Tuesday, May 11, 2010

Pernikahan Yang Barakah

Pernikahan Yang Barakah

Untuk mewujudkan sebuah keluarga sakinah yang harmoni, pembinaan rumahtangga itu sangat berkait rapat dengan pernikahan yang terdapat di dalamnya t keberkahan dan rahmah. Bagaimana keberkahan rahmah itu wujud, ia sudah tentu bermula dari seawalnya seseorang itu berhajat mendirikan rumahtangga.

Kerukunan rumahtangga pasti tercapai sekiranya dari seawalnya kita tidak melanggar segala ketetapan yang digariskan oleh syarak, Ia bermula dari hari pertunangan, dalam bab yang lalu ada disebut mengenai status pasangan yang dalam tempoh pertunangan. Oleh sebab itu pasangan yang dalam tempoh pertunanagan dilarang oleh agama Islam dari bercampur bebas, hal ini mesti difahami oleh kedua pihak termasuk juga kedua-dua pihak ibu bapa. Sebagai ummat Islam Allah telah memperingatkan kita di dalam firmanNya :

              •         •   
Rtinya: Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.



Keberkahan tidak akan hadir seandainya sewaktu dalam tempoh itu kita ada melakukan banyak perkara-perkara maksiat, hitunglah berapa kali kita bertemu secara senyap dan berapa banyak dosa maksiat telah kita lakukan. Hal ini terlalu sangat kita abaikan, sehinggakan diakhir-akhir hampir melangsungkan pernikahan pun kita masih keluar bersama sekadar mencari persiapan hari perkahwinan. Pada hal semua ini masing-masing boleh mengurusknya sendiri atau melalui wakil jika perlu.

Kemudian apabila sampai dihari perkahwian kedapatan masih ramai keluarga pasangan yang lupa kepada pekara-perkara yang ditegah oleh agama Islam. Bermula dari hari bergotong royong atau disebut hari rewang kebanyakan keluarga pengantin kurang menekankan perkara yang ditegah oleh syarak. Adat pergaulan bebas menjadi perkara biasa, disusuli pula dengan pada malamnya dengan upacara persandingan ala budaya hindu, dengan keadaan mengabai perintah Allah. Mereka lupa bahawa pasangan yang belum bernikah dilarang oleh agama Islam dari disatukan, apatah lagi dipamerkan di khalayak ramai yang di dalamnya terdapat orang-orang yang bukan dari kalangan mahramnya. Kemudian di hari berlangsungnya majlis perkahwina, banyak lagi perkara-perkara yang ditegah oleh agama kita lakukan, mengapa ini terjadi, tidak lain dan tidak bukan kerana kita telah terbiasa dengan keadaan itu dan demi menjaga hati jiran-jiran sekampong, pada hal kita tahu ia bukan perkara yang digalakan, maka terpaksalah juga kita mengundang kumpulan-kunpulan kugiran atau sekurang-kurangnya ada kumpulan karaoke. Semasa itu kita juga tumpang seronok dan lupa disebabkan gembira disamping menerima salam kerok.

Untuk mengelakan rahmat Allah dari terhindar jauh, sebagai umat Islam kita harus menyedarkan masyarakat Melayu Islam agar memelihara pembinaan institusi keluaga itu. Walau pun ia suatu perkara yang sukar untuk disampaikan kerana tidak semua masyarakat Meluyu Islam itu memahami secara ditil hukum-hukum agama, sebagai orang yang mengetahui kita harus menda’i mereka dengan cara apa pun. Da’i itu boleh dilakukan secara formal atau non formal. Oleh itu ingatlah pesan Allah di dalam firmanNya :

  •  ••                    
Ertinya: Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.

No comments: