Tuesday, April 17, 2012

PERPECAHAN UMMAH SELEPAS KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W

Perpecahan umat Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. sesuatu yang tidak dapat dinafikan.
Fahaman-fahaman seperti syi’ah, Khawarij, Mu’tazilah, Qadariah, Jabariah, Mujassimah, Bahaiyyah, Ahmadiah, Wahabiyyah dan lain-lain adalah diantara fahaman-fahaman yang disebut dalam kitab-kitab Usuluddin.
Bagi umat Islam yang berlatarbelakangkan agama pastinya tidak hairan dengan fenomena ini, kerana Nabi s.a.w. pernah member isyarat ini melalui hadith-hadith yang sohih.
Diantara hadith-hadith yang menerangkan hal tersebut:
1. Diriwayatkan dari Abu daud:

إنه من يعش منكم من بعدي فسيرى اختلافا كثيرا
Yang bermaksud: Barang siapa hidup selepas dariku maka pastinya dia akan melihat perselisihan yang banyak. ( Sunan Abu Daud juzuk 4, halaman 201).

2. Diriwayatkan oleh al-Tirmidzi:

تتفرقت اليهود على احدى وسبعين فرقة والنصارى مثل ذلك وتفترق امتي على ثلاث وسبعين فرقة. قال
Yang bermaksud: Yahudi akan berpecah kepada tujuh puluh dua firqah begitu juga nasrani, dan umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga firqah.

3. Diriwayatkan oleh al-Tirmidzi:

وتفترق أنمتي على ثلاث وسبعين ملة كلهم في النار إلا ملة واحدة قالوا ومن هي يا رسول الله؟ قال: ما أنا علبه وأصحابي.
Yang bermaksud: Akan berpecah umat ku kepada tujuh puluh tiga millah (kelompok) kesemuanya masuk neraka kecuali satu. Para sahabat bertanya “ Siapakah yang satu itu ya Rasulullah?
Jawab nabi Yang satu adalah orang-orang yang berpegang (beraqidah) sebagai peganganku dan pegangan dan pegangan para sahabatku.
Sebenarnya terdapat banyak hadith-hadith yang mengisyaratkan pepecahan umat Islamiyyah, tiga dalil diatas sudah cukup mewakili hadith-hadith yang lain.
Jika kita lihat pada hadith-hadith di atas tadi sangat jelas kepada kita bahawa umat Nabi Muhammad s.a.w. akan berpecah kepada firqah-firqah dan bahangnya telah kita rasai pada hari ini.

No comments: