalam pelajaran agama, untuk itu selepas sahaja menamatkan sesi sekolah di sebelah pagi mereka akan ke sekolah agama pada sebelah petang. Bagi Pak Long dan isterinya pendidikkan agama amat penting untuk anak-anak kerana ia berguna apabila mereka berdua sudah tiada. Sayangnya hal ini lansung tidak diambil peduli oleh masyarakat Melayu yang lain. Bagi mereka pendidikkan Sekolah Kebangsaan itu sudah mencukupi, terdapat juga di antara mereka yang tidak menghantar anak mereka ke sekolah agama di sebabkan jarak di antara rumah dengan sekolah terlalu jauh. Sekolah agama pada ketika itu menumpang di bangunan sekolah kebangsaan. Anak-anak pekerja ladang estet bersekolah di kampong sebelah, yang mana jarak di antara ladang estet dan sekolah tersebut sejauh lima batu. Bagi Anak-anak yang tidak bersekolah agama pula mereka berasa seronok kerana mereka dapat pulang kerumah lebih awal, lori telah bersedia mengambil mereka pulang. Hanya anak-anak Pak Long dan beberapa kawannya sahaja yang meneruskan sekolah agama.
Gotong Royong

Suatu kelebihan yang ada pada penghuni ladang estet ini ialah semangat kerjasama yang tinggi. Sebutlah apa sahaja jenis pekerjaan yang memerlukan kepada tenaga yang ramai mereka akan segera menhadirkan diri walau pun tiada sebarang upahan, memadai dengan sedikit makanan, minuman dan rokok.

Aktiviti gotong royong yang biasa dilakukan ialah apakala sesebuah keluarga itu akan mengadakan majlis perkahwinan. Di saat ini Pak Long dan beberapa lagi rakan-rakannya yang seusianya akan mengadakan perbincangan di rumah pengantin bagi merancang aktiviti yang perlu di lakukan. Antara aktivitinya mencari kayu di hutan bagi membina balai jemputan dan balai penanggah (tempat rewang) maklum sahajalah pada ketika itu belum ada balai besi seperti hari ini, yang di subsidikan oleh kerajaan.

Isteri Pak Long salah seorang yang mengambil berat dalam melakukan kerja-kerja gotong royong. Aktiviti rewang sehari sebelum majlis perkahwinan menjadi tumpuan utama kerana segala-galanya dilakukan pada petang tersebut hinggalah ke pagi subuh. Bagi kaum wanita kerja-kerja mereka terhenti hingga ke petang sahaja. Kaum lelaki akan meneruskan aktiviti memasak hingga lewat malam dan menyambungnya semula selepas subuh.

Semangat Membina Masjid.

Kehidupan pekerja estet sebelum terdirinya masjid amat menyedihkan, kesedaran beragama kurang dirasai, budaya judi dan menonggak arak adalah perkara biasa. Ramai dari kalangan pekerja Melayu yang terlibat dengan judi seupama tikam ekor, judi terup dan sebagainya. Tidak kurang juga yang mabuk arak atau todi menjelang malam sebaik sahaja menerima gaji pada petang harinya.

Hasrat membina sebuah Masjid menjadi agenda utama Pak Long dan beberapa rakan seusianya sejak mereka mula bekerja di ladang estet tersebut. Apatah lagi solat Jumaat tidak pernah didirikan di ladang tersebut. Sebagai orang yang mengetahui selok belok dalam hal agama tanggongjawab ini tertanggong di atas bahunya. Dalam soal ini Pak Long cuba mendapat sokongan dari masyarakat Melayu muslim tetapi malangnya mereka kurang memberikan kerjasama yang baik tidak sebagaimana dalam soal gotong royong pada perkara lain.

Hal ini tidak sedikit pun mematahkan semangat Pak Long, beliau sedar kerja ini adalah kerja dakwah siapa lagi kalau tidak beliau sendiri yang memulakannya. Sebenarnya Pak Long tidak keseorangan, isteri beliau sentiasa memberikan dorongan dan kata-kata semangat agar usaha yang murni itu mesti diteruskan. Pak Long sedar cabaran dan rintangan yang akan beliau hadapi bukan sahaja datang dari pihak pengurusan ladang estet bahkan juga dari kalangan orang Melayu sendiri.

Gerakan Aktivis Membina Masjid.

Untuk mendapatkan sokongan yang kuat Pak Long mengeratkan lagi hubungannya dengan masyarakat Melayu, khususnya mereka-mereka yang mempunyai pengaruh dengan pihak pengurusan ladang estet. Salah seorang kawannya yang rapat dengan pihak pengurusan ladang estet ialah Yusof, beliau satu-satunya mandor berketurunan Melayu di situ

Seawalnya Pak Long mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk di dirikan masjid. Satu petang Pak Long dan Yusof meronda di sekeliling sempadan perumahan ladang estet bagi meninjau kawasan yang agak sesuai. Pak Long mempunyai strateginya tersendiri, masjid harus dibina berdekatan dengan rumah kedai, berhampiran jalan dan kawasan menjadi tumpuan ramai. Setelah puas mengelilingi kawasan perumahan estet Pak Long dan Yusof menemui sebuah kawasan yang amat strategi untuk dijadikan tapak Masjid.

Dengan bantuan Yusof, Pak Long ingin memaklumkan hasrat komuniti Melayu kepada pihak pengurusan ladang estet, Yusof ditugaskan bertemu dengan pengurus ladang. Suatu petang sebelum waktu pejabat berakhir, Yusof masuk ke pejabat pegurus membawa seribu harapan masyarakat Melayu untuk membina sebuah masjid bagi kemudahan beribadat. Yusof menyangkakan permohonan tersebut akan diterima dengan baik oleh pihak pengurus ladang estet, tapi malangnya sehabis Yusof menyampaikan hasrat masyarakat Melayu itu beliau dimarahi oleh pengurus ladang estet. Di akhir pertemuan hari itu Yusof diberi amaran keras oleh pengurus ladang estet, Masih segar di kepalanya kata-kata yang dilontarkan oleh pengurus ladang estet “ Sesiapa sahaja orang Melayu tidak dibenarkan membina Masjid di ladang ini, kalau ada yang melanggar amaran ini mereka akan dikeluarkan dari ladang ini !...”
Seram juga Yusof dibuatnya, malunya pada ketika itu tidak terkira, mujur ketika itu hanya dia dan pengurus ladang estet yang ada di situ, staff yang lain sudah pulang. Yusof terus pulang ke rumahnya pada petang itu, setibanya di rumah, isterinya berasa hairan melihat air mukanya tidak seperti biasa seperti orang yang sedang ketakutan. Selepas solat asar isterinya menyediakan minuman petang di masa itulah Yusof menceritakan apa yang terjadi pada dirinya. Isterinya memahami sambil mengangguk dan memberikan kata-kata semangat dan bersabar.

Selepas solat maghrib Yusof bergegas ke rumah Pak Long untuk memaklumkan apa yang berlaku pada petang tadi. Setibanya di situ didapatinya Pak Long sedang mengajar budak mengaji, diletakkan punggungnya di tepi pintu masuk rumah sambil sabar menunggu anak-anak selesai mengaji. Selesai mengajar mengngaji Pak Long yang sedar akan kehadiran Yusof tadi, segera mendapatkannya dan bersalaman. Tak berapa lama kemudian mereka terdengar bunyi motor berhenti di depan rumah Pak Long, kelihatan Kasim, Seman dan Hashim menuju ke rumah Pak Long mereka seperti sudah tahu Yusof berada di rumah Pak Long. Sebenarnya mereka bertiga sengaja diundang oleh Pak Long ke rumahnya pada malam itu untuk sama-sama mendengar cerita dari Yusof.

Yusof menceritakan segala yang terjadi pada petang itu, Pak Long hanya tunduk dan mengangguk-anggukkan kepalanya, sementara Kasim, Seman dan Hashim hanya memandang diantara satu dengan lain sambil menunjukkan tanda simpati terhadap Yusof. Selesai Yusof bercerita Pak Long meminta izin kedapur untuk mengambil minuman yang telah disediakan oleh isterinya. Air kopi panas bertemankan pisang goreng kapok dijamah bersama sambil memikirkan segala cerita dari Yusof tadi. Pak Long sedar bila tuan pengurus marah ia adalah perkara serius, mengundang bala bagi sesiapa cuba membantahnya. Memikirkan masalah komuniti Melayu yang serba daif datang mencari sesuap nasi di estet itu terpikir di benak Pak Long ingin melupakan sahaja hasrat pembinaan Masjid tersebut.

Pak Long menyerahkan kepada kawan-kawan yang lain untuk memberikan pendapat, apakah usaha ini harus ditangguhkan sahaja. Kasim salah seorang yang rapat dengan Pak Long kebetulan dia juga berasal dari Muar memberikan pandangannya supaya kerja yang mulia itu mesti diteruskan, hal ini harus dimaklumkan kepada pihak Jabatan Agama dan Penghulu Mukim. Pak Long faham, tetapi yang menjadi penghalangnya ialah tanah yang hendak dijadikan tapak Masjid itu milik orang perseorangan iaitu tuan punya ladang estet. Sedang memikirkan kata-kata Pak Long tadi, Hashim menyelah sambil memberikan pendapatnya supaya semua orang Melayu sepakat mengadakan tunjuk perasaan dihadapan pejabat.. Pak Long kurang setuju kerana tindakan itu akan mengundang lagi kemarahan pengurus ladang estet, lebih-lebih lagi majoriti pekerja estet bukan masyarakat Melayu. Merasakan malam semangkin larut esok perlu meneruskan rutin harian, Pak Long meminta semua kawan-kawannya pulang dahulu dan berjumpa kembali pada hari yang lain..

Seminggu selepas pertemuan pertama mereka Pak Long menganturkan pertemuan kedua dengan kawan-kawannya. Untuk pertemuan ini Pak long meminta seluruh masyarakat Melayu hadir bersama, supaya dapat dipastikan sokongan mayarakat Melayu terhadap pembinaan Masjid tersebut. Al-Hamdulillah dengan bantuan kawan-kawan yang lain hampir semua orang-orang Melayu hadir pada hari itu. Pertemuan itu di adakan kandang penjagaan kanak-kanak pada sebelah petang. Pekerja estet menggunakan kandang penjagaan kanak-kanak kerana ia boleh memuatkan kehadiran yang ramai kerana tempatnya luas, cuma mereka terpaksa menahan bau aruma yang tidak menyenangkan

Hasil dari pertemuan itu terbentuklah sebuah JKKM (Jawatankuasa komuniti Melayu). Namun begitu terdapat segelitir pekerja Melayu tidak bersedia untuk berhadapan dengan risiko yang bakal dihadapi. Bagi menjayakan hasrat komuniti Melayu Pak Long mengaturkan pertemuan dengan JKKM pada setiap malam Jumaat, setelah tamat majlis bacaan Yasin dan tahlil, mereka mengada mesyuarat. Hasil dari beberapa perbincangan yang dibuat kata sepakat diambil. Sebahagian besar komuniti Melayu menyokong supaya sebuah Masjid dibina di ladang estet tersebut dan mereka bersedia berhadapan dengan sebarang tindakkan yang akan dikenakan oleh pihak pengurus ladang estet.

Surat Amaran Dari Pihak Pengurus Ladang Estet.

Pak Long tidak menyangka sama sekali bahawa pihak pengurusan estet melarang masjid didirikan di ladang estet itu, pekerja-pekerja maklum bahawa estet itu di punyai oleh seorang kaya yang berasal dari negara luar. Majoriti pekerja estet itu juga terdiri dari kaum yang bukan beragama Islam. Mereka sudah mempunyai rumah ibadat sendiri, malah terdapat sekolah untuk anak-anak mereka di ladang estet tersebut. Tetapi bagi anak-anak komuniti Melayu mereka terpaksa bersekolah di kampong sebelah yang jaraknya sejauh 5 batu. Namun begitu pergaulan harian kesemua komuniti ladang estet ini berjalan baik, tiada berlaku sebarang perkelahian atau perselisihan faham.
Satu petang sedang Pak Long berehat di rumah sambil mendengar radio kedengaran bunyi motor Yamaha 1963 berhenti di depan beretnya. Dilihatnya kelibat Yusof bergegas turun dari motor lantas memberi salam dari raut wajahnya kelihatatan cemas seperti menyembunyikan sesuatu. Pak Long segera menyambutnya dan bertanya khabar. Sebaik melabuhkan punggungnya Yusof langsung memaklumkan maksud kedatangannya, sambil tangannya mengeluar sepucuk surat dan dihulurkannya kepada Pak Long. Setelah di teliti kandungan surat tesebut Pak Long memberitahu Yusof bahawa beliau diberi amaran keras, jika masih mahu meneruskan pembinaan Masjid! beliau dan semua ahli keluagannya akan disingkir dari ladang estet tersebut.

Seminggu selapas menerima surat amaran tersebut Pak Long meminta Yusof mengumpulkan semua JKKM dan bertemu di rumahnya. Dalam pertemuan itu pak Long meminta pendapat ramai apakah usaha membina Masjid itu perlu diteruskan atau sebaliknya. Al-Hamdulillah semua JKKM yang hadir pada pertemuan itu memberikan kata sepakat supaya pembinaan Masjid tersebut diteruskan.

Perundingan Komuniti Melayu Dan Pengurus Ladang Estet

Pak Long sedar pihak Pengurus ladang estet pasti marah dan akan mengambil tindakkan terhadap dirinya dan pekerja Melayu. Bagi mengelakkan suasana menjadi lebih tegang Pak Long dan beberapa JKKM mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pihak pegurus ladang estet. Dalam pertemuan tersebut Pak Long memaklumkan kepada pihak pengurus ladang estet tujuan komuniti Melayu ingin membina Masjid. Perunding pada hari itu berjalan dalam suasana yang tegang pengurus ladang estet tetap dengan pendiriannya tidak membenarkan Masjid didirikan dalam ladang estet itu. Pak Long memberi jaminan bahawa komuniti Melayu tidak akan menimbulkan apa-apa kekacauan sekira mereka dibenar membina Masjid malah akan lebih rajin bekerja. Perundingan komuniti Melayu pada hari itu tiada sebarang penyelesaian mereka pulang dengan keadaan hampa. Pihak pengurus ladang estet tidak memberikan sebarang keputusan.

Pada keesokan harinya Yusof dan semua JKKM bersepakat untuk membersihkan tapak masjid, mereka mengambil keputusan nekad untuk menerus pembinaan Masjid. Pada hari itu juga mereka berkumpul di rumah Pak Long sambil mengadakan perbincangan. Pak Long berasa kagum dengan semangat JKKM, ini membuatkan dirinya bersemangat untuk meneruskan hasratnya membina Masjid. Pak Long tahu setiap kerja dakwah pasti ada halangannya, tetapi sebagai seorang Islam kita tidak boleh berputusasa walau apa pun halangannya. Aqidah orang Melayu di ladang estet itu mesti dipelihara, oleh itu Masjid mesti didirikan.

Di pagi Jumaat awal Januari 1964 Pak Long dan sebahagian komuniti Melayu mula membersihkan tapak Masjid, hampir sebahagian besar pekerja Melayu tidak turun keladang pada hari itu. Kaum ibu juga tidak ketinggalan melakukan kerja-kerja ringan sambil menyediakan sarapan pagi. Namun terdapat juga segelitir pekerja Melayu yang sedari awalnya tidak memberikan kerjasama terhadap usaha-usaha dakwah yang di lakukan oleh Pak Long dan komuniti Melayu . Mereka bukan sahaja memulaukan gotong-royong di pagi itu malah tidak meyokong hasrat komuniti Melayu untuk mendirikan sebuah Masjid. Keadaan ini tidak melemahkan Pak Long dan komuniti Melayu yang lain mereka telah bertekad dan bersatu hati, apa pun yang akan terjadi selepas ini mereka akan hadapi bersama.

Pungutan Dana Masjid

Bagi tujuan pembinaan Masjid Pak Long telah membentuk satu jawatankuasa bagi mencari dana, mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mengutip derma. Kumpulan ini dianggap oleh Pak Long sebagai aktivis Masjid mereka bebas menunggut derma dan mencari penderma. Pak Long sendiri bekerja keras mencari dana bertemu dengan orang-orang kaya di beberapa buah kampong dan juga di kampong bersebelahan di mana tempat beliau sering bersolat Jumaat. Disamping itu juga Pak Long memohon meletakkan tabung Dana Masjid di Masjid-Masjid Bandar, Pejabat Pos dan Pejabat Agama.

Berkat dari kerjasama yang ditunjukkan oleh komuniti Melayu dana yang diperlukan bagi tujuan pembinaan Masjid berjaya dikumpulkan. Kos pembinaan yang diperlukan pada ketika itu tidak begitu besar, harga barang masih murah, sekampit semen pada ketika itu berharga RM 3.50 sahaja begitu juga harga keperluan barang-barang yang lain masih murah. Sementara kos upah kerja tiada, kerana ramai dikalangan komuniti Melayu mahir dalam pertukangan.



Tertegaknya Masjid Di sebuah Ladang Estet 1964

Melihatkan keadaan yang semakin tenang tiada sebarang kekecuhan Pak Long mengadakan pertemuan dengan JKKM bagi membincangkan hari untuk memulakan pembinaan Masjid, dalam perundingan itu mereka bersepakat untuk membina Masjid pada hari Jumaat.

Bertepatan dengan hari dipersetujui sebahagian besar komuniti Melayu mengambil cuti untuk menaikkan kerangka Masjid yang diimpikan. Sementara kaum wanita sibuk membantu menyediakan makan minum dan tidak kurang juga yang membantu mengangkat batu bata bagi meringankan tugas kaum lelaki. Semangat gotong royong pada hari itu begitu terasa syahdu sekali kerana mereka sedar rumah yang sedang didirikan itu adalah rumah Allah. Komuniti Melayu saling bekerjasama dengan penuh semangat silaturrahim dan dengan semangat persaudaraan yang kukuh demi agama yang mereka cintai.

Menjelang tengahari kerja-kerja pembinaan masjid dihentikan seketika kerana mereka perlu menunaikan solat Jumaat di kampong sebelah. Pembinaan Masjid diterus pada sebelah petangnya dan pada hari-hari berikutnya. Hasil berkat kerja sama dari komuniti Melayu masjid yang diimpikan selama ini berjaya disiapkan dalam tempoh seminggu sahaja.

Imam Bilal dan Ahli Jawatankuasa Masjid

Bagi melantik Imam serta Bilal dan juga membentuk ahli jawatkuasa Masjid Pak Long mengada mesyuarat dengan JKKM dan seluruh komuniti Melayu, apa yang istimewanya pada mesyuarat kali ini komuniti Melayu sudah ada tempat yang sangat sesuai untuk mengadakan mesyuarat iaitu Masjid. Sememangnya masjid menjadi tempat bagi orang Islam mengadakan pertemuan, bermesyuarat dan menjalankan berbagai aktiviti sebagaimana fungsinya di zaman nabi s.a.w. Tidak seperti dulu pertemuan terpaksa diadakan di kandang penjagaan kanak-kanak yang mana terpaksa menghidu bau-bauan yang kurang menyenangkan.

Hasil dari mesyuarat tersebut JKKM dan komuniti Melayu mengambil kata sepakat melantik Pak Long sebagai Imam dan Yusof sebagai bilal dan semua ahli JKKM pula dilantik sebagai ahli jawatankuasa Masjid, sementara Imam secara automatik sebagai Pengerusi dan Bilal sebagai Timbalan Pengerusi. Suasana pada petang itu begitu meriah sekali, terutamanya pada diri Pak Long sendiri, diraut wajahnya terpapar rasa kesyukuran yang amat syahdu. Keesokkan harinya Pak Long, Yusof dan Jawatankuasa Masjid pergi ke Jabatan Agama Daerah untuk melaporkan nama-nama yang telah di lantik bagi menjalankan segala aktiviti yang berkaitan dengan agama Islam.

Pada keesokan harinya Pak Long dan Yusof bersama pergi ke Jabatan Agama untuk memaklumkan sebuah masjid telah dibina dan memohon keizinan bagi mendirikan solat Jumaat. Al-Hamdulillah mereka tidak menghadapi sebarang masalah untuk mendapatkan kebenaran kerana pihak Jabatan Agama amat perihatin terhadap masalah komuniti Melayu di ladang estet itu.

Menjelang hari Jumaat berikutnya semua komuniti Melayu mulai berduyun-duyun menuju ke masjid sesetengahnya pulang bekerja lebih awal, maklumlah hari pertama dapat bersolat Jumaat baru. Seluruh komuniti Melayu berasa seronok pada hari itu suasana dirasakan seperti solat sunat hari raya aidilfitri. Bagi Pak Long ia suatu kejayaan yang sangat besar sekali, perjuangannya bersama-sama komuniti Melayu berjaya dibuktikan. Cuma sesekali terfikir di benaknya apakah tindakkan pegurus ladang estet selepas ini, apa pun yang akan berlaku Pak Long hanya berserah kepada Allah Yang Maha Berkuasa.

Tepat masuk waktu zohor Pak Long menyuruh Yusof azan, Yusof lansung ke hadapan dan berdiri di sisi mimber Masjid, kemudian terus melaungkan azan. Suasana di dalam Masjid dapat dirasakan oleh semua jamaah yang hadir. Syahdu sekali rasanya di dalam jiwa apakala mendengar suara azan yang dikumandangkan oleh Yusof, Tak sangka merdu juga suara Yusof sesuai sekali ia diangkat menjadi bilal. Selesai solat sunat qabliah Pak Long bangun menghitung bilangan jamaah yang hadir didapatinya belum mencukupi 40 orang, mengikut hukum fekah diantara syarat sah solat Jumaat ialah bilang jamaah yang hadir mesti 40 orang. Pak Long meminta para jamaah yang ada di dalam masjid supaya bersabar menunggu sehingga bilangannya mencukupi. Mengikut bilangan komuniti Melayu yang bekerja diladang itu ia melebihi 40 orang, jadi Pak Long yakin solat Jumaat boleh didirikan. Namun setelah 10 minit menunggu tiada lagi jamaah yang datang, Pak Long memaklumkan kepada Yusof supaya iqamat dan lakukan solat zuhur sahaja



Imam Turut Berjudi

Kekecewaan hati komuniti Melayu pada hari itu begitu dirasakan kerana mereka gagal menunaikan solat Jumaat hanya kerana disebabkan kekurangan beberapa orang sahaja, padahal pekerja melayu ramai.

Sambil dduduk berbual dengan isterinya Pak Long termenung memikirkan kenapa kehadiran jamaah tidak cukup pada hari itu. Sedangkan bilangan komuniti melayu melebihi 40 orang, kemana perginya sebahagian mereka. Lama juga Pak Long menghitung satu persatu muka-muka yang diingatinya, tidak puashati dengan mengingat diambilnya sebatang pensil dan kertas lalu ditulisnya setiap nama perkerja melayu. Hasilnya dia berjaya mengesan mereka-mereka yang tidak hadir, sambil menangguk-angguk kepalanya dia tersenyum.

Pak Long memanggil Yusof dan Hashim kerumahnya pada malam itu untuk sama-sama membincangkan masalah kehadiran solat Jumaat. Tepat pukul 9.00 malam sampailah Yusof dan Hashim. Pak Long menceritakan kepada Yusof dan Hashim bahawa dia sudah mengetahui siapa-siapa mereka yang tidak hadir solat Jumaat tempoh hari sambil menyebut nama merekat. Mereka berdua sudah saling mengenali siapa nama-nama yang disebut oleh Pak Long tadi sambil memandang antara satu sama lain. Sainin, Wak Giman, Mad, Khamis, Talib, Tukul, Ripin, Surip, Md Zin, Md Sap dan Mardi muka-muka ini siapa yang tak kenal kalau tiba musim terima gaji merekalah orang yang akan menjadi tekong-tekong di meja judi.

Yusof dan Hashim termenung memikir semua nama-nama yang terpapar di kertas itu, sambil itu berlegar di otak mereka macamana nak tarik mereka ini ke Masjid. Mereka tahu semua muka-muka itu terkenal dengan perwatakkan masing masing-masing, tiada siapa yang berani menegur dan merekalah kumpulan manusia yang sedari awalnya langsung tidak memberikan kerjasama semasa Masjid hendak didirikan. Pak Long memaklumkan kepada Yusof dan Hashim supaya jangan risau akan hal ini, yang penting bagaimana cara untuk mendekati mereka ini. Hanya Allah sahaja yang boleh melentur hati-hati mereka, memasuk cahaya hidayah dan taufikNya.

Dalam diam Pak Long merancang strategi bagaimana cara untuk mendekati mereka, hal ini tidak boleh ditangguhkan lagi kerana solat Jumaat mesti didirikan pada minggu berikutnya. Bagi memudahkan tugas yang bakal dilaksanakan Pak Long mengada perbincangkan khusus dengan semua Jawatankuasa Masjid. Pak Long memberikan beberapa pendekatan yang sesuai untuk menarik golongan anti masjid tadi. Diantara ideanya, mereka perlu mendekati golongan ini sambil merapat hubungan silatturahim. Jika perlu ikut rentak mereka kemudian perlahan-perlahan ditanamkan minat mereka ke Masjid. Jawatankuasa masjid berasa serba salah untuk menerima idea Pak Long itu memandangan mereka yang hendak didekati itu memang tidak senang dengan orang agama tetapi rasa keyakinan mereka dengan apa yang dirancangkan oleh Pak Long tetap ada.

Suatu petang Pak Long mengajak Hashim mengikutnya mencari golongan anti agama, kebetulan Yusof kurang sihat dan Pak Long tahu Hashim diantara anak buah Gayong sewaktu menetap di Muar dulu. Puas mencari di seluruh perumahan ladang estet tetapi Pak Long dan Hashim gagal mengesan pusat operasi mereka akhirnya Pak Long menuju ke sebuah kedai runcit yang berhampiran dengan Masjid. Kebetulan pekerja kedai rucit tesebut sahaja yang ada, tuan punya kedai telah keluar. Ah Choi pekerja kedai tersebut terperanjat apabila melihat Pak Long dan Hashim masuk kedai dan menanyakan orang-orang yang dicari, Dengan suara terketar-ketar Ah Choi memberi tahu kesemua orang yang di cari itu sedang seronok berjudi di loteng. Pak Long menenangkan Ah Choi dengan memaklumkannya bahawa kedatangnya kesitu bukan hendak membuat kacau tetapi sedang mencari kawan-kawannya. Pak Long mohon izin naik ke atas, Ah Choi hanya mengangguk, sampai di atas mereka dapati golongan anti masjid ini sedang asyik berjudi, hinggakan tidak sedar akan kehadiran Pak Long berdua.

Setelah hampir satu minit memerhatikan keseronokkan golongan anti agama itu berjudi barulah Pak Long menyapa salah seorang dari mereka iaitu si Talib. Terperanjat kucing siTalib daun terup dijarinya tercampak diantara kawan-kawan yang berjudi. SiGiman, siTukul dan siKhamis turut tergamam sama. Sementera yang lainnya bertempiaran melarikan diri umpama tikus dikejar kucing, dengan nada yang serius Pak Long menanyakan di mana tekong mereka siSinin, kebetulan pula ketua kumpulan anti agama siSainin tidak ada bersama ketika itu. Selepas memberikan nasihat dan meminta mereka datang ke Masjid solat Jumaat di minggu hadapan Pak Long dan Hasyim pun beredar dari situ.

Selang beberapa jam sahaja sahaja siSainin raja judi sudah mengetahui sarang tempat dia dan kawan-kawannya berjudi telah diserbu oleh Pak Long dan Hasyim. Marahnya bukan kepalang maki hamunNya terhadap Pak Long dilepaskannya kepada kawan-kawannya yang lain, tiada seorang pun yang berani mengangkat muka. Dengan nada yang marah dia mencabar Pak Long datang Lagi ke sarang judinya itu, supaya dapat bersemuka. Sambil itu dia mengarahkan kawan-kawannya supaya meneruskan aktiviti mereka seperti biasa dan berjanji akan ada bersama pada hari esok. SiGiman, Talib dan lain-lain berpandangan diantara satu sama lain, mereka sudah faham sikap panas baran siSainin, tiada guna kalau dinasihatkan pada ketika itu.

Keesokan harinya seperti biasa semua pekerja ladang estet menjalankan rutin kehidupan mereka seperti biasa. Pak Long dan beberapa kerat jawatankuasa Masjid berjamaah pagi itu, kemudian barulah merka menuju ke ladang getah megikut lot-lot yang telah di tetapkan. Selesai menoreh seperti biasa Pak Long menjamah jemput-jemput goreng yang dibekalkan oleh isterinya. Sekonyong-konyong datang Hashim dan Yusof singgah di lot Pak Long, Pak Long memperlawa mereka menjamah jemput-jemput yang dibawanya. Sambil makan Hashim memaklumkan bahawa Sainin begitu marah dengan Pak Long, dan mahu berjumpa dengannya. Pak Long hanya tersenyum sambil mengangguk-anggukan kepalanya, dia kenal sangat dengan kepala batu Sainin tiada siapa yang berani memberi nasihat kepadanya apatah lagi membantah cakapnya. Pak Long meminta Hashim dan Yusof menemannya ke kedai runcit pada petang tersebut kerana dia yakin Sainin pasti ada di situ.

Seperti yang dirancangkan selepas menunaikan solat asar mereka bertiga menuju ke kedai runcit, kebetulan tauke kedai runcit tersebut masih ada di kedainya. Secara sopan Pak Long meminta izin untuk naik ke loteng, tauke kedai yang sudah dimaklumkan oleh Ah Choi apa yang berlaku semalam mengangguk sahaja, lagi pun dia tahu tujuan kedatang Pak long bertiga. Sampai di loteng semua kumpulan anti agama itu sedang asyik berjudi kebetulan gaji pulak baru dua hari diterima jadi poket masih berisi. Secara sopan Pak Long memberi salam kepada semua kaki judi tersebut, kali ini mereka hanya terkejut biasa sahaja kerana ketua mereka Sainin ada bersama. Tapi perasaan takut tetap bermain dihati Giman dan Talib kerana mereka bimbang akan jadi pergaduhan diantara Pak Long dan Sainin. Tidak seorang pun yang tahu kehebatan Pak Long dalam bermain silat, kecuali mereka berdua sahaja yang mengenali latar belakang Pak Long. Sayangnya mereka tidak rapat dengan Pak Long kerana tidak pandai dalam hal agama, hatta cara nak solat pun mereka tak tahu, sebab itu Sainin mudah mempengaruhi mereka.

Menyedari kehadiran Pak Long, Hashim dan Yusof, Sainin terus menegur mereka sambil mempelawa Pak Long berjudi bersama mereka. Mendengar kata-kata Sainin itu Yusof berasa geram rasa nak ditumbuknya muka Sainin. Diawalnya Pak Long tidak menghiraukan perlawaan Sainin itu, tetapi apabila Pak long mendiamkan diri Sainin terus mencabarnya. Pak Long tersenyum sambil matanya menatap tepat kemuka Sainin. Pak Long mengangguk-anggukkan kepalanya tanda menerima perlawaan Sainin. Pak Long tidak akan melakukan sesuatu kecuali sudah memohon pertunjuk dari Allah Yang Maha Mengetahui. Melihat Pak Long duduk bersebelahan Sainin sambil mengeluarkan duit dari poket bajunya semua yang berada disitu tergamam seperti dipukau seolah-olah tidak percaya apa yang sedang mereka lihat, termasuklah Hashim dan Yusof. Tetapi sebelum memulakan perjudian itu Pak Long meminta Sainin memenuhi syaratnya, iaitu selepas berjudi dia dan semua kawan-kawannya mesti mengikut Pak Long ke Masjid pula tanpa mengira siapa menang atau kalah. Seawalnya Sainin berat untuk bersetuju dengan syarat Pak Long itu tetapi akhirnya dia bersetuju sebab dia sudah ada tipu muslihatnya sendiri.

Setengah jam berlalu pemainan judi semakin rancak tanpa diduga permainan tersebut diunguli oleh Pak Long, tujuh kali kocopan memihak kepada Pak long. Terperanjat Giman dan Talib Pak Long boleh memenangi tujuh pusingan, sementara sainin hanya berdiam diri sahaja memikirkan seorang Imam handal bermain terup. Hari semakin menyinsing waktu sudah menunjuk pukul 6.30, Sainin semakin risau poketnya yang tadi boncet dengan puluhan ringgit yang baru dimenangi dari kawan-kawannya tadi kini berpindah ke tangan Pak Long. Hairan betul dia macamana Pak Long boleh memenangi permainan judi itu padahal disitu dialah yang tercekap sekali dalam permainan judi. Apatah lagi loteng itu sudah seperti markaznya dialah yang menguasai sarang perjudian itu selama ini, semua pengikutnya akan tersungkur kalah bila berjudi dengannya. Hashim dan Yusof juga kehairanan melihat kemahiran Pak Long seolah-olah Pak Long sudah biasa dengan permainan daun terup. Merasakan dia akan kalah teruk Sainin mencari alasan untuk keluar dari loteng. Begitu juga dengan Giman, Talib dan Khamis mereka bertiga sudah kalah teruk ditangan Pak Long.

Melihatkan keresahan di wajah Sainin Pak Long merasakan elok sahaja dia tamatkan permainan judi tersebut dan waktu maghrib pun hampir masuk. Lega betul hati Sainin dan pengikutnya kerana poket mereka semangkin kempis. Sebagaimana syarat yang dipersetujui diawal tadi Sainin dan semua pengikutnya harus mengikut Pak Long ke Masjid lebih-lebih lagi mereka sudah kalah teruk ditangan Pak Long. Mahu tak mahu mereka semua terpaksa akur dengan syarat yang telah dipersetujui. Dalam perjalanan ke Masjid Yusof dan Hashim berbisik diantara satu sama lain, memikirkan duit yang baru dimenangi oleh Pak Long itu. Takkanlah seorang Imam nak makan duit hasil judi, kalau diketahui oleh semua komuniti Melayu Pak Imam main judi hura-hara dibuatnya,. Akhirnya mereka memberanikan mengingatkan Pak Long berkaitan dengan duit judi tersebut, Pak Long sekadar tersenyum sahaja dan faham maksud mereka.

Sampai Di Masjid semua dimita mengambil wuduk, melihat gelagat mereka mengambil wuduk Hashim dan Yusof mengeleng kepala, budak darjah satu pun lebih tahu cara mengambil wuduk yang betul. Masuk saja waktu maghrib Yusof pun melaungkan azan, Pak Long mengarahkan Sainin dan semua pengikutnya membentang sajadah. Pak Long begitu gembira pada hari itu kerana berjaya menarik mereka yang anti agama solat berjamaah bersama. Selesai sahaja solat dan berdo’a Pak Long memandang ke arah semua jamaah barunya itu satu persatu tiba-tiba pandangannya terhenti dilihatnya Sainin tiada dalam saf. Semua mata turut memandang ke arah yang sama terkejut melihat Sainin dah lesap entah kemana. Pak Long sekadar mengiling kepalanya, dalam hatinya berkata keras juga hati siSainin.

Pak Long meminta semua pengikut Sainin duduk berdekatan dengannya, Giman, Talib, Kahmis, Mad, Tukul Ripin, Surip, Mad Sap, Mardi dan Md Zin. Pak Long memaklumkan kepada mereka semua bahawa dia tiada niat yang bersungguh-sungguh untuk bermain judi, tetapi lebih kepada untuk berkawan dan menarik mereka semua kepada masjid. Sepanjang waktu tersebut Pak Long banyak memberi nasihat kepada mereka semua tentang bahayanya judi, mereka mesti meninggalkan perbuatan yang dikutuk agama Islam itu dan bertaubat. Mereka sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak muda yang lain supaya masa depan keluarga masing-masing selamat dunia dan akhirat. Di akhir tazkirah tersebut Pak Long memulangkan semula semua duit yang dimenanginya dalam permainan judi tadi. Terkejut pengikut Sainin, semuanya menanggis dan memeluk Pak Long sambil meminta maaf akan kesilapan mereka selama ini dan berjanji berhenti dari berjudi. Melihat keadaan yang penuh syahdu itu barulah Yusof dan Hashim memahami segala perbuatan Pak Long tadi, teringat mereka akan idea Pak Long yang menyuruh semua jawatankuasa masjid mendekati dan berkawan dengan mereka yang anti agama.

Selepas menunaikan solat Isyak Pak Long berpesan sekali lagi kepada mereka semua supaya datang berjamaah di Masjid pada setiap waktu Maghrib dan Isyak. Mereka semua mengangguk setuju malah berjanji akan datang bersolat Jumaat pada minggu berikutnya. Pak Long dapat merasakan mereka tersesat sebelum ini kerana tidak ada orang yang sanggup menegur kesilapan mereka. Keadaan persekitaran juga menjadi penyebab kepada berlakunya budaya judi dan menonggak arak di kalangan pekerja ladang estet, Dengan adanya Masjid Pak Long yakin komuniti Melayu boleh dibentuk ke arah hidup yang lebih baik lagi. Perpisahan mereka pada malam itu sangat menghibakan masing-masing menyedari kesilapan sendiri dan bersedia memperbaikinya. Dalam perjalanan pulang Pak Long Meminta Yusof dan Hashim termasuk juga jawatankuasa Masjid yang lain supaya sentiasa memantau mereka-mereka yang sudah kembali kepangkal jalan. Namun apa yang menjadi kemusykilan Pak Long ialah kemana menghilangnya Sainin, seawalnya sudah berada dalam saf jamaah dengan sekelip mata sahaja menghilangkan diri.


Sainin Raja Judi Estet Insaf

Masjid ladang estet mulai didatangi komuniti Melayu berjamaah bersama solat Maghrib dan Isyak kebanyakannya kaum lelaki dan kanak-kanak sahaja. Menyedari banyaknya kekurangan yang perlu diperbaiki di dalam masalah solat Pak Long membuka kelas bertujuan membimbing mereka yang tidak faham hal-hal yang berkaitan dengan fardu ‘ain. Al-Hamdulillah semua pengikut Sainin benar-benar telah bertaubat mereka tidak lagi mengujungi loteng kedai runcit. Tapi yang paling gembira sekali ialah isteri-isteri mereka, apabila melihat suami-suami mereka sudah insaf dan kerap berada di rumah. Selama ini tiada siapa yang berani menegur kesilapan suami-suami mereka.

Selesai menunaikan solat Isyak Pak Long pulang ke rumah berihat sambil memerhatikan anak-anaknya yang sedang menyiapkan kerja-kerja sekolah. Tak lama kemudian isterinya keluar membawa air kopi panas yang menjadi kegemarannya. Sedang Pak Long asyik memerhatikan anak-anaknya menyiapkan kerja sekolah, kedengaran bunyi motor berhenti di depan rumahnya. Kalau bunyi enjin motor Yusof atau Hashim Pak Long sudah boleh mengagaknya, tapi bunyi enjin motor yang ini sukar untuk dia meneka siapa yang datang. Sebaik sahaja mendengar orang memberi salam Pak Long pantas bergegas ke pintu rumah untuk memastikan siapa yang datang . Setelah daun pintu dikuak terpacak tubuh Sainin dan isterinya di depan rumah. Tanpa melingahkan masa Pak Long mempelawa Sainin dan isterinya masuk ke dalam. Sementara itu Pak Long menyuruh anak-anaknya menyiapkan kerja sekolah di dalam bilik.

Menyedari kehadiran Sainin dan isterinya, isteri Pak Long bergegas keluar menyambut kedatangan mereka berdua. Walau pun mereka tinggal di tempat yang sama tapi boleh dikatakan isteri Pak Long dan Sainin jarang bertemu diantara satu sama lain kecuali di setor penimbang, ini disebabkan Sainin tidak membenarkan isterinya keluar dari rumah sesuka hati tanpa izinnya. Hatta ada kematian pun isterinya tidak dibenarkan keluar rumah apatah lagi untuk keluar berkunjung kerumah jiran-jiran terdekat. Kebetulan rumah mereka berjauhan sedikit.

Selang beberapa minit Sainin memaklumkan tujuan kedatangannya, dia memohon maaf kepada Pak Long terhadap peristewa yang terjadi di kedai runcit. Begitu juga selama ini dia dan kawan-kawannya tidak memberikan kerjasama semasa komuniti Melayu bersusah payah menghadapi tekanan. Selama ini dia berasa dirinya hebat, berjudi tiada yang boleh mengalahkannya kawan yang sekepala dengannya memang takut untuk menegur apatah lagi mengatakannya menipu dalam berjudi. Sainin mengakui dia banyak menipu kawan-kawannya semasa berjudi, apabila mereka kalah teruk dia akan meminjamkan balik duit tersebut dan mengenakan bunga, yang disebut sepuluh tiga. Tetapi apabila dia kalah teruk di tangan Pak Long baru dia sedar bahawa ada orang yang boleh mengalahkannya, tetapi tidak pula mengamalkan kerja-kerja yang dilarang agama itu. Inilah yang membuatkan Sainin sedar dan insaf dari kedegilan hati dan kekerasan kepalanya.

Berkaitan dengan dia menghilangkan diri pada malam tersebut Sainin menjelaskan dia malu nak bersolat bersama pada malam itu kerana dia memang tidak tahu lansung dengan hal-hal yang berkaitan dengan solat. Ini kerana dia tidak pernah mendapat bimbingan agama apatah lagi bersolat, sejak dari kecil hidupnya terbiar kerana kedua ibubapanya berpisah. Kedatangannya pada hari itu atas kesedarannya sendiri dan kini dia berasa insaf dan ingin berubah. Disamping itu dia ingin mempelajari ilmu agama dan mohon bimbingan dari Pak Long. Mendengar semua penjelasan dari Sainin Pak Long mengangguk-anggukkan kepalanya memberikan isyarat respon terhadap luahan hatinya itu.

Pak Long berasa lega melihat angin perubahan yang berlaku pada diri Sainin, walau pun dia tahu siapa Sainin selama ini. Apa pekerjaan jahat yang tidak pernah di lakukan olehnya sejak mula bekerja di ladang estet tersebut. Pak Long mengetahui dari rakan-rakannya yang lain, tetapi tidak pernah di hebahkan keburukkan Sainin itu demi menjaga maruahnya. Atas rasa tanggongjawab sebagai Imam di situ Pak Long memaafkan semua kesilapan terdahulu yang pernah dilakukan oleh Sainin terhadapnya dan bersedia membimbingnya ke arah jalan yang lurus. Segala-galanya terletak di atas keikhlasan hatinya untuk berubah dan sejauh mana dia bersungguh-sungguh melakukan perubahan itu. Namun Pak Long dapat merasakan kedatangan Sainin kerumahnya pada malam itu disertai dengan kesedaran yang mendalam dan ketelusan hatinya sendiri. Dengan kembalinya Sainin ke pangkal jalan Pak Long dapat merasakan bahawa seluruh komuniti Melayu sudah bersatu di bawah satu ikat persaudaraan yang kuat. Seperkara yang penting ialah orang Melayu harus berkerja dengan tekun bagi meningkatkankan lagi produktiviti ladang estet supaya hasil kerja mereka memperolehi upahan lebih lumayan. Bagi Pak Long kemelut yang dihadapi dalam komuniti Melayui sudah berjaya diatasi dan kini harapannya ialah pihak pengurus ladang estet bersedia menerima segala kebaikan yang di lakukan oleh orang komuniti Melayu. Orang Melayu telah banyak memberikan sumbangan tenaga mereka bagi meningkatkan lagi produktivi ladang estet. Dalam masa yang sama sebagai penganut agama Islam komuniti Melayu juga perlu kepada sebuah Masjid untuk tujuan beribadah kepada Tuhan Yang Maha Esa.


Khutbah Dan Solat Jumaat Pertama

Januari 1964 hari yang penuh bererti bagi seluruh komuniti Melayu ladang estet, buat kali pertama kalinya mereka dapat mendirikan solat Jumaat. Suasana pada hari itu bagaikan solat sunat hari raya, keceriaan jelas terpapar di wajah mereka. Suasana inilah yang ingin dilihat oleh Pak Long sebagaimana yang pernah di rasai semasa hidup membesar di kampongnya di Bukit Pasir Muar.

Berduyun-duyun komuniti melayu datang melangkah ke Masjid terdiri dari orang-orang dewasa dikuti remaja dan kanak-kanak. Selaku Imam dan Bilal Pak Long dan Yusof telah tiba lebih awal lagi termasuk Hashim selaku noja Masjid. Menjelang jam 1.00 tengahari sebahagian dewan Masjid mulai dipenuhi para jamaah, cuma yang belum kelihatan Sainin sahaja tetapi untuk membolehkan solat fardhu Jumaat sudah memenuhi syarat. Tepat pukul 1.10 minit tengahari Yusof melaungkan azan menandakan waktu zohor sudah masuk namun kelibat Sainin belum juga kelihatan lagi. Sesekali Pak Long menjengokkan kepalanya ke tingkap Masjid untuk melihat kalau-kalau Sainin dah sampai. Selesai sahaja Yusof melaungkan azan kedengaran bunyi enjin motor Yamaha berhenti di hadapan Masjid. Semua jamaah masjid terutama pengikut-pengikut setianya dulu dapat mengagak orang yang baru sahaja sampai tadi adalah Sainin. Pak Long yang sedari tadi memamg menunggu kehadhiran Sainin bangun menyambutnya, melihatkan Pak Long sendiri menyambut Sainin semua jamaah turut bangun menyambut dan bersalaman dengan Sainin. Sebak rasa hati Sainin melihat para Jemaah bangun menyambut kedatangannya, tanpa disedari air matanya mengalir di pipi.

Dalam khutbah pertama Pak Long banyak menekankan semangat persaudaraan sesama Islam, saling bekerjasama dan saling maaf memaafkan diantara satu sama lain. Selain itu Pak Long juga menekankan kepentingan menjaga solat fardhu dan kebaikan melakukan amal jariah, bersedekah dan saling hormat menghormati dengan mereka yang berlainan agama. Khutbah pada hari itu diakhiri dengan pesanan taqwa dan do’a untuk kaum muslimin dan muslimat. Selesai sahaja khutbah mereka mendirikan solat Jumaat bersama dengan diImamkan oleh Pak Long. Selesai menunai solat Jumaat Pak Long meminta Jawatankuasa Masjid tunggu sebentar kerana ada perkara yang perlu dibincangkan.


Pembinaan Masjid Mendapatkan Keizinan

Keizinan dari pengurus ladang estet mesti di perolehi jika tidak hubungan diantara pekerja dan pihak pengurus ladang estet akan bertambah rengang. Untuk itu diantara perkara penting yang sedang difikirkan oleh Pak Long ialah menghantar beberapa orang wakil untuk bertemu dengan pihak pengurus ladang estet. Jawatankuasa masjid bersetuju melantik Pak Long Yusof, Hashim dan Kasim untuk pergi berunding dengan pihak pengurus.

Seperti yang telah ditetapkan Mereka berempat mengadakan pertemuan dengan pihak pengurus ladang, tetapi pertemuan itu tidak dibuat di pejabatnya. Mereka memohon izin untuk mengadakan pertemuan di rumah pengurus supaya perbincangan lebih terbuka dan dalam suasana yang mesra. Bagi Pak Long sebelum bertolak ke rumah pengurus dia terlebih dahulu memohon pertunjuk dari Allah semuga perbincangan mereka nanti berjalan dengan baik. Masjid yang ditegak diatas keberanian dan ketegasan Komuniti Melayu perlu dipertahankan sementara tapaknya perlu mendapat keizinan. Sebab itu Pak Long berharap perbincangan itu nanti berakhir dengan keputusan yang positif. Setelah semua ketetapan diambil mereka mengada pertemuan dengan pengurus ladang estet pada sebelah malam selepas solat fardhu Isyak. Dalam perbincangan itu Pak Long lebih banyak memberikan pandangan dan tujuan mengapa komuniti Melayu perlu kepada sebuah Masjid. Komuniti Melayu juga memberi jaminan mereka tetap menghormati kaum yang lain dan tiada unsur perkauman ditimbulkan dalam masyrakat yang berbilang bangsa dalam ladang estet tersebut. Mereka akan saling hormat menghormati diantara satu sama lain malah akan saling bantu membantu jika keadaan memerlukan. Selain itu mereka juga memohon maaf kerana mendirikan Masjid tanpa mendapat kebenaran dari pihak pengurusan estet terlebih dahulu.

Setelah mendengar semua pandangan dari jawatkuasa Masjid, pengurus ladang estet bersetuju mengajukan permohonan komuniti Melayu itu kepada tuan empunya ladang estet. Seorang pengurus ladang hanya mengurus segala hal yang berkaitan dengan produktiviti hasil ladang, mentadbir dan mengambil tahu kebajikan pekerja ladang. Hal yang berkaitan dengan tanah dan pembinaan bangunan diluar bidang kuasanya. Ini kerana tanah tersebut kepunyaan orang perseorangan. Walaubagaimana pun komuniti Melayu boleh memohon untuk membina rumah ibadat, namun begitu mereka perlu ingat hubungan antara kaum perlu dijaga..

Selepas dua minggu pertemuan diadakan pihak pengurus ladang estet memanggil Pak Long supaya hadir ke pejabat. Perasaan berdebar tetap bermain di hati Pak Long apakah tujuan pihak pengurus ladang estet memanggilnya. Untuk tidak berasa keseorangan Pak Long mengajak Hashim menemannya pada hari itu. Setiba sahaja di pejabat hanya Pak Long sahaja dibenarkan masuk, sementara Hashim terpaksa menunggu di luar. Pak Long masuk bertemu dengan pengurus ladang estet dengan penuh tawakkal kepada Allah. Sebaik sahaja di pelawa duduk pengurus ladang estet menyerah sepucuk surat yang diterima dari tuan punya ladang estet supaya Pak Long membacanya. Berdebar perasaannya sewaktu menerima surat tersebut, apakah dia akan diberhentikan kerja dan diarahkan keluar dari ladang estet tersebut. Tetapi setelah dibacanya baris demi baris kandungan surat yang diterimanya itu terhenti matanya pada ayat yang berbunyi “ Pihak komuniti Melayu diberi keizinan mendirikan masjid untuk tujuan beribadat ”. Alangkah gembiranya Pak Long pada saat itu, seandainya dia remaja sudah pasti dia akan melompat untuk melahirkan rasa kegembiraannya. Bagi melahirkan rasa gembiranya pak Long bangun dan terus memelok pengurus ladang estet sambil mulutnya tidak putus-putus melafazkan kata-kata terima kasih. Pengurus ladang estet juga mengucap tahniah kepada Pak Long dan berterima kasih pada Pak Long kerana berjaya menyatukan orang-orang Melayu dan memberikan semangat kepada komuniti Melayu untuk bekerja dengan lebih tekun di ladang estet tersebut.

Selepas mengucapkan terima kasih kepada pengurus ladang estet Pak Long keluar untuk pulang ke rumah, melihat Pak Long tersenyum lebar Hashim berasa hairan kerana dia tidak tahu apa yang berlaku di dalam pejabat tadi. Langsung Pak Long memaklumkan kepada Hashim kandungan surat yang ada ditangannya, mendengar kata-kata Pak Long itu Hashim pun turut gembira. Pak Long meminta Hashim memaklumkan kepada semua jawatkuasa supaya hadir ke Masjid kerana dia mahu mengadakan mesyuarat. Tetapi hashim tak perlu beritahu dahulu berkaitan dengan surat keizinan itu kerana Pak Long ingin membuat kejutan. Mesyuarat dimulakan sebaik sahaja semua jamaah selesai menunaikan solat sunat selepas Isyak. Diawal ucapannya Pak Long memaklumkan komuniti Melayu perlu mengadakan gotong-royong sekali lagi bagi melahirkan rasa syukur. Majlis do’a selamat dan perasmian akan diadakan pada minggu hadapan di samping itu jawatankuasa akan membuat gotong-royong untuk mengecat Masjid. Diakhir ucapannya komuniti Melayu ingin mengucap terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pengurus ladang estet kerana telah membantu komuniti Melayu mendapatkan keizinan membina Masjid di ladang estet itu. Mendengar ucap itu semua jawatankuasa Masjid terkejut dan berasa gembira kerana ini merupakan kejayaan kedua hasil dari usaha yang di lakukan oleh komuniti Melayu.

Bertepatan dengan tarikh yang telah di persetujui bersama, jawatankuasa Masjid mengadaka Majlis Perasmian Masjid ladang estet. Seperti yang telah diputuskan Tok Penghulu Mukim diundang bagi menyempurnakan majlis perasmian tersebut dan ia diberi nama Masjid Ladang Estet 1964 . Dalam ucapannya Tok Penghulu menasihatkan komuniti Melayu agar bersyukur dengan nikmat yang telah diperolehi dan hendaklah menghidupkan aktiviti Masjid disamping itu menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat setempat serta taat kepada kepimpinan yang ada.

Sekian.
Wassalam. Wbrkt.

No comments: