Thursday, May 20, 2010
RINGKASAN ILMU QIRAAT
Monday, May 17, 2010
Setiap Penghafaz Al-Quran Ada Ujiannya
1. Lupa Sifat semula Jadi
Sifat lupa adalah tabi'at semulajadi manusia, tidak dipanggil manusia kecuali kerana sifat nisyannya,penyair arab berkata:
وما سمى القلب قلبا إلا لتقلبه ما سمى إلإنسان انسانا إلا لنسيانه.
Ertinya: Tidak dinamakan hati ( قلب) kecuali kerana banyak berdolak dalihnya(تقلب ) tidak dinamakan manusia( الإنسن) kecuali kerana sifat nisyannya( نسيان )
Walaupun lupa itu merupakan sifat semula jadi manusia, namun terdapat faktor-faktor yang menyebabkan lupa itu terjadi, pada masalah menghafaz ini faktor-faktor terjadinya lupa seperti berikut:
1. Tidak mematuhi Disiplin menghafaz.
a. Tidak mengamalkan teknik menghafal yang betul.
b. Kurang memberikan penekanan awal menghafaz.
c. Tidakmelakukan pengulang yang banyak setiap kali menghafaz ayat yang baru.
d. Tidak mempunyai tahap ingatan yang kuat.
2. Tidak Megulang Hafazan Lama
a. Sebab malas
b. Sibuk dengan urusan yang tidak berkaitan.
c. Lebih memberikan tumpuan pada subjek-subjek yang lain.
d. Tidak cekap mengatur masa menghafaz dan mengulang.
3. Menambah Masalah(beban)
a Terlalu memberikan tumpuan pada aktiviti yang lain seperti aktiviti persatuan.
b. Terlibat mengajar al-Quran dirumah-rumah, (menggunakan masa menghafaz).
c. Terdapat juga pelajar yang bekerja sambilan, seperti di Super Market .
4. Melakukan Maksiat
a. Maksiat mata
b. Maksiat hati
c. Maksiat besar.
Imam Al-Syafie pernah mengadu pada gurunya:
" شوكتُ إلى وكيع سوء حفظى، فأر شدنى إلى ترك المعاصى فإن الحفظى فضلٌ من إله وفضلُ الله لا يعطى للعاصى "
Ertinya: Aku mengadu kepada guru ( Wake') buruknya(cepat lupa) hafazanku. Dia mesarankan kepadaku supaya meninggalkan segala maksiat, kerana menghafaz itu satu kelebihan dari Allah, maka keleihan(kemuliaan)itu tidak diberikan kepada pelaku maksiat.
5. Pengaruh Pesekitaran
Pelajar tahfiz perlu memberikan perhatian yang serius akan hal ini, kerana ia membawa kesan kepada prestasi hafazan. Sekiranya penempatan itu disatukan dengan pengajian yang selain pelajar tahfiz, maka pelajar tahfiz perlu bijak mengawal diri dan menjaga pergaulan. Ini kerana suasana pengajian tahfiz amat berlainan dengan suasana pengajian selain tahfiz. Mereka bukan sahaja perlu memberikan penumpuan penuh, keazaman dan komitmen kepada penghafazan dan pengulangan Al-Quran bahkan mereka juga perlu memberikan tumpuan kepada matapelajaran yang lain., sedang pengajian yang selain tahfiz kurang memberikan penekanan dibidang hafazan secara serius mereka sekadar menghafaz surah-surah tertentu sahaja.
Maka itu dibimbangi kedapatan pelajar tahfiz yang terbawa atau terikut budaya hidup selain budaya pengajian tahfiz. Pengajian Tahfiz amat mementingkan pengawalan masa yang sedia ada. Pelajar tahfiz perlu bijak menguruskan masa supaya proses penghafazan dan pengulang hafazan tidak terabai.
6. Peraturan keluar masuk asrama .
Perkara keluar masuk arama merupakan perkara yang perlu diberikan perhatian serius. Pelajar tahfiz tidak boleh membiasakan diri keluar asrama setiap hari. Bagi asrama yang telah menetapkan peraturan tertentu bukan bertujuan mengekang kebebasan keluar masuk pelajar, tetapi lebih kepada untuk menjaga kualiti dan kecemerlangan hafazan pelajar.
Namun kebimbangan yang dihadapi sekarang ini, khususnya para guru tasmi' adalah pelajar kurang bijak mengawal kebebasan keluar masuk mereka dari asrama. Kebebasan masa yang begitu panjang dibenar berada diluar asrama amat merumitkan para guru tasmi' pada hari ini. Kerana ia membawa kesan yang tidak baik kepada pelajar dan kualiti hafazan itu sendiri. Kedapatan beberapa pelajar tidak menghantar hafazan dan kurang menjaga kuliti hafazan. Maka sebab itu keluar masuk asrama harus berlaku pada hari-hari tertentu sahaja. Begitu juga kebenaran pulang kekampong pelajar harus bijak memilih hari-hari tertentu sahaja supaya kualiti hafazan mereka terpelihara.
7. Terdapatnya Ayat mengelirukan ingatan.
a. Ayat mutaqaribat.
b. Ayat mutasyabihat.
c. Ayat Mutamasilat.
Tiga kategori ayat-ayat di atas disebut juga ayat tashaboh, bentuk ayat ini hampir serupa tetapi tidak sama. Terdapat juga ayat yang sama dari awal hingga akhir ayat. Bagi pelajar-pelajar yang sedang menghafaz mereka perlu rajin membuat semakan atau pencarian terhadap bentuk bentuk ayat yang mengelirukan tadi. Ini bertujuan memantapkan lagi hafazan dan dapat mengelakan diri dari tersalah sambung ayat atau termasuk ke dalam ayat atau surah yang lain.
Diantara bentuk ayat yang mengelirukan itu:
1. Sama dipermulaan ayat tetapi tidak sama dipenghujungnya.
2. Tidak sama dipermula ayat tetapi sama di penghujungnya.
3. Sama dari permula ayat hingga ke penghujungnya.
Contoh: Ayat 35 surah Al-Baqarah dan Ayat 19 surah Al-'Araf
Ayat 48 surah Al-Baqarah dan Ayat 123 surah Ali-Imran.
Ayat 49 surah Al-Baqarah dan Ayat 141 surah Al-'Araf.
Kunci Menghafaz Al-Quran
“ Ya Allah Ya Tuhan ku, Kasihanilah kami, agar dapat kami meninggalkan maksiat selama hidup ku dan bebaskan kami dari segala beban yang kami tidak sanggup menanggungnya. Berilah kami sebaik-baik fikiran sebagaimana yang telah engkau meredhainya. Ya Allah Ya Tuhan ku, Engkau pencipta langit dan bumi, yang mempunyai keagunggan, kemuliaan dan ketinggian yang tidak akan binasa. Aku mohon kepada Mu, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah dengan keagungan cahaya Mu agar engkau mengekalkan hafazan kitab Mu di dalam hati ku sebagaimana yang telah Engkau ajarkan dan Engkau fahamkan. Anugerahkanlah kepada ku agar aku dapat membacanya di jalan yang diredhai oleh engkau kepada ku.
Ya Allah, Tuhan yang mencipta langit dan bumi, Tuhan yang mempunyai keagungan, kemuliaan dan ketinggian yang tidak binasa, Aku memohon kepada mu Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih, dengan keagungan cahaya Mu, agar Engkau sinari pandangan kami dengan kitab Mu dan agar engkau lancarkan lisan kami, dan mengembirakan hati kami dengannya. Sesungguhnya tidak ada yang dapat membimbing kami kepada kebenaran melainkan Engkau Dan tidak ada yang dapat mendatangkanya kecuali Engkau. Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah.Sunday, May 16, 2010
Amalan Dari Tok Guru
اللهمّ نوّر بكتابك بصرى واشرح به صدرى واستعمل به بدنى واسرع به فهمى وأطلق به لسانى وقوّبه جنانى وقوّبه عزمى بحولك وقوّتك فإنه لا حول ولا قوة إلا بالله العلىّ العظيم Ertinya: Ya Allah sinarilah mataku dengan kitabMU, lapangkan dengannya dadaku, beramal dengannya tubuhku, kuatkanlah dengannya hatiku, segerakalah dengannya fahamanku, dan kuatkanlah cita-citaku dengan daya upaya dan kekuatanMU, kerana sesungguhnya tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Engkau Ya Allah, Yang Maha Tinggi , Yang Maha Agong.. |
للهم إنى أستودعك ما علمتنى فاردده إلىّ وقت حاجتى إليه فلا تنسيهِ وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين
Panduan Menghafaz
|
|
|
7. Puasa sunat. |
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Hafazan
Waktu sesuai menghafaz | Waktu sesuai mengulang |
| |
Syarat Seorang Shaykh Tarekat
Blog Komunikasi Dakwah IslamiyahTercanggih
3. Mengukuhkan Hubungan Tokoh Agama Dengan Masyarakat.
Ruangan Maya merupakan ruangan baru kepada tokoh agama untuk mendekati masyarakat. Kebelakang ini ramai tokoh agama telah membina blog mereka sendiri dengan tujuan dakwah. Namun begitu kesibukan dan kekangan masa sering menghadkan usaha dan sumbangan mereka bagi membantu menyelesaikan masalah masyarakat dan menangani isu-isu semasa.
Masyarakat kelas pertengahan dan kelompok pelajar dikenalpasti sebagai kelompok yang kerap menggunakan internet dan kelompok inilah yang perlu didekati olej tokoh agama melalui ICT. Kemudahan akses internet samada di pejabat atau di rumah membolehkan mereka berpartisipasi dalam komuniti maya . Kekuatan blog ialahmenyediakan ruang komenter dan pandangan yang mungkin dalam bentuk cadangan sokongan, bantahan dan sebagainya. Inilah kekuatan yang terdapat dalam blog yang membenarkan ruang komentar yang boleh meneguhkan hubungan diantara tokoh agama dengan masyarakat. Melalui hubungan ini dapat mengakrabkan lagi masyarakat dengan tokoh agama, sekalipun hubungan ini tidak formal.
Friday, May 14, 2010
Institusi Tarekat(طريقة) Dalam Ilmu Tasawuf(تصوف)
Oleh itu seseorang shaykh itu mestinya seorang Muslim yang memiliki pengalaman kerohanian yang luas serta kehebatan personaliti dan keluasan ilmu yang terhasil dari acuan dan adunan kefahaman ilmu yang mendalam mengenai syariat Islam secara bersepadu. Selarasa dengan hali ini dalam istilahat al-Sufiyyah menjelaskan
" Shaykh itu merupakan seorang Insan yang sempurna dalam dalam pelbagai ilmu syariat, tarekat dan hakikat; iaitu merupakan seorang yang telah mencapai ke tahap kukuh sempurna dalam ilmu-ilmu berkenaan. Ini ialah kerana seseorang shaykh itu memiliki ilmu mengenai perkara-perkara yang boleh membinasakan al-Nufus, mengenali pelbagai penyakit serta jenis penyakit al-Nufus, dia juga mengenali secara tepat ubat untuk penyakit al-Nufus serta berupaya menyembuhkan penyakit al-Nufus serta boleh melaksanakan tugas menunjuk ajar al-Nufus, sekiranya al-Nufus itu disedia dan diselaraskan untuk menerima tunjuk ajar berkenaan. "
Hanya dengan adanya kriteria-kriteria yang antara lain tercatat di sini sahaja seseorang shaykh itu dapat berperanan dengan baik untuk membimbing dan menangani persoalan-persoalan yang berkaitan dengan seseorang murid yang berada di bawah bimbingannya. Sebagao contoh renungkan dengan teliti betapa pentingnya seseorang shaykh itu memiliki pengetahuan yang jelas mengenai isi kandung al-Quran dan al-Sunnah bilamana ia berhadapan dengan persoalan-persoalan. Lihat apa yang diperkatakan oleh tokoh-tokoh sufi tersohor "
" Al-Shaykh Abu al-Hasan al-Shadhili berpesan: " Apabila khasf engkau( yang engkau perolehi)bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah, maka hendaklah engkau berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah dan tinggalkan khasf tersebut. Dan katakan kepada diri engkau: Sesungguhnya Allah telah menjamin kepadaku kemaksuman kandungan al-Quran dan al-Sunnah, tetapi tidak begitu halnya dengan kandungan al-Kashf, al-Ilham dan al-Mushadah , melainkan semua (setelah semua itu) dipadankan dengan (semangat kandungan) al-Quran dan al-Sunnah (lalu didapati tidak bertentangan dengan semangat isi kandungan kedua-dua sumber berautoriti tersebut. "