Friday, April 6, 2012

KENALI FAHAMAN WAHABI (AL-TABDI’)

HAKIKAT SEBENAR FAHAMAN AL-WAHABIYYAH (AL-TABDI')

Sejak kebelakang ini lahir pelbagai aliran pemikiran dalam memahami Islam sebagai satu cara hidup. Lantaran itu, kita begitu ghairah mencari identity Islam sebagai satu cara hidup yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Adakalanya selari dengan Islam dan adakalanya aliran pemikiran tersebut “ LARI ” dari penghayatan Islam yang sebenar. Sehingga ada kalangan saudara kita mendakwa bahawa pegangan, fahaman dan sikap mereka sahaja yang benar. Sementara pegangan, fahaman dan sikap orang lain dianggap menyeleweng. Bahkan dituduh sebagai sesat, mengamalkan kurafat melakukan syirik dan sebagainya.

Ekoran itu, berlaku aktiviti tuduh menuduh, fitnah memfitnah dan terdapat satu golongan yang menuduh, fitnah memfitnah dan mudah mengkafirkan muslim lain yang tidak sealiran aqidah dengan mereka. Senario ini bukan sahaja melibatkan ahli akademik dan professional tetapi turut mendatangkan kerancuan kepada masyarakat awam kita. Masyarakat semakin bingung, keliru dan buntu. Akhirnya umat Islam kita berpecah menurut ideologi dan fahaman masing-masing. Walau pun kita satu agama, sayangnya fahaman dan sikap dan tindakan kita berbeza.

Perbicangan kita pada taufik ini bertujuan mengungkap berkaitan dengan latarbelakang permasalahan, membentuk fahaman sekaligus mencerna pendirian dalam menghadapi isu ini. Khususnya dalam memahami fahaman “ Al-Wahabiyyah ” atau dengan kata lain fahaman “ al-Tabdi’ ”. Ini kerana isu ini mendapat tempat secara meluas samada di television, radio, akhbar dan majalah, oleh itu kita harus berlapang dada dalam membincangkan taufik hangat ini demi kebaikkan masyarakat khususnya umat Islam.


Definisi

Al-Wahhabiy merupa satu fahaman atau aliran pemikiran yang dinisbahkan kepada pengasasnya Syeikh Muhamad b Abd al-Wahab (115H – 1206H). Terdapat sesetengah pihak ingkar akan penisbahan ini. Namun hakikat penisbahan ini sudah di perakui fakta sejarah dan para alim-ulamak. Buktinya Syeikh Sulaiman b. Abd Wahab (abangnya) sendiri menjustifikasikan fahaman Muhamad Abd Wahab ini sebagai Wahhabiyyah menerusi kitabnya yang berjudul “ Sawa’iq al-Ilahiyyah fi rad ‘ala al-Wahhabiyyah”. Sementara ayahnya pula menyifatkan fahaman anaknya Muhamad bin Abd Wahab itu 'Dengan satu kejahatan' yang terbit daripadanya.

Penisbahan ini juga muncul dari kalangan masyarakat tempatan yang bertentangan pendapat dengannya dengan mengelarkannya Ibn Abd Wahab. Gelaran ini menjadi sinonim dengan terbitnya panggilan al-Wahhabi. Tetapi apa bila beliau memperagakan akidah al-Salaf menurut kacamatanya, maka kita katakan “al-Salafiyyah al-Wahhabiyyah”, sementara pengikutnya yang terpengaruh dengan fahaman ini di panggil “al-Wahhabiyyah.” terdapat juga ulamak yang menggelarkan fahaman Wahhabiyyah ini dengan fahaman al-Khawarij. Maka di sinilah bermulanya episode penisbahan fahaman dan gerakkan ini terhadapnya hingga ke saat ini.

Fahaman ini muncul hasil responbiliti beliau terhadap Isu-Isu Agama yang berlaku pada waktu itu. Asasnya ialah kerana beliau begitu fanatik terhadap pendapat keras al-Hanabilah, pendapat Syeikh Ibn Taimiyyah dan ditambah dengan pendapatnya sendiri yang menganggap dirinya layak sebagai tajdid agama. Sekali pun pendapatnya itu ditentang oleh bapanya sendiri, beliau tetap berkeras dengan pemahaman dan pendekatannya itu.

Kesimpulannya, samada penisbahan itu tepat atau tidak bukan soalnya, ini kerana penisbahan fahaman Muhamad Abd Wahhab dengan panggilan tidak ada salahnya disebabkan telah menjadi lumrah setiap tindakkan sianak dinisbahkan kepada bapa, datuk moyang atau keturunnan. Sebagaimana penisbahan mazhab Nukman bin Thabit kepada al-Hanafi, penisbahan mazhab Muhamad bin Idris kepada al-Syafie dan lain-lain lagi. Perkara mustahak ialah penisbahan seperti ini adalah sesuatu yang diterima umum

Namun apa yang penting adalah pemahaman dan aliran pemikiran yang dibawanya. Apabila diteliti dan dikaji, jelas pemahaman al-Wahabiyyah menjadikan pendekatan al-Tabdi’ sebagai teras dalam mencapai misi dakwah mereka. Maka dengan itu fahaman ini lebih tepat untuk dinamakan dengan fahaman al-Tabdi’. Iaitu satu fahaman yang menghukum bid’ah kepada golongan yang tidak selari dengan pandangan mereka. Samada di dalam ruang akidah, syari’ah, akhlak mahu pun muamalat.


Firasat Ulamak Tentang Muhamad Abdul Wahhab

Imam al-Habib al-Alwi bin Hassan bin Sohibur Ratib Habib Abdullah al-Hadad dalam kitabnya “Misbul Anam” (m/s 15) menceritakan seperti berikut:

“ Aku telah diberitahu seorang Tua yang bersinar wajahnya kerana kesolehannya dan sudah melebihi 80 tahun umurnya. Beliau seorang pemuka kita keluarga Abu Alwi yang lahir dan membesar di Makkah dan kerap berulang alik ke Madinah. Nama bemuse bin Hasan bin Ahmad Alwi dari keturunnan Sayyidina ‘uqail bin Salim, saudra Sayyidina Quthubus-Syahir al-Syaikhul Kabir Abu Bakar bin Salim. Beliau berkata “ aku dahulu berada di Madinah belajar kepada al-Syaikh Muhamad Hayat (al-Sindi al-Madani). Muhamad bin Abd Wahab (al-Wahhabiy) juga berulang-alik ke majlis ilmu Syaikh Muhamad Hayat seperti murid lainnya. Aku mendengar daripada orang-orang soleh dan ulamak, sebagai kasyaf daripada mereka, firasat mereka mengenai Muhamad bin al-Wahab dimana mereka menyatakan bahawa dia akan sesat dan menyesatkan Allah dengannya, orang yang dijauhkan dari rahmatnya dan yang dibinasakanNya.

Dan demikianlah yang telah berlaku (firasat mereka telah menjadi kenyataan) sehingga syeikh Abd Wahhab, bapa kepada Muhamad bin Abdul Wahhab juga berfirasat sedemikian rupa terhadap anaknya, dia telah menasihati dan mengkritik anaknya serta memperingati orang lain berhubung dengan sikap anaknya itu.

Diantara ulamak yang mempunyai firasat yang sama ialah Syeikh Muhamad Hayat al-Sindi dan Syeikh Muhamad Sulaiman al-Kurdi al-Madani al-Syafi’e.

Syeikh Sayyid Ahmad Zaini Dahlan menceritakan berhubung dengan firasat Syeikh Muhamad sulaiman al-kurdi dalam kitab-kitabnya. Perlu dimaklumkan di sini bahawa Syeikh Ahmad Zaini Dahlan mempunyai sanad riwayat daripada Syeikh Muhamad Sulaiman al-Kurdi sebagaimana berikut:

“ Sayidi Ahmad Zaini Dahlan daripada Muhaddis Syam Syeikh Abdul Rahman al-Kuzbariy daripada al-Hafiz al-Hujjah Abdullah al-Kurdi al-Madani daripada al-Muhaddis al-Musnid Syeikh Muhamad bin Sulaiman al-Kurdi al-Madani.”

Dalam isu Muhamad bin Abdul Wahab tidak ada lansung Syeikh Abdul Rahman al-Kuzbariy menolak kata Syeikh Sulaiman al-Kurdi dan beliau adalah tokoh utama dalam bidang periwayatan hadith yang terkenal dalam dunia Islam.

Kesimpulannya perawi-perawi tersebut adalah orang yang dipercayai dan tidak berbohong. Syeikh Sulaiman al-kurdi bukan sahaja berfirasat mengenai Muhamad bin Abdul Wahhab, tetapi telah setelah zahir fitnah Muhamad bin Abdul Wahab beliau telah ditanya mengenainya dan membuat jawapan untuk menolak ajaran Muhamad bin Abdul Wahhab.

Kitab yang ditulis oleh Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab al-Hanbali, saudara kandung Muhamad bin Abdul Wahhab, yang berjodol “Syawa’Iqul Ilahiyyah” sudah cukup membuktikan penyelewengan muhamad bin Abdul Wahab dan sekali gus membuktikan kebenaran firasat para ulamak dan solihin di atas. Inikan pula faktanya bukan syeikh Sulaiman shaja yang menceritakan kesesatan Muhamad bin Abdul Wahab tetapi ramai lagi ulama sehingga Habib Alwi al-Hadad menulis dalam “Misbul Anam” (m/s 3) membuat kesimpulan bahawa kesesatan Muhamad bin Abdul Wahab telah disampaikan oleh ramai ulamak secara tawatur dalam tulisan-tulisan mereka daripada orang-orang thiqah dari kalangan ulamak-ul-akhyar (terpilih) dan selain mereka yang telah melihat dengan mata mereka sendiri dan mendengar dengan telinga mereka sendiri akan kesesatan Muhamad bin Abdul Wahhab dan pengikut-pengikutnya dan juga tulisan-tulisan, perkataan, perbuatan dan perintah Muhamad bin Abdul Wahhab dan pengikut-pengikutnya.

Sememangnya firasat bukan hujjah, tetapi tidak boleh diketepikan mentah-mentah. Apatah lagi, jika ada qarinah lain membuktikan kebenaran firasat tersebut. Ingat junjungan nabi s.a.w. bersabda dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi dan Imam al-Tabrani, maksudnya: Takutilah firasat orang mukmin, kerana bahawasanya dia memandang dengan cahaya Allah.

No comments: